Saturday, February 28, 2009

28 February 2009

Tazkirah pagi.
Mengisi perjuangan hari ini marilah kita berazam untuk mengajak seberapa ramai mereka yang belum mengenali HPA bergabung tenaga bagi mengenapkan sejuta ahli.Nasihatilah saudara-saudaramu yang masih lagi melibatkan diri dengan mlm yang terdapat peniagaan haram(arak) didalamnya. Produk Amerika yang menjadi sekutu Yahudi membunuh ummat dimana sahaja berada. Binalah kekuatan dengan Islam nescaya semua makhluk didunia akan selamat.Peniagaan akan selamat,kuat dan kebal dengan ujian dari masa kesemasa.Kita telah buktikan sesudah usia menjejaki tahun ke 12, HPA mampu bertahan dengan peniagaan yang dahulunya sering dipandang remeh oleh massa.Kita bukan mendabik dada tetapi kita ingin menyebut kemuliaan dan kekuatan yang ada pada HPA ialah kerana Islamnya. Maaf pada tuan-tuan guru yang turut menyelar HPA, mempertikaikan isi hati kami kerana selagi kita tidak bersama semua ucapan akan disalah ertikan. HPA mewawarkan solat Dhuha dan Al Ma'thurat bukan tujuan riak tetapi sebagai reaksi balas kepada amalan pagi morning prayer(korea dan jepun), Senamrobik(pejabat kerajaan), yoga, reiki dan kini muncul pula senaman dari tarian poco-poco.Ketika orang tidak berbangga dengan amalan Islam, HPA mengiklankan kembali agar masyarakat tersedar seperti tindakan Sultan Nuruddin Al Zinki menghidupkan pujian-pujian kepada Nabi melalui nyanyian seperti maulid dan berzanji. Saat hati umat umat Islam telah mati dan sedang diserang oleh kuasa besar monggul ketika itu tidak wajar amalan-amalan itu pula dibahas dalam kuliah ilmu dimasjid sedangkah hampir seluruh Syam telah jatuh ketangan Monggul.Apa yang lebih penting ulamak perlu bergabung bersama HPA dengan hati dan perasaan tanpa membuang statusnya agar kembali dunia dagang , tempat imam-imam besar mencari rezeki halal.
Dihantar JawiHerbShop Pada Saturday, February 28, 2009
Labels:
dipetik dari blog pu hpa.tulisan tuanhaji ismail

ADA LAGI NI UNTUK SEHARIAN


Ada yang terbaik diantara yang terbaik.digunakan tanpa was was.halal dan toyibba.dari hujung rambut,membawa kesenyuman yang lebih manis,alirkan semangat hpa dan wangian produk hpa keseluruh tubuh anda.anda tentu manis dipandangan manusia tetapi yang lebih penting pada pandangan tuhan anda dinilai kerana menggunakan produk halal dan toyibba.Yang membeza antara adat dengan ibadat adalah niat.adat kita mandi dan bersuci,tetapi kalau diniatkan untuk guna produk halal,insyaAllah jadi ibadat.cuba cubalah

MINDA UNTUK MINDA


Ni yang selalu direkomen untuk kesihatan minda.ada spirulina,ada pegaga(daun pegaga berbentuk seperti otak kita),kismis dan madu(amalan nabi ni).lagi ada banyak herba yang disebut dalam Al-Quran dalam IQ minda(untuk pembinaan minda dan ubat stress).Dibuat dikilang yang ada GMP dan IMP(islamic manufacturing practice).camna tu.untuk keterangan lanjut,mai lah join HPA

