Thursday, April 30, 2009

buku adalah sahabat yang baik,penasihat yang baik dan motivasi yang baik

buku yang perlu dimiliki hasil tulisan pengarah urusan HPA tuan haji ismail.cuma rm 20 dengan dua nilai mata dan beribu ribu nilai mata ilmu dan panduan
PERJUANGAN
(salam pada semua ahli ahli HPA yang terus berjuang memasarkan produk halal)
kiranya...
kau bisa memahami
apakah ertinya sebuah perjuangan
tentunya kau tidak akan bertanya
masa sunyi yang kau rasakan itu
masihkah ada lagi sisa sisa cinta

cuma kita sering terpisah
pada waktu,yang cepat berlalu
kuntum kuntum bunga tak sempat lagi
kukutip untukmu
buat pengubat rindu

bersabarlah..
kerana kebahagiaan itu berada
dibalik sebuah perjuangan

(dari buku jawi medicinal herbs)

Tuesday, April 28, 2009

jauhi produk yang ada DNA kihinzir supaya hati juga tak terkena "selesema babi"

andai kita selalu membaca buku halal haram keluaran persatuan pengguna pulau pinang,banyak produk seharian yang kita gunakan seharian mengandungi dna babi.bahasa mudahnya ada zat babi.
kebanyakan produk adalah barang keperluan seharian yang kita tak sangka sangka.dari ubat gigi hinggalah kepada susu formula untuk anak anak.dah berpuluh tahun kita berada dalam dunia bermasalah ini.
seperti bicara tuan haji ismail, pu HPA ,antara salah satu insulin untuk perawatan penyakit kencing manis adalah dari pankreas babi.
kita terperangkap dalam dunia penyakit selsema khinzir dihati,sebab itu hati umat islam dipenuhi penyakit.makanan ini membentuk titik titik hitam,dan hasilnya kita hilang kelazatan untuk berjuang bersama islam.
menurut kajian pakar kuman dan virus dari institut kanser london prof.robin weiss ,babi mempunyai virus yang tak boleh dibuang dari dna babi kerana virus ini berada dalam dna babi.rettrovirus adalah sama kebahayaannya seperti virus aids.
itulah yang dikisahkan.fikior fikiorlah

Monday, April 27, 2009

Jangan lupai anak anak palastine dalam tidurmu.- kisah 3

( gambar,siasah)
mudahnya kita LUPA,ini adalah suasana sambutan disatu majlis di universiti dikulim.anak anak melayu islam dipaksa atau rela tidak diketahui membawa bendera israel.pensyarah yang membuat teguran digantung tugas.apa dah jadi!!.
tidakkah kita mendengar cerita di iraq,tentang kisah seorang perempuan tua dan lembunya yang seekor.satu jumaat dia berjalan kaki kemasjid bersama lembunya.apabila selesai sembahnyang jumaat makcik tua yang berdiri dipagar masjid, memanggil tuan iman.suasana menjadi kecoh sebentar dan orang bertanya kenapakah dengan makcik tua ini mengheret lembunya kekawasan masjid.
kata makcik itu.saya hanya ada seekor lembu.tolonglah bawa lembu ini kesana,sedekahlah pada anak palastine.saya tidak punya apa apa lagi untuk diberi.kerana saya takut tuhan akan bertanya,apakah sumbangan yang mampu saya beri.
takdir tuhan menentukan,lembu itu dibida oleh seseorang dengan harga 50,ooo matawang iraq.jumlah itulah yang berjaya didermakan pada hari tersebut.
moralnya saudara saudara,samada kamu lontarkan satu biji batu atau tanam satu benih pokok.
pokoknya kita tidak duduk saja ,sekurangnya masuklah dalam doa harian untuk anak anak palastine

Jangan lupai anak anak palastine dalam tidurmu.- kisah 2


kita rasa kesal,kita rasa sedih.apa kita boleh buat.semangat global untuk memulau israel sudah tidak hangat.1948 sebuah negara haram israel didirikan.mengunakan segala undang undang ciptaan,seluruh badan dan media antarabangsa untuk menafikan segala hak dan harta benda warga palastine.
hari ini warga palastine bertaburan dipadang pasir dan dinegara kristian.
tidak ada tabung anak yatim palastine.tidak ada usaha menerbangkan mereka kenegara umat islam.sedangkan menurut web" child centre palastine organization"kini terdapat 5200 anak yatim digaza sahaja.
setelah isu sejuk kita kembali ke perangai lama.masih sibuk lagi menyumbang kepada yahudi laknatullah melalui pembelian dari syarikat yang ada sumbangan pada mereka.
bukankah dr yusof alqardawi memfatwa haram untuk sebarang pembelian yang membawa keuntungan kepada israel.
anda tiada pilihan,teruskan bersama HPA untuk semarakkan perjuangan ini.

Jangan lupai anak anak palastine dalam tidurmu.- kisah 1

TERKINI,
sejumlah 34,000 ribu pelarian palastine merana,daif dan mengharapkan bantuan saudara saudara.mereka kini berada dikhemah pelarian,dikawasan padang pasir sempadan antara syria dan iraq.sudah tiga tahun mereka dikepung oleh tentera amerika dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan tanah tak bertuan ini.

sejak krisis di iraq mereka disisih kan disini dan tiada tajuk muka hadapan untuk akhbar akhbar,mereka tiada nilai berita.

itulah gambaran awal yang dikhabarkan oleh presiden teras,tuan haji azmi menerusi radio ikim pada 27 april 2009.beliau pernah berada disana secara live.

apa yang sedang berlaku ialah sebahagian dari mereka telah melalui projek anak angkat dan telah berada dinegara kedua untuk kehidupan yang lebih baik.

romania ambil 300 orang.brazil ambil 500 orang.ada diantara mereka kini berada di australia,netherland usa,iceland ,kanada dan lain lain.kecuali syria yang telah mengambil 5000 orang,tidak ada satu pun negara islam lain yang datang untuk menyelamatkan keadaan.

tuan haji azmi menyaksikan satu filem dokumentari,dari damascus (kawasan perlarian) ke romania,amat menyedihkan disana ,pihak gereja menyambut mereka dengan meriah.hati manakah tidak sedih.

ketika berbicara dengan anak anak palastine, sebenarnya mereka mahu ke negara dan ke rumah orang islam.itulah suara hati mereka kata tuan haji azmi.
antara kata kata yang tak dapat dilupakan dan menyentuh nurani ,dari salah seorang anak palastine ialah:

apa yang kamu fikir tentang kami?
antara dua,samada saya akan mati
atau sesiapa membantu saya.
saudara datang lihat kami.
dan ramai lagi yang datang lihat kami.
60 tahun kami merana.
220 juta umat arab mengelilingi kami, tidak mampu berbuat apa.
1.5 bilion umat islam adalah saudara kami.

kalaulah palastine ini satu beban ,
sakitkan kepala ,kepada kalian.
bunuhlah saja kami semua.
selepas ini saudara boleh tidur dengan nyenyak.

