Monday, June 29, 2009

hidup ini umpama roda.gerakan terus supaya bisa sampai..

dulu sewaktu disebuah sekolah menengah berasrama penuh diwilayah utara tanahair saya pernah dihiburkan oleh lawak dari seorang rakan sekelas juga rakan seasrama tentang teori hidup ini umpama roda.
setelah beberapa kali ditangkap kerana amat lambat kesekolah rakan saya ini dikehendaki memberi alasan paling wajar mengapa beliau selalu ketinggalan "keretapi awal" untuk kekelas setiap pagi.
satu pagi diperhimpunan sekolah surat jawapan ini dibaca untuk pengetahuan umum dan mungkin menjadi teladan.

anda tahu apa jawapannya.jeng jeng jeng..
ringkas saja jawapannya-hidup ini umpama pusingan roda,kadang kadang keatas kadang kadang kebawah.kata kawan saya,masa saya ini selalu berada pada roda dibahagian bawah sebab itu saya selalu lambat bangun pagi dan lambat kedewan makan dan lambat kekelas.tetapi sekurangnya saya adalah sebahagian dari yang membuat roda itu berpusing.
fuuh apalagi seluruh perhimpunan pagi itu tergelak besar.
saya tak pula ketahui apa terjadi kepada kawan saya selepas itu.tetapi oleh kerana beliau ada jawapan glamer,beliau menjadi glamer dan dikenali dan surat itu mengubah perangai beliau yang suka lewat dan serba lambat.

oleh itu gerakan terus roda hidup anda supaya boleh sampai kepada matlamat dan destinasi impian.tak kisahlah dimana kedudukan anda,sebenarnya pusingan roda itu akan membawa anda kadang kadang ke atas dan kadang kadang ke bawah.ini adalah lumrah supaya roda kehidupan ini boleh terus berpusing.
hargailah diri sendiri.

jika jatuh,bangun dan langkah terus

saya membaca buku 7 formula individu cemerlang karangan doktor daniel.
mengikut satu kajian,kalimat gagap tidak pernah wujud dalam kamus golongan red indian.justeru itu mereka tidak pernah gagap.

lalu saya belajar bahawa bila mereka tidak kenal apa itu gagap,mereka menjadi bangsa yang tidak gagap.kita patut belajar untuk tidak kenal gagal,barulah kita akan jadi bangsa yang tidak akan gagal.

gagal hendaklah di fahami sebagai cabaran.gagal hendaklah difahami sebagai ujian.jika jatuh .bangunlah dan berjalan semula.bukankah Allah memberi pengajaran kepada kita melalui budak kecil yang sedang belajar berjalan.perhatikan semangat dan kuatnya mereka hadapi cabaran.berjalan ,jatuh, bangun semula dan berjuang semula diesok hari.

sesudah dewasa kita mungkin lupa pelajaran itu walaupun dulu kita pernah menjadi budak kecil yang belajar,jatuh , bangun dan berjalan terus.mungkin kita sibuk memikirkan keuntungan segera menyebabkan kita mmempunyai jiwa yang rapuh dan mudah luntur dengan segera.
fikir fikirkan..

Saturday, June 27, 2009

penjenamaan semula kematian

pesanan untuk diri sendiri
kematian adalah sama usia dengan kehidupan manusia.sejarah menunjukan manusia pertama yang diciptakan tidak bermakna manusia pertama yang menemukan kematian.
kisah nabi adam membuktikan kadang kadang seorang anak lebih dulu pergi dari seorang ayah.

kematian adalah penjenamaan semula kehidupan.diantaranya kehidupan dialam kubur ada sebuah kehidupan khas dialam kubur.sebagaimana diberitahu kubur itu cuma dua saja samada menjadi lubang api atau taman dari taman syurga.tidak pulak diberi pilihan ketiga.

kematian bagi seseorang adalah kiamat bagi diri nya.akaun kebaikan dan dosa mula terhad masuk dan keluarnya.apa yang ditinggalkan berupa kebaikan yang bermanafaat untuk yang hidup .itulah satu satunya jalan bertambah akaun kebaikannya.mungkin inilah yang akan memberat timbangan amal pahala.
tapi semua itu harus difikrikan sebelum tiba waktu kematian.
ambillah langkah yang wajar .

"rahsia buka pintu utama"

pintu adalah laluan utama untuk memasuki sesuatu premis atau untuk masuk ke satu tempat.perkataan pintu juga digunakan dalam banyak keadaan yang diri fizikal manusia tak boleh masuk.
"bukalah pintu hatimu seluas luasnya supaya kebaikan sebanyak banyaknya boleh masuk".itu mungkin kata kata hikmat seseorang tentang pintu hati.

saya ingin berkisah tentang hidup.
betapa perlunya kita membuka pintu utama untuk mengetahui pintu pintu bilik yang lain.disana mungkin ada bilik kejayaan.selepas pintu utama ada pintu ilmu,ada pintu pengalaman,ada pintu
keseronokan.
secara mudahnya seperti sebuah rumah besar,setelah kita masuk melalui pintu utama ,disana ada bilik bilik didalam rumah tersebut.kalau setiap bilik itu kita nak masuki disitu ada pintu kedua yang harus dilalui.
tetapi harus diingat tanpa membuka pintu utama anda tak akan berjumpa pintu kedua.

dalam hidup hari ini ramai manusia tidak mahu membuka pintu utama tersebut.sedangkan mereka terlepas peluang untuk membuka beberapa pintu bilik kejayaan atau keseronokan.
saya membuka pintu utama rumah HPA .
dan yang menariknya didalam rumah bisnes HPA,saya temui berbagai ilmu ,keseronokan,pengalaman dan sebahagian apa yang saya cari selama ini.
rahsia perubatan jawi saya temui setelah masuk dalam dunia HPA ternyata amat seronok dengan pelbagai ilmu mudah untuk kesihatan minda ,fizikal dan emosi.
rahsia buat duit melalui multilevel syariah juga saya temui setelah berjaya membuka pintu utama dunia perniagaan HPA.

begitulah seterusnya terlalu banyak untuk disenaraikan manafat manafaat yang diperolehi setelah berada didalamnya.ketika itu barulah kita tersedar bahawa didalam dunia yang baru kita masuk ada banyak lagi pintu pintu yang kita menjadi seronok dan ghairah untuk kita buka dan masuk jauh kedalam nya.

saya cukup yakin kita perlu membuka apa saja pintu mula untuk sesuatu yang baru selagi tidak bercanggah dengan agama untuk melihat apakah rahsia dan peluang yang boleh direbut didalam.tuhan menjadi jiwa manusia sememangnya suka meneroka,jadi hargailah.
gerakan tangan anda untuk membuka pintu tersebut.
akhirnya gerakkan minda anda untuk meneroka rumah baru itu.
selamat mencuba dan semoga berjaya

Friday, June 26, 2009

michael jackson -sehebat mana pun seseorang itu akhirnya meninggalkan dunia ini

ini berita terbaru dari paper the sun uk,raja pop ,jacko 50 tahun akhirnya seperti manusia lain meninggalkan dunai ini untuk kesatu alam lain yang mana setiap dari kita akan ditanya apakah peranan yang telah kita mainkan dimukabumi ini.
serangan jantung lebih kurang jam 12 waktu tempatan menghentikan segala galanya.tinggallah segala harta benda , bintang bintang dan kawan kawan.
marilah ambil pengajaran bahawa tiada manusia yang boleh terselamat dari meningglakan dunia ini.
kita adalah pengembara sedang menuju kesatu tempat yang lebih kekal.
disana akan dihidupkan kembali.
dan ada kira bicara perlu dilalui.
sedialah bekalan.