DUNIA HERBA


Lihat lihatlah herba HPA.Tu nampak tak herba IMT,pain killer herba sebagai ganti panadol.Ubatan kimia kalau diambil terlalu kerap akan menghasilkan mendakan magnesium hidroksida yang akan terkumpul dan memblog buah pinggang.Kesian buah pinggang kita cuma ada dua biji,takder spare dijual dimana mana farmasi.Jadi jagalah buah pinggang kerana kos perawatannya amat tinggi,satu minggu ada yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit.Buah pinggang umpama filter yang menapis dan mengasingkan bahan yang bermanafaat dan bahan terbuang dalam darah kita.Untuk keterangan lanjut pasai buah pinggang,sila tanya doktor anda atau jadilah pakar buah pinggang

MAI, SE"MUG" CEREAL


Dah pernah rasa ker produk hpa ni.cereal radix,minuman bijiran radix dengan campuran tujuh herba terpilih.Oat bersifat rendah lemak semulajadi,dengan peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi untuk tenaga berpanjangan.ambil satu sachet,tuang dalam mug,tambahkan air panas.kacau dan sedia untuk diminum.fuuuh, mai se"mug"

Wednesday, February 25, 2009

Buku yang wajar dibaca


Buku keluaran persatuan pengguna pulau pinang ini banyak menceritakan tentang produk makanan harian kita.yang tak halal itu sedang berada didapur rumah kita.yang tak halal itu sedang enak kita hidangi satu keluarga.ada yang dah berpuluh tahun kita guna dan mungkinkah itu yang menyebabkan hati kita semakin mati.dalam buku ini didedahkan secara ilmiah kandungan produk yang dikatakan bermasalah tersebut.hasil kajian makmalnya memukau.carilah kekuatan untuk meninggalkan produk yang tak halal tersebut.miliki satu buku ini,buat panduan seharian.hadiahkan pada rakan sebagai usaha dakwah untuk lihat kita dan orang yang kita sayangi terselamat diakhirat nanti.tidak guna diet yang hebat,tidak berbaloi gizi yang sihat jika iman tak sihat .biarlah semuanya seiring untuk kita cari kebahagiaan didunia dan kebahagiaan diakhirat

LAGI GAMBAR SUPAYA TAK LAGI DITIPU





KISAH KISAH INI TERDEDAH KIRA KIRA SETAHUN LALU.UNTUK MERUBAH ,KITA PERLU BERTINDAK DENGAN MEMBOIKOT BARANGAN YANG TIDAK JELAS PENGELUARANYA.KAEDAH DIAJAR OLEH AGAMA BILA MANA TIMBUL WAS WAS MAKA HENDAKLAH TINGGALKAN KERANA ITU LEBIH BAIK UNTUK MENJAGA AGAMA,ITU KAEDAH TERBAIK UNTUK MENJAGA HATI.JANGAN AMBIL SIKAP MUDAH ATAU NAK TUNGGU ORANG LAIN BERUBAH BARU NAK IKUT.SAMPAI BILA KITA HARUS MENUNGGU.FIKIR FIKIRKAN.

Sampai bila kita nak ditipu




Kisah dari gambar diatas dibongkar oleh harian metro setahun yang lalu.apabila urusan membuat makanan harian kita diserahkan pada bukan islam ,beginilah jadinya,mereka tidak ambil kisah,mereka tidak jaga kebersihan apatah lagi tentang halal.tetapi kita selalunya mudah lupa,kita tak ambil berat,kita masih membeli dan menyokong barangan mereka.sampai bila???penguatkuasa tidak cukup kakitangan untuk lakukan serbuan.kilang kilang mereka pula beroperasi secara rahsia dikawasan terpencil.tak kesemuanya terdedah kepada kita.lalu bagaimana???.kita umat islam kena ambil sikap,pilihlah makanan yang hendak dimakan.belilah barangan yang halal dari sumber yang kita yakini proses pembuatannya.kalau kita tak lakukan perubahan pada hariini,yakinlah generasi seterusnya pun sukar untuk lakukannya bila mana kita ibu dan bapa telah sajikan pada anak anak generasi dengan product yang tak halal ini.


susah sangat kah kalau tak beli produk mereka?.mari kita korbankan sikit masa kita,cari carilah produk orang islam,pilih pilihlah makanan orang mukmin.sesekali kenallah dengan HPA,sumbanglah dengan jadi ahli hpa,bagi saham anda untuk hpa keluarkan lebih banyak product halal dan toyyiba.