(untuk maklumat lanjut sila hubungi presiden teras,tuan haji azmi)

Sunday, April 26, 2009

bersinar hati melalui makanan.mari jaga hati dengan mengamalkan produk halal dan toyyiba, HPA

mereka yang bersinar hati ialah mereka yang bersih hatinya.yang bersih hati nya ialah mereka yang menjaga putih hatinya.hati dibentuk sebahagiannya dari sumber makanan.
kesan makanan boleh membutakan hati.walaupun ramai orang mata tidak buta ,tetapi ramai orang hatinya rabun dan mungkin buta dimata hati.

iman iman besar yang hebat amat menjaga sumber zat makanan.seperti bapa kepada iman abu hanifah ketika ditanya apakah tips dan rahsia untuk melahirkan anak sehebat seperti iman abu hanipah.kata bapanya aku mendidiknya 40 tahun sebelum beliau dilahirkan.makna nya apa yang sibapa makan hari ini adalah wajah anak untuk hari esok.

satu kajian di amerika didedahkan, antara sebab manusia menjadi liar ialah akibat dari makanan ringan dan makanan segera.terapi yang dilakukan ialah kumpulkan mereka disatu tempat dan tidak diberikan walau sedikit makanan ringan dan segera.hasilnya akhlak mereka bertambah baik.

didalam alqur,an perkataan halal dan toyyiba disebut tidak kurang dari 30 tempat.antaranya:-
wahai manusia,makanlah apa diatas mukabumi ini yang halal dan toyyiba.jangan kamu ikut jejak langkah syaitan.sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

Saturday, April 25, 2009

rumah nur teluk air tawar.... insyaAllah nur HPA bersamamu.

hari ini 25 april,saya,hadi co ,kak habsah dan pjs muzafar berkesempatan berada dirumah nur teluk air tawar dalam misi untuk memperkenalkan hpa kepada warga rumah nur.majlis ala ala home party gitu.
sebahagian peserta sedang mendengar penerangan dan alhamdulillah mendapat sambutan.seperti biasa sambil minum kopi radix kita bincang pasal bisnes dan masa depan.

usaha yang berbaloi,yang ada keyakinan menjadi ahli HPA, menyambut seruan untuk mencari produk halal dan toyyiba dan ingin menjadi usahawan muslim.saya doakan kejayaan untuk mereka didunia dan akhirat.


ini adalah hidangan untuk pengantin.bakti rumah nur untuk skill dan kemahiran untuk peserta yang kebanyakannya ibu tunggal.hari ini juga ada kelas masakan atas daya usaha cik hajar.terimakasih atas jemputan.
HARI ini saya nak berkisah tentang "mereka"yang tiada suami disisi.
kebetulan dalam perjalanan radio ikim membicarakan topik ini.kajian menunjukkan di malaysia ini setakat terkini terdapat lebih dari 1.25 juta orang yang senasib begini.
namakan mereka sebagai ibu tunggal atau andartu atau janda atau apa saja,
sebenarnya mereka sedang mengharungi hidup ini sendirian tanpa suami disisi.saya mungkin tidak memahami mereka,anda juga mungkin tak memahami mereka.
tetapi andai kita tak mampu menyumbang,andai tak mampu memberi,marilah kita memberi mereka peluang.
terusik hati saya bila lihat aktiviti dirumah nur ini,memberi peluang kepada mereka untuk belajar sesuatu supaya ada kemahiran agar mereka boleh berdaya saing dalam masyarakat.
dan syukur ada yang berjaya mencipta pendapatan dan mereka mampu tersenyum.
kebanyakan mereka warna kulit sama dengan saya,darahnya merah seperti saya tetapi ketabahan mereka,kecekalan mereka ,saya tabik.
pada lelaki diluar sana hargailah wanita kerana anda datang dari seorang wanita.
pada wanita diluar sana,jika anda terlalu kedekut untuk berkongsi kasih dan sayang dengan wanita,ingatlah anda juga wanita.
kesudahannya nanti kita akan meninggalkan dunia lelaki dan wanita kita untuk bertemu dengan tuhan.
jadi buatlah kebaikan sesama makhluk ciptaan tuhan.


sembilan nilai plus MLMS(dari hpadansebenarnya blogspot).inilah yang saya temui dalam HPA


1. Nilai Silaturahmi.

Nilai silaturahm merupakan hal yang paling pokok dalam bisnis MLM Syariah. Kegiatan menjual produk, merekrut downline, dan mensponsor orang lain dalam bisnis ini hanya dapat dilakukan dengan silaturahim. Silaturahim ini dilakukan pada orang-orang yang sudah dekat, atau bahkan yang belum kita kenal. Misalnya, anggota keluarga, sahabat, tetangga, maupun kenalan-kenalan baru.


2. Nilai Pengembangan Usaha.

Keberanian usaha dapat dikatakan tidak dimiliki oleh setiap orang. Kadangkala ada beragam faktor yang membuat seseorang tidak memiliki minat menjadi seorang usahawan. Padahal, dibanding menjadi usahawan, resiko menjadi pegawai lebih besar. Dari mulai ancaman vss, gaji yang kecil, sampai waktu yang terikat oleh kerja. Dalam bisnes ini diajarkan bagaimana menjadi seorang usahawan, dengan mendapat pelajaran usaha langsung dari kehidupan nyata, bukan dari teori-teori yang susah difahami.


3. Nilai mengurangkan Pengangguran.

Di negara kita saat ini begitu banyak orang yang masuk kategori pengangguran. Jumlahnya cukup ramai. Dengan adanya MLM Syariah yang dapat diakses oleh setiap orang, sangat memungkinkan untuk dapat mengatasi masalah pengangguran secara lebih signifikan. Ciri keanggotaan bisnes ini yang tanpa batas, sangat memungkinkan untuk menyerap ribuan tenaga kerja yang belum terserap oleh bisnes konvensional yang ada di negara kita.


4. Nilai Produk tempatan.

Dengan makin banyaknya bisnes ini, maka secara tidak langsung akan menjadi piranti penguat ekonomi, menyuburkan penggunaan produk tempatan (demi mengurangi produk import), dan memberikan kesempatan kepada usaha kecil mikro untuk memperkenalkan barangan halal.


5. Nilai Kehalalan Usaha dan Produk.

Pastilah barang atau jasa yang diperdagangkan oleh MLM Syariah bukanlah barang yang haram, tetapi barang-barang yangsudah jelas kehalalannya. Baik dari zat, proses, dan cara memperolehnya. Selain itu produk tersebut tidak menimbulkan mudharrat, bukan produk riba, dan bukan produk was-was. Selain itu pengelolaan usahanya pun disesuaikan dengan syariah.


6. Nilai Jaringan Ekonomi Islam Dunia.

Keberadaan sistem bisnis MLM Syariah sangat memungkinkan untuk membentuk sebuah jaringan bisnes internasional. Baik itu jaringan dalam produksi, distribusi, maupun konsumernya, sehingga dapat mendorong kemandirian dan kemajuan ekonomi umat. Semakin luas jangkauan jaringan, maka semakin luas pula umat yang akan memperoleh kesempatan untuk ikut serta dalam bisnes ini, dan mendapat keuntungan. Bisnes MLM Syariah adalah bisnis yang sangat memungkinkan untuk ke internasional.


