Monday, August 22, 2011

mencari passport kesyurga-berceramah pada diri sendiri

"kalau tak mampu buat sedikit , jangan tinggalkan semuanya, buatlah apa yang menjadi utama kerana boleh jadi yang sedikit kita buat itu besar pandangannya disisi tuhan daripada buat banyak tapi kecil pada sisi tuhan" ustaz you tube memberi pandangannya.

pemarkahan adalah milik dan rahsia Allah. kita tidak tahu dimana kita boleh score markah terbaik kerana ia dinilai bersama ikhlas. Orang pernah berkata "kegembiraan bukanlah destinasi yang dituju tetapi kegembiraan boleh di kutip sepanjang perjalanan dari tempat kita bermula sehinggalah ketempat kita tuju.


Syurga Allah adalah destinasi yang kita mahu tuju kerana kita cuma ada dua pilihan bila di sana nanti- satu berbahagia di surga atau derita di neraka. Ingatlah wahai diriku! kamu tiada pilihan ketiga

oleh itu sepanjang perjalanan menuju syurga Allah , ada syurga syurga dunia yang boleh dilalui. syurga terbaik ialah rasa tenang dan damai dalam hidup ini. Ia berkait dengan soal hati, manakala hati dicipta makanannya ialah zikir-mengingati bahawa kita adalah manusia yang selalu beruntung yang dilahirkan.

walaupun hati berada dalam tubuh fizikal, hati tidak memerlukan semata mata nasi beryani atau ayam golek terbaik untuk berasa tenang kerana bila perut kenyang tidak ada makna yang besar walau dihidang satu periuk kesedapan makanan. bila dalca kambing melepasi lidah maka hilanglah erti kesedepan. lalu hatipun terus mengambara mencari kebahagiaan. jika jauh dari tuhan, lidah tidak memahami kehendak hati, maka tiadalah zikir dari lidah untuk contribute kepada hati.

Hati mungkin berbahagia, sehari dua bila mula masuk rumah baru, kerana dari mata turun kehati. tetapi hati juga ada kelakuannya sendiri, sentiasa tidak puas dan berkehendak perkara baru. bila ada rumah yang lebih elok berdiri disebelah kediaman seseorang, hati pun mula meronta-alangkah bahagianya jika aku punya bajet untuk buat rumah yang lebih baru. maknanya hati makanannya bukan harta dan kemewahan kerana hati sedar kesemuanya itu akan pergi dan berpisah dengannya. lalu hati sentiasa kehausan berharap supaya makanannya di suap.

Kita pun mencari dan mencari dan selalu tersalah memberi makanan kepada hati.
begitulah hari demi hari. hati kita pun berbolak balik. turun naik mengikut pasaran saham disekelilingnya. amat susah menjaga hati, lalu beginilah aku setiap hari ketika berkereta dan bermotosikal berceramah pada diri sendiri. kekadang ala ustaz asri ,kekadang bagaikan sabihul samahah, sesekali seperti tuan guru.

Entahlah tidak aku tahu dimana aku beroleh kaedah ini, tetapi kesannya ternyata luarbiasa. aku mulakan salam pada diri sendiri, berceramah dengan penuh perasaan pada diri sendiri untuk membangkitkan kesedaran maksima.

sibuk berurus dengan dunia yang sementara, selalu tidak sempat untuk mendengar tazkirah, maka alternatifnya terpaksalah aku bersceramah pada diri sendiri. Jika berkaraoke adalah liburan yang dicari untuk menghiburkan hari yang resah gelisah, sesekali berceramah pada diri sendiri dan lihat kesannya. adakalnya kolam air mata bergenang dan melimpahi, turun membasahi pipi. dan kita berharap semoga airmat itu memepunyai nilai yang besar untuk menjadi passport ke syurga.

Sunday, August 21, 2011

"sungguh mahal harganya bila hidayah berbisik"

"sungguh mahal harganya bila hidayah berbisik" sesekali rasa sedar yang dalam menyelinap masuk jauh kedalam diri kita. lalu hati pun merasa semakin jauh dengan "tunjukkilah kami jalan yang lurus".

lalu tuhan mendatangkan sedikit tegurannya-kita pun mengenang 24 jam yang telah berlalu yang kita lalui dengan sibuk mengejar sesuatu yang sementara. kita pun mengenang seminggu yang lalu,sebulan yang lalu,setahun yang lalu-mungkar mungkar yang telah kita lakukan.

mungkin sebulan yang lalu, kita baru membayar duit riba dari pinjaman rumah atau kereta,sedangkan ugama menyatakan riba itu perkara terkutuk sehingga Allah mengistiharkan perang pada riba.
"wahai tuhan yang Pengasih maafkanlah kami,ampunilah kami"Hati kecil pun berdoa.

