Monday, July 27, 2009

maha suci Allah yang menciptakan kejadian.saiz makro organ manusia setelah diperbesarkan 250,000 kali ganda

embrio manusia berusia enam hari bewarna keperangan-lihatlah kekuasaan tuhan menciptakan manusia.
hujung rambut yang pecah.fuuh !


sel neuron purkinje-terdapat didalam otak.dan jaringan neuron inilah menghasilkan hubungan atau sinaps yang membentuk komunikasi otak

sel darah merah kita.apakah rahsia bentuknya?

sel sel kanser diparu paru.ada nilai seni visual tetapi memang berbahaya.


sperma diatas telur atau ovum.bersatunya satu telur dan sperma akan membentuk diri kita seperti hari ini

vilus pada usus kecil


telur atau ovum dengan sel korona

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.

Friday, July 24, 2009

satu family melayu islam satu bisnes.

darigen6kpu

kalau nak berubah mulalah dari sekarang.satu keluarga melayu islam mesti ikut sunnah nabi muhammad S.A.W ,iaitu berniaga atau jadi usahawan.seorang ayah harus mulakan pada diri sendiri sebagai langkah awal.mulakan apa saja bisnes samada single level marketing atau multilevel marketing.mulakan dari yang kecil kecil dan letakan harapan besar untuk generasi akan datang.

hari ini seorang ayah atau seorang ibu mungkin bermula dengan sebiji kuih yang dijual pada jiran atau kenalan.tetapi hendaklah berjiwa besar satu hari nanti seorang anak mungkin berjaya dengan perniagaan kuih muih sejuk beku atau frozen food.hari ini seorang datuk mungkin mengedar sesachet kopi radix mai secawan.tapi berazamlah satu hari nanti seorang cucu mungkin akan jadi top ten dalam bisnes multilevel syariah HPA.inilah yang perlu di set kan dalam minda setiap orang melayu islam jika hendak menguasai ekonomi sendiri.

jika nabi muhammad S.A.W memberi tips terbaik bagaimana untuk menguasai punca rezeki,kenapakah kita tak ambil kisah.carilah kebaikan dalam sembilan dari sepuluh punca rezeki iaitu dunia bisnes.
cepat cepatlah ambil pengajaran supaya umat terselamat.

Tuesday, July 21, 2009

salam kepada melayu islam pulau pinang.apa khabar?

salam dari gen6kpu.

hari ini dari jambatan pulaupinang pemandangan segalanya kelabu.kejernihan airlaut pun terkelabu dengan wajah alam yang muram dan kelabu.hebat sungguh kesan dari jerebu yang melanda alam yang indah ini.yang terbakar hutan di indonesia tetapi yang tercemar adalah alam milik semua.
inilah wajah baru "penang bridge"
walaupun dalam sebulan dua ini laluan keluar dan masuk sepanjang jambatan pulau pinang sudah menjadi tiga lorong dan semakin rancak laluan trafiknya tetapi dunia kecil orang melayu islam pulau pinang tidak banyak berubah.

laluan kehidupan dan perjuangan mencari rezeki orang melayu islam pulau pinang menjadi semakin sempit dari kesan ekonomi global.sektor perkilangan yang merudum bisnes nya melihat satu suasana merudumnya majorit pekerja kilang iaitu orang melayu islam pulau pinang.
seseolah laluan tiga lorong sepanjang jambatan pulau pinang bagaikan memudahkan orang melayu islam pulau pinang meninggalkan tanah pulau untuk mencari tempat dan sumber rezeki baru ditanah besar semenanjung.ada yang mula mencari sesuatu disungai petani.ada yang pulang kekampung di baling,selama.parit buntar,sik dan sebagainya.

sepanjang berada diatas jambatan pulau pinang,saya terfikir sendirian.
kalaulah dulu kawasan industri ini bermula diseberang perai secara aktifnya.biarkan saja pulau pinang menjadi pulau pelancongan seperti pulau hawai.tentu tidak perlu wang yang banyak untuk membina jambatan pulau pinang ini.wang sebanyak puluhan bilion itu hendaklah dimulakan dari seberang perai.biar melimpah ke kulim.biar melimpah kebaling .pembangunan dan kilang tentu dah cepat sampai keselama dan parit buntar.biar sik ada kawasan industrinya sendiri.biar sungai petani sudah seperti george town.

kalaulah ini berlaku sejak dulu,nasib orang melayu islam pulau pinang dan kawasan sekitarnya tentulah tidak sedaif hari ini.apabila kita tidak pandai merancang bermakna kita hanya pandai untuk berangan angan .inilah wajah kita hari ini dibentuk oleh salah laku orang orang dulu.
inilah dilemma orang kita!

Sunday, July 19, 2009

peristiwa 1julai 2009 kisah dr marwa,wanita islam yang mengandung di tikam didepan hakim disebuah mahkamah.bertamadunkah dunia barat?

sumber dari zaharuddin.net

Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu.
Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'.
Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup.

Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.


Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya.
Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

Thursday, July 16, 2009

dilemma melayu.jihad untuk bebas dari "generasi MSG "dan makanan tidak berkhasiat.

dari gen6kpu

apa yang disemai ,itulah yang akan dituai.satu pesanan menarik untuk difikirkan.mari kita lihat bersama dunia realiti hari ini.dilemma melayu islam dan generasi MSG
andai setiap hari semasa kanak kanak makanan kegemaran adalah keropok MSG dan minuman berperisa tiruan dan berkarbonat,percayalah hari hari dewasa seseorang itu ialah masalah kesihatan dan kekeliruan fikiran.paling ditakuti ialah kecelaruan iman dalam berjuang menjadi seorang mukmin.

saya melihat masalah besar tentang generasi MSG ini sebagaimana tindakan tentera yahudi laknatullah mengedar gula gula perangsang seks dikalangan masyarakat palastine.tujuan tersembunyi yahudi adalah untuk melihat kemusnahan sosial masyarakat palastine.semoga dipelihara oleh Allah.masyarakat malaysia amnya dan masyarakat melayu islam khasnya telah berpuluh tahun disogokan dengan keropok MSG dan minuman berperisa tiruan ini.hari ini sebahagian mereka menjadi orang dewasa yang ada seribu satu masalah kesihatan ,menjadi mereka yang tumpul akal dan fikiran dengan falsafah hidup semuanya nak mudah dan segera.

bukan itu saja kesannya tapi adalah malang jika kita musnahkan kesihatan dan sosial anak generasi kita sedangkan mereka memperolehi keuntungan besar hasil dari jualan industri keropok MSG dan segala minuman tak berkhasiat tersebut.kebanyakan pengusaha dan anak cucu mereka tidak akan makan apa yang mereka hasilkan kerana mereka juga inginkan kesihatan yang baik.sebenarnya matlamat besar mereka ialah mahu wang yang banyak ,biarpun oleh lain menderita.

penulis merasakan usaha bisnes HPA yang cuba membawa masyarakat untuk lari dari terperangkap dalam dunia keropok MSG dan segala minuman tak berkhasiat ini amat terpuji dan harus disokong.kalau tidak selamanya kita akan berada dalam perangkap krisis ekonomi ,kesihatan dan jerangkap samar runtuhnya istimewa akal dan fikiran.sampai bila kita akan begini?.
urut dada,tanyalah iman.

Wednesday, July 15, 2009

melayu islam sampai bila terperangkap dalam tempurung bisnes "orang lain"

dari minda dan pandangan gen6kpu.blogspot

saya tidak mempunyai bahasa yang paling cantik untuk menggambarkan betapa umat melayu islam perlu berada dalam tempurung bisnes orang lain.dari bisnes kecil sampai ke bisnes besar kita sentiasa berada dalam tempurung ekonomi "orang lain".ayuh mari kita meneroka sedikit demi sedikit .kalau tidak mampu merubah hari ini sekurangnya elok benar ditulis dalam sejarah sebagai bacaan generasi akan datang.setelah generasi yang dulu terleka atau tak ambil tahu atau apa saja alasannya.kita hari ini sedang menikmati hidangan pahit itu .

satu hari saya mengunjung sebuah kedai tiga pintu pemborong segala barang jajaan seperti keropok keropok berperisa MSG,air minuman tin dan bergas dan berperisa tiruan ,segala jenis asam dan kekacang (yang pada sangkaan saya datang dari dunia kaum india, rupanya sangkaan saya adalah salah)dan lain lain barang yang sebelum ini tak pernah diketahui jenamanya.
malah ada jenamanya mempunyai wajah kemelayuan dan semi islam.melihat lautan barangan dan rancaknya bisnes ,terfikir saya alangkah besarnya kuasa bisnes mereka.
dan jangan hairan pembeli terbesar ialah orang melayu islam.mereka orang lain ini nampak pasaran orang melayu islam ini memang hebat,sebab itu pasarlah apa segala jenama pasti ada bisnes.

entah apa kurangnya orang melayu islam ini,sukar nak diteorikan.walaupun kebanyakan makanan ringan ini tidak berkhasiat malah memudaratkan tetapi inilah yang dijamah setiap hari.saya tak punya kuasa ajaip untuk merubah apa yang orang melayu islam fikirkan.saya cuma berseru sekurangnya wahai orang melayu islam sayangilah kesihatan sendiri dan janganlah tumpulkan otak anak anak dengan segala makanan ringan.
juga seruan untuk ibu ibu yang mengandung sayangilah bayi bayi yang dikandung.janganlah banyak makan keropok.janganlah perbanyakkan asam bertoksid dalam kandungan yang disayangi.

cukup untuk cerita kecil ini pada waktu ini.saya akan berkisah lagi tentang bisnes besar yang tak mampu kita juga berada dalam tempurung ekonomi mereka.
diwaktu ini saya merasa betapa besarnya wajah HPA.saya menghargainya.

Tuesday, July 14, 2009

air ooo air.selamatkah untuk diminum

dari gen6kpu.blogspot

sebahagian mukabumi ini adalah air.air bukan saja membersihkan alam tetapi mencantikan pemandangan.air bersifat detoksifikasi.seorang manusia memerlukan sejumlah air untuk meneruskan hidup dengan sihat dan gembira.

dulu seorang doktor sukan pernah bercerita tentang kanser yang dihadapinya.beliau seorang ahli sukan yang aktif dan amat menjaga soal pemakanan.bila terkena penyakit kanser beliau mula mencari apakah tak kena dengan gaya hidupnya sehingga terkena penyakit kanser.
jawapan yang ditemui ialah dua sumber yang beliau tidak mampu memilih sepenuhnya iaitu udara yang disedut dan air yang diminum.

kajian demi kajian dan imbasan demi imbasan akhirnya berjumpalah punca utama penyakit kansernya iaitu air.air hari ini tercemar dengan segala kimia dan toksid menjadi minuman seharian kita tanpa kita ada pilihan kerana sumber air selalunya adalah sama.akhirnya dengan air jugalah beliau sembuh dari penyakit kansernya .setelah air dirawat dan dinyah kan segala kimia dan air mampi menjadi detok kanser yang terbaik.

hidup tidak boleh bergantung paip air dirumah saja.air itu dirawat dengan bahan kimia.bahan kimia itu juga ada bahayanya seperti klorin umpamanya.air itu perlu proses kedua untuk sihat diminum.sekurangnya filterlah air yang diminum.atau kalau anda berada digunung tanpa pencemaran ,tanah itu adalah filter alam yang terbaik.

biasa biasakan dengan air minuman HPA.kenalinya dan ambillah sebagai minuman.