7. Nilai Ketahanan Akidah.

Dunia Islam adalah sebuah kelompok masyarakat yang sedang dikepung oleh serbuan budaya dan ideologi yang tidak islamik. Serbuan ini begitu dahsyatnya sehingga telah mengkoyak sebagian dari sendi-sendi akidah umat. Kita saksikan, betapa banyak orang yang mengaku Islam tapi jauh dari nilai-nilai Islam. Nah, bisnes MLM Syariah adalah bisnes yang dapat dijadikan alternatif untuk meragut kembali ukhuwah islamiyah diantara umat. Keunggulannya dalam silaturahim akan menjadikan bisnes ini menjadi benteng pertahanan akidah yang kukuh.


8. Nilai Strategi Perdagangan.

Menghadapi era liberalisasi ekonomi dan perdagangan bebas tentunya umat muslim harus menyiapkan segala sesuatunya. Kita harus mempunyai aneka strategi jitu untuk bersaing dan menang dalam percaturan ekonomi dunia saat ini. Kalau tidak, maka kita hanya akan menjadi konsumer yang tidak berdaya. Bisnes MLM Syariah adalah satu diantara beragam strategi lain, yang akan mampu memaksimakan potensi umat dalam mengembangkan ekonomi sehingga boleh bersaing dalam percaturan ekonomi dunia.


9. Nilai Zakat, Infak, dan Sedekah.

Zakat, infak, dan sedekah adalah tiga kegiatan yang tidak dapat dipisahkan dari aktiviti ekonomi Islam. Ada transaksi, berarti ada penghasilan, ada penghasilan bererti ada zakat, infak, atau sedekah sesuai aturannya masing-masing.

Sumber: Majalah Network Business Ditulis dalam Info Ekonomi Syariah, Netpreneur Muslim.

Friday, April 24, 2009

wedges, wedges,set segar untuk jumaat-rasai keenakan kentang segar dari ladang digoreng bersama tepung RFC

sambil tu sediakan kopi radix mai secawan.gabungan aroma kopi tujuh herba dan wangian kentang goreng.fuuh memang umphh
masakan adalah gabungan skill tukang masak dan kesegaran bahan bahan.paling asas kelazatan makanan adalah bermula dari kesedapan mata memandang dan keenakan bila mencecah lidah ajaib yang dikurniakan tuhan .
tu cerita pasal kentang goreng.resepinya tanyalah tukang masaknya.siapa chef nombor one tu yerr. ehem ehem.
pesan nabi, kita adalah kaum yang makan bila lapar dan berhenti apabila kenyang.
thank you HPA for FRESH, ORGANIC, HALAL

pesanan tuan haji ismail untuk hilangkan stress-fokus dan.senyum senyumlah dipagi jumaat ini







Tidak Fokus punca stress
Ketegangan berlaku apabila fikiran tidak focus kepada persiapan bertemu dengan Allah sebaliknya paling sibuk memikirkan tentang dunia yang sementara.

Dari sini ketenangan akan hilang dari dalam tubuh seperti hilangnya cahaya apabila masuknya kegelapan.
Kegelapan itu akan menghadkan pada akal untuk keluar dari belitan kehendak dan nafsu miskipun dia sedar bahawa hidup ini merupakan perjalanan yang pendek dalam detik yang sangat terbatas.

Kegelisahan ini terkumpul dan akhirnya sukar dikeluarkan dengan apa jua jalan pengubatan.Lebih-lebih lagi jika pengubatan itu hanya bertumpu pada sehat fizikal sahaja.

Bagaimana tekanan boleh dihilangkan?
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan ketenangan tetapi bukan kebaikan yang dicapai malah tubuh semakin lelah dan aqidah semakin punggah.
Hanya ada satu jalan sahaja....bukan dua dan bukan tiga.
Firman Allah
”Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang”
Mengingati disini bukanya duduk berzikir 24 jam diatas sejadah tetapi menjadikan semua urusan hidup bermatlamatkan kerezaan Allah.
Di posisi mana kita berada kiblatnya ialah kerezaan Allah.
Sakit dan sehat kedua-duanya perlu diusahakan agar mendapat kerezaan Allah.Contuhnya ialah Rasullullah saw ,para sahabat dan orang-orang yang telah mewakafkan seluruh hidup dan matinya untuk Allah.
Jika anda masih belum lagi sohih samada berada diatas jalan yang benar atau tidak segerakanlah berdoa agar Allah membuka pintu hidayah bagi mendapat pilihan .yang satu lagi yakin .
Pilihan ini akan menentukan anda akan stress atau tidak,bahagia atau derita.
(sumber blog jawimedherb.blogspot)

Thursday, April 23, 2009

tradisionally cosumed for refresh-rasailah kehebatan teh herba instant HPA


tertera pada kotaknya,digunakan secara tradisional untuk kesegaran badan.mudah untuk disediakan.tuangkan satu bungkus@ sachet dalam air suam.kacau nak nikmati.

pilihan terbaik untuk anda dan kanak kanak.
apabila dunia teh telah dipenuhi dengan banyak teh yang merbahaya,pilihannya tukarlah pada teh herbal instant.

terbaru teh dipasaran telah dicampurkan dengan bahan pewarna (AUROMINE O). AUROMINE O juga dikenali basic yellow 2 adalah pewarna flourescence.
fuuh tergamaknya mereka pembuat serbuk teh beri kita dan anak anak kita auromine o.

saya telah menukar menu kepada teh herba instant.rasanya tidak pahit walaupun tanpa gula.untuk kanak kanak juga sesuai.tambah sedikit gula dan pastinya anak anda sukar untuk membezakan bahawa jenama tehnya sudah ditukar.yang hebatnya,insyaAllah lebih sehat dan segar bersama teh instant HPA.

kod pengenalan dirinya XHOI,cuma satu sachet 80 sen,dihasilkan dari centella asiatica yang mengandungi bahan aktif berpontensi asiatikosid dan madekassosid.
meningkatkan kesihatan sistem saraf,buang panas,nyah kolestrol,anti radang .juga untuk kecantikan kulit.

testimoni yang pernah saya jumpa,anak rakan berumur 5 tahun dah bertahun selalu mengalami pendarahan pada hidungnya.2 minggu sekali anaknya akan panas badan dan darah akan keluar menerusi hidungnya.
saya rekomenkan teh herba instant pada anaknya.dan alhamdulillah dan melebihi tiga bulan darah tidak lagi keluar melalui hidungnya.kini teh instant adalah minuman harian keluarga tersebut.

katakan tidak pada teh yang ada pewarna bahaya auromine o.
cuba cubalah herbal tea instant HPA-tradisionally cosumed for refresh.

Wednesday, April 22, 2009

tesco .i tak rela you!!!..