Thursday, June 25, 2009

mari bercerita.ayam dalam seekor helang!.motivasi untuk manusia

kisah kecil ini ada pengajaran besar
dikisahkan seekor ibu ayam telah mengeram sebiji telur burung helang bersama telur telur ayam yang lain.sampai waktunya maka telur pun menetas dan lahirlah seekor anak helang membesar bersama anak anak ayam.
bagi seekor anak helang itulah ibunya dan anak anak ayam itulah saudara saudara sepermainannya.hiduplah mereka bersama belajar dan mencipta pengalaman baru.

suatu hari seekor helang terbang diruang udara dikawasan lingkungan hidup mereka.ibu ayam memberi signal berjaga jaga dan bahaya kepada anak anaknya termasuklah anak sihelang yang seekor itu.lalu bersoallah sianak helang itu mengapakah sihelang yang sedang terbang itu berwajah mirip seperti wajahnya dan mampu terbang bergaya diudara.

ibu ayam menyuruh anaknya bernama sihelang itu diam dan jangan banyak soal kerana awak itu ayam.ayam tetap ayam ,maka jangan dok berangan nak jadi sang helang.begitulah juga nasihat dari saudara sepengeramannya.nasihat dari kawan kawan sepermainannya juga sama hargailah dirinya sebagai seekor ayam maka silalah punya jati diri sebagai ayam.
mencakarlah seperti ayam.belajarlah berkokok seperti ayam.segala galanya ayam dan ayam

itulah tarbiah diterima setiap hari.itulah yang diprogram setiap hari dalam minda seekor anak helang .hasilnya walaupun anak helang ini mempunyai potensi untuk menjadi helang yang boleh bergaya terbang diudara tetapi kerana desakan demi desakan dan program demi program yang menyatakan dirinya adalah ayam maka jadilah sihelang ini seperti seekor ayam.

pesanan saya jangan jadi seekor helang yang terperangkap dalam dunia seekor ayam.
potensi diri yang hebat janganlah disia sia kan.
serlahkan wajah sebenar anda.

Wednesday, June 24, 2009

life begin at 40.penyakit dah mula disemai sejak dari bayi lagi

saya membaca tulisan di blog jamalmajlis blogspot tentang usia 40 yang dikatakan usia sedang meniti puncak kejayaan dan sedang bergelut dengan kesihatan yang serba tidak kena.
sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.
memang benar usia 40 adalah masa untuk melihat hasil maksima dan separa maksima dalam kerja dan usaha yang kita lakukan selama ini.

kalau yang hensem dikala ini inilah inilah ketika hensem peringkat maksima dan ramai yang memandang anda dengan dua mata terbuka.sebelah kanan "kehensemnan" anda dan sebelah kiri pula pulus yang menimbun dalam poket anda.ehem ehem
pastikan poket anda terjaga rapi dari bocor atau dicopet oleh janda berhias yang" selero tajam" atau anak dara yang berwawasan mudah untuk menumpang tuah.

kalau yang berkerjaya atau berbisnes,peringkat 40an adalah penanda dan aras yang harus diteruskan apa yang telah anda buat selama ini.kalau dah selesa dengan kedai gunting rambut,teruslah dengan bisnes gunting rambut.cuma yang boleh diubah ialah mahu jadi salon rambut atau mahu dibuka cawangan baru.
amat tidak sesuai untuk terjun dibidang IT dikala ini melainkan anda buka cybercafe sambil rambut pelanggan digunting dan akses internet.

sebenarnya saya amat tertarik untuk beperihal tentang bergelut dengan masalah kesihatan dikala mencecah usia 40 tahun. apa yang disemai dulu akan dituai hari ini.sesiapa menyemai angin akan menuai badai.fuuh mendalam tu!
corak pemakanan dulu akan menentukan kesihatan pada usia ini.
selain dari mewarisi pusaka harta benda dari orang terdahulu kita juga mewarisi apa yang ibu dan ayah kita suapkan semasa perjalanan dari bayi menjadi kanak kanak dan dikala remaja.
sebagaimana kita hari ini menyuapkan apa saja kemulut kita juga sedang menjadi "bukit nenas "kedua tempat simpanan segala macam stok toksid dan bahan berbahaya.

adalah tidak mengejutkan hari ini dek kerana selalu melihat rakan rakan dan kawan kawan kita sorang demi sorang rebah kerna strok atau masalah jantung.sepatutnya usia 40 tahun kehidupan baru bermula tetapi kini sudah bertukar kesengsaraan sudah mula datang.adakah slogan tak rasmi itu kini sudah bertukar penyakit bermula dikala usia 40.diri sendiri mahu ingat dan diri sendirilah mahu fikirkan
tanpa amaran,tanpa petanda,tanpa simpton tiba tiba tekanan darah menjadi tinggi.mudah saja kalau aliran tergendala ke jantung dinamakan lemah jantung dan kalau aliran keotak tersumbat dinamakan strok.

yang berusia 30an pun ramai yang kena apatah lagi yang mula mencecah 40 tahun.dek kerana tak buat pilihan yang betul apa yang nak dimakan kita juga mengulangi sejarah yang sama untuk anak anak yang kita sayangi.apa ker tidaknya makanan sekeluarga dirumah ialah ayam cucuk,sayur beracun dan segala jenama makanan berpengawet kimia dan perperisa dari makmal.

saya amat berterimaksih kerna berkenalan dengan dunia herba perubatan jawi HPA.baru setahun lebih mula memakan herba herba hutan dan herba dari pergunungan yang ada teori dan bukti kuat sedang memusnahkan stok stok toksid dalam badan sendiri.
kalau sayang kepada usia 40 tahun mulakan sebelumnya.
sekadar perkongsian bersama.
jadilah ubat makananmu dan jadikan makananmu ubat.

runtuhlah kota konstantinopel moden di dalam hati sendiri.

saya tidak kenal wajah sultan muhammad al fateh.ada kalanya beliau disebut muhammad ibnu murrah.beliau dingati kerana dalam usia 24 tahun memimpin tentera menakluki empayar bizantin.ya anak muda menakluki kota konstantinopel pada 29 mei 1953.
dikatakan bahawa beliau mula memimpin negara pada usia 19 tahun dan boleh menguasai enam bahasa-arab,parsi, latin,serbia dan..

apakah kehebatan lelaki turki ini sehingga kota istanbul itu berjaya dirampas dari kerajaan rom yang pernah mengoyak surat dakwah dari nabi muhammad S.A.W.

mari kita belajar!
wahai anak muda moden ambillah sedikit pengajaran!
wahai anak anak tua moden ambilah tauladan.!
sekurangnya taklukilah kota hati sendiri.
runtuhlah kota kota barat dihati masing masing
runtuhlah kota kota hollywood di hati sendiri.
runtuhkanlah kota konstantinopel moden didalam hati sendiri
tukarlah gereja aya shopia kepada masjid dihati sendiri
sambutlah seruan ini
untuk diri sendiri dan orang yang anda sayangi.