Monday, July 13, 2009

beras organik HPA.transformasi kepada hidangan sihat


dari gen6kpu.blogspot
beras ooo beras.
inilah makanan asasi dan paling enak untuk hidangan sehari hari rakyat malaysia.dari beras menjadi nasi dan membina otot otot kita sekelian lama.
permintaan kepada beras semakin bertambah menyebabkan pengusaha beras memikirkan kaedah paling cepat dan terbanyak untuk meningkatkan pengeluaran.
saya pernah terbaca dari rencana persatuan pengguna pulau pinang ,bagaimana tidak beberapa selamatnya untuk setiap hari bersama gizi makanan nombor satu rakyat malaysia.
beras tetap beras,
bermula dari padi yang disemai ,membesar dan membesar dan akhirnya dituai dan diproses menjadi beras.mari kita ikuti kisah kisahnya yang menyebabkan beras menjadi semakin bermasalah dan menyumbangkan kepada masalah kesihatan kepada hidangan istimewa ini.
tekonologi ooo teknologi
teknologi ginetik telah merubah proses manusia memilih biji benih.tidak diketahui dan didedahkan gen dari benih padi ini dicampur dengan gen apa untuk menghasilkan padi yang tahan kepada serangan penyakit dan kebal dengan perubahan cuaca.
petani akan memilih benih genetik ini untuk menghasilkan produk padi terbanyak .ini hukum pengeluaran.hasil yang baik bermakna duit masuk juga banyak.
benih ooo benih
ok biji benih padi sudah bermasalah iaitu hasil percampuran genetik yang akan menghasilkan konflik identiti padi dan boleh merangsang mencipta bakteria baru yang kebal dan kebal.
semasa dalam pembesaran segala macam racun dan baja di santap oleh pokok padi istimewa ini.
oleh kerana namanya terlau banyak anda perlu bersama dunia petani untuk kenal dan lihat segala makanan tambahan pokok padi ini.
padi ooo padi
padi yang sudah dituai ini perlu melalui proses seterusnya untuk tahan lama dan dipisahkan berdasarkan gred.dikilang terutamanya di thailand satu bekas khas diperlukan untuk tempat simpanan beras ini.kimia akan disemburkan supaya beras menjadi tahan lama dan tidak diserang musuh beras.proses pemutihan beras juga melalui proses percampuran kimia.
fuuh banyak lagi cerita dari sebiji beras sebelum sampai kerumah kita.ada pewangi tiruan disembur untuk menjadikan beras itu wangi.itulah serba sedikit cerita tentang padi,beras dan nasi.banyak lagi kisah tersembunyinya.
inilah pilihan yang dicari,
adanya beras organik HPA dalam pasaran adalah pilihan wajar untuk sesiapa yang tahu menilai ertinya kesihatan.ia adalah beras pilihan masa depan diwaktu orang tidak percaya lagi kepada pengusaha yang tidak amanah.
tentu tidak rugi untuk bersama HPA.

Sunday, July 12, 2009

bantulah ustaz amin untuk selamatkan akidah umat islam


( inilah minda dan pandangan gen6kpu.blogspot)
Bacalah kisah diblog ustaz amin.kisah saudara seislam kita yang disisih oleh masyarakat kerana penyakit yang berkaitan dengan HIV.terpaksa mengharap simpati dari sebuah gereja untuk menumpang kasih.bukan salah gereja dan juga bukan salah paderi tetapi salah kita masyarakat islam sehinggakan tiada satu pun pusat untuk menjaga mereka.

teruskan membaca didalam blog ustaz amin kisah kisah sedih mereka.mungkin ada dermawan yang sudi membantu ustaz amin untuk menyelamatkan akidah mereka.
mungkin usaha kecil ini besar nilainya disisi Allah dan mampu memberatkan timbangan amal.

urumqi.dimana suara kemanusiaan barat.terroristkah,pembersihan etnik kah

(diolah dari minda dan pandangan gen6kpu blogspot)
dunia memang bertalam dua muka.bila urumqi dilanda keganasan ia tidak menjadi berita kerna disana umat islam ditindas.etnik minoriti dibelasah oleh kaum majoriti dan dunia buat tak tau saja.bila kisah di bali satu dunia kamu nak heboh dengan keganasan yang bertopengkan agama.
keganasan adalah keganasan.tidak ada pilih bulu.tetapi inilah sikap barat dan sekutunya.bila ia menguntungkan isu itu akan dihebahkan dan lihatlah kami orang barat pejuang hak asasi manusia.piiirahhh!

begitu juga pembunuhan wanita muslimat mesir di german kerana tudung yang dipakainya,berita tidak ditulis.berita digelapkan kerana ini bukan cerita hak kemanusiaan agaknya.saya pun mendapat maklumat dari sumber blog saja.dah nasib kita kah.entahlah!

dunia islam juga seperti berdiam diri,tidak aktif kecuali perdana menteri turki memberi kencaman paling keras kepada negara china.
kita umat islam telah hilang rasa bersaudara.kita hilang rasa sensitiviti,yalah mungkin kita sibuk untuk mencari peluang dagang baru dengan kuasa ekonomi baru dunia.
ingatlah ketika umar berkata.kita adalah kaum yang dimuliakan oelh Allah dengan adanya islam.barang siapa mencari kemuliaan selain dari islam nescaya mereka akan dihinakan.

Saturday, July 11, 2009

saya baca buku petua orang cemerlang.jom kongsi

(diolah dari minda dan pandangan gen6kpu.blogspot)

antara yang menarik ialah

1-orang cemerlang sentiasa mencari emas dalam dirinya.tuhan menciptakan manusia dengan memberi harga yang mahal,tetapi kebanyakan manusia tidak memberi harga sewajarnya pada diri sendiri.
pesan saya ,carilah emas dalam diri sendiri walaupun mungkin tak punya emas penuh di lengan kerna harganya jauh lebih mahal.

