Thursday, August 5, 2010

plantisol pemanis kehidupan

pagi ini sungguh tenang
aku pun melewatkan perjalanan ketempat kerja
melihat lihat sebentar jadual lama
apa yang telah lama tak kulakukan

demi kasih kepada diri sendiri
aku mencapai 'omnitest'
dengan motto promosi dan jualan.
"be in control...be yourself.

kulukakan tangan sendiri
memercikkan darah merah yang semakin manis
lalu omnitest memberitahu
bacaan paras glukosanya tiga belas
jika ini berterusan
hidup ini semakin tidak manis buatmu

bukankah kelmarin glukosanya cuma enam
mengapa merubah menjadi sekali ganda
hai kawan
lupakah kisah kelmarin
pagi ada seminar
nasi lemak bersama ayam goreng
roti canai dan susu kimia

jam sepuluh
bihun goreng dan
air jagung bersama pemanis tiruan

tengahari yang meriah
segala makanan dan pembaziran
berhiaskan buah buah segar dek pemusnah serangga
pencuci mulut yang pelbagai warna kemusnahan.

petang
popia goreng dan variasi glukosa
dan kita pun melupakan
makanlah apabila lapar
dan berhentilah sebelum kenyang.

maka pagi ini
hidangan paling istimewa ialah
pegaga HPA gula perang, PLANTISOL dan sebuah kesyukuran.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com