Sunday, March 7, 2010

Thank you radix cola.Thank you HPA

Saya memandu perlahan disepanjang lebuhraya bersebelahan Pantai Seagate.Pandangan laut yang indah dan burung burung petang sedang berarak pulang menuju ke Pulau Jerejak yang terletak dihadapan.

"Memang cantik dan sejuk mata memandang jauh sepanjang laut hingga kedaratan menghijau Jerejak yang dulu pernah menghimpun banduan banduan ternama tanah air ,mungkin agaknya manusia ini perlu berkhalwat,mengasingkan diri ditengah kesunyian dan kedamaian hutan dan rimba untuk kembali mengenal diri nya,dan berusaha untuk kembali kepada menjadi insan yang lebih baik"tiba tiba ummi maslia bersuara memecah suasana.

Saya mengiyakan dalam diam,sedikit sebanyak ada kebenarannya.Mata saya tertumpu pada sekumpulan anak muda bermotosikal dengan pasangan masing masing memotong kenderaan kami.Gadis manis bertudung putih memeluk erat teman lelaki dihadapannya manakala bajunya yang pendek terangkat dibelakang dan menampakkan kulitnya yang putih.Nampak bahagia walaupun dalam kemurkaan tuhan.
Seorang lagi temannya juga membonceng motosikal yang lain,juga bertudung tapi berwarna pink dengan baju dan seluar serba pink dan tanpa segan dan silu juga menampakkan sebahagian seluar dalam bewarna pink.Gadis melayu itu juga memeluk teman lelaki dihadapannya seseolah dunia ini mereka berdua yang punya saja lagaknya.Lupakah mereka bahawa tuan punya dunia ini sedang memerhatikan tingkah laku mereka.
Ketika yang sama bagaikan ditarik oleh magnet,dua buah motosikal mengikut rapat jamuan nafsu yang percuma itu.

Saya menjadi kelu sebentar dan dalam diam mencari jawapan kepada persoalan didepan mata.Kenapa didepan mata adegan adegan sebegini sudah biasa kelihatan ditanah geogtown ini?
Apakah nak jadi dengan sebahagian gadis melayu islam hari ini,bertudung tetapi seseolah bertelanjang?
zat dan vitamin dari manakah yang masuk kedalam hati dan tubuh mereka sehingga hilang rasa malu?
jika tidak malu kepada tuhan yang mencipta rupa cantik mereka,tidakkkah mereka malu kepada tudung tudung yang mereka pakai?
tidakkah mereka malu pada pokok pokok disepanjang pantai seagate yang sedang berzikir memuji tuhan?
tidakkah mereka malu pada batu batu yang berada dibawah yang sedang bertasbih mengagungkan tuhan?
tidakkah mereka malu pada udara yang mereka sedut?

Memandu terus,diam dan berfikir mencari jawapan.
Mungkinkah apa apa saja yang mereka dan keluarga mereka makan satu waktu dulu telah menjadi kumin dan zat zat yang membentuk sebahagian dari kedegilan hati mereka.Saya menyapu kelopak mata ,mengambil botol radix cola 500ml dari tepi gear dashboard dan perlahan lahan merasai nikmatnya produk HPA hadir dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com