Tuesday, February 24, 2009

Sekiranya mereka tahu HPA ini




Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu ,akan membentuk hati hati mereka,nescaya mereka akan menghargai hpa.sekiranya mereka tahu perangai anak anak mereka terbentuk dari makanan yang dimakan,tentu mereka akan memperjuangkan product hpa.sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih berharga dari emas dan batu permata,nescaya mereka akan mencari herba dan penawar.


Hpa menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda.hpa juga menawarkan makanan harian yang halal dan toyibba untuk suapan anda.hpa meneroka product yang dahulunya kita tak ada alternatif,sekarang dah ada radix fried chicken.ia bukan sekadar cerita ayam goreng.ia adalah kisah dan simbolik perjuangan .sebelum ini kita disajikan ayam goreng amerika,gaya hidup amerika.orang kita meniru hampir kesemua budaya uncle sam ini.hpa datang membawa perubahan.tinggalkan budaya orang lain mari berbangga dengan hidangan kita.ia bukan sekadar cerita halal saja .lebih dari itu ia lebih baik, lebih berkhasiat dan lebih mengingat kan insan pada tuhan yang mencipta manusia dan tuhan yang juga mencipta ayam.


Orang berniaga,hpa juga berniaga tanpa riba.bukankah Allah mengistihar perang pada pengamal riba.Tidakkah anda rasa nak tolong syarikat yang menjalankan perniagaan.Tak terpanggilkah kita untuk berperang dengan sistem riba kerana sisitem ribalah ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau.Dihpa bisnes dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian ahli ahli hpa.tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya.hpa mengekalkan sehingga kehari ini, tanpa riba ,tanpa berperang dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.


Sekiranya kita tidak menyambut tangan hpa ini,fikir fikirkan lah.apa sumbangan kita pada ekonomi umat islam


Sunday, February 22, 2009

Semangat pengarah urusan HPA yang perlu dicontohi


Mungkin wawasan pengarah urusan ini perlu dicontohi untuk kita aktifkan diri dengan syarikat HPA.Dalam ajaran agama,azam yang baik,sangkaan yang baik adalah doa.Doa adalah senjata orang mukmin.jom lengkapkan senjata umat dengan perjuangan ekonomi HPA.Azam yang baik adalah minda positif yang diprogram dibawah otak bawah sedar(unconcious mind) yang mampu memberi sinaps antara neuron neuron otak.fuuh hebat sekali otak yang tuhan anugerahkan.Jangan sia siakan minda kita.Aktifkan bersama multilevel marketing syariah,HPA

JADI AHLI,BELI PADA STOKIS,ELAK KOPI TIRUAN


JANGAN BELI YANG PALSU.DAPATKAN KOPI RADIX YANG ASLI DENGAN SINERGI TUJUH JENIS HERBA(TONGKAT ALI,AKAR MENGKUDU,TEBU GAJAH,HALBAN,MATA PELANDUK,LARAK HUTAN,TEJA LAWANG).

HANYA YANG ORIGINAL

INGAT HANYA YANG ORIGINAL.

JOIN HPA,BILAKAH MASA SESUAI???




Tuan tuan dan puan puan yang dihormati.


Mai join HPA,masa senang,masa ada kerja,masa masih ada overtime,masa belum dapat volunteer resign,masa perniagaan tuan tuan belum bermasalah,masa hasil kebun dan sawah masih banyak.Kenapa begitu?


Perniagaan multilevel syariah HPA sama seperti perniagaan lain.Ia perlu masa untuk naik,panjang jalannya,dan ada rintangannya.Tapi hasilnya berbaloi.Memang berbaloi.ehem ehem.


