Monday, September 6, 2010

mengaktifkan sinaps diantara neuron neuron iman...berjayakah aku

Ada dua perkataan yang aku ingat benar hari ini.

1) sesungguhnya dikalangan hambaku itu amat sedikit dari orang yang bersyukur

2) sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali orang yang sabar.

ini adalah pernyataan Allah di dalam buku panduan hidup manusia yakni alquran. pesanan yang mendahului masa yang memberitahu apa yang akan berlaku kepada komuniti manusia. aku mencari jawapan untuk peringatan pada diri sendiri. bernarkah aku juga mampu bertahan untuk bersama golongan yang sedikit sedangkan saidina umar juga pernah berdoa supaya termasuk dalam golongan yang sedikit. hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan berada dalam kumpulan yang sedikit ini. sesudah terpilih bagaimana pula untuk mengekalkannya juga menjadi persoalan.

telah terbentang didepan mata bahawa ramai kawan kawan yang tumbang di setengah perjalanan. ada sudah berumur lebih 60 tahun . dulu kulihatnya rajin kemasjid dan menjadi pejuang penggalak kebenaran tapi hari ini kulihat sebaliknya. berbolak baliknya hati manusia.

nun jauh disudut harti aku berdoa semoga Allah tetapkan hatiku didalam islam dan iman. aku mencari cari jalan untuk memastikan supaya berlaku sinaps diantara neuron neuron iman. doa ialah di antara sinaps untuk menyuburkan iman. berhubung dengan ulama adalah sinaps untuk berhubungnya neuron neuron iman. mengekalkan bacaan al quran adalah sinaps yang baik untuk neuron iman. menuntut ilmu juga sinaps terbaik untuk neuron iman.

apalagi ya... aku akan terus mencari meskipun sedikit demi sedikit. aku akan terus memburu meskipun nampak remeh dan temeh.

Sunday, September 5, 2010

Dr Asri 22S5. Rebutlah Syurga

Menjelang tiba syawal dan mengenangkan anak halal.. dan anak haram...

lampu hiasan kecil bewarna biru terus berkelip kelip mekipun hari telah siang menandakan hariraya semakin dekat. agaknya mungkin kerana teruja dengan raya yang telah dinantikan selama setahun yang lalu , maka ibu bapa terus membiarkan lampu bewarna warni itu terus berkelip kelip. anak anak yang dalam musim cuti sekolah juga semakin seronok untuk melihat cahaya lampu itu menari nari.
demikianlah senario dua tiga buah rumah kejiranan di taman perumahan kediaman ku pada tanggal puasa yang kedua puluh enam.

ramadhan penghujungnya ialah kemenangan.dan bagi anak kecil ialah kemenangan mereka menyudahkan 30 hari berpuasa, malah ada yang meraikan kemenangan 30 hari setengah hari berpuasa. kemenangan bagi mereka adalah dengan meraikan pada kemuncak hari kemenangan iaitu pada hari raya dengan keseronokan mengumpul duit raya dan keseronokan bersama teman teman menghayati keenakan juadah raya.malangnya pengusaha tv, pemilik stesen tv menghadiahkan kepada mereka satu kekalahan pada hari raya dengan sajian hiburan bercampurgaul lelaki perempuan, mengabaikan batasan aurat. beginilah setiap tahun mereka membentuk pemikiran dan budaya kepada anak anak kecil.

sehinggalah kini sebahagian dari mereka telah menuju dewasa, dan bertambahlah kekalahan mereka apabila bertahun tahun diprogramkan dengan hiburan raya yang sesat dan menyesatkan.

menjelang raya ini, berapa banyakkah lagi bayi bayi ramadhan dan syawal yang akan lahir. mereka namakan sebagai anak haram. hasil dari kerja terkutuk anak halal. kesudahannya, anak halal berbuat dosa dan menuju ke neraka kehidupan manakala anak haram yang dibuang dan menemui kematian sedang menujuke syurga akhirat.
sekadar renungan untuk diri sendiri...

Saturday, September 4, 2010

Permata yang dikutip dari kuliah radio kedah dan HPA Industries


Wahai diri sendiri!
Ramadhan adalah bulan perubahan
Pesan Ibnu Abbas, sesudah melalui kem ramadhan, lihatlah apa yang telah berubah pada diri kita. Andai tidak ada apa perubahan berlaku selepas ramadhan , bermakna sia sialah ilmu di sekolah ramadhan

cepat cepatlah sedar dan berdoa supaya Allah menggantikan hati kita dengan hati yang baru kerana hati yang menghuni diri kita selama ini telah mati.

jika ramadhan Allah mendatang berbagai perubahan, bermula dengan perubahan jadual makan pagi dan jadual makan malam, perubahan skim penggalak amalan yang berupa tawaran beribadat seseolah tujuh puluh tahun, perubahan waktu meninggalkan kesedapan waktu tidur, perubahan meninggalkan sementara keenakan makanan sebagai tarbiah untuk insan.

tiba tiba kita tidak boleh berubah, tentu ada sesuatu yang tidak kena tentang hati kita. hati kita telah mati . mohon doa semoga dijauhkan ALLAH.
wahai tuhan yang membolah balikkan hati, kurnialah kepada kami kebaikan dari hidup dunia dan kebaikan kehidupan akhirat.

Monday, August 16, 2010

puasa = merasai sedikit kesengsaraan rakyat palastine


"Negara haram israel telah meluluskan pembelian 20 jet pejuang terbaru F-35 bernilai 12000 juta dari negara penaja keganasan amerika" bicara kawan sebelah saya sambil terus menatap akhbar harian kosmo hari ini.


"nampaknya ini berita malang untuk rakyat palastine dan mungkin berita gembira untuk sebahagian dari kita" sambut saya.


"fuuh! ada juga yang gembirakah?" soalnya lagi.


"Iyer ada yang telah bergembira satu waktu dulu sewaktu berjariah dengan negara haram israel" saya terus memprovokasinya.


"fuuh! itu lagi ajaib berjariah pulak, betuk ker ni" dia mencari kepastian.


" awak sedang buat lawak peringkat antarabangsa ekk". kita kan saudara seislam dengan muslim palastine"dia pulak memprovok ringan.


hari terus berlalu, jam terus berputar dan hari ini ialah ramadhan yang ke enam. beginilah kita terus beribadah dan masih merasa nikmat keamanan. nikmat yang banyak adalah satu ujian. dikala dibelai kenikmatan ramai yang melupakan kesengsasaraan. dikala jenuh dengan makanan dan pilihan , ramai yang tidak lagi menjadi sensitif kepayahan orang lain.


ramai yang masih gagal dalam ujian jika masih tak sensitif kerana masih lagi menderma keuntungan kepada negara haram israel. sedar atau tidak perokok di malaysia juga menderma keuntungan berjumlah jutaan kepada syarikat amerika dan israel. mungkin hari ini mereka telah menukarkan kepada sebuah roda untuk jet pejuang itu.

.

pengunjung restoren ayam segera meyumbang enam persen dari setiap keuntungan negara haram israel yang mungkin sudar ditukar menjadi sebelah sayap jet pejuang.

pengunjung pasaraya milik tauke israel, pengguna ubat gigi yang negara haram israel ada syer syarikat juga sedang menyumbang kepada pembelian jet pejuang tersebut.

luang luangkanlah masa , lihat lihatlah apakah produk yangnegara haram israel menjadi proksi proksinya.



kata kata yang patut dipegang ialah jika tak mampu menyumbang, janganlah tolong memusnahkan.

saya percaya puasa mendidik diri untuk kita menjadi lebih sensitif kepada apa yang sedang berlaku di al aqsa. puasa ialah untuk kita merasai sedikit dari kesengsaraan warga palastine yang di catu dan dikawal segala masuk air minuman dan barang makanan.

Thursday, August 12, 2010

setelah 27 jam mengenal ramadhan 2010

Alhamdulillah kerana sempat merasai nikmat ramadhan 2010.
jika kematian tidak memilih usia bermakna setiap insan perlu ada kerisauan sempatkah dia merasai ramadhan 2011.
sempatkah melihat orang orang tersayang berbaju raya? sempatkah menghabiskan sekolah ramadhan 2010 ini?
semua itu tentulah Allah lebih mengetahui.
kerja insan ialah mengingati tarikh kematiannya kerana pesan nabi Muhammad saw orang bijak ialah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.

hmmm itulah diantaranya kisah untuk menjadi orang bijak

dikala perut perut diikat dengan kelaparan, maka fungsi hati fizikal boleh rileks rileks tanpa perlu bekerja lebih lebih untuk memproses dan menyerap khasiat makanan, otak pun semakin menjadi terang. kekadang saya terfikir alangkah nikmatnya tuhan mengurniakan kedatangan ramadhan.

dikala kebanyakan penyakit bermula dari makanan yang kita suap, Allah datangkan ramadhan untuk insan sebagai ubat dan terapi semulajadi. maka bergembiralah usus dan segala kejiranan isi perut kerana "shutdown"selama sebulan ini seseolah "overhaul" terbaik untuk menyahkan segala kecederaan dan kesakitan beroperasi selama sebelas bulan.

Ramadhan mengilhamkan diet terbaik ialah bermula dari rasa nikmat dari berpuasa. bergembira dengan nikmat ibadat ini dan sekaligus mendapat nikmat yang berupa bayaran "cash" dari Allah.

apakah bentuk bayaran tunai dari Allah itu?

1) rasa lebih sihat - lihatlah testimoni dari dahulu, ramai yang menikmati kesihatan yang lebih baik setelah istiqamah berpuasa. kalau mahu mencari keyakinan, berpuasalah.

2) rasa lebih bersyukur - alangkah hebatnya alam sekeliling kita yang kaya dengan makanan berbanding dengan sengsara bumi somalia atau gaza yang sedang berebut sumber makanan. lalu pada ramadhan inilah kita mampu melihat pelbagai variasi makanan yang di gubah dari sumber alam ini.
sebutlah Alhamdulliah...

3)rasa nak jadi orang baik baik - disekeliling kini dipenuhi orang baik baik, yang suka bersedekah, yang suka beribadat. sedikit sebanyak inilah kehebatan ramadhan sebab itulah ramai orang bijak mengalir air mata kegembiraan menyambut ramadhan dan ramai yang pula yang menangisi bila dipenghujungnya.

4) yang lain lain ,sila pandanglah disekeliling, lihatlah terlalu banyak kehebatan yang Allah bayar kepada kita sempena kedatangan ramadhan - pasar ramadhan, bazar ramadhan, umrah ramadhan,sale ramadhan,more ramadhan,cinta ramadhan, buffet ramadhan,gaza ramadhan dan seribu kisah ramadhan.

alangkah hebatnya! ternyata ramadhan membentuk pesonaliti dan wajah masyarakat.jika tiada ramadhan tiadalah offer menarik ini, beribadat hanya beberapa jam tetapi akan dimasukkan ke dalam akaun matawang akhirat yang berupa gandaan upah berkerja seribu bulan.
lalu carilah dalam lipatan sejarah" siapakah yang mampu menjadi majikan terbaik yang memberi upah sebegitu mahal kecuali Allah yang maha kaya dan maha pemurah"

alangkah nikmatnya menjadi seorang muslim.

