Friday, August 28, 2009

perempuan itu jutawan pahala.

aku terus membaca.
tentang perempuan itu mudahnya menjadi jutawan.
setiap ibu yang ada janin dalam rahimnya.
beristighfar malaikat untuknya.
diberi seribu kebajikan.
dihapus seribu kejahatan.

aku terus membaca.
perempuan itu mudahnya jadi jutawan.
kerana seorang wanita solehah.
lebih baik dari seribu lelaki soleh.

aku terus membaca.
perempuan itu mudahnya jadi jutawan.
tunaikan solatnya.
berpuasa cuma diramadhannya.
taat suaminya.
jaga kehormatannya.
silalah masuk mana mana saja pintu
untuk kesyurgamu.

aku terus membaca.
perempuan itu mudahnya jadi jutawan.
kerana
ibuku adalah perempuan.
isteri isteriku adalah perempuan.
anak anakku adalah perempuan.

Thursday, August 27, 2009

sesudah berbuka dan menonton kehidupan sendiri

sesudah berbuka .
seronok rasa.
bila berjaya berlapar sepanjang hari.
kerana dalam dahaga ada kasih tuhan mengalir kehati kami.



sesudah berbuka
rileks rileks sambil membaca kisah kartika.
yang tidak ada tukang sebat terlatih.
untuk menebus dosanya.
lalu kuangkat kedua tangan
berdoa kepada tuhan.
ampunlah segala dosaku.



sesudah berbuka.
duduk di sofa empuk.
sambil memerhati post morten terkini.
mengapa barisan nasional tewas kepada pakatan rakyat.
lalu kita belajar.
tidak selamanya yang diatas akan selalu menang.



sesudah berbuka.
duduk bersenang didepan laptop.
menghitung dunia dihujung jari.
sambil mencari.
erti hidupku ini.

petang yang nyaman dan hpa

petang yang nyaman.
kubawa anak anak.
kepasar ramdhan.

petang yang nyaman.
kujalan jalan.
antara gerai dan promo usahawan.

petang yang nyaman.
ada lauk ekonomi,
cuma sebungkus 200 sen saja.
kulihat penjualnya.
tidak bertudung.
dan pembantunya tidak menutup aurat.
ah,masih sudi seorang lelaki muda.
membeli dengan senyum lebar untuk kekasih hatinya.

petang yang nyaman.
ada dadih segar.
tepung talam dan wajah makcik yang tidak senyum.
agaknya kakak itu terlupa.
usahawan itu perlu menjual senyuman.
untuk ditukar dengan pitis dari poket kita.

petang yang nyaman.
ada tabung derma untuk masjid dan rumah anak yatim.
bergerak dari sudut ketepi gerai nasi kawah.
hulurlah bang.
hulurlah dik.
dermalah makcik
dermalah ,dermalah , dermalah.
satu hari nanti.
ada bonus besar untuk akhiratmu.

petang yang nyaman.
kubawa anak anak pulang.
dari pasar ramadhan.
kerana dirumah.
ada rendang ayam hpa ibu masakan.
ada jus mangga hpa bersama susu disediakan.
ada radix cola,radix oren, radix sarsi dan radix ice cream soda.

petang yang nyaman.
adalah keseronokan dan mencari pahala.
sebelum tiba waktu berbuka.

Wednesday, August 26, 2009

ketika berbuka ini.aku merasai HPA disisiku.

ketika berbuka ini.
telah kumulakan dengan sebiji khurma.
sebagai tanda ingatan.
dahulu nabiku berjuang dan lapar.
dan merasai nikmat sebiji tamar.

ketika berbuka ini .
telah kumulakan dengan segelas kordial asiatica.
sebagai tanda pemanis sebuah perjuangan.
dahulu hpa berjuang dan jatuh.
dan manisnya kejayaan hari ini.

ketika berbuka ini.
telah kuakhiri dengan nikmat kenyang.
sebiji tamar mungkin tak seberapa harganya.
tapi islam dari nabiku.
terlalu besar nikmatnya.

ketika berbuka ini.
telah ku akhiri dengan nikmat hilangnya dahaga.
segelas kordial mangga.
adalah beberapa sen.
untuk perjuangan ekonomi ummah.

ketika berbuka ini.
aku merasai kekuatan.
setelah lapar yang lama.
untuk mencari kebebasan ekonomi ummah.

ketika berbuka ini.
aku merasai hadirnya.
HPA disisiku.