Ada satu teori mudah untuk kita teladani.Beli kereta kita dibekalkan satu spare tyre untuk standby.Bangunan ada standby generator untuk sambung bekalan jika bekalan elektrik tnb terputus.


Dikilang umpamanya,sistem utilitinya akan ada satu unit standby samada motor pump,unit air compressor,unit aircond system dan lain lain.Kesemuanya bermatlamat,sediakan satu pilihan,sediakan satu alternatif bilamana yang ada bermasalah.


Oleh kerana itu,jadikan HPA sebagai standby income anda,sebagai satu aktiviti dan bisnes anda sebelum tiba masa susah.


Lagipun,bukankah nabi kita pernah ingatkan kita pasal "ilmu standby"ini.


1-Masa senang, ingatlah ada masa susah


2-Masa lapang,ingatlah ada masa sibuk


3-Masa kaya. ingatlah ada masa miskin


4-Masa muda, ingatlah ada masa tua


5-Masa sihat, ingatlah ada masa sakit


Jom, tambah lagi satu maksud amalan sunnah,aktifkan perniagaan multilevel marketing syariah,sebelum kita tak punya apa apa untuk diniagakan.

Friday, February 20, 2009

SEBUAH DOA


YA ALLAH, SEKIRANYA PERJUANGAN AKU DALAM HPA INI,MENAMBAH DEKATKAN DIRI KU PADA AGAMAMU,MAKA BERJAYALAH AKU BERSAMA HPA.ANDAI PERJUANGAN KU BERSAMA HPA INI,MENJAUHKAN DIRIKU DARI AGAMAMU,MAKA JAUHKAN AKU DARI BERJAYA BERSAMA HPA.


Inilah doa yang benar benar menyentuh hati,sepanjang bersama hpa.inilah doa pengarah urusan.inilah doa yang diajar pada kami.

LANGKAH KEDUA UNTUK LANGKAH KEJAYAAN




Jom langkah seterusnya.Langkah pertama dah dimulakan.Dah jadi ahli HPA,seterusnya mantapkan diri dengan kursus perkongsian bijak cemerlang(PBC).Laa ,awai awai dah kena pergi kursus,berbaloi ka, bijak ka..boleh cemerlang ka.


JAWAPANYA.Bergantung kepada tapak kaki anda kemana nak bawa diri anda.Kata orang berjaya,perjalanan beribu batu adalah bermula dengan langkah pertama.Jadi jom terus melangkah dan melangkah.


Dua gambar diatas adalah suasana saya diPBC dan group fasilitator yang mengurus perjalanan PBC.Apa yang saya perolehi dan belajar ialah untuk berjaya carilah ilmu dan ikutilah jejak jejak orang yang berjaya

YANG MANA SATU




Yang mencari peluang,disini ada wang.yang mencari wang disini ada jalan.


Yang mahu berdakwah,di HPA ini ada jihad ekonomi yang boleh anda dakwah pada diri sendiri dan pada umat yang anda sayangi.


Yang muda,HPA boleh jadi tabungan untuk hari tua anda


Yang tua,disini ada sumbangan hari akhir anda pada ekonomi ummat .sambil sambil tambah saham akhirat anda


Yang miskin ,percayalah anda tak selamanya miskin.Biar cuma sebungkus kopi radix,sekurangnya anda tak miskin didepan tuhan taktala anda ditanya kenapa masih lagi membeli peluru untuk membunuh sahabatmu di Plastine


Yang kaya,di HPA anda akan temui kekayaan jiwa


Yang sakit ,disini ada penawar,disini ada redha


Yang sihat,mengapa tidak jadi pejuang


Yang celik, kajilah dengan mata hati wawasan HPA


Yang buta,saya ingin kabarkan betapa ada saudara saudara seperti tuan tuan datang berpimpin kekursus kursus HPA