Wednesday, August 11, 2010

sembang ramadhan - kenal kenallah Hpa


salam ramadhan,

salam bulan yang penuh berkat

salam untuk hari pertama sahur, alhamdulillah untuk khurma yang masih bergantungan ditangkai.


mari ambil keberkatan dari makanan yang disukai oleh nabi Muhammad saw. malah khurma ini makanan penuh serat yang mempunyai banyak kebaikan. disebut dalam al quran sebagai kesimpulan kepada kita ia adalah sumber tenaga yang baik.


saya pernah membaca, jika mahu diambil pengajaran dari kisah disekeliling bahawa pak ungku aziz yang berusia lebih 80 tahun mendedahkan rahsia sihatnya ialah kekal mengamalkan makanan kegemaran Rasulallah ini. malah diluar musim khurma jenuh di tanah malaya, beliau akan terbang kesingapura untuk membeli khurma . entah mengapa singapura mempunyai stok khurma ini, saya tidak punya jawapan. agak agaknya mungkin dari dulu, ada syarikat dari sana yang ada kenalan import dari tanah arab. sesuai dengan falsafah perniagaan, lebih lama mereka di dalam bidang tersebut lebih mahir mereka untuk menguasai bisnes itu. malah lebih nampak mereka cara untuk mencipta dan memanafaatkan peluang.


tapi kini di pulau pinang, dah semakin jenuh segala jenama khurma dan segala rupa dan kualitinya. jika berkenderaan melewati lebuh raya utara selatan, keluar dari toll juru dan teruskan perjalanan beberapa minit. pandanglah disebelah kiri lebuhraya, dalam hati pasti tumpang bangga melihat kilang pembungkusan khurma milik yusof taiyobb. dari kilang inilah mengalir ke tangan saya sebiji khurma yang pagi tadi sempat saya jamahkan sebagai meraikan sahur pertama ramadhan.


lalu bertasbihlah di hati


sebiji khurma yang kumakan kini

adalah sen sen yang kulaburkan

untuk sebuah perniagaan besar itu

doaku

moga satu hari nanti

akan mengalir kembali segala keuntungan

kepada ummah dan perjuangannya.


tiba tiba aku menjadi rindu pada Hpa, pada gema suara tuan haji ismail, pada hajat dan perjuangannya - produk halal tanggung jawab bersama.

perniagaan dari rumah atap rumbia kini sudah punya bangunan ratusan juta.

jika ada seribu wajah seperti tuan haji nescaya berubah ekonomi umat islam dari bergantung kepada segala sumber yahudi.


"mari kita hidupkan pasar ansar dan musnahkan penguasaan pasar zionis" kata tuan haji ismail.


inilah visi orang berniaga yang jauh menembusi sampai kepada matlamat perniagaan akhirat.

sebelum menempuh hari kedua ramadhan, mari sebentar bermuhasabah tentang apa yang akan masuk memenuhi jasad kita pada waktu berbuka nanti.

pastikan, bukan ayam goreng bervaksin yang sarat dengan sejuta penyakit. jika punya pilihan elakkan kepasaraya milik yahudi, berkunjunglah sebentar ke premis perniagaan Hpa. sumbangkan waktu ibadah ini untuk berfikir tentang nasib ummah dan produk halal.

]

kenal kenallah apakah visi Hpa.


ramadhan adalah bulan tazkirah, cuma 30 hari sahaja berada disekolah ramadhan. tentulah menjadi kebaikan yang besar jika sekolah ramadhan mampu menukarkan pandangan hidup kita bahawa apa yang aku makan adalah wajah aku di hari esok. apa yang aku suapkan pada yang tersayang pada waktu ini adalah akan membentuk kasih sayang diantara aku dan isteri aku dan anak anak , aku dan saudara islamku.


ramadhan bukan sekadar 12 jam kita melupakan untuk makan

tapi

untuk kita menilai semula apa yang telah kita makan?

apa yang kita akan makan?

apa yang kita tidak sumbangkan untuk PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.


TEPUKLAH DADA TANYALAH IMAN

Tuesday, August 10, 2010

dua kota yang berbeza

kota london
kota kemewahan
kota keluarga
para bilionair arab saudi
kota ferrari, little kuwait
kota veyron, qatar
kota rolls-royce, abu dhabi
kota lamborghini, dubai
kota jeans ketat gadis arab
kota perlumbaan memikat pemuda arab

begitulah mereka bercerita

perhatilah wahai kawan, kabar ini
kota al quds, sedang dibasahi airmata dan darah pemudi palastine
kota al quds ,dikepung segala meriam dan tembok batu kelaparan
kota al quds, di lubangi tanahnya, supaya tertimbus segala tanda dan sejarah
kota al quds adalah kota perlumbaan untuk memepertahankan nyawa
dan maruah agama.

Monday, August 9, 2010

cerita kwan lama

aku sungguh terkesan
mendengar bicara kawan lama
yang telah berpuluh tahun tidak mengunjungi
restoren ayam segera orang barat
katanya zionis mempunyai saham
walau enam persen cuma
tapi nilaiannya ratusan juta setahun.

ketika sos sos bewarna merah dituangkan
baginya darah darah anak palastine sedang mengalir
ketika ia kekenyangan
mereka sedang kelaparan.

Thursday, August 5, 2010

apa yang disuap, kelak itu hasil akan dituai.

aku baru menerima
berita menggetar rasa
teman setempat kerja
menderita pada akhir usia bersama
kerana derita kanser usus pemusnah.

sepuluh bulan sebelum tiba waktu meriah
menikmati ratusan ribu wang pencennya
dia kini tertekan dengan kepanasan kimoterapi
sambil wangnya ditabur untuksebuah kesihatan yang mahal

aku menggetar rasa lagi
taktala melihat kulitnya menjadi kehitaman
segala bulu matanya gugur
dan rambutnya hilang
dicukur kimoterapi dan segala ubatannya.

lalu
aku ingin berpesan kepada diri sendiri
hargailah nikmat kesihatan.
pilihlah apa yang mahu disuap kemulutmu
supaya tidak merana segala isi perutmu.

plantisol pemanis kehidupan

pagi ini sungguh tenang
aku pun melewatkan perjalanan ketempat kerja
melihat lihat sebentar jadual lama
apa yang telah lama tak kulakukan

demi kasih kepada diri sendiri
aku mencapai 'omnitest'
dengan motto promosi dan jualan.
"be in control...be yourself.

kulukakan tangan sendiri
memercikkan darah merah yang semakin manis
lalu omnitest memberitahu
bacaan paras glukosanya tiga belas
jika ini berterusan
hidup ini semakin tidak manis buatmu

bukankah kelmarin glukosanya cuma enam
mengapa merubah menjadi sekali ganda
hai kawan
lupakah kisah kelmarin
pagi ada seminar
nasi lemak bersama ayam goreng
roti canai dan susu kimia

jam sepuluh
bihun goreng dan
air jagung bersama pemanis tiruan

tengahari yang meriah
segala makanan dan pembaziran
berhiaskan buah buah segar dek pemusnah serangga
pencuci mulut yang pelbagai warna kemusnahan.

petang
popia goreng dan variasi glukosa
dan kita pun melupakan
makanlah apabila lapar
dan berhentilah sebelum kenyang.

maka pagi ini
hidangan paling istimewa ialah
pegaga HPA gula perang, PLANTISOL dan sebuah kesyukuran.

Thursday, July 29, 2010

batu demi batu kulemparkan pada zionis- tanpa putus asa

alangkah mulianya kerja mereka
kempen sana
kempen sini
marilah bersama kami
hidupkan sejarah pasar ansar
musnahkan pasaran zionis

alangkah hebatnya pandangan mereka
semailah benih kebaikan walaupun sedikit
satu hari nanti akan bergegar negara zionis
dengan tapak kaki mereka


tidak kami akan biarkan wang berkat kami
mengalir ke poket para zionis
kerana tuhan menjadikan alam sekeliling kami
sebagai senjata untuk memerangi kamu
hari itu pasti tiba
manakala kami
akan terus tanpa henti berusaha
tanpa putus asa
seperti semangat anak palastine
membaling sekecil batu demi batu
dan kamu zionis sentiasa terluka.

Wednesday, July 28, 2010

sen yang bertukar peluru - dari dosa kita

mengapa riang sekali
bergurau senda
menimati ayam segera di restoren ternama
sedangkan setiap sen yang dibahagikan
menjadi peluru yang menembusi
dada dan kepala anak palastine

mengapa mengajar anak anakmu
berlarian dan menabur ringgit
di pasaraya ternama
milik zionis
tidakkkah
wang itu nanti ditukar
kepada petrol
untuk menggerakkan
jentolak yang merobohkan rumah palastine
dindingnya menimpa
ibu yang sedang sarat mengandung
syahidlah ibu dan anak
dibawah runtuhan batu dan dosa kita

pasti akan tiba
satu hari
kita akan ditanya
apa baktimu
pada saudaramu
pasti juga kita ditanya
mengapa
kita menderma pada zionis
untuk melenyapkan al-aqsa

lalu satu hari
bergeraklah tabung derma
selamatlah palastine
selamatlah palastine
lalu dihulurkan
beberapa sen cuma
setelah bertahun
dan sekian juta
di taburkan
untuk negara haram zionis

Tuesday, July 27, 2010

ibnu rushd seorang ulama spain

subuh yang damai ini datang lagi
hujan sedang menitis muzik alamnya
lalu membelai lembut angin
kesejukannya
yang menyentuh
sedang surah yusuf berkumandang dari komputer
aku mendalami bait bait kata tafsirnya.
sesungguhnya manusia itu
banyak yang tahu tidak bersyukur

lalu aku pun membaca kisah ibnu rushd
seorang warga spain yang dulu memeluk islam
700 tahun yang lalu beliau menulis karya karya agung
dan dibaca oleh ribuan manusia dan kita pada hari ini


tapi
hari ini
bangsa sepanyol tidak kenal dirinya
bangsanya tidak membaca satu huruf tulisannya
sepanyol tidak kenal ulama besar ini.
bangsanya kekal dalam spain khatolik


aku pun terus membaca
tentang kisah kita
yang datang bertandang cuma pedagang arab
lalu kita pun membaca kitab terjemahan
100 tahun cuma
runtuhlah kerajaan hindu -budha yang besar besar
100 tahun cuma
melayu sudah punya pondok dan pengajian
100 tahun cuma
melayu tegakkan empayar islam melaka

kini
spain khatolik kedua melanda
sesudah portugis menghancurkan adab dan sopan melaka
kini kita semakin tidak kenali
siapa itu tok kenali
siapa itu ulama albanjari
siapa itu syeikh daud alfatani
siapa itu al maududdi

700 tahun lagi
dimanakah anak cucu kita
waktu itu bangsa kita juara soccer piala dunia
waktu itu bangsa kita berbikini melihat lembu berlaga

Monday, July 26, 2010

harumnya ciuman untuk umatmu

kulihat ibu itu memimpin tangan anaknya
dari pintu kereta ke pintu pagar sekolah
lalu memberi ciuman mesra
kumat kamit ia berpesan
belajarlah anakku
nanti tidak umatmu menjadi seperti
nasib spain kedua
dulu tanah itu milik kita.
lebih tujuh ratus tahun lamanya
sepanyol adalah kota al humraa yang bertasbih.

pagi ini juga
kuteringat seorang ibu di palastine
juga memberi ciuman pada anaknya
diantara celahan kereta kebal
dan kuburan abang abangnya yang syahid
lalu ibu itu kumat kamit berpesan
belajarlah anakku
dari alam
dari sejarah
kita kini tanpa sekolah
kita kini tanpa hospital
kita kini tiada makanan
kita kini tiada ubatan
kita kini tiada kebebasan
kita kini sendirian.

tapi ibu
masih ada kamu
untuk meneruskan kisah ini
pada saudara saudara islammu diluar sana.

paracetamol untuk anak palastine

subuh yang nyaman
jarum jarum minit bewarna emas sudah berpusing 360 darjah
berhenti pada keselesaaan angka
aku pun bangun setelah semalaman menikmati malam yang damai
alangkah nikmatnya hujan yang menghampiri subuh
menghamparkan kedinginan dan kesegaran

tentunya
apa kabar
anak anak palastine
yang sedang kesakitan dihospital
yang tidak punya paracetamol untuk menurun panasnya deman
alangkah beharganya sebiji panadol bagi ibu yang sedang menahan kesakitan
ketika azan subuh sedang dilaungkan tanpa mikrofon di al Aqsa.

sepanjang hari yang dilupakan
tiba tiba subuh ini
aku teringatkan mereka.