TESCO today announced record profits of £3billon for the first time in its history.
The supermarket giant also rung up sales of £1bn a week. -sumber the sun uk

itulah laporan dari the sun,uk.kita adalah antara penyumbang penyumbang untuk keuntungan mereka.cuma kita berharap tesco janganlah menyumbang semula wang kita pada dana israel. i tak rela you.

goji asalnya ok tapi bila diproses kormesialkan ada "sildenafil"- bahan utama dalam ubat kuat tenaga batin viagra

pendedahan dari "ondscene"amat menakutkan.kilang memproses goji disungai chua kajang selangor pada 14 april 2009 diserbu oleh penguatkuasa farmasi kementerian kesihatan malaysia.turut diserbu ialah syarikat pengedarnya dijalan kucai lama.
ketika serbuan dua orang warga india berada dalam makmal sedang membuat campuran adunan untuk goji tersebut.
satu bungkus putih dipercayai sildenafil ditemui didalah kilang haram dibelakang kilang halal untuk memproses goji tersebut.
sildenafil adalah boleh diperolehi dari doktor atau farmasi dengan dos dibenarkan.
goji tersebut tidak menggunakan logo halal dari pihak berkuasa malaysia tapi dari negara luar.
goji tersebut tidak mempunyai nombor kelulusan KKLIUM.
gambar gambar dilokasi serbuan boleh dilihat di-ondscene.via.my.
jadi berhati hati . pilihlah goji yang tanpa sildenatif.

Tuesday, April 21, 2009

aktifkan 10,000,000,000,000 (10 trilion) sinaps(rangkaian) neuron ke neuron otak kita untuk sebuah kejayaan.

otak,minda adalah keajaiban yang Allah kurniakan kepada hambanya.beratnya cuma lebih kurang 1.5kg atau satu per 40 dari berat badan.neuron adalah sel sel kecil dalam otak.
jumlah neuron adalah antara 10 bilion(10,ooo,ooo,ooo) hingga 15 bilion(15,000,000,000).
dan dikatakan 25,000 neuron adalah sebesar hujung sebatang jarum.kajian menunjukkan kita hanya menggunakan sepuluh persen saja.90 persen lagi menunggu untuk diguna.-sumber membina imaginasi cemerlang dr tuah.
jadi kita yang dok fikir fikir banyak tu .usah risau ,cuma sepuluh persen saja otak yang aktif.
mitos yang mengatakan akan jadi sewel bila asyik belajar adalah salah.yang sebenarnya untuk mengelak otak dari disewelkan,hidayah dari tuhan diperlukan,belajarlah islam dengan sebetulnya.

halangan untuk berjaya!!(sumber engineer ahmad jais)
1-minda di "block" kan.kita bina tembok dan halangan didalam otak sendiri.kemudian susah susah panjat.kalau otak sendiri berfikir untuk berjaya itu susah,tembok yang bernama susah itu kita bina sendiri .tentulah penat memanjat tembok kegagalan.jadi runtuhkan segala tembok negatif dalam minda kita.jom

2-minda ada virus.ni bahaya ni.virus malas,putus asa,sangkaan buruk dan berbagai lagi memenuhi otak.bagaimana untuk membunuh virus tersebut.lakukan kebaikan.sesungguhnya kebaikan itu akan menghapus kejahatan.contoh- gunakan antibodi sangkaan baik untuk nyahkan nyahkan virus sangkaan buruk.

3-minda berada dizon selesa.tanpa peperangan senjata tidak teruji.tanpa cabaran ketahanan diri tak diketahui.tanpa berfikir neuron otak tak berinteraksi.selesa bermakna relaks,relaks bermakna banyak virus akan menyerang.oleh itu keluar lah dari zon selesa.
ok, tips untuk diri sendiri dan para pejuang HPA.selamat berjuang

Monday, April 20, 2009

Gempur ,gempur HPA bersama masyarakat penyayang menentang keganasan dipenang golf resort, bertam

khas untuk wanita,rasailah keenakan kopi radix HPA dengan tujuh herba.cendera hati dari kami sebagai tanda terimakasih kerana sudi mendengar dan berkongsi cerita .
seminar menangani keganasan terhadap wanita dan kanak kanak,anjuran jabatan pembangunan wanita negeri pulau pinang bertempat dipenang golf resort,bertam, kepala batas pada 19 april 2009.dengan kehadiran seramai 200 orang peserta, satu slot istimewa untuk HPA disampaikan oleh PJS MUZAFFAR .
bersama HPA kita menghargai wanita dan kanak kanak kerana semua dari kita pernah berada dalam kandungan wanita selama sembilan bulan dan pernah menjadi kanak kanak.
tentulah sunyi dan tidak indah dunia ini tanpa senyuman wanita dan keceriaan kanak kanak.
proses pendaftaran untuk peserta seminar yang majoritinya adalah wanita.sebagaimana pesan nabi sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah.perhiasan yang baik ,letaklah ditempat yang sepatutnya,hargai wanita,cintailah wanita dan sayangilah anak anak.


sebagai duta HPA,pjs muzafar menyentuh keganasan dipalastine sebagai bukti keganasan yang berlaku kepada dunia wanita dan kanak kanak.mengajak para peserta seminar untuk bersama HPA untuk realitikan dengan memboikot produk penaja keganasan israel laknatullah.

pjs muzafar juga mengajak para peserta keluar dari belenggu keganasan produk tidak sihat khasnya kanak kanak yang sentiasa diiklan dengan produk MSG yang boleh menumpulkan akal.

ajak ajak mereka bersama HPA menjana pendapatan melalui perjuangan ekonomi dan keluar dari kemelut keganasan dan kemiskinan.

bersama HPA kami ingin lihat anak anak dunia sihat berlari riang dan wanita wanita menjadi sihat dan anggun .cayalah pjs muzafar



yang berusaha menyediakan slot untuk HPA hadir dalam masyarakat penyanyang melalui seminar ini ialah seorang lawyer muda Hadi Mulyana Citrawijaya dan Cik Fatimah Hajar(pengerusi rumah nur air tawar juga merupakan pengerusi majlis untuk seminar keganasan tersebut).terimakasih daun keladi,jemput jemputlah kami lagi.



kaunter pameran produk HPA oleh stokis seberang jaya,puan mazni kamis. promosi dari wanita untuk wanita.ehem! ehem!

tuan lawyer muda hadi mulyana citrawijaya sedang membentang kertas kerja-keganasan rumah tangga dan penderaan seksual terhadap wanita dan kanak kanak.semoga bakatnya akan berkembang terus dan bersinar dalam bidang guaman. insyaAllah bersinar juga bersama kami dalam dunia HPA .
terimakasih untuk individu individu dan sesiapa saja yang memberi peluang kepada kami HPA,multilevel marketing syariah untuk bersama dalam seminar ini.
TERIMAKASIH.





