2-orang cemerlang sentiasa berpegang pada prinsip untuk berjaya lebih mudah daripada untuk gagal.sebenarnya memang senang untuk senang.
pesan saya jika untuk gagal pun susah.lebih baik kita bersusah susah untuk senang.itu lebih rasa nikmat bila dipenghujung kehidupan.

3-orang cemerlang sentiasa mencari hakikat kehidupan.cuba cari jawapan kepada persoalan mengapa tuhan menciptakan kita.
khalifah.
hamba.
dai.
pesan saya,tuhan tidak datangkan kita didunia ini sekadar nak penuhkan kuota penduduk mukabumi ini.pasai pa kita hidup ni?

4-orang cemerlang sentiasa memprogram minda setiap hari.menggambarkan fikiran positif,bisikan positif dan gambaran mental yang jelas.gambaran mental yang jelas lebih berkesan daripada azam yang kuat.
pesan saya fokus fokus bagi jelas.lepas tu langkahlah.

5-orang cemerlang sentiasa mempunyai guru,mentor ataupun pakar rujuk yang dapat dijadikan tempat meminta nasihat dan bimbingan.
pesan saya kita lahir otak yang hebat tapi perlu buku panduan untuk mencari kehebatan itu.rujuk rujuklah.

6-orang cemerlang sentiasa bertindak berdasarkan FUGUWAI iaitu amar makruf nahi mungkar dan KAIZEN iaitu pembaikan diri yang berterusan.
pesan saya,kena cuba buat sebab kita ini manusia.

7-orang cemerlang sentiasa berusaha memahami erti kegagalan. orang yang tidak faham mengenai kegagalan akan rasa sukar memahami erti kejayaan sebenar.
pesan saya.apapun yang dinamakan kegagalan buats semula dengan wajah kejayaan.

8-orang cemerlang sentiasa berusaha dengan gigih bagi menjadikan dirinya magnet positif yang menarik segala yang baik pada dirinya.
pesan saya,alam ini adalah magnet yang hebat.aktifkan diri anda

9-orang cemerlang sentiasa tekun membentuk jurnal kejayaan.catatkan dalam diari ataupun buku atau apa saja setiap perkara yang positif yang sudah kita lakukan ataupun capai.
pesan saya.saya berdoa untuk dari saya dan anda yang sedang membaca,semoga ALLAH jadikan kita sebahagian dari orang yang berjaya didunia dan diakhirat.
ameen.

demi masa!.ambillah masa untuk nasihati diri sendiri.

(diolah dari minda dan pandangan gen6kpu.blogspot)

wahai diri sendiri!
sejak akhir akhir ini saya begitu terasa beharganya masa.sibuk sekali dengan urusan dunia.
masa untuk akhirat berlebih kurang saja.memang begitulah sejak dari dulu pun. kadang kadang tersedar,alangkah terleka nya diri sendiri.dapatlah buat pembetulan,berubah dan bertahanlah untuk sedikit masa.lepas tu ,macam biasalah sibuk dan sibuk.

betullah kata orang bijak.jangan selalu terlepas masa untuk tarbiah diri sendiri kelak akan terdidik untuk melepasi masa hidup tidak ada manafaat untuk diri sendiri.
benarlah kata kata itu.lihat bagaimana masa kita telah habiskan masa seharian,bagaimana kita habiskan masa kanak kanak dulu,bagaimana kita telah sia siakan masa remaja dulu.terbaru mungkin bagaimana hari semalam kita telah gunakan.

kalau ada masa ceramah lah pada diri sendiri,kalau ada kesempatan carilah motivasi untuk diri sendiri,check semula tahap pencapaian dunia dan akhirat diri sendiri.kalau tidak,demi masa sesunggunya setiap dari manusia itu dalam bisnes yang rugi.

TIME IS POWER.terpulang bagaimana kita mengaktifkannya.

Wednesday, July 8, 2009

"from mek wook kundur with love" .hargailah erti hidup

gambar dari mymetro  memberikan makna tersendiri dalam hidup dan dunia kasih sayang.mek wook kundur mungkin sudah tua dan berusia lebih 106 tahun .tapi kasih dan sayang insan ini sentiasa muda.mat noor che musa 37 tahun adalah suaminya dan seorang anak muda yang terlanjur dengan najis dadah.
ujian melanda rumahtangga mereka.suami mek wook ditahan agensi anti dadah kebangsaan(AADK) selepas didapati positif dadah jenis heroin.sebak wajah mek wook melepaskan suaminya mat noor untuk menjalani rawatan pemulihan dengan harapan mat noor akan kembali dengan wajah baru untuk melayari bahtera rumah tangga mereka.

marilah kita belajar.
belajar dari mek wook untuk menghargai kasih sayang.
belajar dari mek wook untuk memberi peluang insan lain membetulkan kesilapan.
belajar dari mek wook untuk bersabar dengan cubaan dan segala ujian.
belajar dari meek wook untuk sentiasa muda dengan sifat sifat positif.
belajar dari meek wood untuk terus berjuang dan berjuang selagi ada nyawa dibadan.

wahai anak muda!
hargailah cinta,
hargailah insan lain,
hargailah hidup anda

Tuesday, July 7, 2009

.doa kami -sabar dan berjuanglah wahai muslim uighurs,xinjiang

ahad lalu kejadian sedih menimpa umat islam keturunan uighurs diwilayah xinjiang ,china.seramai 140 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa pemerintah china.ratusan lagi ditangkap dan 828 lagi tercedera.sememangnya etnik muslim uighur ini telah mengalami penindasan berdekad dekad dari kerajaan china.

walaupun darah mereka sama dan genetik ada perkaitan tetapi mereka dimusuhi kerana islam yang mereka dianuti.selama ini mereka ditindas dan suara mereka dihalang .kita tidakpernah mendengar suara mereka tapi hati kita mesti merasai penderitaan mereka.