Monday, May 31, 2010

yahudi laknatullah ingin melihat penduduk gaza mati kebuluran

kini konvoi bantuan antarabangsa gaza telah diserang kapal mereka oleh tentera yahudi laknatullah. 16 orang telah menemui syahid. sedangkan mereka yang syahid itu meminta kepada tuhan agar dihidupkan kembali supaya mereka boleh terus berperang dan syahid lagi. inilah kehebatan syahid bagi mereka yang mengerti.

yahudi sememangnya si celaka yang mempunyai doktrin ajaran sesat mereka, bahawa selain dari bangsa yahudi adalah haiwan dan hamba kepada bangsa yahudi. oleh itu mainkan peranan masing masing . jangan sokong peluru yahudi, boikot barangan yahudi. alternatifnya, carilah barangan HPA yang amat istiqamah memboikot produk yahudi.

yahudi ingin melihat sahabat kita anak anak gaza mati kebuluran .sebab itu sebarang bantuan kemanusiaan ke gaza disekat. jika kita ada iman, sahutlah sikit dari perjuangan ini ,boikot produk yahudi dan sekutunya.

pastinya kita ditanya. mengapakah dulu kamu menghantar sen demi sen yang menjadi peluru yang sedang memebunuh saudara kamu.
tepuk dada bertanyalah pada iman dan keyakinan sendiri.

Wednesday, May 26, 2010

perusahan melahirkan anak sudah merebak

kegagalan fungsi manusia ialah bila mana melahirkan anak telah menjadi seperti perusahaan. pahit untuk ditelan tapi inilah yang merebak dalam masyarakat moden.

bila anak dijadikan seperti perusahaan,mereka membesar sebagai barangan,tidak sebagai produk kemanusiaan. dari bayi pembesaran mereka di sub kan kepada orang gaji atau pengasuh yang kebanyakkannya bermatlamatkan wang dan wang.

bila ibu pulang, dari kecil anak diletakan didepan iklan dan kartun di muka tv, dan inilah yang memberi input pendidikan terbanyak dalam hidup mereka. lalu ketika besarnya kita menjadi pening dengan tingkah laku mereka.

sesudah memasuki alam persekolahan, mereka akan lalui kepahitan kedua. pergi sekolah ,tusyen dan ulangkaji pelajaran. manusia menjadi robot yang hilang jatidiri. sedangkan dalam diri manusia itu ada jiwa kanak kanak yang perlu dihargai. mereka perlu melalui dinia kanak kanak, senyum ketawa, bermain air sungai dan longkang, bergaduh sesama rakan ,dan kembali berbaik semula hanya selepas beberapa minit. sebenarnya dari kecik mereka memebina kecergasan emosi ini yang tak diajar dikuliah universiti.

hasilnya sekarang kita melahirkan banyak graduan, tetapi kita kepupusan manusia yang kuat jiwa, kuar daya juangnya. mengapa dan kenapa?. kita melalui langkah awal yang silap.kita merasa kita telah memberi yang terbaik tetapi kita banyak berbuat perkara yang sia sia.

check kembali sebelum terlambat- gen6kpu

Tuesday, May 25, 2010

kesopanan adalah dinasour yang semakin pupus

kesopanan yang semakin pupus. beginilah dunia diatas jalanraya.manusia berlumba mempamirkan kehebatan masing masing. manusia menampakkan ego masing masing. dunia sabar sudah menjadi asing bila diatas jalanraya.


jambatan pulau pinang kini sudah menjadi tiga lorong. dan jika memandu pada jam 12 tengah malam, selalunya akan ditemui acara formula one tak rasmi.kekadang memotong disebelah kiri secara tiba tiba. satu hari, secara live saya menyaksikan sebuah kereta dengan penuh keegoaan seorang lelaki bersama teman wanitanya memotong laju, dengan kereta serba gahnya.

dan secara tiba tiba didepan kereta melanggar pembahagi tengah jalan, kereta berpusing pusing dan berhenti pada pembahagi tengah jalan. kereta termati enjin dan manusia terhenti nyawa.

dan kedua kekasih itu, tentu akan ditangisi kematiannya. dan akan bermulalah soal jawab di alam kubur. tentang masa muda dimana dihabiskan. tentang sombong manusia ketika mengakhiri nyawanya.

sewaktu tanah palastin banyak mesyahidkan anak anak remaja palastein. anak muda anak muda kita ramai yang syahid diatas jalan kesombongan dan maksiat.

berbaloikan untuk menjawap di depan tuhan pemilik segala ini. tepuk dada tanyalah iman.

sekadar berkongsi- gen6kpu

Monday, May 24, 2010

merindui kehidupan dulu yang serba sopan dan aman

satu ketika dulu, ketika ayah dan ibu bersawah padi dan cuma menggunakan racun rumpai yang sedikit. ketika padi tengah menghijau segar bugar, ada anak anak haruan bermain di celah celah rumpun padi. terhibur melihat pakcik dan makcik bersorak, ketika ikan haruan disentap ke angkasa sawah, hasil dari mudah memancing, di petang hari. dan itulah lauk kami sehingga kepagi. sihat dan berkat.

di dapur melihat ibu menyediakan masakan mudah tapi keenakan terasa hingga kini. ikan dipotong kecil kecil dicampur lengkuasnya, kunyitnya, serainya kemudian direbus didalam bungkusan dedaun pisang. bila pagi tiba, kami memakannya dengan nasi dari beras tanpa racun.

nasi panas panas dan ikan rebus, gabungan rasa dari pucuk daun dan bau serai lengkuas dan kunyit. fuuh makanan enak dan menu sihat. kami membesar tanpa mengenali penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah degupan jantung.

kini dikampung ayah dan ibu yang berusia memasuki usia 70 an masih segar dan sihat, berpeluh dan berjuang di dataran tanah dan kebun.

sedangkan kini kami, hidup ditengah kota batu dan kota kaku, dah mula cepat terasa penat dan kaki tangan cepat benar menjadi kebas kebas dek darah yang tidak lancar operasinya. tersekat kerana lemaknya ayam goreng segera. dan kencing menjadi semakin manis kerana gula kimia yang bertaburan didalam hidangan.

aku benar benar merindui kehidupan dulu.

Saturday, May 22, 2010

sime darby juga terkena virus bisnes- rugi 163,000 juta

orang besar, syarikat besar juga tak terlepas terkena virus bisnes yang bernama rugi. saya tak kenal seorang pun manusia hebat dalam sime darby tetapi saya tahu wang kwsp saya dilaburkan dalam kumpulan sime darby. sekarang sime darby rugi 163 000 juta bermakna bisnes saya juga rugi.

kata mereka mereka rugi kerana kerana masalah projek Qatar dan gagalnya empangan Bakun. jawapan mudah dari kerugian 163000 juta ringgit. rupanya orang besar juga ada yang berjiwa kecil. tetapi mereka tetap jadi orang besar dengan gaji yang masih besar.

Tidak ada yang hebat untuk dibanggakan tentang mereka ini. jadi lebih baik saya jadi orang kecil yang tidak bernafsu besar. terimakasih ceo sime darby

virus bisnes yang dipusakai - "say no to riba"

hampir kesemua virus bisnes yang dipusakai oleh kita ialah sistem riba. dimana mana urusan perniagaan jika diambil mudahkan ialah virus riba, sedangkan amalan riba ini tuhan mengistiharkan perang keatasnya.

nak beli kereta, bertahun kita dibawah payung riba, nak ada rumah kita selalunya berbumbungkan riba, nak ambil pinjaman pelajaran anak, kita juga bergurukan bank riba.

sekeliling manusia adalah riba. tetapi disetiap masalah ada peluang tersedia. sebenarnya disetiap bank riba ada ruang pinjaman islamik yang ada panel syariah yang diikiraf. mungkin tidak 100 persen terbaik tetapi inilah pilihan yang perlu dicari jika tak mampu mengelak. sekurang insan telah berusaha untuk menjauhi siitem riba.

kita patut menghargai hpa. urusan bisnesnya berfalsafahkan "no riba". sokonglah perniagaannya. marilah menghampirinya

Tuesday, May 18, 2010

penulis cinta murahan. upgradekan kepada membina insan

remaja sukakan cinta. mereka membaca novel cinta.mereka ingin terjun dalam dunia cinta dan keindahanya. mereka mencari guru cinta dalam novel. mereka merasa cinta melalui novel dan apa yang dibaca.

penulis novel cinta memberi input kepada pandangan mereka tentang cinta. jika cinta bermula dengan pertemuan dibawah pohon rendang , ditepi pantai, lalu berbicara aku cinta padamu, tetapi tidak ada pengajaran dan ingatan betapa pohon yang sedang memayungi mereka itu sedang berzikir memuji tuhan yang ada berjuta kasih dan sayangnya.

jika penulis tidak memberi input bahawa , bila bertemu dua jantina adam dan hawa, maka bersorak riang iblis kemungkaran, lalu bertiupu daya lah iblis supaya anak muda itu mencuba sesuatu yang bernama ringan ringan.

ringan ringan adalah adegan permulaan untuk menghitamkan hati. bila hati gelap mereka mula mencari yang berat berat. lalu pulang kerumah membaca kisah kisah cinta mual, ingin menjadi seperti watak dalam novel itu.

lihatlah betapa penulis sedang membina saham untuk akhirat dari kisah kisah novelnya. jika novel difilemkan bertambah lah adegan adegan mual dalam masyarakat. jika sayangkan anak bangsa jika sayangkan agama jadilah penulis yang bertanggungjawab.

ada satu perkara yang pernah dipesan oleh agamawan .jangan pandang kecil maksiat yang kamu sedang semarakkan, mungkin disitu besar kemurkaan tuhan. pesanlah pada diri sendiri ,pesanlah pada teman teman.