Saturday, April 18, 2009

salam sejahtera peniaga peniaga market orang kaya di perai penang


market orang kaya ,diperai penang adalah pasar petang yang menjual ikan ikan fresh laut dan darat dari sekitar kedah dan pulau pinang.terletak dikawasan perumahan orang cina,kebanyakan pengunjungnya adalah masyarakat tionghua.kerana tuntutan kesihatan dan kesedaran untuk mencari ikan segar dan sihat,walaupun harga agak mahal(sebab itu dinamakan market orang kaya)market ini memang mendapat sambutan.ada beberapa peniaga melayu yang berjuang berniaga disini,manakala majoritinya adalah peniaga cina.
tips untuk memilih ikan ,sebagaimana saranan persatuan pengguna pulau pinang,pilihlah ikan kecil berbanding ikan besar yang dari lautan dalam.kerana ikan besar berhari hari dilaut malah berminggu minggu,ada kes ikan ini diawetkan dengan bahan awet mayat untuk mengelak ikan yang besor besor ini dari cepat rosak dan tak segar.
kalau kemarket orang kaya ini,pilihan saya ialah ikan orang miskin iaitu ikan kembung atau ikan temenung.masih segar,putih kehijauan,mata nya masih jernih berkaca.

selebihnya saya suka ikan laut artik dari HPA iaitu omega tiga softgel.testimoni terbaru apabila ibu saya sendiri mampu "menyahkan" darah tingginya cuma dengan kopi radix mai secawan dan mengekalkan pengambilan omega tiga softgel.memang luarbiasa.
cuma rm28 dengan sepuluh nilai mata.bandingkan harga kami di HPA dengan di farmasi.memang berbaloi

Friday, April 17, 2009

vitamin sintetik ,banyak yang buang duit anda,banyak yang buang sihat kita



baca,baca dan baca,bertindak sebelum terlambat,pendedahan dari utusan pengguna pulau pinang,banyak vitamin tambahan yang kita ambil dari pasaran tidak berkesan membantu kesihatan manusia.malah ada yang memberi mudarat.
sila beralih kepada vitamin yang bersifat alami.umpamanya dalam kopi radixHPA "mai secawan",ada vitamin C alami yang diperolehi dari sinergi bahan herbanya,akar mengkudu hutan.
kenali kehebatan herba HPA yang bersifat alami.anda patut kenali kemujarapan herba perubatan jawi HPA.

Jumaat adalah permulaan yang baik,untuk bersama bisnes multilevel syariah HPA

apa khabar tuan tuan iman,apa khabar tuan tuan makmun.mungkin pagi tadi dah dimulakan hari dengan mandi sunat.ada yang bermula dengan mandi yang diwajibkan.perhati betul betul di bilik mandi tuan tuan,masihkah lagi ubat gigi colgate,masihkan lagi ubat gigi berjenama seolah olah islamik tetapi kilang yang membuatnya tidak pernah pun menyumbang untuk kebaikan islam.check sabun mandi yang dipakai selama ini,masihkan lagi sabun gelatin babi.
bukankah mencari yang halal itu satu tanggungjawab bersama.
jumaat adalah permulaan yang baik untuk bersama perjuangan produk halal HPA.

Thursday, April 16, 2009

bedak talkum,fikirkan semula kalau untuk menambah kecomelan bayi anda

magnesium silicate hydroxide adalah nama bahan yang susah nak disebut,tapi realitinya itulah antara kandungan dalam kebanyakan bedak talkum pilihan kita sejak beberapa generasi.menambah bau wangi bayi sesudah mandi dalam masa yang sama menambah beban dan risiko penyakit pada orang yang kita sayangi.
risiko kepada kanser ovari dan "lung cancer".akhir sekali akan menderita untuk kanselkan kehidupan sihat kita.dapatkan keterangan lanjut dari utusan konsumer mac-april 09.
bersama multilevel syariah HPA,saya lebih selesa dengan bedak delima,bedak jasmin dan bedak tompok hitam.asalkan kesihatan comel ,ia adalah nikmat kehidupan yang besar. mari bersama kami,mari bersama HPA untuk nikmat bernama sihat.

cantiknya orang bisnes,usahawan muslim HPA dengan alam sekelilingnya

seperti pohon pokok,memberikan oksijen kepada manusia,memproses karbon dioksida hasil buangan manusia,memberi bunga yang cantik untuk dilihat manusia,usahawan muslim harus memberi manafaat kepada orang disekelilingnya.


saya suka akan ayat ini.usahawan adalah benih yang dicari,benih yang disemai,benih yang dibajai.akan menjadi anak pokok yang akan membesar.bergantung kepada cara pokok itu dimotivasikan.motivasi untuk pokok ialah udara yang segar,air yang berkhasiat dan zat makanan yang sihat dan enak.
begitu juga ahli perniagaan atau usahawan atau orang bisnes,motivasi terhebat ialah pulus atau wang atau duit.sesudah punya segalanya.punya wang,pengusaha akan mencari motivasi lain untuk menggerakan perjuangan perniagaannya.
apabila lumrah nya semua orang termasuk orang bisnes akan meninggalkan dunia ini dan ada kehidupan kedua di alam kedua dan tak ada kesudahan,tentulah usahawan perlu cari motivasi seterusnya untuk terus bersemangat dalam dunia bisnes.
link kan urusan bisnes kita dengan perjuangan membebaskan ekonomi umat islam dari belenggu kemiskinan dan banyak bergantung kepada bukan islam khasnya dalam soal makanan.
dalam urusan perniagaan multilevel syariah HPA,kita sering dingatkan tentang matlamat ekonomi ummah ini.ia bukan sekadar cerita tentang wang dan bonus.lebih dari itu HPA sedang mewujudkan rangkaian pengedar muslim disetiap lorong taman perumahan dan setiap jalan jalan menuju kekampung kampung terpencil.
mari jadi pohon pohon yang sekurangnya boleh ada insan lain tumpang berteduh dunia sampai akhirat.realitikan dalam perjuangan bisnes HPA

Wednesday, April 15, 2009

lebihkan senyuman,banyakankan kesyukuran,hebatkan seni bisnes bersama HPA

seperti nasihat tuan haji ismail,pengarah urusan HPA,perniagaan adalah satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan.seperti juga pesanan gm HPA ,lebihkan senyuman dalam urusan bisnes HPA,
benarlah senyuman itu umpama sekuntum bunga ia akan mewarna suasana dan hati manusia.sambil senyum dengan ikhlas niatlah bersedekah senyuman itu dengan harapan dan berdoa ,
datanglah lagi untuk terus bersama HPA.mencari yang halal tanggungjawab bersama.

orang yang bertakwa melihat jatuh bangun perniagaan sebagai ujian dari Allah dan akan diganjari pahala.waktu diberi kejayaan dia bersyukur dan diwaktu kegawatan dia akan bersabar(kata kata tuan haji ismail ,pu HPA)

HPA cawangan bandar perda,seberang perai menyediakan satu pilihan kepada umat islam untuk mencari produk halal dan toyyiba.terletak ditengah bandar perda berhampiran stesen minyak petronas,dikelilingi rumah rumah kediaman kebanyakan nya orang melayu merupakan lokasi strategik untuk memudahkan masyarakat islam membuat pilihan.berdekatan dengan dua buah institut pengajian yang majoritinya orang melayu islam iaitu UiTM pulau pinang dan politeknik seberang perai.
diseru pada anak anak muda islam,berjinak jinaklah dengan perniagaan dari sekarang kerana perniagaan adalah seni yang kita akan mahir apabila selalu mempraktikan dan dilakukan secara online dengan kehidupan.
wahai anak anak muda,anda perlu berada bersama perniagaan multilevel syariah HPA ini supaya anda lebih menghargai nilai duit dan nilai perjuangan ekonomi ummah.
wahai anak anak muda.buktikan kehebatan anda didewan kuliah juga sama hebat juga dimedan perniagaan ekonomi ummah.
perhebatkan perjuangan muda kalian di sekolah ekonomi HPA.
cemerlangkan perjuangan muda kalian di kolej dan fakulti ekonomi HPA.
HPA boleh !boleh! boleh





berhati hati wang palsu dari mesin ATM ori.dunia oh dunia!!