ketika lapar ini ,ingatlah perjuangan HPA

ketika lapar ini.
perhatikan air yang mengalir.
alangkah nikmatnya.
mandi.

alangkah nyaman dan menyegarkan
haruman dari centella men 2 in 1.
alangkah harumnya sabun saffron hpa.
alangkah bahagianya umat.
jika untuk seketul sabun.
tidak lagi bergantung harap .
pada produk bukan islam.

ketika lapar ini.
alangkah nikmatnya.
angin bertiup.

alangkah wanginya menikmati
aroma rempah kari ikan hpa dari dapur ibu
aroma rempah alami hpa dari nasi goreng isteri.
aroma tepung goreng herba hpa dari rumah jiran.

ketika lapar ini.
alangkah nikmatnya .
ada hati yang tahu bersyukur.

menikmati
tenangnya fikiran dari EQ minda dan roselle hpa.
nyaman di pelusuk badan dari herba tuju angin dan D'DEU.
lawasnya diperut dari STOMA -k dan herba pelawas.
rasanya muda dan lancarnya darah mengalir dari omega 3 dan spirulina.

ketika lapar ini.
alangkah hebatnya merasai.
setitis rahmat dari tuhan
sesuap makan dari tuhan.
sesihat ini dari tuhan.

ketika lapar ini.
katalah.
alhamdulillah.

sahur dan perjuangan HPA ini.

ketika sahur ini.
cubalah cofee radix.
atau untuk anakmu radix koko.
atau untuk isterimu radix cereal .
atau untuk kekasihmu radix cola

kerana
mengakhiri masa sahurmu
dengan ayam radix dan sos cili hpa.
adalah makna untuk memulakan sebuah perjuangan.
adalah makna untuk satu sokongan.


perhatikan wahai rakan rakan.
dari satu sachet kopi diet adalah untung satu sen untuk pelbagai produk halal.
perhatikan wahai isteri isteriku.
dari satu ketul fish ball halal hpa adalah satu titik untuk bina hati anak anak mu.
perhatikan wahai anak anakku.
dari satu gelas kordial mangga hpa adalah satu sudu kemanisan untuk ekonomi umatmu.
perhatikan wahai kekasihku.
dari satu titik madu paramaria adalah satu detik untuk masa depan indah buat putra dan putri kita.

perhatikan.
perhatikan.
wahai diriku

Friday, August 21, 2009

jutawan ramadhan.selamat datang wahai bulan yang penuh special offer

inilah ramadhan yang penuh dengan tawaran menarik.
beberapa jam lagi akan tiba.bulan dimana diturunkan al quran yang menjadi buku panduan terbaik untuk manusia.

1)inilah kitab alquran. 2)tidak ada keraguan padanya.
saya pernah terbaca bahawa melalui dua ayat ini pernah memberi hidayat kepada seorang sarjana inggeris untuk memeluk islam.katanya inilah satu satunya buku yang pengarangnya mengistiharkan tidak ada keraguan pada isinya.sedangkan sepanjang pembacaanya beliau tidak pernah jumpa seorang pengarang yang begitu berani mengatakan bukunya adalah benar dan anda tak perlu ragu.
beliau akhirnya mencari pengarang yang hebat itu.beliau berjumpa dengan kebesaran Allah tuhan yang menurunkan alquran.

perkara yang paling mahal dalam hidup seorang manusia ialah islam yang dianugerahi.selepas kematian tidak ada nilainya sebanyak manapun isi dunia kerana yang diambil kira ialah amalan seorang mukmin.berat amalan kebajikannya beerti syurga yang penuh nikmat.

marilah sambut tawaran hebat ramadhan terutamanya special offer nya tentang kehebatan ibadat yang terlebih baik dari ibadat seribu bulan.saya berdoa untuk diri sendiri dan untuk semua umat islam agar kita termasuk orang yang menerima offer hebat ini.

ends-gen6kpu

perjalanan seorang pejuang-dari yaman ke jerman dan pulangnya seorang pejuang dari penjara new york ke sanea airport

syeikh al- moayyad adalah nama yang pertama kali saya dengar dan kenali.seorang pejuang yaman yang 6 tahun dizalimi amerika.
memiliki kilang roti di yaman yang beroperasi secara kebajikan membantu orang orang miskin dan sekolah agama.
pada 10 januari 2003 syeikh moayyad ditahan dalam satu perancangan kotor dan jahat yang diatur oleh menusia pengkhianat mohammed al -anisi.