Monday, May 17, 2010

anak luar nikah setiap 30 minit, di malaya -pahit yang terpaksa di telan

dari majalah muslimah mei 2010- pendedahan mengejutkan .

anak luar nikah lahir setiap 30 minit di malaya. laporan jabatan pendaftaran negara kepada media pada 20 mac 2010 pada tahun 2009 sebanyak 17,303 kes anak luar nikah melayu islam didaftarkan . dan untuk lima tahun sehingga 2009 jumlah didaftarkan ialah 74,723 anak luar nikah dari etnik melayu islam didaftarkan.

apakah nanti calon menantu, juga tersesat susur galur keturunannya, jika anak bercintaan dengan anak yang telah tercemar susur galur keturunannnya. masa akan menetukan. realiti yang terpaksa dihadapi di masa depan, jika beginilah suasananya.

kesianlah kepada diri kita.

jika dibarat anak luar nikah dikumpulkan disatu bangunan, lalu diberi makanan untuk membesar , dilatih untuk menjadi tentera yang tak punya hati dan kesian untuk jantina lelakinya. manakala wanitanya pula dijadikan penggiat industri porno kerana sudah hilang sifat malunya bila mereka tidak lagi susur galur keturunan yang hendak dimalu malukan lagi.

apakah bunga bunga itu sedang mekar ditanah malaya ini. terlambatkah kita untuk memberhentikkannya, jika saban hari anak boleh ditemui ditepi tong sampah. apakah anak pakai buang ini akan mengkalutkan generasi akan datang.

tepuk dada bertanyalah pada iman.

selamat hari belia wahai downline ku.

anak muda memang begini. zaman gila gila ,zaman meneroka, zaman mencuba. keberaniannya melebihi kapasiti kewajaran. keseronokkannya melampaui batas. kesedihannya sukar di alirkan.

dunia muda hanya sekali. salah tu, alam muda sebenarnya dua kali. sekali didunia dan kedua kali diakhirat. tiada orang tua disyurga akhirat. jadi taktala meriah dengan muda dunia,mari berharap supaya dapat muda diakhirat.muda yang selamanya.muda yang tidak berkesudahan.

jika meyakini bahawa ada penghidupan muda diakhirat, jangan persiakan usia muda didunia. nikmati keseronokan muda didunia,ambillah apa yang sepatutnya tapi bawalah agama sebagai penasihat. kerana yang menyelamatkan kehidupan dunia ialah islam yang diamalkan.

merempitlah tapi carilah waktu merempit taktala tidak menggangu manusia lain. jika deruman motosikal anda boleh mengganggu bayi yang sedang lena tidur dalam zikirnya pada tuhannya, tentu ada perkiraannya dimahkamah akhirat kerana setiap zarah kejahatan dan kebaikan akan dikira. jika memandu dengan kesombongan ingatlah nabi berpesan-"tidak bertemu syurga orang yang didalam hatinya ada sebesar zarah dari sifat sombong. jika kita merasa hebat, lihatlah bumi yang tidak bertiang, langit tidak bertongkat.pandanglah lautan ikan yang bernafas dilautan, maha hebat tuhan yang menciptakan.

satu hari nanti jika pernah menjadi muda, pernah menjadi belia. kita akan ditanya tentang dunia dan nikmat yang sementara itu.sediakan jawapannya wahai orang muda

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru, wahai uplineku

ketika bayiku, ketika kecilku dan ketika besarku, ibu dan ayah adalah guruku.ibu dan ayah adalah uplineku.

ketika bersekolah dan mula mengenal ABC, mula menggabungkan alif ba ta, cikguku adalah seorang guru nun jauh dipendalaman.tetapi seorang guru yang bekerja dengan jiwa dan raga.
terimakasih cikgu bastiah,
masih terkenang waktu waktu tidur dirumahnya,tusyen sepanjang hari. , dan kesedapan mee karinya,harumnya sehingga dewasa ku kini.

ketika aku dewsa ini, alam ini menjadi guruku, setiap orang yang kutemui adalah guruku. peminta sedekah yang mengalirkan airmataku juga adalah guru keinsafanku.wanita yang cantik dan seksi juga memberi pelajaran kepadaku, betapa mereka juga tidak bahagia, rumah tangga berantakan saban hari di akhbar akhbar. dunia artis yang mengajar, bahawa sesungguhnya jika kita mencari kebahagian dengan melupakan tuhan yang pemilik segala, alangkah jauhnya titik kebahagiaan itu.

kawan kawan, kebahagian itu ada sepanjang jalan,-carilah-, bukannya pada titik yang kita mahu pergi. raikan bunga bunga indah yang tumbuh sepanjang perjalanan hidup
hidup yang lalu adalah guru terbaik untuk kita belajar.
selamat hari guru kepada mereka yang berjasa.selamat hari guru untuk semua uplineku.

Tuesday, April 27, 2010

tv yang merampas kasih sayang dan daya juang

pertamanya saya agak keberatan menerima ayat ayat ini. tetapi jika minda terus dibuka dan sedikit meneroka,ternyata siaran tv adalah perampas kejam masa masa berkualiti dan masa masa indah seseorang.
dari bayi,dari kecil ,dari remaja,dari dewasa,dari pencen dan ketika saat sakit terdampar menghabiskan hari hari tua tv lah teman setia .dari kartun kekartun ,dari filem ke filem,dari iklan ke iklan, dari tv hitam putih sehingga ke flat skrin manusia membina tingkah laku,budaya dan sikap melalui tok tok guru yang bernama lebai tv.benarkah?

tepuk dada,tanyalah iman.
cubalah membaca satru artikel bahaya tv untuk kanak kanak yang ditulis oleh persatuan pengguna pulau pinang bertahun tahun dulu.tv merencatkan emosi kanak kanak dengan adegan yang berselang seli dan pantas.sekejap suka sekejap gembira.seminit bersedih ,dua minit gembira lagi.satu saat kecewa dan satu saatlagi frust.hasilnyaanak anak sekarang menjadi tidak sabar, tidak berperasaan kerana dunia tv memberi signal-tukarlah rasa sedih dan gembira itu sebagaimana semudah tv beralihan.

entahlah,sekadar berkongsi.cubalah bertanya kepada lebai lebai tv.

salam demi masa

Hanya Pada Allah saya berharap semoga diberi kesempatan masa untuk menyebarkan apa yang baik kepada diri sendiri, kepada orang yang saya sayangi dan kepada manusia seluruhnya.

Dari dulu lagi , ibu dan ayah, tok tok guru ,kenalan dan musuh selalu berpesan. Demi masa sesungguhnya ,wahai kamu, wahai saya akan berada dalam kerugian. kita mendengar berulang ulang tetapi semuanya berlalu begitu,kebanyakan masa tidak kita manafaatkan sesungguhnya.

kita menjadi perugi perugi masa yang panjang.hasilnya carilah dari segi apapun.kita menjadi ketinggalan kerana tidak bijak melabur dengan masa.malah kita juga tidak pandai bermain dengan masa.sedangkan orang lain dalam bermain pun menjadi hebat kerana masa bermain adalah masa untuk bermain bersungguh sungguh. masa untuk belajar adalah masa untuk belajar bersungguh sungguh,tidak ada masa untuk bermain main.

itulah dulu ,kini dan mungkin selamanya.
realitinya sejak semakin dewasa ini saya rasa begitu terbatas untuk berbagi masa.mungkin semasalah sang suami untuk berbagi kasih pada isteri isteri atau pada anak anak.
masa untuk multilevel syariah HPA ,terpaksa berbagi dengan masa untuk menulis laporan kerja ,masa untuk menulis blog dan kekadang untuk masa menziarah ustaz ustaz dimasjid.

kini bertambah satu lagi beban menulis novel,berbengkel disana sini dek kerana teruja melihat aura sarjan azhar pak habiburahman menghasilkan bila cinta bertasbih atau ayat ayat cinta.
belajar dalam seni untuk merubah manusia.belajar dalam seni untuk memahami cinta anak muda dan cinta anak tua.belajar untuk merubah dunia dan belajar untuk merampas tanah palastein dari zionos israel menerusi ayat ayat jihad.

betapa besarnya mata pena. betapa berkuasanya media.lihatlah bagaimana zionist israel menguasai sistem maklumat dan media untuk menjajah dunia.kini semakin hampir ketanah ku.

Sunday, April 4, 2010

leptospira-awas!

"bakteria ini akan menggerudi sel sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang.malah,dua organ ini adalah lokasi utama untuk pembiakan bakteria ini".inilah ulasan doktor intan ketika mengulas tentang bakteria dari kencing tikus.

ada sejarah mudah bagaimana bakteria leptospira dari kencing tikus menceroboh ke wilayah badan manusia.katakan air tercemar dengan kencing tikus,kucing meminum air tercemar dan membawa sisa sisa leptospira kedalam rumah.menghidu tangan sikecil atau sesiapa sahaja yang sedikit luka.bakteria ini akan mula membiak didalam zon selesa dibadan manusia.

simpton penyakit akan muncul selepas empat hari atau dua belas hari menjangkiti manusia atau haiwan.
apabila menyerang hati dan buah pinggang akan menyebabkan kegagalan fungsi dan akhirnya pembuluh darah pecah dan kesannya kencing berdarah.

saya ingin berkongsi tentang apa yang menimpa seseorang yang sangat saya kenali menemui ajalnya yang menurut doktor akibat dari kencing tikus.dalam usia awal 30an beliau pergi menemui Allah meninggalkan tiga orang anak perempuan comel yang masih kecil dan seorang isteri yang masih muda.
Allah yang maha mengetahui akhirnya mengatur segala galanya.isterinya yang tidak bekerja mula mendapat kerja sebagai seorang ustazah dengan pendapatan sekira kira rm 700 sebulan dan anak anaknya masih lagi tersenyum manis.

ada senyum aisyah,ada tawa nisa dan ada keceriaan siti.
aisyah,siti dan nisa kini adalah anak yatim yang belajar mengenali cabaran hidup.
isterinya dalam susah payahnya belajar memandu kereta dan cuba meneruskan perjuangan hidup ini.nampaknya semakin berjaya.dari kejauhan saya mendoakan semoga Allah kurniakan kepadanya ketabahan dan kejayaan hidup didunia dan akhirat.

apabila seorang dj radio terkenal yang kematiannya permulaannya dikaitkan dengan bakteria air kencing tikus.ia memberi pengajaran bahawa maut tidak mengenal usia dan kaedah mana-mungkin juga dari leptospira.ia tidak memilih usia dan siapa kita.

jagailah kesihatan.pilihlah gerai yang bersih dan berwibawa.amallah cara hidup yang baik.antaranya kenalilah herba habbatusauda yang mampu menembusi dinding sesetengah bakteria yang tak mampu ditelusi oleh perubatan moden.
Hpa habbatusauda softgel mungkin cara mudah untuk diamalkan kerana membina "protection "adalah lebih baik dari mengubati.

hari ini kita juga dikejutkan seorang ibu dan anaknya menjadi mangsa maut wabak selsema babi HINI.ya serangan bakteria juga.
semoga Allah kurniakan kebaikan syurga kepada mereka.
alfatihah.