Kita pun berjalan semakin jauh tetapi semakin dekat dengan tarikh malam pertama di tanah sempit yang gelap dan sempit.
mungkin sudah setahun, kita tidak menghias iman sendiri, lalu tidak ada satu ayat dari kita yang mengajak"wahai kawan kawanku mari pergi solat". sedangkan contoh dari nabi - tidak pernah mengajar untuk kita pergi ke syurga seorang diri .

bukankah di penghabisan usia baginda, baginda masih menunjukkan kasihnya dengan menyebut- ummati,ummmati, ummatku ummatku.

sedangkan zikir kita, mungkin sehingga penghabis usia-pulus , pulus

"sesungguh tuhan itu sayang pada hambanya lebih dari seorang ibu kasih pada anaknya".Aku pernah mendengar kata kata ini. aku cuba mencari kekuatan dari ayat ini.

"wahai tuhanku,janganlah engkau serahkan urusan diriku dalam tanganku, aku tak mampu" setitis demi setitis air jernih mengalir menuruni pipi.

Allah beri nikmat pada subuh ini untuk berfikir begini. hilang sebentar serabut semalam.
aku teringat pada cik mat yang pernah ku dengar ceritanya dari seorang kawan baiknya, Dr sarjit singh.
Satu hari ketika menghadiri satu seminar, cik mat menginap satu bilik dengannya. Azan subuh berbunyi, lalu dia melihat cik mat bangun, menghamparkan sejadahnya dan solat. Dr sarjit teruskan tidurnya.

sejam sudah berlalu, lalu dia terjaga. Dia melihat disebelahnya, cik mat masih di sejadah dalam posisi duduk dan mata terpejam. Dia bangun untuk melihat dengan lebih jelas untuk memastikan cik mat masih bernafas. sedikit pergerakan kepalanya depan dan belakang, menunjukkan cik mat masih bernyawa. Dia pun terus berbaring semula dan sejam kedua pun berlalu. lebih hairan ,cik mat masih begitu...

Masa untuk menikmati sarapan pagi pun tiba. Di cofee garden, hotel, dr sarjit singh dan cik mat sedang bersarapan.

" cik mat- kenapa sembahyang pagi tadi terlalu lama, setahu saya solat pagi untuk muslim cuma beberapa minit sahaja"

lalu cik mat pun bercerita- inilah masanya dalam seminggu dia akan bertafakur- mengenangkan seminggu yang telah berlalu , apa apa kegagalan, dosa dan kesalah yang telah beliau lakukan dan perlu dibetulkan. seterusnya dia juga merancang untuk seminggu kedepan apa yang perlu dia lakukan.

"Inilah amalan yang saya waris dari orang tua saya, bahkan dalam sebulan kami seluruh keluarga akan berkumpul disubuh hari dan masing masing akan begini sejam atau dua jam- bertafakur untuk memperbaiki diri sendiri.

Aku cuba menjadi cik mat kedua tapi rupanya bukan mudah untuk mengekalkan amalan ini, walaupun cik mat hanya berkelulusan sekolah darjah enam tetapi cik mat ada satu yang sungguh mahal dari ijazah sebuah universiti.

" cik mat, saya ada boss yang selalu marah marah. malah selalu di marahi didepan orang ramai. bahkan kesemua staff pernah mengalami perkara yang sama dek panas baran boss keparat ini. boleh bagi tips bagaimana untuk ubahkan perangai boss saya "tanya seorang pekerja di alor setar,yang hadir program pembangunan motivasi bersama dr sarjit.

Mudah saja jawab cik mat-ketika kamu berhadapan keadaan begini-bisikkan pada hati kamu, kesian, kesian.
sambung cik mat, kita tidak boleh mengubah dunia tapi percayalah, kitalah yang perlu berubah maka dunia akan turut berubah bersama kita.
kita tidak mampu mengubah panas baran seseorang tetapi kita mampu mengubah pandangan kita- sesungguhnya dia sedang menghadapi masalah jiwanya. jiwanya sakit kerana tidak mampu kawal marahnya.kasihanilah dia

sejak hari itu saya juga mendapat tips- bila ada yang marah marah -cakaplah, bisiklah pada diri sendiri -kesian, kesian.
jika seorang singh juga menjadikan cik mat sebagai idola motivasinya. lagipun tidak tertulis salah laku serius jika seorang doktor falsafah beridolakan seorang motivator yang sempat bersekolah sehingga darjah enam.

wallahuaklam-


Wednesday, August 17, 2011

"Accomplish it or do not begin" ...mencari tuah hidup.