Tuesday, June 23, 2009

berperang dengan selsema khinzir.dimana penawar terbaik!


namakan apa saja samada influenza A atau A1H1 atau swine flu atau selsema babi atau selsema khinzir ,kini wabak dimalaysia semakin buruk dan menjadi ancaman.dua sekolah ditutup .kes baru telah menjadi lapan.keseluruhan kes meningkat kepada 58.


pertamanya kekadang nama virus ini pelik kerana tak pernah disebut.keduanya selalunya selsema ni penyakit biasa tetapi bila virus ini mengalami transformasi dan mengubah daya serangannya ia menjadikan serangan berbahaya dan membunuh.


kisah menyebut bahawa babi akan makan apa saja tanpa banyak soal.lalu segala virus dan bakteria juga boleh ditelan oleh seekor khinzir.tetapi bila virus ini melalui kerongkong babi disinilah ia mengubah virus itu menjadi pelbagai virus dengan nama baru dan mempunyai daya ketahanan baru terhadap imunisasi.


lalu selsemalah seekor babi dan menyerang keriangan manusia.

pesanan untuk diri sendiri.mau untung ka! mau rugi! atau...

bisnes sebagai hamba Allah

jika hari ini lebih baik dari semalam itu sudah untung.untung keci atau untung besar sendiri yang boleh jangkakan.mahu untung lebih buat kerja lebih.mahu untung lebih mesti pandai pilih yang mana lebih utama atau aula.mahu untung lebih mesti cari yang paling ikhlas.itu sebahagiannya.

jika hari ini masih sama seperti semalam itu rugi namanya.rugi kerana tidak ada anjakan.rugi kerana tiada peningkatan.rugi kerana masih ditahap sama sedangkan dunia melahirkan orang baru setiap hari.rugi kerana setiap hari meninggalkan hari semalam itu menjadikan umur disusutkan selama 1440 minit

jika hari ini lebih teruk dari semalam itu ditafsirkan celaka.bermakna potensi insan dalam bahaya.tidak memberi manafaat pada diri sendiri .juga tidak membantu diri orang lain.
adakah hidup kita sekadar menyemakan dunia.

dari blog hpadansebenarnya.motivasi usahawan

pelaris perniagaan dari minda tuan haji ismail,pengarah urusan HPA
Takwa dan tawakkal asas dalam ilmu pelaris.Firman Allah“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
LMU PELARIS ,
Peniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju.Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada.Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.

Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari.
Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita.Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit.
Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya.
Begitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa ke semasa.

Monday, June 22, 2009

tanpa makanan, manusia hanya ada 3 pilihan iaitu merusuh,berhijrah atau mati



krisis kewangan dah nak jadi krisis keamanan dan keselamatan dunia.

dunia tanpa makanan yang cukup akan mewabak krisis demi krisis.tanpa makanan yang cukup wang juga akan menerbitkan bencana.

kebuluran dunia meningkat sebanyak 11 peratus menjadikan jumlah orang yang tak cukup makan sebanyak 1.02 bilion orang.


yang peliknya dikala ada insan yang tak cukup makan,ada pula manusia yang hanya dok fikir hati dan perutnya saja.

1-putera sultan bernama seperti orang islam mengadakan parti mewah bersama artis hollywood dilondon.kos untuk penghantaran bunga sahaja mencecah rm 410,766.
dunia oooooooooo dunia.
2-bintang bola sepak manchaster akan berkahwin minggu depan.kos nya dianggarkan rm29.34 juta.
fuuh dunia ooooooooo dunia.

motivasi dari dua" U".bagaimana peta dunia boleh berubah?

saya terbaca kisah dua "U"yang hebat ini.mereka ialah umar dan usman.kedua duanya adalah khalifah islam yang hebat.kedua duanya adalah sahabat nabi muhammad S.A.W.
kedua duanya akhirnya menemui Allah setelah dibunuh oleh musuh islam dan musuh politik pada zaman tersebut.

saidina umar menjadi khalifah dan memerintah hanya selama 10 tahun manakala saidina usman
pula memerintah selama 12 tahun.
pendek saja pemerintahan mereka tetapi dikala itulah empayar dan pemerintahan islam memenuhi bumi dari tanah arab sampai ke pada eropah timur.islam juga berkuasa dibumi india.

kita nak belajar
bagaimana sepuluh tahun boleh mencipta kejayaan?
bagaimana sepuluh tahun "time managemant "dipraktikan untuk hasilkan hasil luar biasa ?
bagaimana dua belas tahun sahaja disiplin ilmu diamalkan untuk gerakan maysrakat contoh.?

bagaimana dua belas tahun "social sceince "di jalankan untuk cipta kejayaan demi kejayan?
bagaimana tahun ini kita boleh belajar dari mereka?

memang manusia hebat ini yang Allah kurniakan untuk islam.tetapi kita sering terlepas pandang dari memandang mereka sebagai idola.10 tahun saja mampu merubah peta dunia.12 tahun saja cahaya islam boleh bersinar dibumi india dan dibumi eropah.

"abu look look "menikam saidina umar untuk menamatkan perjuangan khalifah islam ini.lalu Allah gantikan dengan saidina usman yang juga hebat.
sehingga hari ini kita ingin mencari umar yang kedua.
kita juga ingin mencari usman yang kedua.

terlalu ramai "abu look look" yang cuba menikam kita pada hari ini!