beliau diperdaya ,dibawa ke jerman atas tujuan perubatan.dilapangan terbang frakfurt beliau dan pembantunya ditahan dan diakstardisikan ke amerika.
dipenjara dan menerima layanan buruk seperti guanatamo.56000 jam berada dalam kepayahan dan disusahkan untuk mengerjakan solat.dituduh terlibat dengan aktiviti keganasan.

menceritakan ketika dalam penjara,beliau satu hari menyedari bahawa hari itu hari raya aidilfitri.saya bersalam dengan tangan kanan berjabat dengan tangan kiri,lalu mengucapkan selamat aidilfitri al- mubarak.

setelah 6 tahun tiada bukti pensabitan,beliau akhirnya dibebaskan.kepulangannya pada 11 ogos 2009 disambut beribu rakyat yaman.selamat pulang wahai pejuang.

agen kerjasama dengan FBI,mohammed al-anisi akhirnya membakar diri sendiri dihadapan white house kernan dikatakan gagal memperolehi upah lumayan dari kerja risikan dan maklumatnya.
inilah wajah manusia yang merasakan duit lebih besar dari tuhan yang menguasai segala kekayaan.

ends-gen6kpu

Wednesday, August 19, 2009

(satu hari jalan jalan disini)- bila saat saat ketenangan diperlukan..radix koko menjadi pilihan

melalui sepanjang lebuh campbell,penang island penuh dengan kedai kedai batu yang hebat hebat dan besar besar.sukar nak temui kedai milik orang melayu islam kecuali sikit berbangga bertemu dengan restoren ahmadiyyah.
memang terangkat jugak kari mamak muslim ini.

sepanjang lebuh campbell memang penuh dengan kedai pemborong pakaian milik "mereka".jadi dapat la sikit sebanyak "orang kita "dapat menumpang tuah.beli pada harga borong dan pasarkan kepada kawan kawan serumpun.sungguh besar rupanya pasaran yang datang dari umat melayu islam.

dari lebuh campbell teruskan kedepan anda akan memasuki lebuh buckingham.sepanjang lebuh buckingham rupa mukabumi masih sama.masih lagi gedung gedung batu milik mereka.mungkin inilah hadiah buat mereka yang gigih berusaha tanpa rasa jemu.
sesampai dihujung jalan buckingham barulah ketemui masjid besar dan indah iaitu masjid kapitan keling.masjid yang berjasa besar mengembangkan dakwah kepada yang mencari jalan kembali kepada tuhannya.

agak seronok dan tenang disini.lebih tenang rasanya sambil pekena koko radix diperkarangan masjid yang indah senibinanya .sebelah depannya bangunan mara menandakan masih wujud perniagaan orang melayu islam disini.sebelah kirinya pulah berderet kedai emas milik orang india muslim.mailah singgah disini kalau nak merasai nasi beratur.

berhampiran dengan kawasan ini anda berjalanlah disepanjang penang road.ada lebuh king dan lebuh queen.tapi satu pesanan ,hidup disini, "king" dan "queen "adalah matawang yang sentiasa mengalir dari poket ke poket.sibuk dan susah untuk mencari saat saat ketenangan.

semasa ini ,iklan radix koko sedang menghiasi ruang "laptop" ini dan bakal disiarkan tv9.menandakan satu lagi kejayan perjuangan umat islam dalam dunia perniagaan.
saya amat menghargainya

hidup HPA-gen6kpu

Monday, August 17, 2009

aku bukan superman..tapi aku mahu kalian jadi HPAman atau radixman

saya suka mendengar lagu ini,aku bukan superman.
katanya superman juga bisa menangis kalau pasal kekasih hati.
hidup memang begini setiap dari manusia sekurangnya pernah sekali akan menangis dalam hidupnya.
cuma saya ingin berpesan kalau mahu menangis biarlah pada perkara besar besar dan berbaloi.
antaranya
menangis tentang nasib umat islam hari ini dibuli sakan disudut ekonomi.
menangisi nasib saudara seagama kita yang masih lagi guna sabun berlemak tak halal sejak dari bayi sehinggalah ketika mayat dimandikan.
menagisi nasib anak anak bangsa yang hilang daya tumpuan ketika disekolah dek kerana MSG meyelaputi sebahagian dari kotak fikirannya.

aku bukan superman yang ada kuasa ajaib untuk datang merubah dan menyelamatkan keadaan.
kalian kenallah HPA ,anda akan mampu merubahnya.

