Saturday, May 30, 2009

jacko,kini saya lebih menghargai nikmat sihat dari wang dan glamer.semuanya itu lebih "mantop" kalau bersama HPA


MICHAEL JACKSON adalah multi billion selling star dan glamer satu dunia.beliau menghiburkan kanak kanak dan dewasa untuk dunia yang lebih gembira.dalam usia mencecah 50 tahun beliau kini disahkan menghadapi kanser kulit yang meliputi hidung tangan dan badan.

menurut kenyataan the star uk beliau percaya kanser ini mampu menyebabkan beliau menderita dan berakhir dengan kematian.

saya sedih dan bersimpati dengan keadaan beliau.saya berdoa semoga kesihatannya akan pulih dan akan menjadi muslim yang baik.

sesuatu yang saya belajar ialah alangkah berharganya nikmat kesihatan.saya bersyukur kerana mengenali dunia herba HPA .apabila kita setiap hari menjadi seperti tanaman terpaksa makan dan minum segala racun dalam hidangan untuk teruskan hidup.alternatifnya herba perubatan jawi HPA menawarkan kaedah perubatan ilahiyah dan alamiyah untuk meneutralkan segala toksid dan racun.

mari bersama kami di HPA-HERBA PENAWAR ALWAHIDA
(picture-dr web jackson)

Friday, May 29, 2009

graf ekonomi negara menurun.menjadi perunding kesihatan dan perawat melalui HPA


dunia memang terus berpusing walaupun kepala kita juga pening dan pusing dengan masalah,stress dan kesihatan yang tidak menentu.

kesihatan lebih jauh berharga dari matawang.minda yang tenang lebih dicari dari kesibukan mengira wang.

apabila wang masuk menjadi kurang ,kadar stress akan meningkat.itu semulajadi manusia.kadar strees yang meningkat akan memberi input kepada masalah kesihatan dan tahap keceriaan hidup manusia seperti saya dan anda.

saya rasa agak bahagia dengan dunia perubatan jawi HPA.belajar ilmu teori dan praktikal kaedah perubatan jawi buat saya kenal jauh dalam diri sendiri.

sesuatu yang dulu tidak belajar masa disekolah.

sesuatu yang pakar perubatan moden tak mampu beritahu apa yang perlu dirawat.

sesuatu yang jauh lebih murah dari insuran dan bil hospital.

dikesempatan ekonomi dunia yang sedang menjunam ini,saya menyeru diri sendiri dan anda semua,jom jadi perawat dan perunding kesihatan perubatan jawi HPA.

dan temui apa yang dicari selama ini.

graf ekonomi negara sedang menurun.mencari jalan jalan untuk ke gudang duit

coolkan diri dimasa ekonomi makin meleset dengan bisnes multilevel syariah HPA.masa ini bisnes dimana saja semakin slow dan ada yang dah gulung tikar.sesak nafas orang berniaga.walaupun begitu jumlah peniaga baru semakin bertambah.ditepi jalan gerai gerai segera semakin rancak tumbuh.
tuntutan untuk hidup dan belanja untuk teruskan hidup memaksa manusia mengubah corak mencari duit.paling mudah pasarkan apa saja ditepi jalan ,persaingan untuk mengambil duit dari poket orang lain menjadi semakin susah.
bagaimana kalau anda mencuba di multilevel syariah HPA.jualkan konsep kepada orang lain guna produk halal dan berkualiti HPA.lepas itu suruh dia ajak orang lain membuat perkara yang sama.
susah atau senang,lalui saja.kerana anda perlu cool kan diri anda

Tuesday, May 26, 2009

jom ikut ikan sardin berhijrah ke zon lebih selesa. mari berhijrah ke multilevel syariah HPA


seperi laporan akhbar the sun dan kosmo-berhijrah ke lautan hindi adalah aktiviti tahunan (mei hingga julai)kumpulan ikan sardin untuk mencari kawasan yang lebih panas dan selesa.fenomena ini amat menariik perhatian pelancong ke afrika selatan kerana apabila berbilion bilion jumlah ikan ini berenang bersama sama membentuk satu pandangan yang cantik.

contohi semangat ikan sardin,saya mengajak tuan tuan dan puan puan berhijrah kepada produk halal dan toyyiba HPA.untuk kesihatan dan pembinaan hati yang efektif.

bila dunia dipenuhi dengan segala macam makanan yang telah diracun dan tidak jelas halalnya,berhijrah kepada perniagaan halal HPA adalah alternatifnya.kenalilah HPA dan keistimewaan produknya.anda akan jatuh cinta.
mencari yang halal adalah kewajipan.mulakan hari ini.