Sunday, June 21, 2009

"sperma seorang ayah"

kalau hari ini

seorang mursyidul am ternama,

atau bapa kemerdekaan yang melaungkan kata merdeka,

atau bapa pembangunan sebuah negara,

atau pemimpim reformasi yang bijak bicara,

atau seorang busiinesman yang punya segala,

atau seorang manusia seperti saya.

sejarahnya bermula dari seorang ayah.

selamat hari bapa kepada seorang ayah.

kisah 2-jom positif, positif, bermula dari kandungan sehingga lah kesyurga ALLAH.

hidupkan setiap hari dengan bermula yang positif.mulakan minda positif dari baby lagi-jangan banyak menangis tetapi banyakan senyuman(pesanan untuk bayi tetapi harus disempurnakan oleh ibu ibu).caranya seorang ibu lebih memahami tentang baby nya

jadi remaja yang positif.bina keluarga yang positif.
akhir sekali mati pun dalam keadaan positif.macam mana tu.yer mati dalam sangkaan baik kepada tuhan yang menciptanya.
sebagaimana pesan orang pandai agama yang penting bukan bagaiamana kita bermula tetapi bagaimana penyudahnya, dikala nyawa dicabut akan diambil kira.
insyaallah bertemu dengan tuhan dalam keadaan positif kalau kita positif dikala roh dalam keadaan positif berpisah dari jasadnya
berbahagialah wahai jiwa jiwa yang tenang.

dan sudah tentu orang orang yang positif akan berada disyurga Allah .kalau didunia pun orang yang positif sudah merasa sebahagian nikmat syurga tentulah kalau sudah berada disyurga Allah diakhirat kelak akan bertambah lah rasa kenikmatannya.
kalau nak merasa sebahagian nikmat syurga Allah didunia ini,positif positif lah selalu.fikiran akan tenang dan terjauh dari sifat amaraah.
fuuh nikmat lah kalau hidup ni selalu boleh memaafkan orang.dan memang hebatlah nikmat hidup ini kalau perasaan marah tak bersarang dijiwa.bukan kah itu yang kita sering cari dalam hidup.
jadi untuk hidup yang lebih nikmat.mulakan hari ini.
selepas itu mai join HPA.MAI SECAWAN!.ehem! ehem!

hebatnya bila dengar orang sembang pasal berfikir positif.inilah 'kuasa besar 'dunia fikiran.(kisah 1)

memang hebat.bila mendengar mereka mereka ini bersembang pasai "kuasa besar "iaitu berfikir positif.
orang biasa tetapi berbicara pasal berfikir positif memang idea luarbiasa.saya sendiri teruja.
jom kita dengar apa yang mereka ceritakan dan kita ambil cas cas positif itu.

bagaimana nak semai dan dan penuhi diri dengan sifat positif
1-bacalah sumber positif yang paling hebat iaitu alquran.
memang hebat alquran ni.
mendengar orang lain membaca pun mampu memberi yang positf positif dalam hidup seharian kita.kalau saidina umar mampu menukar dari jahiliyah kepada islam hanya kerana mendengar adiknya sendiri membaca al quran.tentulah hebat ayat ayat positif dalam al quran.cari carilah!
umar menjadi khalifah islam yang hebat kerana sering membaca alquran sehinggakan adakalanya beliau menangis ketika menghayati bacaan alquran.

cat steven menukar corak hidupnya dari seorang pemuzik hebat kepada pendakwah hebat sesudah membaca buku motivasi terbaik ini iaitu alquran.
jadi siapa meninggalkan alquran tidak akan temui yang positif sebenar.

2- berkawanlah dengan orang orang yang positif
dunia fikir positif ini sebenarnya berkait.umpama jaringan multimedia yang hebat.untuk jadi lebih positif kita perlu berada dalam wilayah" line " positif.kalau kita berada dalam kawasan tiada "line"kita tak akan dapat menghubungi sesiapa untuk mencari sokongan atau bantuan.
dikala mana otak bersusah hati( otak ada hati ker.hehe)kalau pun ada peralatan secanggih mana kalau "line" takdo.takder maknanya.

saidina umar menjadi lebih positif dan mengekalkan minda positif setelah selalu berada bersama rasullallah S.A.W.

3-setiap ketika perbaharui mindset untuk yang positif
mulakan bangun pagi .positif-ucap syukur masih panjang umur
sesudah solat-syukur.positif lagi.jiwa dah diberi makanan.
ingat anak anak .syukur.positif lagi.dah membesar dan sihat dan sebagainya.
fuuh.semuanya menjadi positif.alangkah indahnya dunia ini dengan bunga bunga positif.barulah hidup ada semangat.barulah boleh senyum untuk perjalanan seterusnya.

saya percaya dan yakin rasulallah S.A.W adalah manusia yang berfikir positif paling hebat.bahkan baginda , percakapannya mempositifkan orang lain ,sikapnya mempositifkan orang lain.yang hebatnya walaupun beliau dah 1400 tahun tidak pernah bersama kita sejumlah penduduk dunia terpositif dengan apa saja yang beliau tinggalkan kepada kita.

sewaktu ditaif.ketika gigi beliau patah dan mulut dan mukanya berdarah sehingga darah mengalir dan membasahi kaki baginda kerana dibaling oleh penduduk taif,jibrail datang dan menawarkan pertolongan untuk menghancurkan bumi taif.nabi ternyata amat positif ,menolak tawaran itu .dan hari ini..lihatlah cahaya agama ada dibumi taif.
jom positif positifkan diri sendiri.itulah cara nabi

Friday, June 19, 2009

khinzir logo halal.guna logo halal dari islamic food research centre asia.


dari laporan metro 17 jun 2009-seorang ejen penjual kereta membeli bungkusan herba untuk menyediakan sup menghilang angin.setelah diteliti mengandungi resepi yang meragukan iaitu tulang rusuk dan daging babi.dibungkusan herba itu tertulis perkataan dan logo halal.
kejadian berlaku didaerah perai ,penang manakala pengusaha produk herba itu ialah dari johor baharu.
setelah dibuat pemeriksaan rambang saya menemui dengan mudah produk ini di supermarket ternama di daerah prai.
marilah kita belajar
1-janganlah mudah membeli produk non muslim yang ada logo halal kerana halal bagi mereka bermakna wang masuk mencurah curah.
2-yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.masalahnya pengusaha makanan inilah yang cuba kaburkan mata mata orang islam dengan logo halal dan iklan sihat.sensitiflah sikit!
3-belilah produk usahawan umat islam yang berwibawa.kerana dua kebaikan yang sedang anda lakukan.satu dapat produk halal dan toyyiba.kedua anda sedang menjana ekonomi umat islam.
bukankah itu saudara kamu dari dunia sampai akhirat.

sekiranya mereka tahu dan tidak lupa kita yang sementara nescaya mereka tidak mudah lupa "yang tidak sementara"

wajah pagi dari jambatan pulau pinang.jambatan pulau pinang kini sudah ada 3 laluan.menjelang jam tujuh pagi pada suatu hari dalam jun 2009,inilah keindahan alam ciptaan tuhan.
ketika matahari pagi malu malu menunjukkan wajahnya ada rasa kebesaran tuhan dalam hati insan.
seumpama sedang melalui titian sirat untuk ketempat yang bernama bahagia,kita adalah insan kerdil.