117 jam sebelum mendaftar diri disekolah ramadhan..siapkan diri

alhamdulillah
insyaAllah semua dari kita akan masuk kemadarasah ramadhan.
ada orang berkata inilah kem bulan terbaik untuk membina kekuatan jiwa(SQ)dan minda(IQ).
ada yang berkata inilah bulan rezeki.ada kuasa pasaran terbesar akan melanda sebulan.rezeki dan rahmat ramadhan.
ada yang berkata.inilah permulaan yang baik untuk berubah.kalau dulu biasa biasa saja.ramadhan titik mula untuk lebih dari biasa ibadatnya.

apa apa pun kita berdoa supaya ramadhan akan lebih mendekatkan diri kita kepada tuhan yang mendatangkan bulan keberkatan ini.
semoga tiba ramadhan ini hati yang mati akan kembali hidup dan bernyawa.
semoga tiba ramadhan ini hati yang sakit akan kembali sihat untuk menerima kebenaran
semoga tiba ramadhan ini hati yang sihat akan bertambah segar dengan pelbagai vitamin ramadhan untuk terus hebat selama setahun seterusnya tanpa ramadhan.
saya mendoakan untuk diri saya dan kesemua dari kita.
ameen

gen6kpu

Sunday, August 16, 2009

mencari generasi salahudin untuk membebaskan tanah al aqsa..bersama mencari produk halalan dan toyyiba

salahudin al ayubi bukanlah seorang bangsa arab yang mampu membebaskan bumi palastein dari tentera salib setelah lebih 80 tahun dalam jajahan mereka.
hari ini lebih 60 tahun tentera yahudi telah menguasai bumi palastein.jika pusingan sejarah diambil kira bermakna masih berbaki lebih kurang 20 tahun lagi ,sekurangnya akan ada salahudin kedua yang akan memberi cahaya gembira kepada umat palastein khasnya dan umat islam amnya.

seorang salahudin mungkin sekarang berada dalam perut seorang ibu yang solehah.seorang salahudin mungkin sekarang seorang bayi yang sedang menyusu dari susu ibu yang tidak masuk makanan syubhat.seorang salahudin mungkin hari ini seorang anak kecil muslim yang sepanjang hidupnya adalah makanan halal dan toyyiba.seorang salahudin mungkin hari masih seorang remaja belasan tahun yang tidak pernah berada dalam perutnya sumber makanannya dari perniagaan berunsur riba.

marilah sama sama kita melahirkan seorang salahudin dalam setiap keluarga.bersamalah mencari produk halal dan toyyiba.
percayalah, Allah menilai azam kita sebagai satu jihad dan perjuangan.

gen6kpu.

sekurangnya hari ini saya bukan lagi seorang pengkhianat ekonomi ummah ..saya bersama HPA

laporan akhbar ini mungkin ada yang terlepas pandang.
laporan dewan perniagaan melayu malaysia terdapat kini 12000 peniaga/peruncit bakal menghadapi masalah perniagaan dan 480 syarikat/premis perniagaan sudah dilelong.
kesan daripada kelembapan ekonomi dan berlambaknya pasaraya pasaraya besar tumbuh dimukabumi malaysia.

kalaulah perniagaaan sebahagian umat islam hari ini bermasalah bagaimanakah anak anak muda hari esok nak membina cabaran dalam dunia bisnes hari esok.generasi hariini pun dirundung malang,apatah lagi generasi hari kemudian.dimana silapnya?.apakah kita sudah hilang semangat untuk memayung perniagaan sendiri.atau kita lebih selesa berada dipasaraya besar untuk menolong tesco cohen,seorang yahudi pemilik perniagan besar ini.siapakah hari ini pengkhianat kepada ekonomi ummah.

kenapa bila ada syarikat orang islam dan setempat mula beroperasi kita tidak ada jihad untuk membantu ummmah.lihatlah dalam rumah sendiri,bermula dari ruang tamu sampai kebilik air,apakah yang anda sedang anda bantu untuk menolong saudara anda.dari seketul sabun sampai kepada sebotol kicap, dimana anda beli tadi.