sebiji bata diambil dari bangunan bernama muslim kita mesti merasai gegaran itu.malah jika sebutir pasir dari bangunan bernama muslim di ketuk kita juga wajar merasa kesakitannya.
marilah sekurangnya berdoa kepada kesabaran dan kejayaan mereka.kita yakin mereka merancang,tetapi Allah juga merancang.seungguhnya sebaik baik perancang adalah Allah ,tuan pemilik alam dan isi kandungnya.
mereka pasti tidak mampu untuk memadam cahaya kebenaran itu dari menyinari bumi xinjiang.
saya doakan kejayaan kalian ,wahai seluruh muslim uighurs.

dari sebiji kopi ke radix fried chicken! 5 sebab mengapa lanun kopi radix ciplak harus ditentang

1-asalnya kopi memang pahit.membangun industri kopi juga pahit.seperti kata tuan haji ismail ,pu HPA pada permulaan bisnes ,kopi radix dijual lebih murah dari kosnya.maknanya dijual rugi.setapak demi setapak kopi radix menguasai pasaran dan menguasai iklan .keuntungan kopi radix membolehkan lahirnya berbagai produk halalan yang lain.
jika hari ini ,kopi tiruan dan kopi ciplak cuba memakai sarung kopi radix original bermakna mereka sedang dan hendak membunuh industri halal milik muslim.
jika anda membantu lanun cetak rompak ini bermakna anda juga membunuh industri halal ini.

2-tubuh badan manusia dibina dari segala enzim tumbuhan dan herba.kopi radix dicampur dengan tujuh herba dengan percampuran atau sinergi ilmu.sinergi herba ini adalah kombinasi untuk nak bagi neutral apa yang memudaratkan dan akan menjadi doktor semulajadi yang akan merawat masalah kesihatan pengamal kopi radix.
sedangkan kopi radix cetak rompak adalah campuran racun dan bahan murah untuk memusnahkan kesihatan manakala pengusaha durjana memperolehi keuntungan segera.
elakkan memberi duit pada lanun dan jangan minum kopi beracun.

3-perniagaan adalah urusan orang yang ada amanah.bisnes kopi radix mai secawan adalah perjuangan untuk membina rangkaian dan kekuatan ekonomi umat islam.pengusaha durjana kopi cetak rompak ini adalah bukan islam yang juga manusia hina yang tidak ada amanah.orang yang tidak amanah ini boleh mencampur apa saja dalam kopi ciplaknya demi hanya kerana duit
,sekalipun nyawa dan kesihtan orang lain jadi pertaruhan.
oleh itu jangan menjadi pengsubahat untuk memusnahkan perniagaan umat islam.

4-hapuskan kemungkaran.kerja cetak rompak adalah kerja hina seorang lanun.sebagai orang islam kemungkaran bukan saja perlu dielakkan tetapi juga harus dicegah dan ditentang.jika anda pengedar kopi radix palsu,jika anda pengedar kopi radix ciplak bermakna anda adalah penggalak kemungkaran.tanyalah iman didada masing masing.jika tak mampu menyumbang kepada orang yang nak bangunkan industri makanan halal,maka jangan jadi orang yang memusnahkan.

5-perniagaan kopi radix adalah jihad untuk membangunkan kekuatan ekonomi umat islam dan membebaskan dari bergantung kepada bukan islam dalam soal pemakanan dan kesihatan.menentang produk kopi radix palsu adalah jihad untuk menentang usaha menjatuh ekonomi umat islam.dari kopi radix boleh melahirkan indusri ayam organik berjaya yang pertama didunia.dari kopi radix melahirkan radix fried chicken yang membuka mata amerika dan yahudi.
bukankah dari sebiji kopi telah melahirkan kehebatan kehebatan yang lain.
sokonglah!

Monday, July 6, 2009

jihad menentang pengusaha durjana.


gambar menunjukkan kopi ciplak sedang dipromosi dipasar malam di batu kurau perak.mereka menyamar sebagai wakil HPA dengan baju seragam.AWAS ! AWAS! AWAS! jangan tertipu.
dapatkan kopi radix hanya distokis HPA

Sunday, July 5, 2009-sumber gm HPA

JIHAD MEMBASMI KOPI PALSU MASTER RADIX
Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA.
Kononya dia pengasas awal formula RADIX.
Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina.

Sehubungan dengan ini beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)

2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Suadara Saif)

3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya.Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.

4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

AYUH WARGA HPA SEKELIAN.
SEKIRANYA ANDA TERJUMPA PRODUK MASTER RADIX DI WARUNG ATAU KEDAI RUNCIT BERKATA KEPADA MERAKA BAHAWA INI PRODUK PALSU

Sunday, July 5, 2009

orang jujur tidak menipu anda.3 sebab kenapa perlu kenali pengusaha produk yang amanah?

1-sebelum saya kenali hpa,saya adalah penggemar kopi dan sering berkunjung kekedai kopi.sambil menolong bisnes pengusaha kedai kopi,saya tentu gembira untuk membayar harga kopi radix "mai secawan".bila saya mulai kenal hpa,saya sudah boleh membezakan antara kopi radix tulin dan kopi radix ciplak.saya mula tinggalkan tabiat untuk minum kopi radix dikedai kopi kerana masalah kopi radix ciplak

inilah ilmu yang saya belajar.
pengusaha yang jujur iaitu hpa memasarkan kopi radix , tujuh herbanya untuk membantu masyarakat mengamalkan herba dalam minuman seharian supaya kesihatan terpelihara.

pengusaha "keparat" menciplakkan kopi radix tiruan ,menjual dengan harga murah sedangkan bahan bahan dalam kopi tiruan memudaratkan kesihatan.malangnya ramai tauke kedai kopi tertarik dengan harga kopi ciplak murah untuk untung yang lebih.mereka menolong pengusaha keparat dan menipu anak bangsa seagama sendiri.berbaloikah keuntungan kalau menolong indusri pengusaha keparat ini dan menggadaikan kesihatan umat seagama dan sebangsa.