KITA YANG SENI
apalah kita ini
satu titik dibumi luas
apalah bumi ini
satu titik di alam semesta
alangkah seninya kita
mengapa berlagak bak lebih besar dari keseluruhannya.

apalah hayat ini
satu titik dari hayat bumi
apalah hayat bumi
satu titik dari hayat semesta
alangkah singkatnya hayat
mengapa berlagak bak punya hayat berkekalan masa.

apalah kesedihan ini
apalah kegirangan ini
satu titik dari kita yang seni
satu titik dari hayat yang singkat
alangkah seni dan singkatnya penderitaan
mengapa menangis bak menanggung kiamat berpanjangan

alangkah seni dan singkatnya kesenangan
mengapa ketawa bak berada dikayangan
apalah kita ini
kita mudah lupa yang kita sementara
kerana kita mudah lupa" yang tidak sementara"
oleh pu HPA

Thursday, June 18, 2009

mudah,jangan payahkan.khabarkan berita gembira dan jangan berita burukkan

dalam satu soalan ketua menteri bukan islam kepada seorang doktor muslim.kenapa islam ,kalau wanita tak pakai tudung akan dihukum begini begini dan begitu begitu.

ada satu jawapan yang cantik:
masalah ini ,bukan masalah islam kerana islam tidak pernah menilai seseorang itu hanya pada tudungnya semata mata.
tetapi kalau seseorang itu tidak pakai tudung ia adalah jelas satu kelemahan dan dosa kerana memakai tudung adalah salah satu suruhan islam dan kewajipan.

yang memakai tudung telah melakukan satu suruhan agama tetapi tidak bermakna tidak ada satu pun kelemahan kelemahan sikap dan peribadinya.
yang tidak bertudung telah melakukan satu kelemahan iaitu dosa meninggalkan kewajipan keatas dirinya dan tidak kita nafikan ada kebaikan kebaikan sikap dan peribadinya.

adakah yang tidak menutup aurat itu akan berada dineraka.
jawapannya tidak diketahui kerana tidak tertulis didahi atau dimana mana menunjukkan beliau ahli neraka.
tetapi alquran menyebut bahawa memakai tudung dan menutup aurat itu adalah kewajipan .meninggalkannya bermakna adalah sentiasa mengumpulkan dosa.

dosa akan ditimbang dengan pahala.
Al quran memberitahu sesiapa yang berat pahalanya akan mendapat kebahagiaan.bermakna sesiapa yang berat dosanya akan keneraka.
tetapi tidak pula pernah diberitahu sesiapa yang melakukan dosa tidak akan kesyurga.

jadi ,ambil calculator buat kiraan amal dan jumlahkan kebaikan dan dosa.buatlah metamatik bijak sebelum kiraan sebenar dibuat setelah akaun dosa dan pahala ditutup.
sekadar renungan bersama.ambillah yang baik.

Wednesday, June 17, 2009

notis muflis diakhirat.jaga tingkahlaku.jaga isteri.jaga anak anak.siapakah yang sanggup berenang dilautan api?.

bacalah nota dari muhammad S.A.W ini

Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”
Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”(Riwayat Muslim).

apa yang saya belajar
1-rupanya diakhirat ada satu lagi muflis yang lebih dasyat dari muflis didunia.
2-rupanya ada" bisnes special" diakhirat iaitu jual pahala dan beli dosa.begitu juga sebaliknya.
3-seorang isteri yang disayangi didunia juga bakal memufliskan suaminya diakhirat.bilamana suami terlalu pemurah membiarkan isteri dalam dosa.percayalah dosa itu akan ditukar dgn pahala si suami.
dikala itu sudah hilang "i sanggup berkorban demi u"

Tuesday, June 16, 2009

lu fikirlah sendiri!!!.ni kopi sapa?


ni kopi sapa ni!!
nak tiru kopi radix HPA ekk.
nak untung cepat lah tu.
nak tumpang glamer kopi radix ekk
yang master ialah kopi radix HPA.
Yang diatas tu kopi ciplak .
apalah lu.
mau kaya cepat ka.
saya tarak minum
ini kopi
halal ka! ada lulus ka! kalau brand pun mahu tiru.
ini mesti bukan orang ada tanggungjawab.
lu fikirlah sendiri.
mau tipu orang ka.
piiiiiiiiii dah.kah!kah!kah!

Monday, June 15, 2009

jangan tertipu dengan logo walaupun cap masjid.pilihlah produk syarikat muslim berwibawa.

namanya teh cap masjid.pemiliknya seorang tionghua. rupanya ada sejarah yang baru saya saja ketahui.pernah dihadap kemahkamah majistert selayang diatas dua tuduhan menggunakan serbuk pewarna larangan,sunset yellow fcf.melanggar peraturan makanan 1985 yang mesyaratkan serbuk teh tidak boleh dimasukkan pewarna tiruan.


sesuatu perlu dilakukan
1-jangan percaya kepada produk guna simbol masjid sebagai "trademark".
2- namanya mungkin berbunyi islamik tapi kandungannya merbahaya dan tidak halal.
3-carilah produk syarikat muslim yang berwibawa.

bagaimana untuk meng"emas"kan masa.

masa itu lebih berharga dari emas.sebab itu tiada kedai yang menjual masa.kalau lah dapat dibeli masa,saya nak beli semula masa riang kanak kanak.saya juga nak beli masa berani dan ingin tahu remaja.masalahnya tiada usahawan masa setakat hari ini.
dalam buku 55 petua orang berjaya,manusia dan masa seumpama sebuah ladang yang sedang diteroka.ada yang memberi nilai pada masanya sekadar menanam pokok pokok diatas permukaan tanahnya.harga masa bagi dirinya mungkin seperti sekilo sayuran.
orang hebat perlu meneroka jauh kedalam tanah dan mencari emas.barulah masa nya akan senilai dengan logam emas.
itulah tamsilan memberi harga pada masa.
setiap orang akan memberi harga berlainan pada masanya.tapi ingatlah kata Allah"demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....kita kena cari siapakah yang tidak rugi.
cari carilah

Sunday, June 14, 2009

melayu islam diselatan thailand.darah sama merah dengan kita tapi nasib berbeza.

1)8 jun 2009 enam pengganas menembak mati 11 orang jemaah yang sedang menunaikan solat isyak dimasjid al furqan dikampung air tempayan narathiwat,thailand.