-pix kosmo.

Monday, May 25, 2009

kita adalah umat terbaik dilahirkan ditengah tengah manusia,kenyataannya kita dikeji,disembelih dan dihina.betulkah statemant ini??

jawapannya telah dijawab oleh khalifah umar al khatab-kita adalah golongan yang ALLAH muliakan dengan islam.jika kita mencari kemuliaan dari jalan hidup yang lain nescaya kita akan menjadi umat yang hina.
hari ini kita kehilangan jati diri islam
kita nak tiru amerika idol.
kita nak tiru eropah idol.
kata cat steven-
"saya berasa pelik kerana saya saya hidup dibarat,saya lihat melihat dibarat mereka sedang berada diatas kapal yang sedang tenggelam.yang anehnya ramai anak muda islam berebut untuk menaiki kapal yang sedang tenggelam tersebut".
jadi jom pilih kapal .

mari mengaji dan mengkaji supaya alquran menjadi mukjizat yang dapat dirasai-seruan ustaz daniel

menghadiri kuliah ustaz daniel-al quran dan sains memberi satu paradigma baru kepada saya.
kalau cat steven memeluk islam kerana mengkaji ,kemudian baru mengaji.
begitu juga prof fidelma o'leary pakar biologi dari roman katholik beliau tak tahu mengaji tetapi beliau mengkaji.
dr gary miller,pakar metamatik dan teologi juga mengkaji kemudian baru mengaji.
akhirnya mereka menjadi muslim yang mendorong orang lain untuk nampak kehebatan islam.
kesemua mereka mengkaji kemudian mengaji.
kenapakah kita memang hebat mengaji tetapi tidak ada satu pun alquran tafsir untuk satu isi rumah.sekurangnya belilah tafsir al azhar karangan prof. hamka.

seni melihat penyakit melalui mata (mata bertentang mata akan ku ubati luka dihatimu dan kurawat penyakitmu selagi termampu)



Alhamdullillah.atas usaha ustaz zahir (abrauf group) satu kursus asas iridologi telah disempurnakan di tingkat atas stokis daerah ustaz zahir pada 24 mei 2009 lalu.disampaikan oleh seorang herbalis HPA yang hebat dari negeri sembilan iaitu ustaz abd hadi bin mohd isa.
mata adalah kamera yang hebat yang menterjemah apa yang dirakam oleh otak melalui signal dari sistem saraf.benarlah maksud firman ALLAH:
"KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MANUSIA TANDA TANDA KEKUASAAN KAMI DISEGENAP UFUK DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI,SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BAHAWA AL QURAN INI ADALAH BENAR.DAN APAKAH TIDAK CUKUP BAGIMU,BAHAWA SESUNGGUHNYA DIA MENYAKSIKAN SEGALA SESUATU"
-fushilat(41):53
jagalah mata,hargailah mata dan bukalah mata seluas luasnya untuk mencari kebesaran tuhanmu sebelum mata tertutup buat selamanya.