Saturday, April 3, 2010

antara dua darjat-ayam organik hpa vs ayam cucuk/ayam antibody


"ayam secara alaminya perlu hidup seperti seekor ayam.dilahirkan.membesar dan sewajarnya berbakti kepada manusia seperti seekor ayam"keluh suara ayam yang mungkin tidak pernah dengar

"terimakasih untuk makhluk Allah yang bernama ayam yang sekian lama jasamu berbakti memberi zat zat dan kegembiraan kepada kehidupan insan"seru saya mewakili kumpulan manusia kepada beberapa ekor ayam yang melintas didepan.

dunia moden memberi layanan yang tidak adil kepada ayam ayam diserata dunia.sejak dari tarikh mempunyai tag kelahiran sehingga menemui pisau kematian kehidupan ayam adalah dunia sengsara.dihidangkan dengan pelbagai vaksin,dicucuk dengan pelbagai antibodi ciptaan makmal,didera supaya hidup untuk makan ,dipaksa untuk merasa haus lalu meminum sebanyaknya air supaya berat timbangannya bertambah.
apalah maknanya sebuah kehidupan jika disusun bersesak sesak didalam bakul.najis najis rakan singgah dikepala dan badan.akhirnya ayam mengalami tekanan hidup dan menemui kematian .

dan akhirnya manusia menjadikan hidangan enak.
tetapi sebenarnya mereka enak meratah penderitaan kami,akhirnya keluarlah kajian yang mengatakan antara punca lelaki hari ini mengalami krisis identiti dan bersifat lembut berpunca dari ayam dan vaksinnya.
ayam masak merah mungkin enak tetapi kehidupan manusia juga menjadi merah dan penuh dengan tekanan.mungkinkah lanjutan dari stress yang meresapi kedaging daging kami.

jika ada merasa prihatin
carilah ayam ayam organik hpa sebagai tanda berlaku adil kepada makhluk ayam
carilah ayam organik hpa yang kembali menghidup rumah rumah ayam kepunyaan melayu islam yang sekian lama tak mampu bersaing dengan banglo banglo ayam milik tauke tauke besar.
bermakna
ia bukan sekadar seekor ayam.
ia adalah kisah perjuangan dan keadilan .
hulurkan tangan kalian untuk sebuah perjuangan yang mahal harganya.

Friday, April 2, 2010

awas krimer berperisa melamin-made in padang besar

krimer berperisa melamin dari negara china,gudangnya di padang besar perlis.dibungkus atau di "pack" kan semula dan diberikan kepada empat jenama krimer yang terkenal untuk pasaran thailand dan malaysia.
setelah diserbu oleh penguatkuasa pada minggu ini,baru kita tersedar"mungkinkah aku antara yang telah terminum krimer berperisa melamin.mungkinkah anak yang kita sayangi juga telah mesra rasa dengan melamin berperisa krimer,alahai ya nasib"

tak lama dulu ada kisah minyak masak berkualiti rendah.sebuah rumah teres di geogtown dan minyak masak berkualiti rendah dibotolkan semula dan diberi jenama terkenal.mungkin sudah bertahun kita menggunakan minyak masak berkarsinogen.
jom kita kenal apa itu minyak masak berkarsinogen.
minyak masak yang telah digunakan ,yang mungkin telah menggoreng ayam segera terkenall dari dapur restoren ternama,lalu ditapis semula dan dijual kepada kita.fuuh! mereka melayan kita sebagai pengguna kelas kedua.alahai ya nasib!

dimanakah akan ku temui pengusaha dan peniaga yang jujur?.Halal Products Always

Thursday, April 1, 2010

harapan paling akhir-untuk alicia loo.ah soon dan lim

pagi yang damai.matahari bersinar indah.saya melihat pokok menari narikan dedaunya.lembut dan bersahaja.seolah olah meraikan cahaya matahari. yang pastinya Tuhan Yang Maha Pengasih,pencipta alam ini mengaturkan pertemuan diantara cahaya matahari dan hijau klorofil daun daun pokok.akhirnya pokok menjadi segar .tersambunglah satu proses kehidupan.dan saya dari jauh,dalam hembusan nafas mengeluarkan karbon dioksida.lalu diproses oleh pokok pokok menjadi oksijen.memberi dan saling menerima.

tidakkah ini tanda keagungan tuhanmu?
nikmat yang tak mampu kita dustakan.

dikaca tv.
seorang muallaf dari guar cempedak kedah,menghubungi ustaz yang sedang memotivasikan pagi yang damai ini.
"Saya muhammad azzim,baru memeluk islam.hidayah datang melalui anak saya yang terlebih dahulu menjumpainya.dia pulang membawa cahaya kebenaran kepada saya.tetapi saya punya dua ibu dan ayah yang saya sayangi.mereka telah meninggal dunia.mereka tidak sempat berjumpa dengan islam sebagaimana saya jumpa hari ini.bolehkah saya berdoa agar tuhan memaafkan mereka"?

ustaz memberi jawapan yang cukup positif.bersangka baiklah, mungkin kedua ibu dan ayah saudara tidak tersampai dakwah islam kepada mereka.jika itu terjadi,sesungguhnya tuhanlah yang maha pembuat keputusan tetapi seorang muslim tidak dibenarkan berdoa untuk keampunan dosa untuk bukan muslim.

sesungguhnya islamlah Harapan Paling Akhir.tidak ada yang lain akan menyelamatkan dan mampu diniagakan dipasaran hadapan alam akhirat kecuali menjadi muslim.

saya teringat beberapa orang rakan tionghua.
alicia loo adalah gadis yang baik,tidak minum arak,tidak juga mengamalkan seks bebas.malah ada ketikanya menghulurkan wang terbanyak untuk kawan kawan muslim yang di timpa musibat samada kemalangan atau kematian saudara saudaranya.
ah soon yang suka memancing dan terlalu pemurah hulurkan ikan ikan besar kepada saya.
lim yang selalu belanja nasi daging merah.
mereka adalah orang orang baik.

saya hanya mampu menyampaikan pesan kepada mereka.marilah kepada islam yang akan menyelamatkan kehidupan akhirat.tanpa islam tidak bernilai kebaikan dimatawang akhirat.selebihnya airmata saya ada ketikanya tumpah,bila tak sanggup lihat ,orang sebaik mereka dibakar atau terbakar didepan mata .
saya berdoa supaya mereka memperolehi cahaya dan hidayah islam.

Sunday, March 28, 2010

Halal Products Always-herba hpa untuk masa masa yang lebih manis

'kurangkan gula kimia dalam gelas dam menu seharian supaya hidup akan menjadi bertambah manis.terlebih manis pada hari ini bakal menempuh hari hari yang pahit dikala usia semakin meningkat"sms seorang gadis cina, alicia loo.

"terimakasih atas ingatan anda.saya menghargainya.Tuhan mencipta manis pada gula sebagai satu ujian untuk manusia.bersabar,dan ambillah sekadar mencukupi.kerana setiap yang manis yang kita ada ,tentu ada bahagian untuk kita kongsikan kemanisan itu dengan insan lain.terimakasih sekali lagi untuk tips masa depan yang lebih manis"sms saya kembali.

kebetulan saya berada berdekatan dengan perusahaan kilang gula.ada kawan kawan dan kariah sejiran yang berpuluh tahun bekerja dikilang gula.oleh kerana gula adalah barang yang sentiasa diburu,bisnes gula adalah bermakna untung dan wang besar.saya kekadang cemburu jugak bila kawan bercerita bonus kilang gula kekadang empat atau lima bulan.
fuuh!dalam bonus mereka ada wang kita yang kita sumbangkan dalam setiap sudu gula yang diceduk.
terimakasih untuk diri kita, tetapi pesanlah pada diri sendiri-cemburulah pada manisnya gula kerana berlebihan manis akan jadi pahit dan kesakitan akhirnya.

diabetes adalah antara rangkaian penyakit utama yang sedang menyerang warga satu malaysia.jika kita selalu berkunjung kehospital dan berkenalan dengan para pesakit,tidaklah pelik bertemu dengan kanak kanak seusia belasan tahun juga aada kencing manis.
ingatlah adik adik tidak ada gembiranya jika ada kencing manis,hargailah kesihatan diwaktu muda supaya sempat merasa kehidupan dan daya juang diwaktu dewasa.

mari kita kenali hpa.
hpa bersama anda untuk elak kencing manis.
hpa bersama anda untuk kesihatan yang lebih manis.
hpa bersama anda untuk kehidupan yang lebih manis.

kopi radix-kopi pra percampuran dengan sinergi tujuh herba.herba tebu gajah diantaranya bersifat mesra untuk elak kencing manis.
terbaru ,berita gembira bila pengurusan hpa akan menukarkan gula putih kepada gula perang dan setiap kordialnya.permulaan untuk beberapa produk dan begitulah seterusnya.
cari carilah produk herba hpa-plantisol-sebelum tiba waktunya anda terpaksa mencari insulin yang tidak halal(khabarnya dibuat dari pankreas babi) untuk penawar diabetes.
jom "Halal Product Always"

Friday, March 19, 2010

Harapan Paling Akhir-anak muda sedang berjuang di alQuds

Hanya Pada Allah-sekurang kurangnya dari kejauhan ini marilah kita berdoa kejayaan untuk perjuangan anak anak muda palastin yang sedang mempertahankan masjidil alsa dari diceroboh dan diroboh oleh yahudi laknatullah.
Minggu ke sembilan dan kesepuluh untuh tahun 2010,kita menerima berita sedih,bagaimana yahudi zionist telah menceroboh memasuki masjid al aqsa,mengganggu jemaah yang sedang beribadah dan mengekuatkuasa peraturan tiada anak muda boleh memasuki al aqsa.umur dibawah lima puluh tahun dilarang masuk.

kerana apa?.
kerana anak muda palastin yang berdarah perjuangan akan mengganggu ,melontarkan batu pada pekerja pekerja pembinaan israel yang bekerja berhampiran dengan masjid al aqsa.seruan untuk anak muda muslim diserata dunia nyatakan sokongan kepada anak muda palastin-jangan beli produk israel,jangan beli barangan dari syarikat amerika yang membantu negara israel.jika ini pun tak mampu kita lakukan,tanyalah diri sendiri-siapakah saudara saudara kita?.

"struktur asas dibawah tanah masjid al aqsa sedang dilemahkan dengan harapan yahudi ingin melihat masjid al aqsa tersungkur kebumi dan ditepi masjid al aqsa yahudi sedang membina kuil agama mereka.wahai umat islam,al aqsa adalah qiblat pertama untuk muslim.lihatlah apa yang mereka sedang lakukan.mereka datang dan rampas tanah kami,musnah masjid kami,bunuh anak anak kami.kami tidak mengharap duit duit kalian tetapi kenapakah kalian ambil dari duit kalian lalu menghantar sebagai peluru ketubuh tubuh kami.bukankah kalian yang membeli segala barangan dari syarikat yang menyokong mereka.sesungguhnya seorang saudara yang baik tidak akan membunuh saudaranya." seru persatuan ulama palastin.

Jumaat adalah hari terbaik untuk memulakan perubahan.
jika tak ada waktu untuk berdoa untuk mereka sekurangnya ambillah sedikit waktu pilihlah barang yang tidak ditukar kepada peluru kepada anak palastin.
jika ini masalah masalah mereka,itu negara mereka,kenapa saya mahu susah hati.ingatlah satu soalan dialam qubur-siapakah saudara kamu?.carilah saudara kamu dihari jumaat ini dan sesekali mengembaralah dalam mimpi dan singgah sebentar dibumi palastin.

jika ada masa hadirlah kemajlis majlis multilevel syariah HPA dan dengarlah suara kami dan rasai semangat kami terhadap saudara kami dibumi ambiya,bumi alquds,bumi palastin.

Tuesday, March 16, 2010

Hanya Pada Allah-kita berdoa semoga dimusnahkan kartunis sweden,lars vilk

Minggu lepas,isu menghina Nabi Muhammad SAW oleh kartunis sweden,si celaka lars vilk menjadi isu lagi.Dia melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dengan badan seekor anjing.Saya berdoa semoga Allah akan menghinanya kembali dengan kematian disiat siat oleh anjing anjing sebagaimana berlaku kepada anak abu jahal,utaibah.