2)tahun 2004 tragedi di masjid kerisek ,pattani,thailand mengorbankan 32 orang.pada tahun yang sama kita juga tidak lupa tragedi ramdhan di tak bai ,thailand.

ambillah pengajaran -bila islam menjadi penguasa mereka menjadi selamat dengan keadilan islam.tetapi bila islam dibawah penguasaan , sejarah menunjukkan darah darah saudara kami ditumpahkan.
mana suara suara kemanusiaan dunia!
mana suara suara kebebasan manusia!
mana suara suara pejuang hak asasi!

dr fathi yakan-pulangnya seorang pejuang.bacalah buku apa ertinya saya menganut islam.temui jawapan yang dicari..

pulang kerahmatullah seorang pejuang dan pendakwah dr fathi yakan.semoga rohnya bersama para solihin.apa ertinya saya menganut islam adalah buku yang membawa saya mengenali nama beliau.
idola untuk orang yang mencari kebenaran hidup.idea nya simple tapi tanyalah diri sendiri apa ertinya aku menjadi islam.jawapannya tidak boleh dijawap oleh diri sendiri kerana jawapannya sudah diberi.Allah memberi buku manual instructoin yang bernama alquran.ikutilah nescaya anda selamat.

susu ibu dari kasih seorang anak untuk sembuhkan kanser seorang ayah

hebatnya pertalian kasih dan sayang dan kisah hebatnya khasiat susu ibu.di bristol,seorang anak georgia browne,27 sanggup memerah susu lebih selepas menyusu anaknya untuk diberi kepada bapanya dalam usaha merawat bapanya yang mengidap kanser.
georgia sebelum ini pernah melihat satu dokumentari susu ibu yang berjaya merawat satu kes kanser prostat mencuba kaedah yang sama untuk merawat bapanya.
hasil imbasan terkini menunjukkan kanser bapanya semakin pulih dan daya ketahanan badannya semakin baik-(diolah dari kosmo)

pada wanita wanita hari ini.hargailah penawar terbaik ini.berilah anak anakmu susu.sesungguhnya nikmat sihat lebih beharga dari kecantikan.

Saturday, June 13, 2009

motivasi dari rugi sebuah perniagaan besar.

surat khabor kosmo hari ini melaporkan MAS rugi dalam operasi bisnes sukuan pertama 2009 iaitu sebanyak rm 138 juta.pendapatan MAS turut turun kepada rm 2.7 bilion ketika ia berdepan dengan kemelesetan global paling teruk dalam tempoh 70 puluh tahun.

motivasi untuk orang bisnes ialah;

1-sebenarnya mas belum untung lagi .bukan mas rugi.

2-kalau orang besar pun bisnes belum lagi untung.kita orang kecik teruskan berusaha.

3-dunia ini akan terus berputar.roda kapalterbang mas juga akan terus berpusing untuk membolehkan ia terbang.teruskan perjuangan.

pesanan dari pu HPA..wahai pedagang dan usahawan

Musafir.
Wahai musafir pembawa kabilah dagang..
Di atas jalan inilah....
ada khabar orang dahulu
yang punya harta berjuta
kesemuanya di infakkan
dan Allah membeli dagangan mereka
tanpa ada satupun yang sisa.

Wahai musafir pembawa risalah dagang
di atas jalan inilah
ada berita yang menakutkan
kehancuran datang beriringan
sesudah munculnya ketamakan.

dan kini..
teruskan perjalananmu
dan
pilihlah simpang mana yang kau mahu.

membina power rangers dalam diri sendiri supaya mampu merubah dunia kepada lebih baik.


ketika aku kecil aku ingin merubah dunia ini,akulah superman akulah power rangers yang akan memusnahkan kuasa jahat didunia ini.hehe

ketika remaja aku ingin merubah negara ini,aku ingin menjadi perdana menteri atau presiden sebuah negara.

ketika dewasa aku ingin merubah keluarga .aku ingin membina keluarga bahagia.anak anak yang mendengar kata.ada jiran jiran jiran yang baik dan isteri isteri yang cantik jelita.hehe

tetapi hari ini ,aku mahu merubah diri sendiri menjadi orang yang baik dan bermakna kepada orang lain.

kerana aku percaya orang yang baik mampu membina keluarga yang baik,mennyumbang kepada negara dan dunia yang lebih baik.
oleh itu mulalah menjadi manusia yang baik.

Friday, June 12, 2009

cerita bekas juara bina badan mr asia,malek noor-keinsafan yang dicari oleh semua insan ..

Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

(sumber blog albanjari online)

Sunday, June 7, 2009

rupanya dah dekat 100 tahun kita dok support mereka.kini tidak lagi.saya dah tukar pada....

sumber detikdaily-rupanya dah nak dekat 100 tahun nestle buat bisnes kat malaysia.bermula dari tahun 1912 dipulau pinang dengan nama lama anglo-swiss condensed milk company.
ini bermakna produk nestle disuap kepada nenek moyang kita sejak dulu lagi.
bermakna genetik genetik nestle dah lama mengalir dalam urat urat anak malaya .sebutlah milo ,maggi,susu pekat,nescafe,neslo dan lain lain anak anak malaya pasti tak lupa.
berita hebat lain ialah malaysia menggunakan 90 peratus dari penggunaan milo seluruh dunia.rupanya dah 60 tahun milo ni dilancarkan di mukabumi malaya.dah lama kita support mereka patutlah mereka segagah hari ini.
pesanan pada nestle janganlah bagi duit kami kat israel.depa dok beli peluru.

satu hari aku jumpa muslim tanpa islam dan di tempat lain aku jumpa islam tanpa muslim.

semua anak yang dilahirkan itu sama potensinya.kain putih yang sama ,belom ada corak dan warna.ibu dan ayah yang akan mencorakkan.
sibuk dan sibuk ramai dari ibu dan ayah muslim tak berjaya nak corak warna islam pada anak anak islam.
sedangkan ibu dan bapa yahudi berjaya lahirkan anak yahudi diserata dunia.kesannya anak anak yahudi ini sedang mengajak anak anak orang islam tinggalkan keindahan dan kehebatan islam untuk naik kapal kapal mereka yang sedang bocor.
jangan biarkan anak anak kita mati kelemasan dan kehinaan.
seperti kata seseorang ini-aku di paris jumpa muslim tanpa islam ,bila di kuala lumpur juga jumpa islam tanpa muslim.
renung renungkan...

masuklah bisnes multilevel syariah HPA supaya anak anak ada "ilmu bisnes" yang diwarisi

jika nak melahirkan anak anak yang ada bisnes-ibu dan bapa hendaklah biasa biasakan dengan perniagaan.tanyalah kebanyakan orang kita dan ajaklah mereka berniaga ,jawapan yang selalu diterima ,saya kalau meniaga -meniaga ni tak pandai.
puncanya kerana mereka tidak hidup dalam dunia berniaga.
lebih malang lagi ada ibu bapa mewarisi pada anaknya sampan ,jala dan lepak dikedai kopi.inilah yang dilihat oleh seorang anak dan inilah yang dilalui oleh anaknya.
perlukah kita beberapa generasi masih mewarisi begini....

