Monday, September 6, 2010

mengaktifkan sinaps diantara neuron neuron iman...berjayakah aku

Ada dua perkataan yang aku ingat benar hari ini.

1) sesungguhnya dikalangan hambaku itu amat sedikit dari orang yang bersyukur

2) sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali orang yang sabar.

ini adalah pernyataan Allah di dalam buku panduan hidup manusia yakni alquran. pesanan yang mendahului masa yang memberitahu apa yang akan berlaku kepada komuniti manusia. aku mencari jawapan untuk peringatan pada diri sendiri. bernarkah aku juga mampu bertahan untuk bersama golongan yang sedikit sedangkan saidina umar juga pernah berdoa supaya termasuk dalam golongan yang sedikit. hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan berada dalam kumpulan yang sedikit ini. sesudah terpilih bagaimana pula untuk mengekalkannya juga menjadi persoalan.

telah terbentang didepan mata bahawa ramai kawan kawan yang tumbang di setengah perjalanan. ada sudah berumur lebih 60 tahun . dulu kulihatnya rajin kemasjid dan menjadi pejuang penggalak kebenaran tapi hari ini kulihat sebaliknya. berbolak baliknya hati manusia.

nun jauh disudut harti aku berdoa semoga Allah tetapkan hatiku didalam islam dan iman. aku mencari cari jalan untuk memastikan supaya berlaku sinaps diantara neuron neuron iman. doa ialah di antara sinaps untuk menyuburkan iman. berhubung dengan ulama adalah sinaps untuk berhubungnya neuron neuron iman. mengekalkan bacaan al quran adalah sinaps yang baik untuk neuron iman. menuntut ilmu juga sinaps terbaik untuk neuron iman.

apalagi ya... aku akan terus mencari meskipun sedikit demi sedikit. aku akan terus memburu meskipun nampak remeh dan temeh.

Sunday, September 5, 2010

Dr Asri 22S5. Rebutlah Syurga

Menjelang tiba syawal dan mengenangkan anak halal.. dan anak haram...

lampu hiasan kecil bewarna biru terus berkelip kelip mekipun hari telah siang menandakan hariraya semakin dekat. agaknya mungkin kerana teruja dengan raya yang telah dinantikan selama setahun yang lalu , maka ibu bapa terus membiarkan lampu bewarna warni itu terus berkelip kelip. anak anak yang dalam musim cuti sekolah juga semakin seronok untuk melihat cahaya lampu itu menari nari.
demikianlah senario dua tiga buah rumah kejiranan di taman perumahan kediaman ku pada tanggal puasa yang kedua puluh enam.

ramadhan penghujungnya ialah kemenangan.dan bagi anak kecil ialah kemenangan mereka menyudahkan 30 hari berpuasa, malah ada yang meraikan kemenangan 30 hari setengah hari berpuasa. kemenangan bagi mereka adalah dengan meraikan pada kemuncak hari kemenangan iaitu pada hari raya dengan keseronokan mengumpul duit raya dan keseronokan bersama teman teman menghayati keenakan juadah raya.malangnya pengusaha tv, pemilik stesen tv menghadiahkan kepada mereka satu kekalahan pada hari raya dengan sajian hiburan bercampurgaul lelaki perempuan, mengabaikan batasan aurat. beginilah setiap tahun mereka membentuk pemikiran dan budaya kepada anak anak kecil.

sehinggalah kini sebahagian dari mereka telah menuju dewasa, dan bertambahlah kekalahan mereka apabila bertahun tahun diprogramkan dengan hiburan raya yang sesat dan menyesatkan.

menjelang raya ini, berapa banyakkah lagi bayi bayi ramadhan dan syawal yang akan lahir. mereka namakan sebagai anak haram. hasil dari kerja terkutuk anak halal. kesudahannya, anak halal berbuat dosa dan menuju ke neraka kehidupan manakala anak haram yang dibuang dan menemui kematian sedang menujuke syurga akhirat.
sekadar renungan untuk diri sendiri...

Saturday, September 4, 2010

Permata yang dikutip dari kuliah radio kedah dan HPA Industries


Wahai diri sendiri!
Ramadhan adalah bulan perubahan
Pesan Ibnu Abbas, sesudah melalui kem ramadhan, lihatlah apa yang telah berubah pada diri kita. Andai tidak ada apa perubahan berlaku selepas ramadhan , bermakna sia sialah ilmu di sekolah ramadhan

cepat cepatlah sedar dan berdoa supaya Allah menggantikan hati kita dengan hati yang baru kerana hati yang menghuni diri kita selama ini telah mati.

jika ramadhan Allah mendatang berbagai perubahan, bermula dengan perubahan jadual makan pagi dan jadual makan malam, perubahan skim penggalak amalan yang berupa tawaran beribadat seseolah tujuh puluh tahun, perubahan waktu meninggalkan kesedapan waktu tidur, perubahan meninggalkan sementara keenakan makanan sebagai tarbiah untuk insan.

tiba tiba kita tidak boleh berubah, tentu ada sesuatu yang tidak kena tentang hati kita. hati kita telah mati . mohon doa semoga dijauhkan ALLAH.
wahai tuhan yang membolah balikkan hati, kurnialah kepada kami kebaikan dari hidup dunia dan kebaikan kehidupan akhirat.