"Accomplish it or do not begin" aku terpandang kata kata bermakna ini pada pintu masuk sebuah sekolah gred A di Bukit Mertajam ketika melintasi jalan depannya.

bagiku kata kata yang menginspirasikan yang sedang berpesan " sudahkan atau jangan bermula". Ia mencabar ego seorang insan dan mendebarkan daya juang seorang pelajar tua sepertiku.

ya ,dulu aku juga seorang yang pernah duduk bersekolah bermula dari sekolah sains ternama, separuh jalan di tangga universiti dan teruskan kuliah di pusat kemahiran sehinggalah tamat kuliah dijalanan. begitu kuat sekali jiwa muda meneroka, semata mata untuk ilmu dan pengalaman baru.
Bukankah sepanjang hidup insan adalah menjadi pelajar dan pengajar. Paling leceh pun, sekurangnya jadilah guru pada diri sendiri.

"Tuah dalam hidup ini ialah bilamana ada rasa mahu belajar"otakku mula bersyarah pada diri sendiri.

"sewaktu masing masing puak mengatakan akulah yang betul, puak itulah yang sesat sedangkan masing masing memegang alquran di tangan kiri dan kanan, aku semakin merasa orang yang sudi belajarlah akan merintis hidayah"

"Adakah hidayah ini sama seperti jodoh, ia perlu dicari, di doa dan diusaha"? otakku semakin nakal bertanya.

Hari ini hari nuzul Quran. Turunnya buku panduan kepada manusia untuk dijadikan manual rujukan,
bagaimana manusia ini harus beroperasi dan dioperasikan.
dulu aku pernah mendengar satu logika yang disampaikan oleh seorang sarjana.
bila manusia mula memasukkan diri mereka dalam dunia industri, maka terciptalah komputer,tv,mesi basuh dan segalanya. pada setiap ciptaan ini disisipkan sebuah manual panduan untuk pengguna jadikan rujukan ketika mula mengoperasikannya.
kita pun membuka dan membaca lebih kerap pada permulaan membelinya supaya setiap mesin ini di operasikan dengan betul. setelah mahir menggunakannya, manual itu tidak lagi dilihat.

"apakah aku sudah merasa terlalu mahir untuk kendalikan hidup ini, maka buku panduan hidup manusia ini telah lama tidak kurujuk?ke situ pulak otakku bertanya.
"atau apakah aku sudah biasa dan selesa dengan hidup ini,tidak payahlah sebarang buku panduan ini". soalan dan demi soalan mengasak di hati kecil.

"sedangkan hakikatnya hidupku semakin kosong, stamina dan perfomance semakin menurun, kenapakan aku tidak kembali mencari semula buku panduan yang diturunkan bersama penciptaanku" jawap hati kecilku yang paling kecil.nampaknya semakin sengit otak baik sedang berhujah dengan otak jahat

sebenarnya aku rindu pada rajah rajah dan diagram diagram hidupku yang sebenar. aku rindu pada buku panduan hidupku. tapi sering saja ada alasan keramat ini,nantilah, aku akan mulakan satu hari nanti.

"kenapalah aku lemah dan sering menangguh untuk melakukan kebaikan,
wahai Tuhan, titislah setitis demi setitis kekuatan itu padaku"sempat juga aku berdoa mengharapkan supaya aku boleh terus accomplish it.

Alangkah lemahnya seorang insan jika tanpa hidayah...terkapai kapai mencari buku panduan yang telah lama hilang...

Sunday, August 14, 2011

"Aku ingin juga menjadi share holder dalam pelaburan lumayan ini"

“Barangsiapa yang memberikan makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala sebagaimana yang diperoleh orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangi sedikit pun ganjaran bagi orang yang berpuasa.”

Antara maksud sebuah hadis yang sesekali terbaca terasa meresap kejiwa. Betapa pemurahnya Tuhan yang menawarkan rangkaian pahala atau link link untuk kita berbuat baik.

"pendek kata buat baik yang ini, datang pula tawaran kedua untuk menambah akaun pahala. sayang sungguh tuhan pada kita, seseolah tuhan sengaja hendak menambah beratnya timbangan amal kebajikan supaya bila berada di neraca mizan nanti kita adalah orang yang succes"logik akalku memberi input pada diri sendiri.