belum lagi bercerita tentang soal halal dan toyyiba.mengapa begitu ramai yang memandang mudah.tidak terniatkah dihati kita untuk membantu syarikat orang islam sendiri.
saya temui satu "nilai" didalam HPA.
mencari perniagaan halal adalah tanggungjawab bersama.
mencari produk halal adalah tanggungjawab bersama.
saya bersama hpa, bermula dari sesachet kopi radix.dan kini sebahagian besar isi rumah adalah produk HPA.
sekurangnya hari ini saya bukan lagi seorang pengkhianat.

kembalilah kepada tuhan yang menguasai segala virus...

teori dan ramalan WHO bahawa 20 peratus rakyat malaysia mungkin akan dijangkiti virus selema babi, HINI,jika langkah awasan dan pengawalan serius tidak diambil.5 juta warga malaysia berisiko besar sekiranya sikap sambil lewa dan tidak peduli ini dibudayakan.

lebih memeranjatkan ada pendedahan bahawa peningkatan kes dimalaysia adalah empat kali lebih dari negara lain jika dibandingkan dengan nisbah penduduk.bila negara jiran singapura, mengurangkan kes jangkitan ,tentu kita kena perhatikan semula sikap kita kenapa sebaliknya berlaku dinegara sendiri. kenapa dijepun dalam 5000 kes jangkitan baru satu menemui kematian.apakah kerana kesedaran corak pemakanan mereka dan respon yang positif dalam menjaga kesihatan.mari kita tanya diri masing masing.

saya melihat peringatan dari lembaga pengurusan HPA supaya jangan memandang ringan terhadap jangkitan HINI sebagai satu seruan dan tanggungjawab bersama dalam satu masyarakat.pencegahan tentu terlebih banyak baiknya daripada nak mengubat bila dah sakit.
dimasa jiwa masih kuat dan tak diuji dengan sakit kita berada dalam posisi yang selesa untuk turut sama kempen.mari jauhi dari wabak HINI.

pesanan pengarah urusan hpa,sesiapa yang ada simpton HINI,sila amalkan 2 kapsul perjam dan habiskan 1 botol IMTdalam tempoh 2 hari.usaha dan berdoalah kepada Allah,tuhan yang menguasai segala virus supaya mendapat kesembuhan.

keseimbangan sistem dalaman badan adalah perlu diwaktu ini untuk membina kekuatan daya juang antibodi..

carilah herba .
tidak memadai kalau hanya sayuran yang hidup bergantung kepada racun.tidak memadai kalau hanya mencari buah buah yang membesar dengan bantuan racun serangga dan baja ciptaan yang memudaratkan .

carilah air yang sihat.
tidak memadai hanya bergantung kepada air yang penuh dengan segala pencemaran dan kandungan logam berat.

carilah sumber makanan toyyiba dan halal
tidak semua pengusaha makanan begitu jujur untuk memikirkan kesihatan baik kita.pilih pilihlah.

kembalilah kepada tuhan yang menguasai alam ini dan isinya.kembalilah kepada tuhan yang menguasai segala virus.

ends-gen6kpu.

Saturday, August 15, 2009

senangkan hatimu...wahai anak muda,mari mencari jodoh di HPA

dunia hari ini penuh dengan kesibukan.banyak perkara kita terlepas pandang kerana masa banyak terhabis pada perkara lain.kita perlu ada perancangan hebat supaya dapat membina kehidupan yang hebat didunia dan akhirat.

jom kita berbicara
soal mencari jodoh.
kajian menunjukkan jodoh selalunya berada disekitar zon yang kita selalu suka berada dan lama disitu.benarkah begitu?
buka minda anda dan lihat kawan kawan anda,dimana mereka bertemu jodoh dengan yang tersayang.

yang tua tidak punya banyak masa untuk berkongsi ilmu yang mana satu madu asli, yang mana pula madu separuh asli.yang muda pulak selalu tersalah pilih lorong dan jalan,sering meraba dalam kesamaran.
begitulah tamsilannya.

saya ada satu cadangan,jika anda sedang mencari benih yang baik,HPA adalah satu wadah yang tepat.

jika anda merasakan kesihatan adalah aset terbaik untuk seorang wanita disisi anda,carilah seseorang pengamal herba HPA kerana seorang wanita yang tahu menilai harga kesihatannya akan mengambil berat tentang kesihatan seorang lelaki yang bakal berkongsi hidup bersamanya.
sesungguhnya kesihatan yang baik itu lebih diperlukan dari wang dan muka yang cantik jelita.