Thursday, May 21, 2009

mencari jalan bahagia.dimanakah akan kutemui...bacalah kisah terbaru ini.


bintang spiderman 3,miss gordon 29 tahun ditemui mati membunuh diri diapartmennya diparis.ternyata spiderman tak mampu datang untuk menyelamatkannya.
di south wales seorang aktress muda 22 tahun,miss parker juga ditemui tergantung membunuh diri.
ternyata glamer semata dan kemewahan harta benda tidak membahagiakan manusia.manusia perlu sesuatu untuk terus merasa bahagia.ia tak ditemui dalam dunia glamer.ia tak ditemui dalam kekayaan harta benda.
manusia perlukan tuhan yang menciptakannya untuk merasa bahagia.
hampirlah diri kepada ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang.

dari blog pu HPA.jagalah jari yang runcing dan cantik.jagalah kesihatan yang diwarisi

Hujung jari runcing.
Hujung jari yang runcing memang nampak cantik seperti tombak serai.
Namun bagitu dari segi kajian genetik herbalogi pula ia membawa makna pewarisan kepada penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Elok kita mengambil langkah pencegahan apatah lagi jika ahli keluarga telah mempunyai rekod penyakit tersebut.

Anda tidak boleh mengubah bentuk jari anda tetapi anda boleh merubah kepada gaya hidup anda.
Ini yang lebih penting supaya kelemahan genetik yang ada pada anda tidak menjadi penyakit yang kronik.
Pencegahan itu lebih mudah dan murah dibandingkan dengan pengubatan.
Darah tinggi dan kencing manis boleh mengundang penyakit berangkai seperti peluru pemusnah berangkai yang memusnahkan semua fungsi tubuh.

Amalkan pengambilan plantisol dan teh herba berterusan dan herba memberi perawatan dari hujung rambut sampai hujung kaki.
InsyaAllah.

fokus pada bisnes multilevel syariah HPA.dimanakah nak kucari motivasi hebat!!

sumbangan terbesar pada diri sendiri pada saat ini ialah memilih makanan yang halal.sumbangan kedua terbesar ialah memilih perniagaan halal.menjual konsep perniagaan halal.
berniaga adalah adat untuk cari duit banyak.tetapi niat kerana untuk meng" GAH "kan ekonomi ummat islam boleh menjadikan bisnes ini sebagai ibadat.rangkaian yang dibina bukan saja memberi persen persen yang dinamakan bonus tetapi lihatlah betapa banyak rangkaian anda sedang menggilap hati orang islam untuk kembali ceria dan gembira dengan nikmat beragama islam.
untuk tidak terlepas membina rangkaian dan jaringan amal dunia dan akhirat, mudah saja aktifkan diri anda bersama HPA.selain mungkin berpuashati dengan jumlah bonus ,ada sesuatu didalam hati yang lebih puas.aku ingin terus berbakti kepada saudara seagama ku.
setelah berpuluh tahun tidak punya apa apa untuk dibangga kan "produk kita"
hari ini produk kita adalah wajah kita.
sambutlah salam HPA

Wednesday, May 20, 2009

lagi tips untuk tempuh bersama menaja dan menaja dalam bisnes multilevel syariah HPA

buatlah sampai habis
buatlah sampai berjaya.

banyak orang menasihati begini.
ramai orang bermotivasi begitu.

apakah rahsia untuk buat sampai habis.apakah rahsia untuk buat sampai berjaya.
degilkan hati.
ini adalah degil yang positif.kekuatan luarbiasa ialah degil untuk berjaya.dimana nak dapat kekuatan untuk berasa degil untuk berjaya.degil itu ada dalam diri setiap manusia.cuma bagaimana untuk rangsangkan supaya degil itu terarah kepada hal yang positif.
urus lah sifat degil dengan pertamanya pandang dari sudut positif.yang lain lakukan saja ,teruskan saja ,buat saja.
kalau anda tak terus buat apa yang selama ini anda telah buat iaitu terus menaja dan bisnes bermakna anda telah kalah dengan sifat degil positif yang ada dalam diri sendiri.
kalau tuan diri kalah dengan sifat positif dalam diri sendiri bagaimana lagi orang lain boleh membantu untuk mencipta kemenangan.
jadi hargailah sifat degil.
positif positifkan.

