Saturday, September 19, 2009

menjelang 259200 saat meninggalkan ramadhan.salam aidulfitri

salam aidulfitri
salam raya.
salam sepanjang 30 hari di sekolah ramadhan
salam sepanjang 720 jam di madrasah ramadhan.
salam sepanjang 43200 minit di kolej ramadahn.
salam sepanjang 2592000 detik kehidupan ku diramadhan ini.

mohon ampun kepada tuhan.
diatas segala tidak sempurnanya ibadat insan.

mohon maaf kepada ibu dan ayah
mohon maaf kawan kawan.
mohon maaf kepada alam dan isinya.

Saturday, September 5, 2009

thanks you ramadhan,kata usus kecil.

dipertengahan ramadhan ini.
di kananku
ada d'deu,mega-3 dan sebotol evening primrose oil.
buat penyeri ketika berbuka.
sebagai tanda terimakasih pada setiap bahagian tubuhku.
yang setia berbakti selama ini.
menyempurnakan sebuah nikmat bernama kesihatan.

dipertengahan ramadhan ini.
dikiriku.
kudengar perut berbisik.
makna sebuah kerehatan.
setelah sekian lama diasak dengan pelbagai rupa dan bentuk kesedapan.
kata jantung.
terimakasih ramadhan .
bercerita usus kecil.
sambil tersenyum pada usus besar
thanks you ramadhan.
untuk semua rahmat ini.

gen6kpu.