jika anda merasakan perjuangan memartabatkan ekonomi rumahtangga adalah antara ciri kebahagiaan hidup.carilah seseorang yang serius berjuang bersama HPA,menaja dan berkongsi kekayaan dengan insan lain.kelak anda akan temui kehebatannya berkongsi suka dan duka dalam alam rumahtangga bersama anda.

fikir fikirkanlah,
mungkin anda pernah dengar kata kata ini
jika aku pohon merimbun ,akan kupayung insan lemah diserata alam.
jika aku pohon berbuah lebat,akan kujatuhkan buahku pada insan yang lapar dan memerlukan.
jika aku memerlukan wanita dan lelaki yang bakal ku kongsi suka dan duka untuk disisi,
aku akan lihat dimana benih itu disemai.

tidak rugi bersama HPA-gen6kpu.blogspot.

mesej dari ayam kita..ayam hpa..membina antibiotik kejayaan

alhamduliillah kerana diberi niikmat sihat.
dunia hari ini diserang dengan wabak penyakit yang menggemparkan.ada yang punya nama pelik sehingga nak sebutkannya pun agak susah.hampir kesemua binatang yang dekat dengan manusia dikatakan punca virus selsema.dan yang akhirnya tak mampu bertahan dengan serangan virus ini ialah manusia.
dalam sebahagian kuliah perubatan jawi hpa antara ilmu yang saya ingat ialah penyakit bukan disebabkan oleh virus tetapi penyakit menyerang manusia kerana sisitem pertahanan badannya lemah.atau bahasa lain antibiotiknya tak mampu membuat serangan dan memusnahkan serangan bakteria yang membawa masalah.

marilah kita mencari apakah punca sistem antibodi menjadi lemah.lihatlah apa yang kita makan.lihatlah apa yang kita hidangkan setiap hari kepada anak anak kita dan kepada orang yang kita sayangi.keseimbangan sistem badan hilang berpunca dari makanan kita yang bermasalah,tekanan hidup tidak diuruskan dengan betul dan urusan manusia dengan penciptanya diabaikan.

mari kita singgah sebentar keladang ayam kita,ayam hpa.kenapa tanpa segala vitamin cucuk dan segala antibodi ciptaan dari makmal ,seekor ayam mampu sihat dan lebih berkhasiat.
tentu tidak jatuh standard mamalia untuk belajar dari seekor ayam bagaimana untuk membina antibodi kejayaan.
selamat mencuba-gen6kpu

Friday, August 14, 2009

pergi tak kembali...biar sampai kehujung usia bersama perjuangan HPA

setiap insan pastikan
merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan
ditinggalkan
hanya amalan yang akan
dibawa

begitulah pesanan dalam lagu allahyarham ustaz asri,rabbani.
sesuatu yang amat menginsafkan tentang kematian ialah ia datang tanpa diketahui bila.
usia muda atau tua juga tidak menghalang untuki setiap kita pergi tanpa kembali.
yang pasti setiap insan akan merasa saat perpisahan terakhir itu.dunia yang fana akan ditinggalkan.
harta , anak , isteri dan apa saja yang disayangi akan ditinggalkan.dan diberitahu kepada manusia yang ditinggalkan itu akan memberi nilai amalan baik atau buruk kepada akaun akhirat seseorang.
hanya itulah talian hayat kita dari dunia.mungkin anak dan isteri yang soleh atau solehah yang akan memberi kasih dan sayang berpanjangan sampai kealam baqa yang berupa doa dan amalan dan pahala baik.
mungkin juga talian hayat itu ialah harta yang dimanafaat dan ilmu yang diamalkan yang akan datang berupa bonus bonus pahala yang memberatkan timbangan amal.

saya dan anda mungkin bukan ustaz atau ulamak yang punya kuliah ribuan pendengar yang boleh membina rangkaian anak murid terhebat.
saya dan anda mungkin juga bukan punya wang berjuta yang mampu diinfakkan pada pejuang palastein atau membina masjid terhebat dimukabumi ini.
tetapi percayalah.
saya mempunyai keyakinan bahawa kita mampu untuk membina rangkaian pengguna produk halal dan toyyiba.
saya juga mempunyai keyakinan bahawa suara suara kita yang tak jemu jemu mengajak insan lain kepada produk halal dan toyyiba akan memberi imbuhan besar dan berterusan sehingga kedunia kekal sana.
saya juga mempunyai keyakinan penajaan dan rangkaian yang dibina untuk memartabatkan ekonomi ummah adalah rangkaian pahala jariah yang dibina untuk bonus bonus akhirat yang lebih baik.
betapa besarnya rahmat tuhan jika ikhlas dalam perjuangan.mari mulakan bersama multilevel syariah HPA.
mari bersama kami.biar sampai kehujung usia bersama HPA.moga ia akan menjadi bonus bonus akhirat yang memberatkan timbangan amal.
insyaAllah