Tuesday, May 19, 2009

awas !!!keli zat babi.masalah pemakanan kita lagi.bila nak selesai??



kosmo isnin 18 mei 2009 melaporkan berita kisah keli zat babi.sepuluh kolam ternakan ikan keli di sebuah kawasan diperak,rupa rupanya mendapat makanan daripada air kumbahan ladang ternakan babi yang terletak bersebelahan.
kita hanya jual diluar perak.itu kata pengusahanya.mungkinkah di kedah ,pulau pinang atau negeri lain dimalaysia.
mari kita menjadi sensitif dalam soal memilih makanan kerana diluar sana ramai pengusaha celaka yang hanya fikir untung dan untung.
dalam perniagaan multilevel syariah HPA,ahli selalu dingatkan tentang soal pemilihan makanan.aktiflah diri anda dalam HPA DAN TEMUI JAWAPAN KENAPA ANDA PERLU CARI MUSLIM YANG BERTANGGUNG JAWAB untuk urus soal sumber makan dan minum anda.
produk halal tanggungjawab bersama.

stress meniaga,stress menaja.manusia dilahirkan dengan stress.bagaimana mahu menguruskannya

zero stress cuma ada disyurga.tiada langsung tekanan cuma untuk ahli syurga.tapi untuk mendapat syurga perlu melalui jalan stress.untuk mendapat syurga kena berjuang.
diantara cara berjuang ialah memasarkan produk halal untuk pengguna muslim.
apabila multilevel syariah HPA berada dalam masyarakat dengan bisnes halal tanggungjawab bersama,orang orang yang cintakan syurga ALLAH nampak perlu bersama nya untuk dapatkan niKmat tiada stress di syurga ALLAH.

MANUSIA KALAU TIADA STRESS bermakna itu adalah stress hidupnya.kalau manusia lahir tanpa ada menangis dahulu,itu bermakna ada masalah.
oleh itu halangan ,cabaran atau apa apa saja beerti stress itu adalah hidup normal untuk seorang manusia.
cuma bagaimana mahu mengurus stress ...
bagaimana mahu tukar stress menjadi pemangkin daya juang.

kalau lah Nabi Muhammad SAW melalui kesusahan ,kepayahan,tekanan dan bengkak bengkak lutut untuk berjuang.bukankah ini contoh terbaik.
ketika ditanya kepada baginda kenapakah masih susah susah beribadat sunat walaupun sudah dapat jaminan untuk berada disyurga ALLAH yang zero stress.
mudah saja jawab baginda. salahkah jika aku jadi hamba ALLAH yang bersyukur.

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru-untuk semua cikguku.mari kupimpin tangan kalian kedunia HPA

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(tongkat warrant)

terimakasih ibu-guru pertamaku
terimakasih ayah-guru keduaku
terimaksih cikgu bastiah-guru ketigaku
terimaksih kepada semua guru guru ku diseluruh dunia.

Friday, May 15, 2009

HPA ada jawapannya untuk siapa anda pada hari esok . bertindaklah hari ini dengan kenali dunia bisnes HPA dan dunia herba HPA.

cerita cerita menarik dan ada teladan-kisah satu
1-kelmarin akhbar kosmo melaporkan dialor setar 3000 orang pencari kerja sanggup beratur panjang ditengah panas terik untuk 79 jawatan kosong yang bertaraf kontrak 6 bulan dengan jabatan pelajaran kedah.ada diantara mereka datang sejak pukul 7 pagi dan kesan dari ramainya yang datang meminta kerja ini menyebabkan kesesakan sejauh satu kilometer di jalan stadium alor setar.