Yang tak pernah kemasjid,kunjungilah masjid yang telah jadi ahli dan stokis HPA


Yang tidak termasuk dalam senarai ini,ambillah borang jadilah ahli HPA


YANG MENUNGGU ANDA..SIAPA YAA

Thursday, February 19, 2009

RFC YANG MEMOTIVASIKAN


Inilah wajah restoren RFC terbaru di Alor setaq.Lihatlah wawasan HPA.Inilah impian usahawan muslim untuk lihat wajah wajah kejayaan.Syukur pada tuhan dengan kurniaanya.Hidangan mata yang jauh meresap kehati,betapa usahawan muslim boleh melakukan yang terbaik untuk masyarakat.Berpuluh tahun kita menunggu ,kini ia dijelmakan oleh HPA,lalu apa ditunggu lagi,JOM PI MAKAN

BAGAIMANA BERMULANYA SAYA




Inilah orang yang membawa saya mengenali dunia HPA.
Terimakasih untuk PJS Muzaffar dan isterinya PJS Wanda diatas tak putus putus bagi dorongan.Sesuatu yang saya belajar,untuk berjaya kita perlu pemimpin yang baik.
Dunia MLM memerlukan skill tersendiri untuk jadi orang yang berjaya.
Yang agak mudah disebut,ikutlah orang orang yang berjaya dikalangan upline .Seperti perniagaan diluar sana ,tekun adalah antara ciri orang berjaya.
Jangan mudah putus asa ,kerana sifat putus asa menghampiri pada kekufuran.
Dengan usaha berterusan,lama lama kelamaan tangga kejayaan boleh didaki.
Update ilmu didada untuk hadapi saingan diluar,mantapkan iman didada untuk mudah terima cabaran perjuangan.
Untuk senang mesti lalui jalan susahnya,jika tak nak susah maka tak akan jumpa jalan senang.

Wednesday, February 18, 2009

JALAN JALAN KE PASAR HPA




Inilah dunia baru saya,berjalan dan meneroka ke pasar ansar HPA,mengenali barangan terbarunya,membeli barangan sedia adanya.
Tak kenal maka tak cinta,kurang kenal khasiatnya kurang pula ghairah untuk membelinya.
Dari helaian kertas tentang productnya,saya hadiri kuliah perubatan jawinya ,lihat hebahan promosinya,hari demi hari "product knowledge"barangan HPA semakin bertambah.
Rasa cinta ,rasa suka untuk menggunakan product semakin bertambah.Hasilnya hampir semua barangan harian telah ditukar kejenama HPA.
Berpagi dengan berusgigi HPA ,ubatgigi HPA.Menikmati kesegaran pagi dengan aroma kopiradix HPA.Sesekali perkena cereal radix HPA.
Madu asli HPA harus diamalkekalkan sebagaimana kata nabi ada nilai hebat pada madu.Matahari terus bersinar,hidup manusia semakin aktif.Gerakan terus langkah anda dengan ayam organik HPA,ayamkita.
Fuuhh enak beb dengan kandungan proteinnya melebihi ayam kampung,dan yang hebatnya ayam kita menu hariannya habbatusauda dan daun mambu.
Jom berpetang dengan radix cookies,rasai keenakan cookies dengan sinergi tujuh herba(tongkat ali,akar mengkudu,tebu gajah,halban,mata pelanduk,teja lawang dan polyalthia hypoleuca).
sekian