"cuma aku perlu mencari Ikhlas untuk menaikkan taraf pelaburan ini'

Ikhlas inilah yang membezakan seseorang,
seorang makmum dibelakang,kekadang lebih baik dari iman di depan bila datang kalimah ikhlas ini.

Ada dikisahkan sejak dulu,
seorang insan biasa yang lalu dijalan kawasan pembinaan masjid, hanya mengangkat bata bata yang jatuh, lalu melemparkan semula kedalam kawasan masjid hadir dalam mimpi oleh seorang raja yang sering bertanya" siapakah pada malam ini yang paling baik amalannnya?.

Seperti realiti hari ini , tidak kesemua mimpi itu mainan tidur,
adakala mimpi itu petunjuk yang perlu di tafsir,
maka sang pemerintah ini juga berusaha untuk mencari mimpi mimpinya,

setelah bertemu dengan orang luarbiasa ini, sipresiden ini bertanya" wahai orang muda,apakah amalanmu, sehinggakan aku bermimpi, amalan engkau di nilai sebegitu tinggi.

"Aku ingin juga menjadi share holder dalam pelaburan lumayan ini" kalaulah aku ada di ketika itu, mungkin inilah ayatnya aku akan mencelah.

"Aku tidak ada amalan hebat wahai sang pemerintah, pertama kerana budgetku, cuma setiap kali ketika aku melalui jalan ini, aku akan mengutip beberapa ketul bata yang jatuh, hasil dari kerja pembinaan masjid ini, lalu aku lemparkan kembali masuk ke dalam. niatku cuma satu semoga dapat menjimatkan beberapa sen kos pembinaan masjid ini" jawap Si ikhlas

sewaktu aku mula menulis, waktu berbuka sudah hampir tiba
hanya beberapa minit lagi.

berilah isteri yang berpuasa, makanan untu berbuka,
berilah anak anak yang berpuasa, makanan untuk berbuka,
berilah kawan kawan yang berpuasa, makanan untuk berbuka,
berilah pada ibu dan ayah yang berpuasa, makanan untuk berbuka,
berilah pada adikberadik yang berpuasa, makanan untuk berbuka,
sudah tentu bila bertambah rangkaian yang diberi, bertambahlah secara luarbiasa pelaburan akaun akhirat ini.

selamat mencuba untuk tahun ini!

Friday, August 12, 2011

"tersalahkah aku yang cuma pandai mengaji"



"Aduh!,alangkah sengsaranya jiwa mula untuk membaca buku panduan ni".


"Telah lama benar aku tidak membuka tafsirnya. gamaknya itulah sebabnya hati ini menjadi resah. sebegini malang,kerana bila diri sudah keletihan dan meragam, barulah tertatih tatih mencari buku panduan ini" hatiku berkeluh kesah sendirian.


"entahlah,agaknya cabaran mengejar dunia yang sentiasa berputar,menjadikan aku begitu sibuk" aku terus menghukum tuah badan untuk mewajarkan sebahagian dari kelupaan masa lalu.


aku mula membuka helaian pertama tafsir bewarna hijau yang rasanya sudah berbulan tidak ku buka.Itu pun tersalah bahagian. tersasul mula di bahagian terakhir,lalu ku perbetulkan dan beralih membaca surah mula albaqarah.


sayu rasa di hati.

rindu rasa dihati.

lama benar tidak ku dengar irama yang dulu selalu kunyanyikan.,


Ayat kedua surah sapi betina(Albaqarah) kejelajahi.


Terasa Tuhan sedang menumpahkan rahmatnya,



"Inilah kitab,tidak ada keraguan padanya, petunjuk kepada orang yang bertaqwa" aku melunasi tafsirannya.


lalu otakku pun bercerita


, seorang intelek barat masuk islam kerana rasa tercabar dengan ayat kedua ini kerana fikirnya pengarang ini sungguh berani mengistiharkan bukunya sebagai tidak ada isi yang meragukan.


Hebat sekali! maknanya semua kandungan buku ini benar, malah boleh pula jadi buku panduan terbaik.


Jiwanya meronta untuk mengenali pemilik buku ini lalu dia bertekad untuk mencari siapakah pengarang yang sebegini berani ,sedangkan kesemua buku yang pernah dibaca dahulu pengarangnya akan mengecilkan diri untuk tujuan mempersembahkan ilmunya yang setitis dari seluruh lautan ilmu di mukabumi ini.


sebelum bertemu pengarangnya dia mengkaji helaian demi helaian dan akhirnya dia tidak menemui kecacatan dalam Al quran ini. maka keluarlah dia dari kegelapan fikiran kafirnya kepada cahaya agama Allah swt.


sedangkan aku, sedangkan aku,

membacanya sudah berpuluh tahun tapi sehari demi sehari serasa semakin jauh.