Saya benar benar terkesan ,bila mendengar ceramah dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman.Beliau mengkisahkan bagaimana utaibah bin abu jahal dan utbah bin abu jahal yang sebelum zaman kenabian Muhammad saw pernah menikahi dua orang putri nabi.Apabila Muhammad saw diangkat menjadi nabi dan berlakulah dakwah kepada abu jahal.

Diantara kesan dakwah itu ialah abu jahal memanggil dua orang anak lelakinya utbah dan utaibah lau ia bertanya"wahai anakku diantara aku,bapa kalian dengan Muhammad bapa mertua kalian,siapakah yang paling kamu kasih.

"kami mengasihi bapa kami abu jahal"ujar kedua, utbah dan utaibah.

"jika begitu buktikan kamu mengasihiku lebih dari kasih kepada bapa mertua kalian Muhammmad".kata abu jahal.

Lalu keduanya kembali kerumah masing masing.membawa kedua kedua putri Nabi Muhammmad saw yang juga isteri mereka bertemu dengan nabi Muhammmad saw.maka berlakulah penghinaan pertama mereka,utbah dan utaibah menceraikan isteri masing masing semata mata kerana Muhammad saw membawa ajaran bersalahan dengan ajaran nenek moyang mereka.Untuk membuktikan kasihnya, utaibah kepada bapanya abu jahal ,tiba tiba selepas menceraikan putri Muhammad saw,si celaka utaibah meludah kemuka Nabi Muhammad saw.
Ketika itu Nabi Muhammad bersabar dan berdoa kepada Allah supaya utaibah akan mati dalam kehinaan di siat oleh binatang buas.
(ketika ini saya juga berdoa semoga kartunis sweden,lars wilk juga kan merana dibunuh oleh binatang binatang buas).ameen

Selepas itu kedua utbah dan utaibah pergi menemui bapa mereka abu jahal,bergembira
menceritakan kejadian.
maka berkatalah abu jahal"sesungguhnya Muhammad itu benar.Kamu pasti akan mati dibunuh oleh binatang buas wahai utaibah.beginilah wahai utaibah,kamu tinggallah dirumahku.kamu akan dijaga oleh pengawal pengawal peribadi.nescaya kamu akan selamat.

benarlah ,abu jahal merancang tetapi Allah adalah sebaik baik perancang.abu jahal sememangnya mengetahui bahawa Muhammad saw bercakap benar tetapi lihatlah betapa degilnya hati bapa saudaranya untuk mengakui kerasulan nabi Muhammad saw.(ketika ini saya teringat betapa ramainya manusia hari yang mengakui kebaikan dan keadilan ajaran islam tetapi menutup hati hati mereka untuk menerima sebagai cara dan budaya hidup,tidakkah mereka ini sama seperti perangai abu jahal).
oleh kerana abu jahal adalah bussines man,dia perlu pergi ke syam atas urusan dagangan.ketika itu dia berfikir bagaimana untuk memastikan nasib anaknya selamat.akhirnya keputusan diambil bawa utaibah bersama dalam misi dagangannya.dan diberi kawalan ketat supaya tak terjadi uatibah akan mati di bunuh oleh anjing .

strategi pun diatur.ketika berada kuffah mereka melalui sebuah gereja dan disitu berlaku dailog dengan paderi disitu, yang hairan kerana dalam minggu ini beliau sering mendengar suara singa mengaum disekitar gereja tersebut padahal kawasan hutan terletak jauh dari gereja itu.
abu jahal mengambil langkah berjaga jaga setelah membayangi doa Muhammad terhadap anaknya.dan keputusan diambil mereka bermalam dikawasan luar gereja dengan sistem sekuriti yang teliti.

sebelum itu ,paderi gereja tidak membenarkan mereka tidur dalam gereja kerana abu jahal and geng adalah pengamal agama jahilliyyah yang sangat nyata berbeza agama kristian .
nyata mereka berbeza dan tidak layak untuk berada dalam gereja semata mata untuk tidur dan bukannya menerima ajaran gereja.

barang dagangan dilonggok dibahagian tengah dan abu jahal tidur disekeliling barang dagangan bersama para pengawalnya.diatas barang dagangan yang dilonggok membentuk tempat tidur utaibah yang ada dua lapisan sistem keselamatan.tembok manusia dan tembok harta.

terjadilah apa yang ditaqdir Allah akan terjadi.doa Muhammad saw diperkenankan.ketika itu tembok manusia ,Allah lenakan tanpa ada rasa sedar, sang singa melepasi tembok manusia dan tembok harta.akhirnya benarlah utaibah disiat siat oleh singa tersebut.mati dalam kehinaan .

ketika abu jahal melihat cebisan mayat anaknya, utaibah.abu jahal tetap sebagaimana abu jahal tidak mahu juga berubah menerima kebenaran islam dan kenabian Muhammad saw.alangkah sombongnya manusia bernama abu jahal

dunia hari ini.kita lihat alangkah ramainya abu jahal abu jahal barat dan timur yang sombong untuk mengakui sumbangan Muhammad saw saw terhadap tamadun dunia.biar pun islam yang dibawa oleh Muhammad saw banyak memberi rahmat dan kebaikan kepada dunia dan isi dunia.
pasti akan datang satu hari nanti.celakah wahai abu jahal barat.celakah wahai abu jahal timur

Monday, March 15, 2010

Harapan Paling Akhir-tak kenal maka tak cinta

Pukul dua tiga puluh petang.adalah kebiasaan radio pulau mutiara akan bersiaran rancangan ceramah agama.jika pandai mencari peluang dan kesempatan kekadang banyak mutiara mutiara ilmu yang boleh dikutip.
oleh kerana kita adalah manusia yang sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah ada waktu habisnya,jika memandu kereta selama tiga puluh minit,waktu waktu bersendirian begini,mendengar ceramah agama dari radio atau kaset memang tazkirah yang baik untuk motivasi diri.

kata ustaz dari corong radio.
"saya , sebelum tidur selalu berangan angan,pasang impian yang kalau didunia realiti tidak mungkin boleh dilakukan.Ya Allah jikalah engkau memberi pilihan kepadaku untuk memilih bangsa untuk aku dilahirkan,aku akan memilih untuk dilahirkan sebagai bangsa arab kerana nabiku Muhammad saw dilahirkan sebagai bangsa arab dan al quran juga diturunkan dalam bahasa arab.dan nikmatnya jika tahu mentafsir dalam bahasa arab ialah seumpama minum air dari punca mata air di sebuah bukit sedangkan jika kita membaca tafsiran dalam bahasa lain seumpama kita hanya meminum air dikaki bukit".

mulanya saya merasa pelik dengan impian ustaz ini.berfikir sebentar dan menyelami impian pelik ustaz itu.jawapan mudahnya ialah"tak kenal maka tak cinta".saya tak tahu berbahasa arab tentulah susah mahu mencari cinta dalam bahasa arab.
begitulah juga jika tak kenal perniagaan hpa ,maka tak cintalah dengan produk hpa.alangkah tidak hebatnya hidup jika tidak punya "cinta"

Wednesday, March 10, 2010

Harapan Paling Akhir-di manakah hendak dicari iikan segar.

Saya mengambil nasi putih,ikan masak asam pedas,sedikit ulam ulaman dan sambal yang berwarna merah kemerahan.Gabungan yang simple untuk tengahari yang lebih panas dari biasa.syukur untuk rezeki yang sempat lagi dijamah pada hari ini.
Lalu membayar dikaunter pembayaran .

"hari hari makan ikan ,hari hari tak makan ayam,lu tarak jemu ka"keluh seorang pemuda tionghua yang duduk dihadapan,juga rakan sekerja yang berasal dari sebuah kampung cina di bahagian balik pulau,pulau mutiara ini.

"ayam pun hari hari makan antibodi,hari hari kena cucuk,macam mana mahu sihat jika makan ayam sakit.saya cuma makan ayam organik saja"ujar saya untuk menghangat suasana.

kebetulan kami makan semeja seramai tujuh orang.masing masing menambah komen kekesalan tentang betapa dunia makan hari ini tidak lagi selamat untuk manusia.pengusaha makanan hanya mahu melihat duit duit mengalir banyak masuk kedalam poket mereka.lalu siapa yang mahu berjuang untuk sediakan makanan pilihan yang selamat untuk umat manusia.dalam hati saya teringat harapan paling akhir(hpa).

rakan bangsa tionghua itu bercerita lagi bahawa di kampung nelayannya ,para pemborong ikan akan sediakan satu cecair kuning untuk diberi kepada nelayan yang hendak kelaut.cecair kuning itu akan memberi harga yang istimewa pada ikan mereka kerana bila cecair kuning itu dilumurkan pada ikan.ikan kan sentiasa segar.fuuh
ikan yang segar akan dibayar dengan harga yang lebih kerana bila tiba didaratan ,manusia adalah pelanggan yang mencari ikan segar.bagi kita ikan segar ialah ikan yang baru ditangkap dan selamat untuk dimakan.
lalu saya bertanya apakah cecair kuning itu.
"Cecair kuning itu ,kalau orang mati,kasi taruh itu mayat supaya tidak ada bau."kata kawan saya itu.
fuuh dunia oo dunia.ikan pun disegarkan dengan pengawet mayat.dan ia berlaku dimana mana disekeliling kita.
pilihannya carilah nelayan yang ada amanah.carilah pemborong yang ada amanah.carilah penjual yang ada amanah.

Sunday, March 7, 2010

Thank you radix cola.Thank you HPA

Saya memandu perlahan disepanjang lebuhraya bersebelahan Pantai Seagate.Pandangan laut yang indah dan burung burung petang sedang berarak pulang menuju ke Pulau Jerejak yang terletak dihadapan.

"Memang cantik dan sejuk mata memandang jauh sepanjang laut hingga kedaratan menghijau Jerejak yang dulu pernah menghimpun banduan banduan ternama tanah air ,mungkin agaknya manusia ini perlu berkhalwat,mengasingkan diri ditengah kesunyian dan kedamaian hutan dan rimba untuk kembali mengenal diri nya,dan berusaha untuk kembali kepada menjadi insan yang lebih baik"tiba tiba ummi maslia bersuara memecah suasana.

Saya mengiyakan dalam diam,sedikit sebanyak ada kebenarannya.Mata saya tertumpu pada sekumpulan anak muda bermotosikal dengan pasangan masing masing memotong kenderaan kami.Gadis manis bertudung putih memeluk erat teman lelaki dihadapannya manakala bajunya yang pendek terangkat dibelakang dan menampakkan kulitnya yang putih.Nampak bahagia walaupun dalam kemurkaan tuhan.
Seorang lagi temannya juga membonceng motosikal yang lain,juga bertudung tapi berwarna pink dengan baju dan seluar serba pink dan tanpa segan dan silu juga menampakkan sebahagian seluar dalam bewarna pink.Gadis melayu itu juga memeluk teman lelaki dihadapannya seseolah dunia ini mereka berdua yang punya saja lagaknya.Lupakah mereka bahawa tuan punya dunia ini sedang memerhatikan tingkah laku mereka.
Ketika yang sama bagaikan ditarik oleh magnet,dua buah motosikal mengikut rapat jamuan nafsu yang percuma itu.