teladannya ialah:
1)-tambahlah syukur kepada yang masih ada kerja.bersyukurlah pada yang bisnes nya masih ada pelanggan.kehidupan diluar sana hari semakin hari bertambah merosot.
2)-mari bersama kami dalam bisnes multilevel syariah HPA.anda mampu menjadi nya kerjaya tetapi perlukan usaha yang bersungguh sungguh.daftarkan diri sebagai ahli rm 30.hadirkan diri untuk program PBC selama dua hari satu malam dengan bayaran antara rm160- rm 180(bergantung kepada kos hotel).
kalau ada yang berjaya dalam masa lima bulan memperolehi pendapatan selesa hasil dari program pbc HPA apa salahnya kalau berani mencuba.melalui program ini kalau anda hayati dan ikuti sepenuh hati dan mencuba apa yang dikemukakan,saya mempunyai keyakinan anda akan berjaya.
cuma usaha anda akan menentukan masa.kalau anda gigih dan sanggup buka mulut tanpa rasa putus asa dan bersedia untuk enjoy dengan cabaran dalam cabaran perniagaan,anda akan jadi orang yang berjaya.
saya tidak katakan jalannya mudah tapi saya juga ingin berkongsi jalannya juga tidak juga susah.
bergantung kepada apa yang anda pandang
bergantung kepada apa yang anda programkan dalam minda.
bergantung kepada sejauh mana anda rasa besarnya perjuangan memertabatkan ekonomi ummah.

cerita menarik dan ada teladan -kisah dua
2-kelmarin kisah dari akhbar yang sama melaporkan seorang pelakon lelaki malaysia terkena penyakit kanser pankreas pada tahap 4. di amerika kanser ini adalah pembunuh senyap nombor empat.
manakala akhbar the sun london melaporkan artis hollywood farah fawccet menderita di katil hospital dengan penyakit kanser.dulu seorang wanita cantik dan glamer.kini ada berjuta harta tetapi tak mampu membeli kesihatan yang baik.

teladannya ialah
1)-syukurlah kita masih sihat dan ada rasa gembira dalam hidup.kesihatan yang baik adalah nikmat tuhan yang terbesar yanglebih berharga dari duit jutaan jumlahnya
2)-MARI BERSAMA KAMI di HPA-kerana kesihatan adalah bermula dari apa yang kita makan pada harii ini.kenalilah keajaiban herba herba HPA yang mampu mengatasi apa yang buntu dalam perubatan moden.

kenapa tak mahu bertukar kepada ayam organik HPA,jika selama ini ayam cucuk telah menyucuk berbagai masalah kesihatan kepada manusia.
kenapa tak mahu bertukar kepada kopi radix HPA dengan tujuh herba hutan jika teh sudah dicampur pewarna tiruan
kenapa tak mau bertukar kepada herba pilihanHPA yang jauh lebih berkhasiat dan beharga sederhana dari terperangkap dengan sejumlah sayur sayur yang dibesarkan dengan dunia racun dan semburan kimia.
anda adalah apa yang anda makan pada hari semalam

Thursday, May 14, 2009

jadi orang berjaya-tips seterusnya.tukar paradigma.tukar mindset,tukar cara kerja


sebelum berjaya.untuk memudahkan berjaya.untuk selalu "steady" sebelum berjaya.
saya jumpa tips ini.jom kongsi bersama.

1-ubah pandangan yang salah.
selama ini mungkin tersalah pandang.terlihat wajah yang hitam sesebuah perniagaan multilevel.mari lihat wajah putih perniagaan halal dan toyyiba.wajah Multilevel syariah HPA.tak rugi pun sekadar kenal kenal.mungkin ini yang selama ini anda cari.

2-ubah pemikiran yang salah
pandangan yang salah menghasilkan pemikiran yang salah.untuk mengelak dari pemikiran yang salah anda perlu ada ilmu tentang dunia perniagaan HPA.jom cari .jom join kami.mungkin inilah ilmu yang anda cari.

3-ubah paradigma yang salah
pemikiran yang salah menghasilkan paradigma yang salah.pemikiran yang salah menghasilkan andaian yang salah.betulkan dua diatas dan anda dapat paradigma yang betul tentang dunia bisnes ini.

4-ubah tindakan yang salah/ubah sikap yang salah.
tindakan yang betul ialah jadilah ahli perniagaan HPA.sikap yang betul ialah mengambil HPA sebagai teman bisnes masa depan anda dan saham untuk masa akhirat anda.

akhirnya
lakukan dengan sepenuh minat
lakukan sepenuh hati.
lakukan sepenuh gumbira.