majalah economist meramalkan indeks ekonomi islam akan mencapai kemuncak pada 2020

itu berita yang dikhabarkan oleh pakar ekonomi.ketika ekonomi kapitalis jatuh merudum sistem ekonomi islam masih steady dan hasilnya telah bertambah bank bank perdagangan mula mengambil dan mengkaji sistem ekonomi dan kewangan islam.
manusia mula mencari buku panduan matlamat kelahiran manusia.AlQURAN mula dirujuk semula.
hulurkan tangan kita supaya tidak ketinggalan.mari bermula menjana ekonomi ummah dengan bisnes produk halal HPA.memang berbaloi...

virus influenza A H1N1-jangkitan ini bukan kerana makan khinzir.TETAPI..

ia tersebar bukan dari daging tapi melalui udara.virus ini asalnya ok tetapi bilamana memasuki sistem tengkorak babi ia akan membuat perubahan dan melahirkan virus baru.
bukti menunjukkan sisitem tengkorak babi akan selalu menukarkan virus yang memasukinya kepada virus baru yang akan memberi masalah kepada sisitem imunisasi badan manusia.
manusia dikurniakan tuhan dengan sistem pertahanan semulajadi iaitu imunisasi dan bakteria baik yang mampu memusnahkan bakteria atau virus jahat.tetapi bila virus H1N1 muncul,ia adalah sejenis virus baru dan sisitem imunisasi sukar untuk membentuk sistem pertahanan baru untuk menang dalam peperangan ini.
jom!!teruskan cari sebahagian jawapannya dalam dunia perubatan jawi dan produk HPA..

Saturday, June 6, 2009

bacalah buku manual.untuk apa produk manusia diciptakan.

setiap produk mempunyai manual atau buku panduan untuk apa kegunaan dan matlamat produk itu dihasilkan.

sewaktu manusia diciptakan telah dibekalkan buku panduan untuk apa kita diciptakan.kalau ditanya setiap dari kita ,ia tentu akan memberi jawapan berbeza tentang matlamat hidup diri sendiri.
kalau matlamat hidup hanya sekadar untuk kaya raya.diseluruh pelusuh dunia begitu ramai yang kaya raya tapi ramai yang gagal dalam mencari ketenangan.
kalau matlamat hidup itu untuk mencari glamer.belajarlah dari burung merak.dagingnya pun jarang dimakan .tak ada pula burung lain berkawan dengannya.sekali diusik sekali ia membesarkan kehebatan bulunya.sesudah itu itu berakhir kematian seorang diri dalam sangkar.

kalau matlamat hidup itu hanya kuasa dan kemegahan .lihatlah apa jadi pada firaun dan kesudahan kerajaannya.akhirnya ditewaskan oleh seekor lalat yang masuk kelubang hidungnya.seekor kucing jantan jugak menunjukkan wilayah kuasanya dengan kencing dimerata rata.
buku panduan terhebat untuk manusia ialah Al Quran.matlamat kehidupan setiap insan ialah untuk mengabdikan diri pada ALLAH.
carilah jawapan seterusnya bagaimana untuk menjadi hamba yang terpuji..
(diolah dari cetusan ustaz hasrizal)

Friday, June 5, 2009

jangan berterusan mendera anak anak .temui sebahagian jawapannya dalam produk HPA.JOM LIHAT!!!

kita sering beberapa waktu dulu membaca cerita ibu dan ayah mendera anak,cucuh api rokok .anak disterika dan pelbagai 1001 cara penderaan.hal sebegini masih berlaku lagi sekarang
dalam kehidupan yang semakin hampir kepada dunia kiamat.
kalau diteliti sebenarnya ada satu lagi penderaan berterusan yang dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa moden hari ini iaitu menyediakan ,melatih dan membiarkan anak anak untuk layak didera oleh sterika dari api neraka Allah pada hari akhirat nanti.
marilah kita bersama mendoakan dan berusaha supaya kita dan anak anak kita terlepas dari penderaan itu.
dari baby lagi kebanyakan susu untuk suapan anak memang bermasalah.kebanyakan susu formula atau susu tepung yang berjenama terkenal atau tidak ada tambahan wei.wei melalui proses bersama enzin babi antaranya.boleh rujuk keterangannya dalam buku halal haram keluaran persatuan pengguna pulau pinang.ada beberapa jenama didedahkan yang dibuktikan dengan ujian makmal.
melalui zaman kanak kanak dengan beribu makanan ringan yang mengandungi MSG.penambah perisa makanan ini bukan saja halalnya diragui tetapi MSG lah yang berjaya menumpulkan akal kanak dan menghilangkan daya fokus dan tumpuan ketika ilmu diajar.sekali lagi rujuklah buku persatuan pengguna pulau pinang untuk meyakinkan diri sendiri.
melalui zaman remaja dengan sejumlah makanan yang bermasalah dan beracun dipasaran.bukan sahaja kesihatan badan terganggu tetapi kecahayaan hati juga mulai malap.sukar bagi hati menerima kebenaran dalam mengamalkan suruhan agama.
lalu menjadi dewasa dengan seribu kebebalan dan sejuta masalah.
tidakkah ini bermula dari tangan dan ibu yang tersalah mendidik.tersalah nafkah zahir.tersalah nafkah batin.tersalah nafkah emosi.
marilah kita memperbetulkan kesalahan kita.marilah kita mencari makanan terbaik dan halal untuk anak anak kita.
mulalah hari ini dan lihatlah produk HPA.mungkin inilah yang dicari selama ini.

Thursday, June 4, 2009

siapakah juara logo halal yang dah 40 tahun menipu kita dengan produk serbuk tulang eropah.kenalilah produk HPA untuk lebih kenali produk.....

sebelum kenal dunia produk HPA.
bermula dari depan rumah ke ruang tamu, ke ruang dapur,di bilik air,di bilik tidur ,hampir semua produk kegunaan harian adalah produk bukan islam .sebahagian nya ada logo halal tetapi masih tak halal.yang logo halalnya pulak di antara satu produk dan satu produk lain ,berbeza pulak simbol halalnya.
ada produk ubat gigi yang dah lebih 40 tahun tak pernah ada logo halal,tiba tiba keluar logo halal.40 tahun menipu warga muslim malaya dengan serbuk tulang yang tak sembelih,
hari ini nak jadi juara halal.
piiirah...
bila dah ada pesaing keluarkan produk muslim halal.baru syarikat kamu nak sibuk sibuk promosi logo halal kamu.inilah wajah wajah sebenar mereka.
boh logo halal semata mata kerana bisnes bukan kerana tanggungjawab keatas umat islam.moralnya wahai rakan islam sekelian,kalau kita letak urusan halal produk kepada bukan islam nescaya mereka akan meremehkan kerana mereka bukan sedar akan dosa dan pahala.saya seru tinggallah produk produk kabur ini.
halal oooo halal.
dimanakah kan kucari yang 100 peratus halal!!!.
jom jalan jalan diluar rumah.singgah digerai buah.tapi awas.tanya dulu adakah potongan tembikai dicelup dengan ibu gula yang boleh memberi lebih rasa manis.kalaulah benar ini bermakna ada racun yang anda sedang makan.buah, bukan saja perlu pemanis tambahan juga perlukan sesuatu untuk nampak segar dan tidak lebam.sebahagian mereka .penjual buah merendam dalam cairan penyegar untuk anda.fuuh racun lagii.
dimanakah kan kucari 100 peratus bebas dari racun!!!
dari sekecil produk sampai kepada sebesarnya ,jika tak berhati hati adalah jerangkap samar untuk kesihatan kita.
kini saya merasa betapa beharganya bisnes HPA dalam hidup saya.