mesin keluar duit original pun kena tipu.mesin adalah mesin kerana ia bekerja diatas apa yang diprogramkan.mesin bertindak atas arahan yang diberitahu terdahulu kepadanya.sekiranya duit yang masuk melaluinya mempunyai ciri ciri yang di beri tahu,ia bermakna itu adalah gengnya walaupun itu wang palsu.
bila mana duit sudah terkeluar dari perut mesin atm bermakna kita adalah tuan baru kepada duit palsu tersebut.oleh itu berhati hati.jangan percaya' hundred persen'pada mesin.periksa lah wang yang keluar dari mesin atm sebagai langkah kita tidak rugi atau dituduh pulak pengedar wang palsu.
kata orang biarlah duit bekerja untuk kita.jangan kita bekerja untuk duit.lebih malang lagi bila duit palsu ini boleh menyumbat seseorang dalam penjara sedangkan yang sepatutnya duit boleh menjamin seseorang untuk keluar dari penjara.
sekeping kertas,dilukis dengan warna warna tertentu,diberi nilai sekian sekian, akhirnya kita semua berebut rebut mencarinya.berhati hati dengan wang palsu.berhati hati juga dengan duit kerana duit adalah hamba yang boleh bertukar menjadi tuan.awas! awas! awas!
(gambar-kosmo april 09)

kita tiada pilihan ketiga,kubur cuma dua saja,sama ada taman syurga atau lubang api neraka

semua dari kita akan mengharungi malam pertama di kubur.sedangkan kubur yang menjadi tempat malam pertama setiap insan yang ada nyawa cuma dua saja keadaannya,taman syurga atau lubang api.marilah kita berbuat amalan dan kebajikan supaya kubur menjadi taman syurga.marilah kita berdoa supaya kubur dan malam pertama kita disana tidak menjadi lubang dari lubang api neraka.sepanjang yang diterangkan ,tiada pilihan ketiga sebagai alternatif.
bila nyawa terpisah dari badan,kita dikapankan dan dibenarkan bermalam ditanah sunyi tanpa bekalan elektirk untuk menyalakan sebarang lampu .hanya amalan dan kebaikan saja yang akan menjadi cahaya yang akan menjadi teman sepanjang disana.
amala jariah adalah antara talian hayat yang akan berupa pahala yang terus menerus menambah akaun kita semasa di dalam kubur .
saya mula terfikir antara talian hayat terbaik ialah mengajak manusia kepada mencari yang halal.andai kita berada dalam perjuangan ekonomi ummah HPA, insyaAllah kita sedang membina talian hayat untuk di alam barzah nanti.cuma perbetulkan niat sambil memperkenalkan perniagaan multilevel syariah HPA untul lebihan bonus kita juga sedang berusaha membebaskan ummah dari produk tidak halal.
marilah membuat tindakan bijak untuk keuntungan dunia dan akhirat.perkongsian bijak untuk cemerlang bersama HPA

Monday, April 13, 2009

keenakan jem nenas,madu dan pelan pemasaran HPA

kelihatan seperti roti disapu kaya,sebenarnya roti disapu jem nenas HPA.benarkah meniaga jem nenas HPA, boleh kaya.temuilah jawapanya dengan menjadi usahawan multilevel syariah HPA
diutara dah berada dipasaran.sedap, sedap ,sedap.



HPA ,jem nenas dengan madu(pineapple jam with honey)memegang kod pengenalan diri MK19,dengan nilai mata 2.harga cuma rm10.


sapukan pada roti atau apa saja.cicipkan pada lidah,memang enak rasanya.beginilah selalunya HPA datang bersama produk barunya,kualiti dan rasanya boleh mencabar selera terkini.


sekarang musim hujan diutara,sekeping dua roti bersama jem nenas HPA,pagi akan terasa lebih nyaman dan petang akan terhibur dengan irama titis titis air hujan.kalau dibakar roti dan disapu dengan jem nenas HPA bersama kopi radix kaw kaw,fuuh memang sodap.


sambil sambil itu fikior fikorlah pelan pemasaran HPA.nak susun downline kot tepi pun boleh,mendatar dengan bonus 6 persen.sesampai saja enam orang disusun mendatar dan telah menghadiri kursusu pbc anda akan dikurniakan pangkat PJX.tambah terus ditepi biar ia menjadi seluas dataran manapun,bonus anda kan bertambah. bonus bang ,bonus bang,mana nak cari bang.guna produk HPA,rasai keenakan jem nenas hpa dan rasai juga keenakan bonus memenuhi poket.


bagi mereka yang dah ada duit banyak,gaji juga lumayan,boleh juga susun downline menegak.bila dah berpangkat PJX dengan enam orang PLX sebagai downline(bermakna enam orang menghadiri kursus perkongsian bijak cemerlang),bantu bantulah yang dibawah, setiap seorang dari enam downline dibawah mempunyai 3 orang PLX,maka itulah pangkat tertinggi yang perlu dicapai melalui penajaan.anda sekarang adalah PJ(pengarah jati).


mudah saja untuk dapatkan bonus HPA.buatlah pembelian bersyarat(alju'alah) sebanyak 100 nilai mata atau 50 nilai mata.untuk keterangan lanjut,jadilah ahli HPA.komuniti pejuang ekonomi ummah.memang berbaloi untuk dunia dan akhirat.

jangan jadi ayah derhaka supaya tidak berbenihkan anak derhaka

Saidina Umar pernah melalui pengalaman perdebatan antara seorang ayah dan seorang anak tentang penderhakaan.kemuncak dari perdebatan itu ,saidina Umar mengistiharkan si bapa adalah penderhaka pertama yang melahirkan penderhaka kedua iaitu anaknya.
tiga sebab mengapa seorang bapa menjadi bapa derhaka
1-tidak memilih ibu yang baik kepada anaknya
2-tidak memberi nama yang bermaksud baik kepada anaknya
3-tidak mengajar anaknya alquran dan sunnah Muhammad s.a. w.
saya menyeru pada diri sendiri supaya tidak menjadi dan dijauhkan dari jadi bapa derhaka apatah lagi anak derhaka.
setelah memilih ibu yang baik dan memberi nama yang baik pada anak anak,adalah amat tidak patut bila susu bayi formula pertama menjadi suapan pada anak ialah susu formula yang ada wei, dari lemak binatang atau lemak babi.
sila rujuk buku halal haram keluaran "CAP".
Setiap hari berapa ribukah kita menjadi bapa bapa derhaka??urutlah dada, tanyalah iman masing masing.

