Monday, September 6, 2010

mengaktifkan sinaps diantara neuron neuron iman...berjayakah aku

Ada dua perkataan yang aku ingat benar hari ini.

1) sesungguhnya dikalangan hambaku itu amat sedikit dari orang yang bersyukur

2) sesungguhnya sembahyang itu berat kecuali orang yang sabar.

ini adalah pernyataan Allah di dalam buku panduan hidup manusia yakni alquran. pesanan yang mendahului masa yang memberitahu apa yang akan berlaku kepada komuniti manusia. aku mencari jawapan untuk peringatan pada diri sendiri. bernarkah aku juga mampu bertahan untuk bersama golongan yang sedikit sedangkan saidina umar juga pernah berdoa supaya termasuk dalam golongan yang sedikit. hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan berada dalam kumpulan yang sedikit ini. sesudah terpilih bagaimana pula untuk mengekalkannya juga menjadi persoalan.

telah terbentang didepan mata bahawa ramai kawan kawan yang tumbang di setengah perjalanan. ada sudah berumur lebih 60 tahun . dulu kulihatnya rajin kemasjid dan menjadi pejuang penggalak kebenaran tapi hari ini kulihat sebaliknya. berbolak baliknya hati manusia.

nun jauh disudut harti aku berdoa semoga Allah tetapkan hatiku didalam islam dan iman. aku mencari cari jalan untuk memastikan supaya berlaku sinaps diantara neuron neuron iman. doa ialah di antara sinaps untuk menyuburkan iman. berhubung dengan ulama adalah sinaps untuk berhubungnya neuron neuron iman. mengekalkan bacaan al quran adalah sinaps yang baik untuk neuron iman. menuntut ilmu juga sinaps terbaik untuk neuron iman.

apalagi ya... aku akan terus mencari meskipun sedikit demi sedikit. aku akan terus memburu meskipun nampak remeh dan temeh.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com