"tersalahkah aku yang cuma pandai mengaji"

"tersalahkah aku yang tidak mengkaji"

soalan demi soalan mengasak minda.


lalu kutersukan perjalanan kerohanian ini di pagi ramadhan ini, mencari motivasi baru dari ayat ayat yang sedang kukaji. ya kukaji demi pencerahan fikiranku.


aku berhenti sebentar pada maksud ayat ini,

ayat empat puluh lima

jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu berat kecuali orang yang kusyuk.


aku merealitikan dengan kehidupanku,untuk berjaya cuma ada tiga kaedah pokok


1-sabar dalam mengusahakannya sehingga penghujung usia


2-solatlah sebelum talian online ini terputus dari jiwa.


3-fokuslah,khusyuklah-sungguh sungguhlah menuju kepada apa yang dicari.

Thursday, August 4, 2011

beli dan tukarkan sedikit pandangan.

sebuah kedai kecil tapi sewaannya ribuan. aku lihat seorang usahawan muslim tabah bersaing diantara pasaraya besar dari british dan perancis. khabarnya gedung yang serba menawarkan jualan hebat kepunyaan seorang yahudi luarnegara. untungnya seorang yahudi di malaya.

aku kekedai nombor 69, membeli beberapa barang. cuma aku dan dia saja sedang berurusan. aku tahu biar mahal sedikit dari pasaraya berdekatan tetapi aku sedang memberi input ,talian hayat untuk kedai kecil ini supaya terus berdiri dan bernafas untuk puluhan tahun lagi.

Entah bagaimana datangnya idea, aku tak peduli, tapi aku percaya, aku membeli dengan satu niat,aku memberi sedikit keuntungan kepadanya supaya dia ada untung untuk bersaing dengan pasaraya hebat itu. dapat melunaskan sewaannya malah mungkin membeli susu anaknya.

biarpun aku memberi sedikit tetapi sekurangnya aku seperti burung kecil yang menitis air dari paruh kecilnya untuk memadam api yang sedang membakar Ibrahim.
walaupun orang besar mungkin berkata" buat apa beli di kedai itu, lebih mahal dari pasaraya"

"hanya orang bodoh sahaja yang membeli dari tempat yang mahal harganya" jerit suara lain.

"Biaralah aku nampak bodoh sebentar, tapi aku punya harap tinggi untuk melihat kedai wanita tabah itu terus bernafas dan ada kemeriahannya. lagipun aku telah lama hidup bergaul dengan wang yang hanya kertas yang dicetak cetak, dilukis lukis dan sejak dari dulu aku berlari untuk berebutnya" hujahku di dalam hati untuk memujuk rasa.

Hari ini wanita itu senyum lebih lumayan untuk wang yang kutukarkan dengan barangannya. lagipun bukankah ini ramadhan, bulan untuk memberi sebanyak banyaknya.
bukankah senyuman itu sedekah. bukankah berniat untuk berbuat kebaikan itu pahala.
lakukan saja Bro!

Tuesday, August 2, 2011

kelantan live tv- mencari hidup yang lebih bermakna

"semua manusia memerlukan jalan yang lurus untuk selamat hidupnya di akhirat.

si kafir memerlukan jalan yang lurus kerana hanya islam yang beharga apabila dunia ini hancur.

si muslim perlukan jalan yang lurus untuk setia melakukan ibadat dan semua suruhan agama.

si ahli ibadat perlukan jalan yang lurus untuk mendapat ikhlas dalam permarkahan ibadat"

begitulah antara kata kata yang kuingat setelah menonton ,bicara selebriti, live dari balai islam

lundang kota baharu.

semalam hari pertama berpuasa sempena ramadhan. terimakasih pada tuhan yang menciptakan ramadhan.

tanpa ramadhan, hari ini aku masih seronok seronok makan makan. tentu sukar untuk memahami erti kelaparan si miskin dan kebuluran yang menimpa anak anak kecil Habsyah. 14 jam menahan nafsu yang membuak, mahalnya untuk mengerti erti sabar dan redha.

apa apapun ada banyak rahsia hidup yang aku terokai sempena di sekolah ramadhan ini.
lain padang lain belalang,lain orang lain pula santapan rohaninya.