Saya menjadi kelu sebentar dan dalam diam mencari jawapan kepada persoalan didepan mata.Kenapa didepan mata adegan adegan sebegini sudah biasa kelihatan ditanah geogtown ini?
Apakah nak jadi dengan sebahagian gadis melayu islam hari ini,bertudung tetapi seseolah bertelanjang?
zat dan vitamin dari manakah yang masuk kedalam hati dan tubuh mereka sehingga hilang rasa malu?
jika tidak malu kepada tuhan yang mencipta rupa cantik mereka,tidakkkah mereka malu kepada tudung tudung yang mereka pakai?
tidakkah mereka malu pada pokok pokok disepanjang pantai seagate yang sedang berzikir memuji tuhan?
tidakkah mereka malu pada batu batu yang berada dibawah yang sedang bertasbih mengagungkan tuhan?
tidakkah mereka malu pada udara yang mereka sedut?

Memandu terus,diam dan berfikir mencari jawapan.
Mungkinkah apa apa saja yang mereka dan keluarga mereka makan satu waktu dulu telah menjadi kumin dan zat zat yang membentuk sebahagian dari kedegilan hati mereka.Saya menyapu kelopak mata ,mengambil botol radix cola 500ml dari tepi gear dashboard dan perlahan lahan merasai nikmatnya produk HPA hadir dalam hidup ini.

Friday, March 5, 2010

Bila cinta bertasbih-ingat ingatlah HPA

Remaja adalah zaman keindahan dan serba segar.Zaman mencari identiti diri ,mencari pasangan hati dan ada waktunya sibuk berzikir dengan tasbih cinta.Sungguh hebat kurniaan Allah kepada manusia.Begitupun, Allah adalah zat yang maha kaya dengan cinta.

Jika anda remaja sedang sibuk dengan zikir zikir cinta,ambil sedikit dari waktu anda untuk kenali multilevel syariah HPA."Tak kenal maka tak cinta",ayat ini sebutlah sesekali kepada diri sendiri.Tidak kenal dunia perniagaan HPA,bermakna tidak terbina rasa cinta kepada dunia ekonomi ummat islam.

Melentur buluh hendaklah dimula pada masa rebungnya.begitulah kata pepatah orang berpengalaman.
Jika hari ini anda cintakan produk halal,rugi benar kalau tidak kenali HPA.
Jika hari ini anda ingat wang besar dan wang halal,rugi besar jika tidak bersama perjuangan HPA.
Jika hari ini anda ingin membina mahligai bahagia dan diredhai bersama orang yang anda cintai,bercintalah sebentar dengan dunia herba HPA sebelum tiba waktunya anda sibuk melayan kekasih hati.
Jika hari ini anda bercita untuk menjadi orang ternama,berilah sedikit masa untuk perjuangan ekonomi ummah HPA kerana satu hari nanti anda akan terlalu sibuk untuk sebuah perjuangan.
Jika hari ini anda sedang menikmati zaman remaja,terokailah sebuah perjuangan,aktifkan cinta anda pada Harapan Paling Akhir(HPA)

Thursday, March 4, 2010

Sayangilah 2 unit buah pinggang bersama herba perubatan jawi HPA

"Saya menerima ujian besar dalam hidup ini .Sesuatu yang tidak saya jangkakan.Saya perlu membelanjakan setiap sessi rawatan heomodalisis sebanyak rm 200.,seminggu 3 kali disebuah pusat rawatan heomodalisis swasta dibandar SJ.Saya perlu mengambil cuti dan berperang dalam jiwa antara bebanan sakit dan duit yang akan mengalir kepoket orang lain"keluh sahabat yang baru saya kenali,Abang Johari

Begitulah diantara perbicaraan saya dengan Abang Johari beberapa hari dulu.Saya menemuinya ketika beliau berjualan di pasar pagi SJ.Katanya beginilah aktiviti sampingannnya untuk mencari duit lebih untuk menampung kos mencuci buah pinggangnya.Gigih sekali menjual minyal wangi walaupun hidupnya ketika ini tidaklah seharum waktu waktu sihat dulu.

Saya cuba berkongsi dengannya.bercerita tentang dunia perubatan jawi HPA.Ya, tentang herba dan bandingkan kepada beliau tentang sebahagian masalah perubatan moden.
Saya gambarkan kepada beliau tentang buah pinggang manusia yang bertindak seperti penapis air.
"Terlalu besar peranan buah pinggang ini kepada nikmat kesihatan kita abang.Ia bermula dari suapan yang masuk kemulut kita ,melalui usus kecil,dan sebahagiannya adalah merupakan cecair yang akan melalui proses penapisan dibuah pinggang atau kata orang ginjal.Di ginjal inilah ,buah pinggang akan memulakan kerja kerja sukarelanya, diasingkan antara bahan yang diperlu oleh badan dan apa yang perlu dibuang sebagai air kencing.Yang menjadi masalahnya ialah apabila bertahun kita mengambil ubatan kimia yang dicipta dari dadah dan bahan sintetik didalam makmal,maka akan berlakulah sumbatan demi sumbatan pada filter filter halus diginjal.Contohnya dari ubat penahan sakit atau panadoll akan berlaku mendapan magnesium oksida yang akan menutupi lubang lubang seni pada ginjal.Lama kelamaan ia akan berkumpul dalam jumlah yang banyak dan kita juga tidak pernah pun servis buah pinggang kita walaupun kita ada kereta yang selalu diservis.Hasilnya ,bagaimana sebuah filter mahu menapis jika sudah tersumbat.Maka berlakulah dalam diam ,kegagalan fungsi sebuah buah pinggang"saya berhujah panjang lebar kepada Abang Johari.

Dimanakah akan kucari ganti.Malangnya dalam dunia dikatakan moden hari ini tiada alat ganti untuk sebuah buah pinggang.Betapa kerdilnya insan, untuk mencipta sebuah ginjal sebagaimana Allah mengurniakan 2 unit buah pinggang untuk seorang insan.

Saya terus memerhatikan Abang Johari dengan seribu simpati.Saya renungkan kelopak matanya.Ada lebihan pada bahagian bawahnya seperti kantung air.Saya lihat anak anak jari nya.Ada lebihan takungan air.Benarlah seperti dalam kuliah perubatan jawi,apabila ginjal sudah tidak seratus persen mampu berfungsi,apabila buah pinggang sudah tersumbat,bagaimanakah air mahu diproses keluar.Maka terjadilah apa yang perlu dilalui oleh Abang Johari.Sebuah mesin dailisis dan wang yang akan mengalir laju keluar.
Benarlah, sungguh mahal nikmat kesihatan

Monday, March 1, 2010

"Downline"adalah sumber inspirasi kepada "upline"

"sudah lama tidak menulis ayat ayat begini dalam blog ini. Semakin jauhkah aku dari HPA mlm syariah ini"getus hati sendirian.

Sesekali ada juga menerima panggilan telefon dari "upline"yang cuba memberi input dan motivasi positif "wahai downlineku yang diingati,dari kejauhan ini ana nampak anta semakin hilang semangat usahawan.Tentu ada sesuatu yang perlu anta check dan cari jawapannya.

"Benarlah wahai uplineku.Perjuangan ini benar benar menuntut ketabahan, kesabaran dan kekuatan.Tidak mudah berputus asa adalah modal terbesar untuk melalui jalan ini.Kegigihan adalah modal ana yang semakin kurang.ana sedang cuba melakukan sesuatu"


Suatu hari berjumpa dengan downline sendiri,seorang anak muda yang baru berusia 24 tahun ,bersahaja kempen sana sini tentang kebaikan multilevel syariah,hpa.Ligatnya mengalahkan saya uplinenya..
Tercabar rasanya bila diri sendiri tidak boleh menjadi contoh kepada anak muda ini.Satu waktu dulu aku juga begini,bersemangat dan ingin menjadi hebat.aku harus kembali mencari program yang dulu pernah ku downloadkan dalam komputer diri.

ameen-gen6kpu

Friday, February 26, 2010

12 rabiulawwal-Harapan Paling Akhir (HPA)


"Kalau sakit Allah sembuhkan"

Sungguh besar rasanya nikmat sihat setelah hampir seminggu deman dan sakit sakit badan.Cuaca di luar pulak terasa amat berbahang.Herba IMT,kopiradix dan air alkali Hpa menjadi teman setia . Bibir dan tekak ,dipenuhi ulcer,lubang lubang kecil yang pedih.Alangkah bahagianya jika selama ini ,masuklah apa saja kedalam mulut,pasti tekak akan meraikan dengan gembira.

"Ketika sakit,hati terasa dekat dengan kematian lalu lidah pun menyebut nama Allah ,tak putus putus mengharap simpati"
Benarlah kata nabi Muhammad saw bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.Lemahnya kita ,bila sihat,kita menjadi semakin tidak bijak,rasanya mati itu masih jauh.

Terbaring ditilam dan terbayang bayang apakah daya dan usaha yang telah aku perbuat untuk membantu ummah dan islam.Dunia multilevel syariah HPA pun sudah lama aku tidak mengembang rangkaian "downline" dan dakwahnya.Cuma sekadar menjadi pengamal produk sahaja dan sesekali menjual.Sedangkan matlamat untuk membina kejaayaan ialah dengan menaja prospek baru dan menyebarkan seruan produk halal ini selagi masih ada bulan dan matahari.Entahlah...

Benarkah bila berada di zon selesa,daya juang menjadi semakin malap?

Aku masih mencari jawapan.Aku terus mencari semangat dan kekuatan untuk bangkit.

Merenung mata anak anak kecil,mencari harapan yang mereka harapkan."jika aku tinggalkan perjuangan ini,pada siapa anak anak ini hendak berharap jika mereka nak merasa ayam goreng organik.Jika aku tidak bersama hpa ini,siapa lagi yang aku boleh berharap untuk memberitahu anak anakku secara istiqamah bahawa saudara saudaramu anak anak palastine sedang merana diratah israel durjana"

Aku tiada pilihan.Aku akan terus mencari kekuatan.Inilah harapan paling akhir

Thursday, February 25, 2010

Aura bio ionized alkaline water filter (DEW-halal,suci dan organik).Dari HPA kepada komuniti muslim


















"Sungguh teruja untuk memiliki penapis air dew HPA".begitulah suara hati.
Jika buah pinggang adalah penapis untuk segala bahan buangan dalam cecair badan yang akhirnya tubuh badan menjadi harmoni dan sihat.Syukur atas kurnian dari Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Penapis air DEW HPA pula ialah halal,suci dan organik dan insyaallah mampu mengekalkan buah pinggang yang efektif dan tubuh yang sihat.
"Saya selalu memilih makanan yang sihat dan halal untuk hidup yang ceria tetapi saya selama ini tak mampu memilih air yang masuk kerumah saya kerana air bermula dari satu sumber,kemudian melalui paip paip besi akhirnya berada dalam gelas gelas untuk diminum.Bagaimana saya akan sihat ,jika air yang diminum tidak sihat.Oleh itu saya mesti beli penapis air DEW HPA".nasihat hati saya kepada saya pada suatu hari.
Tuan tuan dan puan puan yang saya hormati.
Beberapa tahun dulu seorang doktor,juga seorang pensyarah bahagian sukan yang aktif pernah berkata"saya seorang yang menjaga pemakanan,saya seorang yang bersukan tetapi dalam usia awal 40an,saya terkena kanser.Saya duduk merenung , mengkaji dan menemui jawapan.saya tidak ada upaya memilih air yang diminum maka itulah punca penyakit kanser yang saya alami".
Akhirnya beliau membina sistem penapis airnya sendiri dan yang ajaibnya penyakit kansernya sembuh.
Penulis ingin mengajak kepada saudara seislam semua.Belilah satu penapis air DEW HPA kerana kesihatan itu nikmat yang mahal.Lebih dari itu, inilah penapis air dew yang halal,suci dan organik.Lebih dari itu lagi ,dengan pembelian penapis dew hpa ini juga sebenarnya kita sedang menyumbang saham yang besar dalam perjuangan ekonomi umat islam.Wang kita sedang mengalir dalam perjuangan membina rangkaian produk halal.Bukankah mencari yang halal itu adalah tanggungjawab kita bersama.
BELILAH PENAPIS AIR DEW HPA.Ia bukan sekadar penapis air.DEW HPA-HALAL SUCI ORGANIK.