Monday, February 16, 2009

PEDOMAN MELALUI JALAN INI


SEKIRANYA KITA REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, MAKA KITA SEDANG BERPAUT PADA DAHAN YANG KUKUH,SEKIRANYA ADA KEIKHLASAN DI HATI
MAKA KITA BERADA DI JALAN PERJUANGAN,SEKIRANYA SEMUA TIADA,MAKA KITA UMPAMA PUING PUING HANYUT DITENGAH SAMUDERA YANG GELAP GELITA

dipetik dari tuan haji ismail(hpa)-inilah jalan kami

DALAM KESEMPITAN ADA KESEMPATAN


ADA BERAS SEMUA KERJA DERAS
ADA PADI SEMUA KERJA JADI
ADA EMAS SEMUA KERJA KEMAS
ADA DUIT SEMUA ORANG SUDI

PERBILANGAN MELAYU LAMA
pangkal cerdik kuat bertanya
pangkal pandai rajin berguru
pangkal arif suka berunding
pangkal kaya hidup berhemat

kata puisi melayu lama
DALAM KESEMPITAN ADA KESEMPATAN,
betui ka kata kata ini.jom kita fikir fikirkan.
betui tu ,ayat tu sebenarnya
sangkaan baik,minda positif atau motivasi pertama untuk gerakkan kita mencipta peluang baru untuk keluar dari dunia bernama SEMPIT
MAKSUDNYA
KITA DAH BAGITAU KAT OTAK KITA
KITA SET KAN DALAM PEMIKIRAN KITA
dalam otak yang semakin sempit ini
diluar sana ada dunia tuhan yang maha luas
diluar sana ada rahmat tuhan yang meliputi alam ciptaannya
diluar sana ada HPA yang patut anda kenali
JADI APALAGI
JOM KENALI HPA


Saturday, February 14, 2009

USAHAWAN SEJATI


USAHAWAN BUKANNYA MANUSIA LUARBIASA
CUMA USAHAWAN
LUAR BIASA KERJANYA
LUAR BIASA KETABAHANNYA
LUAR BIASA TINDAKANNYA
LUAR BIASA MINDANYA

bertemu usahawan itulah
rezeki kerana usahawan membawa
peluang kepada yang mahu mengubah diri sendiri

HIDUP JIWANYA BERSAMA USAHAWAN
FIKIR KEJAYAAN
FIKIR STRATEGI
FIKIR KELEMAHAN DIRI
BUKAN MENCARI KELEMAHAN ORANG LAIN

masa bagi usahawan
paling penting
menyusun,merancang dan mengatur
yang paling penting
usahawan tidak takut pada pesaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata

ISTILAH GAGAL DAN PUTUS ASA
TIADA DALAM KAMUS USAHAWAN
DIBALIK GAGAL ADA KEJAYAAN
PUTUS ASA PULA PINTU KEKUFURAN

cita cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan penuh wawasan
pengalaman lampau jadi degree usahawan
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merancang,tapi tiada pengalaman

KALAU TIDAK
USAHAWAN TIDAK BOLEH BERADA
DIPUNCAK JAYA
MEMILIKI YANG TIDAK DIMILIKI
USAHAWAN BUKANNYA MANUSIA LUARBIASA
USAHAWAN BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI

usahawan punya idola sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri
akan ditulis orang suatu hari nanti
PALING PENTING
USAHAWAN MANUSIA YANG BERTAQWA
KERANA KEBAJIKANNYA
BANYAK IBADAH DAN ZIKIRNYA
KUAT PERJUANGANNYA
AMAT KASIH USAHAWAN PADA RASULNYA
AMAT CINTA USAHAWAN PADA TUHANNYA

dari buku pelan pemasaran hpa
oleh tuan hj.ismail

Monday, February 9, 2009

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA

HPA, MLM SYARIAH(MLMS),satu satunya syarikat yang ada panel syariah yang terbuka untuk menjawap segala soalan berkaitan perniagaan syarikatnya
inilah perniagaan patut yang dicari untuk menjadi usahawan muslim.
inilah bisnes membina rangkaian untuk menjadi pendakwah ekonomi.
inilah kedai yang patut dibuka untuk wang dunia dan saham akhirat.
inilah warisan untuk anak anak untuk diri dan jiwa mereka.
inilah sembilan dari sepuluh untuk yang anda cari selama ini.
inilah jalan kami