buku kecil ini dihadiahkan oleh seseorang sewaktu berkunjung ke hpa bandar perda.dari minda PU HPA Tn. Hj. Ismail bin Hj Ahmad.
NIAT adalah sebuah buku yang wajar dibaca untuk semua usahawan muslim.
-niat adalah bicara hati.cermatilah bahasa hati agar dia sentiasa benar benar lurus dengan perkataan dan perbuatan-mukasurat 12.
-seekor burung nuri boleh mengungkapkan lafaz niat yang tepat tetapi burung tersebut tidak upaya untuk merasai lafaz itu dilubuk hati apatah lagi memperjuangkan niat dalam sebuah wadah perjuangan-mukasurat 17.
pada halaman terakhir bacalah pesanan ini.
orang yang
tidak menjadikan niat
sebagai
agenda penting hidupnya
sebenarnya mereka
tidak mempunyai
perasaan takut dan harap
kepada Allah SWT
melainkan sedikit sahaja
terutama pada
kejadian kejadian tertentu.
semakin tinggi
kesedaran seseorang
untuk menjaga niat
semakin hampir
dia dengan Allah SWT
sehinggakan setiap waktu
niatnya sentiasa diperhatikannya agar
tidak wujud
tujuan yang kedua.
(sumber buku NIAT -pu hpa)
gen6kpu.