2-saya pasti akan melalui dihadapan beberapa buah sekolah disepanjang perjalanan dimana mana dimukabumi malaya.sedih melihat anak anak bangsa begitu lahap sekali membeli makanan ringan dan segala aneka keropok yang kaya dengan MSG.pilu melihat anak anak orang islam sedang menumpulkan akal dan fikiran dengan pelbagai jenama makanan ringan.didalam kelas cikgu begitu gigih menajamkan akal anak anak ini,sedangkan diluar MSG sedang menumpulkan semula akal .
siapakah pengusaha durjana yang mengusahakan kilang kilang makanan ringan ini.mereka dan berpuluh tahun membina kekayaan atas kemiskinan akal anak anak bangsa sendiri.tidakkah kita ada hati untuk merasa.atau akal kita juga sudah sekian lama ditumpulkan kerana sejak dari dulu kita juga dihidang oleh MSG yang sama oleh ayah ayah dan ibu ibu kita.
bilakah kita boleh berubah.

3-bermula dari depan rumah ke ruang tamu ke bilik bilik air,ke dapur dapur carilah apa produk umat islam yang ada didalam rumah kita.jika kita tidak mampu untuk menghasilkan walau seurat bihun,masihkah kita berbangga dengan gambar gambar masjid yang dijadikan cap cap dagang bihun keluaran mereka.masihkah kita berasa bangga dengan teh cap kopiah jika pengusahanya masih mencampurkan segala pewarna berbahaya dalam produk jualan mereka.
sebutlah semua barangan keperluan harian kita,ternyata kita hanya seronok untuk mengguna tetapi kita tidak dapat nak hasilkan.
sampai bila?
saya tinggalkan jawapan ini untuk dijawab oleh hati sendiri..

pesanan dari pu hpa yang menyentuh hati.menggenggam harapan ummah

Dahulu kita sama-sama meneroka hutan belantara peniagaan ini dengan seribu kepayahan. Segala kekurangan dan kelemahan tidak menjadi sebab untuk berpatah balik dan meninggalkan perjuangan ini.
Seluruh tenaga kerja dari warga dan pemimpin mlm sederap melangkah tanpa kata atau prasangka.Sampai disuatu ketika tiba-tiba ujian menimpa....ramai dikalangan leader yang meninggalkan kita dan kalau adapun hanya melihat dari hujung mata saat sakarat usia perjuangan HPA.
Saf di perbetulkan semula tapi kali ini ikatan yang ada semakin kukuh kerana tali ikatnya ialah hati. Kita melangkah dan terus melangkah.HPA kini bukan lagi perlabuhan sepi bahkan sebuah ladang buah yang telah masak dan sedia di ambil makan.
Kerakusan sekali lagi datang sebagai ujian. Angka bonus yang tidak pernah dijangka kini menjadi rebutan dan persaingan. Ahli-ahli lama kembali hidup bagaikan terjaga dari tidur yang panjang.
Pemimpin yang dahulu telah hilang pula datang siang dan malam bertanya dimanakah keadilan.
Lantaran ahlinya yang ditinggalkan telah menjadi downline orang lain.
Pengurusan terpaksa bertindak dengan arahan dan peraturan bagi mengelakan tuduhan yang datang dari pelbagai niat dan tujuan. Sekali lagi ujian berada di hadapan buat mengukur sejauh mana kukuhnya ikatan hati yang telah tersimpul mati.

-sumber pu hpa

azam. bila perlu dibarukan?.dapatkan tips, baru azam..buru kejayaan..

tidak ada peraturan yang perlu dipatuhi bila azam perlu di perbaharui.tetapi bijak pandai dan orang yang telah berjaya memberi tips bahawa azam perlu diperbaharui setiap hari untuk mendapatkan apa yang kita hajati.ada saranan bermula setiap pagi mulakan azam baru untuk 24 jam yang akan ditempuhi nanti.selepas itu pastikan setiap 60 minit azam azam itu dikemaskinikan supaya ia menjadi relevan dengan aktiviti yang sedang kita lakukan.

azam selalunya dikaitkan pada perkara positif.bila seseorang itu berazam sebenarnya ada semangat baru sedang dialirkan pada diri sendiri untuk menjadi motivasi bergerak kedepan untuk mendepani segala bentuk perjuangan .ia tentu selari dengan ajaran islam yang berkehendakkan supaya setiap minit seorang muslim itu diisikan dengan sangkaan baik.Muhammad s.a.w mengajar setiap muslim bahawa Allah menurut sangkaan hambanya.berazam.berpositif adalah ciri sangkaan baik yang akan membantu urusan seorang muslim mencapai tahap berjaya sebagai khalifah Allah diatas mukabumi ini.

bagaimana mahu update kan azam?.azam perlu ditulis.azam perlu ada follow up.azam perlu ada istiqamah.azam perlu ada dateline.azam perlu ada ilmu.azam perlu ada kerja dilakukan.
setelah itu bertawakkallah.bermula baharukan azam dalam perkara yang kecil kecil.mula memperbaharui azam dalam perkara remeh temeh.ingat satu kumpulan perkara kecil akan menjadi perkara besar.bila mampu selesaikan kumpulan perkara kecil kecil bermakna telah selesaikan satu kerja besar.

jadi pesanan untuk diri sendiri.
tolong barukan azam setiap hari dalam apa jua bidang samada perniagaan,ibadat dan hubungan sosial supaya hidup menjadi lebih bercahaya dan bermakna.