Wednesday, August 12, 2009

please, please kamu jangan nakal

please, please, kamu jangan nakal
nanti saya datang, bawa yang kamu pesan,

please, please kamu jangan marah
nanti saya bawa pulang apa kamu mahu

seorang anak mungkin menunggu seorang ibu,
seorang anak mungkin menunggu seorang ayah,
seorang isteri mungkin menunggu seorang suami
seorang kekasih mungkin sedang menunggu hari bahagianya.

saya mengajak,
marilah kita menilai semula kasih dan sayang kita.
kalau berkasih biarlah sampai kepintu syurga.
kalau berkasih jangan tersungkur dipintu neraka.

lalu bagaimana caranya.

perhatikan apa yang kamu bawa pulang untuk anak anak kamu
biarlah berbaloi untuk masa depanya
pastikan apa yang kamu bawa pulang pada isterimu
biar membentuk diri dan jiwanya
pastikan apa yang kamu mahu bina bersama kekasih hatimu
biarlah membimbing ke mahligai syurga dunia dan syurga akhirat.

sekadar berkongsi-gen6kpu.blogspot

terimakasih pada hpa

saya mempunyai pandangan baru kepada dunia herba,dunia perniagaan dan hubungan antara dunia hari ini dengan dunia hari esok.

saya mempunyai tanggungjawab kepada dunia diri sendiri ,dunia ummah .dunia herba ,dunia perniagaan,dunia hari ini dan dunia hari esok.

saya merasai lebih sayang kepada diri sendiri ,masyarakat,dunia yang saya hunii dan dunia esok yang akan ditimbang supaya kebaikan melebihi dari kejahatan.

saya tidak sunyi dalam perjuangan ini kerana bersama hpa ada rasa kekitaan yang diperjuangkan dan ada rasa kebersamaan yang dicari.

saya tidak panjang putus asanya kerana bersama hpa ini ada motivasi yang dicari.

saya menjemput anda untuk merasainya.
mari bersama kami

nasihat dari pu HPA.

Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah.
Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan.

Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian.

Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

Ends.......sumber dari blog PU

soya hitam yang hebat



dari dulu soya hitam ini adalah resepi wajip kepada setiap kita.satu waktu dahulu dikala ekonomi merudum soya hitam inilah yang berjasa besar.menyedapkan rasa nasi kami dan menambah selera makan anak anak kami.
berjasa besar betullah pengusaha soya hitam ini.hari ini bersama perniagan hpa ini adalah pilihan jika selama ini kita tidak ada banyak pilihan bila nak memilih kicap terbaik.
sesekali menyumbang kepada perniagaan orang islam semoga ia akan memperkembangkan lagi perusahannya kepada produk produk lain.
dari yang kecik kecik ini ,akan lahir kepada yang besar besar.teruskan sumbangan anda walaupun seminggu sebotol kicap.
ia besar makna dalam ekonomi ummah.

belajar dari mereka yang berjaya

pandang kanan lihatlah mereka yang berjaya
lihat kiri belajarlah dari mereka yang berjaya
kedepan pun ada mereka yang terdahulu telah berjaya
dibelakang ada terlalu laju seolah menolak anda untuk lebih laju supaya seiring berjaya bersama mereka.
inilah natijah bila sering berada dalam saf perjuangan
kerana perlumbaan yang positif adalah baik untuk memajukan manusia
jadi marilah berlumba lumba untuk perkara perkara yang positif

Monday, August 10, 2009

time is power.

time is power.
begitulah antaranya orang bercakap tentang masa.
sibuk adalah kata lain bagi maksud masa tidak cukup.
entah apalah yang kita manusia ini terlalu sibuk.
sudah tentu setiap orang berbeza sibuknya.
sibuk dengan urusan dunia yang tidak henti berputar.
sehingga tak ada masa untuk diri sendiri.
alangkah ruginya.
bila hilang nikmat masa untuk diri sendiri
bertambah besar ruginya jika,
masa untuk bersama tuhan juga tidak ada.
masa ooo masa.