Thursday, August 5, 2010

apa yang disuap, kelak itu hasil akan dituai.

aku baru menerima
berita menggetar rasa
teman setempat kerja
menderita pada akhir usia bersama
kerana derita kanser usus pemusnah.

sepuluh bulan sebelum tiba waktu meriah
menikmati ratusan ribu wang pencennya
dia kini tertekan dengan kepanasan kimoterapi
sambil wangnya ditabur untuksebuah kesihatan yang mahal

aku menggetar rasa lagi
taktala melihat kulitnya menjadi kehitaman
segala bulu matanya gugur
dan rambutnya hilang
dicukur kimoterapi dan segala ubatannya.

lalu
aku ingin berpesan kepada diri sendiri
hargailah nikmat kesihatan.
pilihlah apa yang mahu disuap kemulutmu
supaya tidak merana segala isi perutmu.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com