dollar,paun sterling, ringgit kesyoorga vs matawang akhirat

Hariini umat islam sedang terbakar.tugas kita ,mainlah peranan masing masing untuk memadamkan kebakaran tersebut.
sekalipun menjadi burung burung kecil yang mengguna paruh membawa setitik demi setitik air untuk buat kerja padamkan api yang sedang membakar ummah.
jangan jadi orang yang melihat saja kebakaran itu dengan andaian bahawa dah ada orang lain yang akan menyirami air untuk padamkan api itu atau anggap itu tugas bomba .inilah nasihat engineer ahmad jais,ikim fm.
saya cuba lakukan dengan membentuk rangkaian pengedar HPA atas usaha mencari yang halal tanggungjawab bersama dengan matlamat untuk membakar segala produk tidak halal dan membakarmusnahkan produk zionis israel.
percayalah ,kerja kecil ini mungkin besar pada pandangan tuhan yang akan mendatangkan rahmat atau matawang akhirat yang diperlukan diketika mana semua matawang dunia tidak lagi bernilai.
dollar, paun sterling, ringgit malaysia adalah untuk membeli syurga dunia.kita perlu mencari satu lagi matawang untuk menukar dengan syurga Allah.cari carilah..

boikot boikot israel,sisih sisih zionis,pulau pulau zionis israel

boikot ertinya penyisihan atau pulau.
Allah tak tanya boikot kita berjaya atau tidak tapi Allah akan tanya kita buat atau tidak.
menurut satu kajian dan laporan,kesan dari boikot sekarang ini eksport negara haram israel menurun sebanyak 20 peratus.bahasa mudahnya israel jual barang keluar negara dah merudum sebanyak 20 persen.
di amerika sendiri ada boikot terbuka dari syarikat tempatan.syarikat ini mengambil pendirian stop kan pelaburan dinegara haram israel.
di negara scadinavia seperti norway,pasaraya pasaraya tertentu akan menandakan cop lambang israel pada barangan israel sebagai pilihan kalau nak boikot.
kalaulah kita umat islam sendiri tak nak boikot,silalah malu pada diri sendiri.tanyalah hati sendiri ,kegelapan apakah yang menutupi hati,sehingga tidak sensitif pada nasib anak anak palastine.
checklah kembali makanan yang dihadam lalu menjadi zat dihati.saya cadangkan baca lah buku halal haram keluaran persatuan pengguna pulau pinang(cap).membaca buku ini,membawa saya mengenali dunia halal HPA
(sebahagian isi nota ini saya olah dari sumber ikim fm)

Saturday, April 11, 2009

tips tips untuk jadi usahawan berjaya.jom rawat diri sendiri

Rawatilah diri sendiri sebelum orang lain merawatimu.itu adalah antara kata semangat yang dikutip dari program perkongsian bijak cemerlang HPA.
jom rawat diri sendiri!
sebagai orang berniaga,ada tips tips yang pernah disebut untuk menggerakkan diri sendiri supaya lebih power untuk mengharungi dunia bisnes ini.
antaranya;
1-ubah apa yang kita fikirkan,berfikirlah dengan betul dan yakin bahawa apa yang kita buat ini akan berjumpa dengan jalan kejayaan.orang putih cakap "mindset".set kan ,tatah kan,program kan dalam fikiran sesuatu yang betul .lakukan sesuatu yang betul.tak lama lagi loceng kejayaan akan berbunyi dari apa yang diset kan dalam jam pemikiran kita.
2-lakukan dengan penuh minat.seperti mana kita enjoy melakukan hobi dan minat kita,begitulah juga dalam perniagaan multilevel syariah HPA.lakukan dengan minat mendalam kerana samada berjaya atau tidak sekurangnya hati terhibur dengan minat dan hobi baru kita dalam bisnes ini.
3-sungguh sungguh-tidak ada pekerjaan hebat boleh dilakukan main main.kebanyakan orang berjaya ada perjalanan menuju kejayaan mereka.

Friday, April 10, 2009

suasana di kelas mingguan cawangan kepala batas

menuntut ilmu adalah kesungguhan dan minat.lakukan lah perkara yang hebat dengan minat yang besar,insyaAllah perjuangan akan menjadi lebih mudah.antara tips untuk berjaya ialah lakukan sesuatu yang kita minat.kita akan dapat kepuasan.lebih puas lagi ialah apabila minat itu menjadi matawang dunia dan saham akhirat.kami berminat dengan perjuangan HPA.marilah bersama kami.

sebahagian peserta muslimim datang untuk mendapatkan ilmu dan suntikan motivasi

srikandi srikandi HPA tekun mendengar .didoakan semoga kejayaaan bersama mereka

pjs asniah penuh bersemangat mencurahkan dan berkongsi ilmu produk herba HPA.anda pasti akan terpesona dengan kehebatan produk HPA.


wajah baru ayam radix.ayam organik.demi untuk kesihatan dan kurangkan bajet untuk rawatan sebarang penyakit,beralihlah ke ayam radix.halal,organik dan besttttttttttttt.




check epal yang anda beli.selamat atau tidak


dari ladang buah epal dipetik,dibawa menempuhi perjalanan nun beribu ribu kilometer.untuk melindungi buah epal dari kerosakan,sejenis lilin disapu untuk menutupi setiap ruang kulitnya.
apa tindakan kita andai berjumpa buah yang sedap ini.pertamanya jangan makan kulitnya,makanlah isinya.
diulangi,jangan makan kulitnya.ambillah pisau,kalau ia pun nak rasa kelazatan kulitnya,kikislah lilin itu.
setelah ujian kimia dilakukan tiada lagi lilin tinggal tersalut.apalagi ia selamat untuk dinikmati
sebab lilin sebenarnya tidak berfungsi menerangkan kamar hati kita.hati cuma mahu makanan yang halal dan toyyiba.itulah kisahnya.

Thursday, April 9, 2009

Pesanan pu HPA,tuan haji ismail-jangan lupa zakat


Usahawan HPA - jangan lupa zakat

Bila Allah memberikan kita kejayaan demi kejayaan,banyakanlah muhasabah kerana dengan muhasabah kita tidak lupa pada tuntutan zakat peniagaan.
Dalam harta kita ada hak orang yang perlu dibahagi-bahagikan agar hati menjadi tenang dengan kegembiraan orang lain.
2.5% sahaja bukanya banyak jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang kita telah kita terima.
Berbahagialah dengan kewajiban ini yang mampu kita laksanakan.
(dari blog pu hpa)

israel sedang membelanjakan wang yang anda hantar.AWAS!!

andai anda membeli barangan dari syarikat yang memberi sumbangan pada israel bermakna duit anda menjadi sen sen yang membentuk peluru berpandu arrow.satu hari nanti arrow ini akan menembusi anak anak gaza.relakah anda
peluru sumbangan dari siapakah ini yang menembusi dada warga palestine.bukankah kita pengunjung setia restoren segera mereka..bukankah kita yang selama ini memenuhi ruang rumah kita dengan segala produk amerika dan israel.dikala mana kita bergembira diruang rumah kita ,warga palestine sedang berduka diatas runtuhan rumah mereka menangis kematian orang yang mereka sayangi.

dah lama dah
kamu amerika ,membela israel.berapa banyak veto yang telah kamu gunakan wahai amerika untuk selamatkan israel.
dan lebih malang lagi masih ramai umat islam dok support dengan membeli produk amerika .
kamu syarikat amerika dengan sebahagian duit untung dari orang islam telah hantar wang keuntungan itu pada israel.
balasannya israel tukarkan menjadi peluru peluru untuk membunuh saudara seislam kami dan halau mereka dari tanah dan ladang mereka.
obama, lu fikirlah sendiri.
artikel dalam gambar diatas adalah peristiwa baru, dipetik dari akhbar metro .rabu,8 april 2009.kebanyakan kita dah semakin lupa tentang gaza.andai anda bersama HPA,insyaAllah perjuangan ini sentiasa segar.jadi mari bersama kami.joinlah multilevel syariah HPA

gambar gambar di kelas mingguan di cawangan bukit mertajam bersama pjs mudzafar dan pjs wanda

peserta,puan mazni dari seberang jaya-berkongsi testimoni dengan peserta lain
wajah wajah pejuang HPA dikelas mingguan.
pjs wanda ,herbalis dengan cerita dan kisah flaxseed oil.


pjs mudzafar sedang menerangkan pelan pemasaran HPA.adil dan sukses



memperkenalkan produk baru minuman alg.dah kenal boleh jatuh cinta,jangan tak kenal.