Thursday, February 11, 2010

dew water-menapis air, menjernihkan hati,menjana ekonomi


kajian tujuh tahun untuk menghasilkan penapis air & kristal dew telah menyumbang selesaikan penantian berpuluh tahun umat islam untuk tidak menggunakan penapis air dari filter yang menggunakan bahan bahan dari haiwan sebagai penapis karbonnya.
Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama.
Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.
PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.
Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.
Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.
Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.(sumber blog pu HPA)

Thursday, January 21, 2010

anti islam -ahli politik netherland(belanda), greet wilders sedang dibicarakan dimahkamah amsterden

dia adalah ahli politik belanda yang menghina al quran dan meminta supaya diharamkan alquran di netherland.
minggu ini kes beliau sedang dibicarakan.
ini adalah manusia yang hendak menafikan sejarah sumbangan islam kepada kemakmuran dunia.
jika seorang wanita bekas ceo company ternama(HP) yang berpusat di amerika pernah dalam ucapannya rasminya berkata bahawa cahaya tamadun barat hari ini ialah bermulanya dari sumbangan ilmu orang islam.
siapakah yang mula meneroka ilmu perubatan moden,pembedahan dan penggunaan bius jika tidak dari langkah pertama dari ibnu sina.bahkan kitab perubatannya masih lagi menjadi sebahagian rujukan.
siapakah yang menemukan angka kosong yangmerancakkan sistem algebra jika tidak orang islam yang membaca alquran.
siapakah yang meneroka ilmu falak jika tak bermula dari dunia timur.

barat harus berterimaksih pada sumbangan islam.
sebahagian dari mereka ini tidak telus ,tidak berani untuk berhadapan dengan fakta dan kebenaran ini.mereka bersembunyi dibelakang propoganda media.mereka menjadi takut dengan bayang bayang.
inilah wajah mereka.bila berhadapan dengan kebenaran,mereka tutup mata mereka dan mereka pekakkan telinga mereka.
sampai bila?

Tuesday, January 19, 2010

mencari antibodi yang hilang bersama dunia herba HPA

api air angin dan tanah adalah keseimbangan yang diperlukan oleh badan untuk membina daya ketahanan badan terhadap penyakit.itu adalah antara ilmu yang saya perolehi dalam satu kuliah perubatan jawi.
pada mulanya saya agak sukar nak terima kenyataan ini.sekian lama kita diajar untuk menggunakan antibodi untuk membunuh bakteria yang membawa panyakit.malangnya antibodi juga akan menyapu bersih bakteria yang baik yang masih diperlukan oleh badan.

kaedah mudah untuk membina daya pertahanan badan yang kuat ialah sediakan badan kita sebagai tapak yang sesuai ,medan yang seimbang untuk berkembang biak antibodi yang baik.bila kumpulan antibodi terbaik ini bersiap sedia,maka datanglah segala virus dengan pelbagai nama dan variasi,sudah tentu antibodi original ini akan mempertahankan badan tuannya.malah akan memusnahkan segala musuh yang bernama bakteria ini jika melebihi tahan kebenaran untuk berada dalam zone tertentu didalam badan manusia.

lihat apa yang kita makan sebagai sumber pembinaan keseimbangan.herba adalah antara sumbernya tetapi jika herba tidak diadunkan berdasarkan ilmu,keseimbangan akan terganggu.
herba hpa adalah pilihan yang betul .kaji lah dari sudut ilmu atau testimoni pengalaman tidak sukar untuk anda temui kebenaran.

sesuatu yang rugi jika anda tidak ingin berkenalan dengan herba hpa.ia bukan sekadar kisah untuk menjual ubat dan herba tetapi ia adalah perjuangan untuk memartabatkan sumber alam yang selamat untuk manusia.diadunkan dari pengalaman dunia perubatan melayu dan diserikan dengan ilmu dunia islam.
tidakkah anda ingin mencari bersama kami.

Sunday, January 17, 2010

inilah jalan kita...seribu tahun kita akan terus berlari

pagi ini ketika duduk di sofa,berkira kira aku bagaimanakah untuk mengembangkan sayap dan jaringan multilevel syariah hpa ini,aku terpandang kalendar 2010 dari hpa yang tergantung sekian lama didinding.
ada motivasi dari sajak nukilan tuan haji ismail.

inilah jalan kita

kita sebenarnya memilih jalan ini
kerana kita sangat pasti
jalan kita...
jalan kebenaran.
jalan kita...
jalan perjuangan.
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting
sebuah persiapan kesana...

persinggahan ini cuma sebentar.
mungkin lebih pendek dari sehela nafas.
tapi perjalanan sangat panjang.
kerana penghujungnya juga tidak kelihatan.

tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta diatas hasil yang segera.
sudah pasti sama sahaja.
liku, lurah dan gunung
perlu dahulu dilalui...

jika kita berhenti pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah...teruskan
meskipun kaki luka dan berdarah.

inilah jalan kita...
yang menuntut seribu kekuatan dijiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengan berani
sekali kita rebah...
seribu tahun kita akan terus berlari...

Saturday, January 16, 2010

sedut lemak segera vs maut segera

semuanya mahu segera sedang menjadi budaya kebanyakan dari kita hari ini.dari makanan seperti mee segera yang penuh dengan nutrisi tipudaya memenuhi ruang dapur rumah kita.
restoren makanan segera juga hampir setiap hari dipenuhi dengan anak anak dan yang dewasa.

hasilnya kebanyakan kita mengumpul lemak segera hasil dari budaya mudah untuk mencari makanan.belum diteliti soal sumber makanan itu halal atau haram.kita lebih mudah menerima logo halal dari membuat sedikit usaha untuk kaji soal halal ,haram dan syubhat.
ambil mudah, segera dan tak mengapa adalah "trademark" orang kita.

minggu ini ada kisah didedahkan diakhbar tempatan tentang seorang wanita menemui ajal disebuah klinik swasta di kuala lumpur semasa dalam proses untuk menyedut lemak.setelah 30 minit di bius mangsa menghembuskan nafas.kejadian ini berlaku pada bulan disember lepas dan merupakan kes kedua untuk tahun 2009.

sewajarnya kita semua ambil pengajaran.hentikan budaya serba segera.atau mungkin kita akan temui maut segera.

Friday, January 15, 2010

peringatan dari port-art-prince ,haiti.

sebelum ini kita mungkin pernah menyaksikan filem barat tentang qiamat 2012.kutipan berjuta dollar diperolehi dari filem tersebut walaupun sebahagian besar perjalanan filem itu adalah imaginasi liar penulis barat.tetapi hati kecil mereka sebenarnya berkata-dunia ini kesudahannya akan hancur dan berakhir.dan tiada sesiapa akan terselamat dari menemui tuhan di penghidupan kedua.

selasa lalu juga di haiti terjadi gempa bumi selama seminit di bandar port art prince pada sekala 7.o richter.saintis mengatakan terdapat pergerakan dua kerak bumi dipermukaan bawah bandar itu dan dipercayai 500 000 menemui maut.
kehebatan kuasa pencipta mukabumi ini satu minit sahaja beratus ribu kehilangan nyawa dan ribuan bangunan musnah.

takziah untuk mereka yang ditimpa bencana.tazkirah untuk saya dan anda.sesungguhnya kehidupan dunia adalah sementara dan tiada nilai yang besar.
taqwa adalah yang memberi nilai besar pada insan.mari menuju NYA

Thursday, January 14, 2010

testimoni minyak zaitun.tips dari ratu balqis , upline saya dan angelina jolie

dunia moden hari ,manusia sibuk mencari kosmetik diri untuk kelihatan lebih menarik dan kekal muda.
kalau nak dikejar jenama bermakna setahun anda boleh guna jenama berbeza untuk perawatan kecantikan badan dan muka pada setiap hari rawatan.fuuh ini bermakna anda akan jadi makmal bergerak percuma syarikat kosmetik.
mereka akan kaya raya.

dari satu rancangan radio tempatan-mengkisahkan kehebatan minyak zaitun.
ratu balqis dizaman kecermelangan nabi sulaiman merawat seluruh badan dan mukanya dengan minyak zaitun untuk kekal cantik dan bersemangat.
angelina jolie,seorang aktress kafir juga menggunakan minyak zaitun untuk rawatan kosmetik dan kecantikan diri setiap hari.walaupun wajahnya jelita tetapi hatinya tidak menerima nur.
upline sayaseorang wanita, berdasarkan tips diatas,lalu mengamalkan sapuan minyak zaitun hpa setiap malam sebelum tidur keseluruh tubuh dan mukanya.
memang menakjubkan minyak zaitun hpa menghilangkan masalah jeragatnya.
syukur untuk formula mudah dari tuhan yang mencipta pokok zaitun

mencari rawatan jiwa dari buku jawi medicinal herbs 2

barangsiapa tidak takut Allah maka semua perkara akan menakutkannya.-dari buku jawi medicinal herbs 2

seolah olah semua kesalahan dan ketakutan bersatu didalam hatinya.hasilnya ialah resah dan gelisah.penyakit yang datang melanda hati sebahagian umat islam dan umat manusia amnya.

jom cari rawatannya.
fokus kepada persiapan untuk bertemu Allah.

alhamdulilllah, untuk penapis air hpa

sudah sekian lama menunggu penapis air hpa,kini akan dilancarkan sebagai pilihan untuk umat islam yang mementingkan air yang suci dan bersih.yer air yang bersih untuk menjana hati hati yang bersih.

begitu lama hingga kehari ini .kita disajikan dengan banyak penapis air yang katrijnya diimport dari negara china.kebanyakkan nya dibuat berasaskan sumber dari tulang temulang.tulang tulang ini dibakar didalam oven yang bersuhu tinggi dan kemudian menjadi berupa serbuk karbon.pengusaha penapis air order bahan untuk filternya tetapi adakah penjual serbuk filter akan memberitahu kita -kamu seorang muslim,tahukah kamu bahan asas filter ini berasal dari tulang tulang mungkin tulang manusia .mungkin tulang binatang yang haram dimakan atau tulang dari binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah.kita fikirlah sendiri.

air mengalir dari lembah dan sungai memasuki filter bermasalah dari segi hukum dan syariatnya lalu memasuki hati kita hati anak kita dan hati hati orang yang kita sayangi.patutlah susahnya nak mendidik hati untuk ssebut " thanks you Allah"

Friday, January 8, 2010

selamat berjuang untuk diri sendiri untuk kali kedua

pada diri sendiri.
ingin kuucapkan selamat berjuang kembali.
setelah sekian lama.
tidur diperjalanan yang lama.

pada hati ini ingin kuucapkan.
selamat berjuang semula.
kerana rindu ini
tersemat sekian lama.

pada diri kecil ini
selamat berjuang semula
kerana
besar maknanya
bersama hpa ini.