Saturday, July 4, 2009

7 sebab apa ertinya saya guna produk muslim.

1-saya dan orang islam adalah saudara kerana ikatan muslim itu mengatasi apa jua ikatan sama da bangsa ,keturunan dan genetik.seorang melayu atau cina atau india tidak boleh memilih bangsa yang disukainya sebagaimana tidak diketahui bagaimana seseorang itu memilih ibu dan ayah untuk disemaikan benih.seorang saudara muslim wajar menolong menggunakan produk saudara muslimnya kerana ikatan saudara seagama itu.dan islam tidak pernah mengajar untuk menzalimi orang lain.kedua duanya jelas.

2-saya berkewajipan untuk membina hati sebagai seorang muslim supaya saya ada semangat dan keupayaan untuk melakukan tuntutan agama secara berterusan dan istiqamah.kalaulah produk itu makanan,maka hati juga dibina dari apa yang dimakan.saya guna produk makanan muslim yang berwibawa untuk membina hati yang cantik.peribadi yang baik akan membawa makna bahagia pada dunia dan segala isi bumi.

3-saya berkewajipan untuk menjaga kepentingan zuriat keturunan saya supaya menjadi manusia beriman kepada Allah.apa yang saya suapkan kepada isteri dan anak anak saya akan membentuk diri mereka dimasa depan.selagi saya yakini bahawa produk ini tidak mempunyai masalah kepada hati dan jiwa isteri dan anak anak saya maka saya berkewajipan membenarkan ia berada dalam rumah saya.

4-saya adalah sahabat kepada alam yang dicipta oleh Allah.selagi mana produk itu tidak melalui proses demi proses yang memudaratkan alam dan segala isi ciptaan Allah maka saya akan terima sebagai sebahagian dari hidup saya.sekiranya itu adalah produk keluaran muslim,tentulah saya akan hulurkan kedua dua tangan untuk mengambilnya,melainkan jika saya tiada banyak pilihan.

5-saya sebagai muslim amat menghargai erti sihat.nikmat yang dikehendaki sejak dari dulu sampai kehari ini.sihat bermakna saya mesti mengetahui apa yang saya perlu makan dan tidak.secara mudahnya segala tumbuhan yang dicipta tuhan ,jika melalui proses yang normal ia memberi input sihat untuk manusia.tetapi jika yang datang membawa kepada saya adalah saudara saya tentulah hati saya bertambah riang dan gembira untuk dimakan.

6-didunia ini umur saya tidaklah sepanjang mana.setelah itu akan berlaku kematian.setelah itu ada kehidupan kedua yang kekal dan selamanya.saya akan bersama saudara seislam saya untuk menikmati syurga Allah.jika untuk hari depan yang bernama syurga akhirat saya akan bersama saudara muslim saya tentulah hari ini yang bernama syurga dunia saya juga seharusnya bersama saudara muslim saya.bukankah dengan membeli produk saudara muslim yang berwibawa adalah satu nilai kebersamaan.

7-saya menyaksikan sejarah bahawa manusia jujur adalah manusia yang kuat amalan agamanya.sejarah muslim menunjukkan bahawa ramai orang orang islam terdahulu telah memakmurkan alam dunia ini dengan kejujuran dan amanah mereka.dunia hari ini juga memerlukan manusia jujur dan amanah untuk mentadbirkan dunia ini dan menyediakan sajian untuk penduduk dunia.saya akan berterusan untuk menyokong manusia jujur ini walaupun cuma darinya saya perolehi sebiji gandum atau sebutir beras.

Friday, July 3, 2009

motivasi perniagaan..apa yang membeza anak melayu dan anak cina bermain ombak?

orang selalu bertanya berapa lamakah masa diambil untuk kita jadi orang berjaya.berapakah pula jarak dari titik mula berniaga sehingga menjadi titik orang berjaya.di usia berapakah saya mampu melihat diri saya duduk bersama orang yang berjaya.

akhir sekali kita menjadi orang yang lebih sibuk bertanya soalan itu dan ini tentang bagaimana untuk “short cut”menjadi orang berjaya.sedangkan ramai orang yang berjaya itu melalui perjalanan yang panjang dan membina jiwa yang kuat disepanjang perjalanan menuju kejayaan itu.inilah rahsia mengapa kita perlu melalui jalan yang agak panjang untuk menemui sebuah kejayaan.

kerana kejayaan itu besar maknanya, maka orang yang ingin menemui kejayaan mestilah besar jiwanya.kalau tidak dibina disepanjang perjalanan itu ,jiwa dan raganya samada oleh ilmu atau pengalaman ,percayalah kejayaan itu akan bersifat sementara dan tidak membawa kebahagiaan kepada pemiliknya.akhirnya apa yang ditemui lebih memeranakan dirinya.

terbaru kisah michael jackson tentu boleh menjadi pengajaran dan inspirasi positif kepada kita.kematian nya penuh tragis dan persoalan.apabila dibedah siasat dibuat selepas kematiannya ,lebih banyak pil pil dari makanan lain yang ditemui.sanggupkah kita hanya disuapkan dengan pil pil derita dan dadah dadah sengsara sengsara untuk mencipta sebuah kejayaan.

saya suka mengandai kisah kejayaan dalam perniagaan ini seperti ombak.perhatikan ombak dilautan.ombak pasti ada naik dan turun.itulah sifat ombak supaya ia mampu bergerak dan memukul pantai dengan pergerakan naik dan turun.kalau anda bayangkan air laut itu sekata sifatnya ia adalah air tenang.tentu tidak menarik untuk berehat dipantai tanpa ada suara ombak.kaku dan tidak indah.