Wednesday, April 8, 2009

pilihan untuk orang kecil dan orang besar-HPA,Harapan Paling Akhir



dari akhbar harian kosmo melapurkan ramai stres kerana hilang pekerjaan.menurut ketua jabatan psikiatri pusat perubatan UM pro.dr. mohd hussain habil,dua bulan lepas peratus meningkat sebanyak 20 peratus.laporan dari persekutuan majikan malaysia sehingga hari ini sebanyak 26 ribu pekerja telah ditamat pekerjaan.siapakah calon seterusnya???.sesiapa saja.sediakan payung sebelum hujan tiba.

antara payung terbaik buat masa ini ialah perniagaan multilevel syariah HPA.moga moga akan temui ketenangan disini.

terbaru adalah beberapa menteri juga akan ditamatkan jawatan.jadi ,wahai orang kecil dan orang besar mari bersama kami berniaga.HPA,Harapan Paling Akhir.

Tuesday, April 7, 2009

cina muslim mengajar melayu berniaga hebat.

Jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.saya suka sebut;jika kita gagal untuk mempunyai matlamat bermakna kita bermatlamat untuk gagal.
samada single level atau multilevel,perniagaan mesti ada rancangan,mesti punya matlamat,ada hala tuju,ada impian,ada cita cita.
bisnes adalah ilmu dan seni yang kena lalui.ilmu dan seni perniagaan inilah yang orang kita tak jenuh dalam pemikiran dan tindakan.
minda berniaga,bisnes mindset ke...jiwa berniaga ke...individu berniaga ke....keluarga berniaga ke.... jiran berniaga ke...satu taman berniaga ke...satu daerah berniaga ke...puluhan ribu berniaga.
dalam buku rahsia perniagaan orang cina karangan ann wann seng(cina muslim),memberitahu kejayaan orang cina dalam perniagaan adalah kerana jiwa meniaga mereka.
dari kecil si anak melihat ibu dan ayahnya berniaga,si anak bukan saja melihat kejayaan bapa mereka tetapi si anak juga melihat proses kejayaan bapa mereka.berniaga, rugi,untung , jatuh dan bangun semula semuanya hampir dilihat oleh anak seorang cina dalam proses membesar mereka.
lalu mereka ada jiwa yang besar untuk menerima kerugian dalam meniaga.yang penting terus harus cuba kerana didepan sana sudah hampir dengan tempat kejayaan.
cubaan demi cubaan inilah membentuk keindahan dalam dunia perniagaan mereka.seperti laut hanya akan indah dengan ada ombak yang bersifat turun dan naik.
perniagaan juga adalah skill perhubungan awam.dari kecil mereka lihat dan belajar bagaimana untuk berhubung dengan pelanggan,bagaimana nak tackle customer.kita orang melayu memang kaya budi bahasa tetapi kita miskin budi dan bahasa perniagaan.
pada pandangan orang cina,orang berniaga ini berada pada taraf yang dihormati dalam masyarakat,walaupun bermula dengan perniagaan kecil ditepi jalan.antaranya kerana orang berniaga ini ini mempunyai daya usaha sendiri untuk mengubah hidup tanpa bergantung pada orang lain untuk membayar upah.
pandangan ini menyeluruh meresapi fikiran dan budaya orang cina.malangnya pandangan ini hanya meresapi sebahagian kecil umat melayu islam.bukankah nabi sudah memberitahu kita lebih seribu tahun dahulu sembilan dari sepuluh rezeki berada di wilayah perniagaan.
mengapakah masih sibuk di satu wilayah saja. mulakan langkah anda bersama HPA

memilih kerajaan "diri sendiri".antara akal.iman dan nafsu

Musim pilihanraya tiba lagi.dua bukit sedang sibuk dengan ramai manusia.bukit gantang dengan warna politiknya.bukit selambau juga demikian.
ada satu pilihanraya manusia sering salah buat pilihan iaitu memilih kerajaan" diri sendiri"yang bertahtanya dihati.
hati bila mana yang menang tahta itu adalah akal dan iman,insyaAllah selamat dunia dan akhirat.
tapi bila nafsu menang dan bertahta dihati,apa akan terjadi.antara yang akan terjadi ialah manusia sudah tak berupaya membeza yang mana halal dan yang mana haram.
asal sedap asal nikmat,sapu saja.
lebih teruk lagi kalau tahta yang bernama hati dipenuhi titik hitam dan penguasanya pulak sang nafsu.
buatlah pilihan yang bijak.

Monday, April 6, 2009

Mai la !! mai la !! kopi radix PLUS koko radix.




Saranan dari GM HPA supaya "boom"kan RADIX KOKO sehebat kopi radix.Dari "mai secawan" kenapa tidak "mai segelas" campuran kopi dan koko.mungkin dengan motto kopi tujuh herba dengan salutan koko,ia nyata berbeza.
bukan sekadar untuk sihat dan kuat.yang nyata campuran koko radix dan kopi radix memang hebat dan sedap.mungkinlah kot sebab itu dalam tradisi inggeris koko atau coklat adalah simbol penenang dan kasih sayang.cuba cubalah rasa ikatan kasih dan sayang koko radix dan kopi radix.mai segelas.ehem ehem.
yerlah dulu dulu asyik mai lo ,mai lo.sekarang mai la ,mai la

hajat GM HPA nak lihat RADIX KOKO meriah di kedai kopi ,restoren atau warung akan tercapai satu hari nanti.saya cadangkan kita juga harus bermula di RFC,ROR dan ROC minuman radix kopi tujuh herba dalam koko.mungkin seperti ini..kokokopi tujuh herba,keenakan kopi dan aroma koko..
nombor dua-peserta PBC,hidangkan segelas kokokopi..mai segelas.
nombor tiga-ahli HPA..selalulah pekena dirumah atau dimana saja kokokopi..mai segelas.dengan falsafah kalau kita ahli HPA tak "glamer"kan wajah wajah koko kita.siapa lagi??.
saya hanya mencadangkan selebihnya ambil satu sachet kopi radix,satu sachet koko radix dan segelas air panas.kacau dan nikmati.....fuuuh memang "kaw"lah