Sunday, September 5, 2010

Menjelang tiba syawal dan mengenangkan anak halal.. dan anak haram...

lampu hiasan kecil bewarna biru terus berkelip kelip mekipun hari telah siang menandakan hariraya semakin dekat. agaknya mungkin kerana teruja dengan raya yang telah dinantikan selama setahun yang lalu , maka ibu bapa terus membiarkan lampu bewarna warni itu terus berkelip kelip. anak anak yang dalam musim cuti sekolah juga semakin seronok untuk melihat cahaya lampu itu menari nari.
demikianlah senario dua tiga buah rumah kejiranan di taman perumahan kediaman ku pada tanggal puasa yang kedua puluh enam.

ramadhan penghujungnya ialah kemenangan.dan bagi anak kecil ialah kemenangan mereka menyudahkan 30 hari berpuasa, malah ada yang meraikan kemenangan 30 hari setengah hari berpuasa. kemenangan bagi mereka adalah dengan meraikan pada kemuncak hari kemenangan iaitu pada hari raya dengan keseronokan mengumpul duit raya dan keseronokan bersama teman teman menghayati keenakan juadah raya.malangnya pengusaha tv, pemilik stesen tv menghadiahkan kepada mereka satu kekalahan pada hari raya dengan sajian hiburan bercampurgaul lelaki perempuan, mengabaikan batasan aurat. beginilah setiap tahun mereka membentuk pemikiran dan budaya kepada anak anak kecil.

sehinggalah kini sebahagian dari mereka telah menuju dewasa, dan bertambahlah kekalahan mereka apabila bertahun tahun diprogramkan dengan hiburan raya yang sesat dan menyesatkan.

menjelang raya ini, berapa banyakkah lagi bayi bayi ramadhan dan syawal yang akan lahir. mereka namakan sebagai anak haram. hasil dari kerja terkutuk anak halal. kesudahannya, anak halal berbuat dosa dan menuju ke neraka kehidupan manakala anak haram yang dibuang dan menemui kematian sedang menujuke syurga akhirat.
sekadar renungan untuk diri sendiri...

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com