warga muslim wilayah alor setaq,ayam halal dan ayam cucuk bercampuq setempat.mai tukar ayam organik HPA


laporan kosmo hari ini 4 jun09-jabatan agama islam kedah dan beberapa agensi kerajaan lagi membongkar kisah "terkejuit" ini.12 kompaun dikeluarkan terhadap pengusaha ayam proses dipasar besar peremba, alor setar,kedah kerana mencampurkan bersama ayam sembelih dan ayam cucuk.malah proses sembelihan ayam jugak diragui halalnya.

ayamm ooo ayamm.

bila mau selesai isu isu ayam dan" selsema sembelihan" ayam ni.selagi mana ayam tak dibesarkan sebagaimana sepatutnya ayam itu hidup dan dibesarkan maka selama itulah ayam akan menjalani proses dan proses yang meragukan silih berganti .

sekejap halal sekejap haram.

sesungguhnya saya bersimpati dengan dunia ayam.setelah berhempas pulas untuk hidup dan dicucuk diladang ternakan dengan segala enzim dan vaksin.akhirnya berakhir hayatnya dengan dicucuk jugak.
jangan perjudikan hati dan kesihatan anda hanya kerana seekor ayam
jom hargai protein ayam dengan tukar kepada produk ayam organik HPA.rasailah keenakan ayam herba,ayam habbatussauda dan ayam sihat.

Wednesday, June 3, 2009

doakan untuk AL-AQSA.selamatkan AL-AQSA.lakukan tindakan segera.teruskan boikot produk zionis israel dan sekutunya.


zionis israel sedang giat melakukan kerja bawah tanah iaitu membina terowong bawah tanah dibawah masjid al aqsa yang pernah menjadi qiblat pertama umat islam sebelum berpindah ke ka'bah.
dengan matlamat supaya apabila berlaku gegaran di mukabumi ini masjid al aqsa akan runtuh dengan sendirinya.lalu mereka akan menjadikan faktor semulajadi bencana alam sebagai sebab runtuhnya al aqsa ini.inilah kejahatan dan biadapnya zionis israel.( sumber fikrah mei09).

marilah kita menjadi umat islam yang sensitif dengan apa yang berlaku.mulakan dengan doa untuk selamatkan al aqsa.walau dimana kita berada ,pulaulah barangan yahudi,boikotlah mana mana syarikat yang membuat sumbangan kepada negara zionis israel.saya mengajak, marilah bersama bisnes HPA untuk pemulauan berterusan dan terancang semua produk zionis israel dan sekutunya.

diposisi mana pun anda berada ,gerakkan suara anda kepada pihak termampu untuk mendesak zionis israel supaya menghentikan kedurjanaan ini.
jika kita masih lagi memejamkan mata .jika kita masih lagi memekakkan telinga.jika tangan kita masih lagi menghulur kepada mereka,dimanakah nilai diri kita.
urutlah dada dan tanyalah iman!!!
(sumber gambar-internet)

Tuesday, June 2, 2009

jadilah sebiji batu atau sebutir pasir untuk memusnahkan mereka.... Bersama HPA untuk tingkatkan ekonomi umat islam

media massa dari tel aviv ,israel sejak akhir akhir ini selalu memuatkan berita perkembangan agama islam di seluruh dunia.
ada perkembangan yang mereka takut tentang minat ,cenderung dan simpati warga dunia pada islam sebagai satu satunya agama yang benar didunia ini.
akhbar utama seperti" haaertz "dan "yediot ehronot"selalu memuatkan rencana ini.penulis terkenal yahudi israel,moshe bijlin pernah menulis tentang amerika sedang meniti jalan untuk tersungkur yang disusuli negara negara eropah tetapi israel sesekali tidak akan tersungkur.beliau menyeru agar semua bangsa yahudi didunia ini agar berwaspada dengan fenomena ini dan tidak lagi bergantung kepada negara uncle sam untuk terselamat.
begitu juga penulis kontroversi yahudi,glait ben menulis di akhbar yediot ehronot dengan tajuk "bagaimana kita boleh memerangi islam sebagai musuh utama kita".

lihatlah wahai saudara islam betapa benarnya alquran menyebut bahawa yahudi itu tidak akan redha dengan islam ini sehingga kamu mengikut budaya dan cara hidup mereka.
lalu apa tindakan kita.masihkah ada lagi hati dan perasaan untuk meyumbang dalam membangun ekonomi mereka.percayalah.setiap sen yang anda belanja kepada syarikat yahudi atau kepada syarikat yang membantu yahudi akan pulang kembali kepada umat islam dalam bentuk peluru dan kemusnahan.
soalan itu pasti akan ditanya dimahkamah akhirat satu hari nanti.sediakanlah jawapan sebelum terlambat.
sumber-fikrah mei09

Monday, June 1, 2009

nasihat dari cikgu mail ,pjskpu2 blogspot.tingkatkan kasih sayang,tulus, telus dan ikhlas untuk" performance driven culture"


bacalah tulisan cikgu mail dalam pjskpu2.blogspot.indahnya mlm HPA yang berlandaskan konsep syariah.berniaga dengan penuh kasih sayang(mahabbah),tulus ,telus dan ikhlas kearah satu tujuan untuk mencari redha ILLAHI.

PERNIAGAAN TANPA SEMPADAN mengatasi apa juga wilayah yang bernama orang aku atau orang kamu,wilayah politik,warna kulit dan sempadan negeri atau negara.
itulah keindahan berniaga apabila agama dijadikan panduan untuk sebarang tindakan dalam perniagaan.ia tentu jauh berbeza dari menggunakan agama untuk mencapai matlamat perniagaan.kerana perniagaan di dunia ini adalah juga sambungan perniagaan kita dengan ALLAH diakhirat nanti.
biarlah setiap sen yang masuk kepoket akan menenangkan hati kita didunia dan setiap sen itu juga akan menjadi "jariah"yang boleh mengiringi usahawan langkah demi langkah kesyurga ALLAH.

BACALAH buku rahsia bisnes isteri nabi Khadijah(bukan sekadar kekasih nabi...juga digelar usahawan ternama)..

minda~sikap~budaya~prestasi.apa dalam minda mempengaruhi sikap.sikap akan melahirkan budaya.budaya akan memacu prestasi.
begitulah.....performance driven culture.fikir fikirkan dan selamat beramal