Wednesday, May 13, 2009

pesanan untuk diri sendiri dalam bisnes multilevel syariah HPA kalau gagal menaja-kuasa hebat untuk berjaya ialah jangan putus asa

itulah kata keramat.
itulah kata hikmat.
mereka yang gagal sebenarnya tidak gagal kerana yang sebetulnya mereka belum berjaya.
buktinya.kesemua mereka yang berjaya melalui jalan gagal untuk sampai ke dunia berjaya.

paling mudah nak contoh.
thomas edison sebelum menemui kejayaan mencipta mentol filamen menyala telah melalui
9999 kaedah atau jalan yang menyebabkan lampu tidak menyala.
cuma pesannya ialah kalau sudah menemui jalan yang gagal ,janganlah diulang cara yang sama maka carilah jalan yang lain.
ulang dan ulang.

kata seorang jutawan juga dermawan,syed bukhari-ramai orang kagum dengan kejayaan saya tetapi tak ramai yang mahu tahu dan belajar dari bisnes saya yang pernah gagal.

oleh itu ubah lah dari menjadi gagal
1-fokus atau tumpu pada kekuatan
2-belajar dari kesilapan
3- kuasa hebat=tidak putus asa.
pesan untuk diri sendiri dan pejuang pejuang perniaggaan halal HPA.semoga sukses

seronok seronokkan diri berniaga multilevel syariah HPA-bagaimana caranya

kata orang -tidak kecemerlangan dicipta tanpa berasa seronok.lagi kata orang -sesiapa seronok berniaga dia tak berniaga seumur hidupnya.
jom kita cari tips tips untuk seronok buat bisnes HPA.

1-niat untuk seronok."program"kan dalam hati untuk seronok buat perniagaan.
kalau selalu niat seronok ini di sebut pada hati maknanya setiap hari "program" seronok di download kedalam hati.insyaAllah niat yang baik akan hasil tindakan yang baik.

2-berkawan dengan orang yang seronok untuk bisnes.
hasilnya anda akan berkawan dengan bisnes multilevel syariah yang seronok.seperti pu HPA tuan hj ismail selalu nampak hebat dan seronok bila buat bisnes untuk ummah.jadilah idola.

3-berdoa untuk seronok
doa adalah permintaan kepada tuhan yang kaya dengan rasa gembira.berdoalah kepada Allah,nescaya Allah perkenankan.

4-bagi orang seronok
ceritalah kebaikan produk HPA,kehebatan pelan pemasaran HPA dan untung dunia dan akhirat bisnes HPA.

5-berlakon diri sendiri untuk merasa seronok
lama kelamaan anda akaaan menjiwai keseronokan berniaga HPA

6-jadikan hari ini lebih seronok dari kelmarin
jangan ada dendam,jangan ada sakit hati,maaf kan orang lain dan rasai keseronokan taja orang lain.

7-jadikan perniagaan ini seronok
jadikan bisnes sebagai main main.tapi jangan main main dengan bisnes.rileks rileks dengan cabaran bisnes.seronok-redha -syukur.

Tuesday, May 12, 2009

rempah kari HPA-jadilah chef yang menjana hati mukmin


fuuh dia dah mai! rempah kari ikan HPA.ingat rempah kari ,ingatlah rempah kari HPA.bukan sekadar rempah tetapi nilai mata dan nilai rasa dilidah anda.
kod kenal dirinya ialah mk32,dengan satu nilai mata dan berharga lima ringgit.kalau selama ini kita dok bergantung kepada rempah kari orang bukan islam,kini sudah ada pilihan.
jadi tolonglah jana ekonomi orang islam.tolong bantu syarikat nak pada muamalat islam supaya HPA ada hebat modal untuk lahirkan semua produk hebat umat islam.
percayalah satu sen yang anda bantu dengan membeli barangan HPA akan menjadi beribu ribu sen jaringan faedah untuk umat islam.
buat lah perubahan segera.