seperti dunia perniagaan semasa berada pada ombak menaik semua orang akan terasa hebat dan tinggi tahap motivasinya.bisnes bagus adalah menunjukkan ombak menaik.tetapi bila bisnes menurun ramai orang pula akan menurun tahap motivasi nya.pada tahap ini ramai yang kecewa dengan dunia perniagaan.pada tahap ini bermakna ahli perniagaan mlm tidak ada penajaan baru.pada tahap ini bermakna jualan menurun.bersama menurunnya prestasi perniagaan lebih malang lagi tahap prestasi motivasi dan daya juang juga turun.

sedangkan sebenarnya, tidakkah mereka ketahui bahawa sifat ombak itu selepas menurun ia akan menaik kembali.jadi nasihat saya jangan berputus asa teruskan perjalanan supaya kita berada dalam ombak menaik yang seterusnya.kalau kita berhenti ketika mana ombak itu menurun ,percayalah kita pasti akan berjumpa sifat ombak kejayaan yang sama walau dimana pun kita berada.ada turun dan ada menaik.

apakah kita hanya ingin kepenatan bersama ombak diwaktu puncak tingginya dan berhenti berjuang ketika ombak menjadi rendah.sedarlah ombak akan melalui tinggi seterusnya untuk terus menuju kepantai kejayaan.

lihatlah mereka mereka yang berjaya hampir setiap masa melihat turun dan naik ombak kehidupan ini tanpa rasa jemu dan putus asa.dikisahkan seorang anak cina dari kecil melihat ibu dan ayahnya atau bapa saudaranya atau jiran jiran mereka membina perniagaan dalam ombak jatuh dan bangun tanpa berputus asa mencuba dan mencuba.lalu anak cina itu membesar dengan pegangan bahawa inilah perniagaan.kalau nak berjaya dalam perniagaan kena alami ombak jatuh dan naik kerana itulah makna perniagaan sebelum menjadi tauke segala perniagaan.

sedangkan ramai anak melayu mempunyai pegangan yang salah tentang perniagaan.perniagaan itu mesti berjaya dan beroleh kekayaan.sedangkan jalan untuk menuju kejayaan perniagaan itu tidak dipelajari kerana tidak ada contoh dari orang terdahulu samada ibu atau ayah atau jiran jiran.kita tidak mempunyai falsafah bahawa perniagaan itu ada ombak yang harus dilalui naik dan turunya sebelum sampai kepada destinasi kejayaan.kita hilang daya juang dimedan perniagaan.kita hilang istiqamah dalam memburu kejayaan.

ajarlah ilmu bermain ombak ini pada anak anak anda supaya mereka menjadi pedagang yang hebat.sekian
sumber http://hijarkahar.wordpress.com/

Thursday, July 2, 2009

100 ribu sehari berkemungkinan penduduk dunia akan dijangkiti selema babi

laporan dari the sun uk menunjukkan pertambahan kes dijangkiti selsema babi mendadak menakutkan dan ada amaran sudah diluar pengawalan kerana terlalu banyak kes jangkitan baru.diramalkan pada akhir bulan depan pertambahan kes akan mencecah 100,000 orang sehari.
kebanyakan kes selsema biasa dinasihat berehat dirumah kerana ketidakupayaan untuk meneliti setiap kes secara lebih mendalam.
dimalaysia setakat 2 julai terdapat 38 kes baru sehari yang diserang wabak selsema babi.

kalau dulu berada jauh dari kita sekarang semakin hampir kepada kita.langkah awasan dan berjaga jaga perlu diambil oleh setiap individu.
disamping usaha dari manusia dilakukan samada menggunakan sabun clay atau mengamalkan habbatus sauda kita hendaklah kembali kepada pemilik alam ini.berdoalah kepada Allah tuhan yang memiliki alam dan isi kandungannya supaya dijauhkan dari segala bala dan malapetaka.
usaha dan doa adalah motivasi untuk lebih merasa tenang

sedikit nasihat dari blog hpa online yang besar maknanya

Sedikit info apa yang berlaku dalam MLM pada masa ini.
Ini berlaku dalam semua syarikat MLM, tidak terkecuali juga HPA yg berteraskan syariah. Kepentingan diri sendiri dlm industri MLM, ramai yg ditemui lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan org lain.

Akibatnya ramai yang gagal berbanding yang berjaya di dalam industri MLM. Ramai juga yang hanya berlakon sebagai usahawan MLM yang berjaya, hakikatnya jauh sekali dari kejayaan.
Ini kerana mementingkan diri sendiri adalah dilarang sama sekali dalam Industri MLM. Bahagian kita, kejayaan kita memang telah tersedia dan tak perlu dirisaukan selagi kita mengutamakan kepentingan orang lain.

Bantu tajaan-tajaan di dalam kumpulan anda menikmati kejayaan terlebih dahulu, kejayaan anda akan terjamin, datang secara natural dan berpanjangan. Sebaliknya, jika hanya memikirkan kejayaan diri sendiri tanpa mempedulikan kejayaan mereka yang berada di dalam kumpulan anda pasti sekali anda akan hanya beroleh kegagalan dan berada di dalam dunia lakonan MLM.

Akhir sekali orang yang mementingkan diri sendiri tempatnya di pulau terpencil bukan di dalam industri MLM. Jika ada undang-undang yang menghalang mereka ini mesti dihalang dari menyertai Industri MLM selama-lamanya kerana mereka adalah sebahagian dari makhluk PEROSAK Industri MLM.

Umumnya perniagaan MLM adalah suatu sistem pemasaran yg lebih menekankan kepada ‘PENGKADERAN’ daripada penjualan produk. Ia lebih banyak menjual ‘HARAPAN’ dan menjanjikan kekayaan dan kebebasan kewangan. Jangan mengikut sistem kapitalis yg menindas. Ekonomi islam benteng penyelamat kpd ekonomi kapitalis.
Pengguna Dan Usahawan Islam HPA Harus Bijak jangan sekadar DIKADERKAN oleh PENAJA YG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.
(sumber hpa online)