usaha cara helang-matanya tajam,pendengar yang hebat,berani, pantas dan kuat daya juangnya

dalam motivasi menaja selalu upline
suruh bekerja macam helang.semasa perkongsian bijak cemerlang ada ilmu "eagle eyes sponsoring".
jom kita kaji kaji apa yang kita boleh belajar dari sang helang.
mari tukar kepada mata sang helang.mari pakai kaca mata sang helang.
matanya tajam dan boleh menembusi dalam laut.kerana itulah sang helang boleh menangkap ikan di dasar sungai.malah boleh mengangkat seekor angsa keangkasa dan menyudahkan persembahan menawan angsa diangkasa.hebat sifat yang ALLAH kurniakan pada helang.
moralnya ialah mari kita lihat 10 kali lebih cepat dari orang lain.analisa 10 kali cepat dari orang lain.cipta peluang 10 kali dari orang lain.membuat keputusan 10 kali lebih dari orang lain dan bertindak 10 kali dari orang lain.
tetapi
jika hari ini anda tersedar untuk jadi helang, bermulalah jadi anak helang.kita perlu belajar untuk jadi semahir helang.kemahiran dan skill bukan boleh dengan mudah di "download"atau
diprogram,kemudian dengan satu jari lalu menjelma kemahiran itu didepan skrin kehidupan.
kena belajar dan sentiasa berusaha untuk tambahkan skill.
macam mana tu!!
anak helang akan mula terbang tinggi sedikit dari burung lain supaya boleh nampak mangsa yang lain.
belajarlah dari helang dan sikit demi sikit terbang semakin tinggi dan cengkam downline atau pelanggan.
akhir sekali carilah mangsa yang hebat hebat.carilah pelanggan yang hebat hebat.
bawa mereka ke kemuncak kejayaan.
dalam multilevel syariah HPA, saya lihat sudah banyak helang helang hebat yang boleh dicontohi.yang pasti helang akan pergi dan helang baru akan datang.yang pasti juga helang tak akan pupus.
siapa tahu kitalah helang yang sedang dicari.jom bertindak!!

Monday, May 11, 2009

cukuplah tujuh pakaian untuk kita dalam seminggu.-jom sahut arahan PU HPA


pada muka surat sebelas,metro HPA.ini adalah nasihat pengarah urusan HPA,tn hj ismail hj ahmad.
cukuplah tujuh pakaian untuk kita dalam seminggu.elakkan pembaziran kerana semua itu akan disoal di padang mahsyar nanti.
bagi mengelak pembaziran dalam "kerancakan "kita membeli dan menempah pakaian baru yang akhirnya hanya "terdampar" didalam almari.
HPA terpanggil untuk mengadakan program sosial untuk mengumpulkan pakaian terpakai untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.
anda boleh meletakkan baju baju yang hendak disumbangkan di semua cawangan cawangan HPA.
dan insyaAllah baju baju itu akan dihimpunkan sebelum dijual dengan harga murah dan semua duit kutipan 100 peratus akan diberikan kepada fakir miskin.
bagaimanapun,nasihat hj ismail ialah pakaian yang hendak disedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika kepejapat atau ketempat keramaian.
"kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.
"percayalah..jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan disoal oleh ALLAH kerana tidak digunakan sedangkan diluar sana jutaan umat islam berada dalam kemiskinan.
"tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja untuk kegunaan 7 hari seminggu"katanya.
semoga sumbangan amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia
untuk menerima arahan.
jom sesama membantu.saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan pejuang HPA.

Sunday, May 10, 2009

cuci lantai,wangikan tandas dan nikmati nilai mata-produk baru HPA

produk baru untuk cuci lantai dan cuci tandas,kod pengenalan diri sho6 dan sho7,masing masing cuma empat ringgit dan satu nilai mata.memudahkan ahli HPA mencari nilai mata.bermula dari ruang tamu hingga kebilik air setiap produk HPA mula memberi nilai mata dan lebih nilai wang.
sapa kata nak maintain produk HPA susah.
dengan lebih 200 produk pilihan,orang islam tiada alasan untuk tidak menolong syarikat yang nak tolong ekonomi umat islam.
bertukarlah dari dok maintain dekat supermarket atau syarikat bukan islam kepada syarikat orang islam.dengan pelan pemasaran yang mudah,anda bukan saja dapat barang berkualiti tapi mampu menjana pendapatan melalui sistem multilevel syariah HPA

untuk melihat hasilnya jadilah ahli HPA,carilah upline yang membimbing dan anda jadikan belanja harian anda sebagai pendapatan.cuma mudah saja.ajak saudara anda,kawan anda,orang yang anda sayangi atau sesiapa saja lakukan seperti anda.

alasannya mudah jika kita tidak menolong diri kita,siapakah lagi yang lebih baik untuk menolong diri kita.
jika kita tidak menolong umat islam menjana ekonomi,kita sebenarnya sedang membina generasi yang akan bergantung kepada bukan islam walaupun cuma untuk membeli seurat bihun.

Saturday, May 9, 2009

ciptakan motivasi dikelas mingguan dan anda akan temuinya

sudut yang indah di HPA cawangan kepala batas.tahniah kepada staff dan pengurusan.
pjs muzafar dan pjs wanda,slot kelas malam di HPA cawangan kepala batas-konsep ABCDDDD-ajak,bawa,cakap,duduk,diam,dapat,duit.





UNTUK BERJAYA,dalam perniagan mlm ialah antaranya menghadiri kelas dan meeting.dunia ilmu hpa yang hebat antaranya ialah kelas malam.seperti diatas terbaru kelas malam di cawangan kepala batas.tak kenal susah nak jatuh cinta.untuk jatuh cinta pada HPA antaranya kena hadir diri pada kelas malam.
program ilmu kelas malam,antaranya ilmu dunia perubatan jawi yang unik tak terdapat dalam mlm yang lain.
pelan pemasaran dan kaedah serta pengalaman barisan leader.jadi jemput jemputlah kekelas malam.
leader mana pun tak kisah,anda akan temui pengalaman yang berlainan.
lahirkan kecintaan dengan sentiasa berada dalam kelas mingguan HPA.lahirkan kasih dan sayang dan semarakkan perjuangan.

saya rasa tempat yang sesuai untuk membawa orang baru kenali HPA ialah kelas malam.
suasana kelas malam bukan saja memberi motivasi baru pada orang baru tetapi juga mem "upgradekan"motivasi orang lama.
ciptakan motivasi dikelas mingguan!!
anda akan temuinya



Friday, May 8, 2009

dari blog cina islam-bapa cuci kontena,anak terputus susu nak minum-di tengah kota seberang jaya

kisah sedih ini saya petik dari blog cina islam(drs idham lim abdullah).secebis kisah duka orang islam berbangsa melayu mengharungi hidup di kawasan bandar.tersepit dengan kemelut hidup dan tiada wang untuk susu anak.sebagai renungan dan motivasi untuk tingkatkan perjuangan kepada pejuang pejuang HPA

Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak (Warga kilang)
.Adam Yew(Email diterbit tanpa edit)
Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang;
bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.
Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana.

Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.Shukri tanya nak minta tolong apa?

Hamba Allah tu kata:"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.
Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia.
Ini dah kira kes kronik ni.
Kata Shukri:"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.
Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya. Masing-masing tak tau nak kata apa.

Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama.

Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.

On the way back, Shukri cerita:"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta.
Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.

Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.
Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta.

Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam.

Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"
Wallah hu aklam
moniermatdin
30.4.09
Adam Yew Abdullah
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 5:42 AM

Thursday, May 7, 2009

menarik,tersendiri,terampil,eksklusif,hebat. teruskan perniagaan halal tanggungjawab bersama



wajah wajah baru kopi radix mai secawan,radix coco,radix manjakani,radix diet.makin menarik dan eksklusif.nampak terampil dan tersendiri.gambar wajah terbaru ini ada dalam web HPA.insyaAllah bersama pek baru akan mengalir semangat yang sentiasa diperbaharui untuk semua ahli HPA dalam bisnes produk halal dan toyyiba.

ayuh teruskan perjuangan dan tingkatkan kejayaan

Wednesday, May 6, 2009

ciri ciri orang berjaya-baca kisah orang berjaya,ikut orang berjaya dan jadi orang BERJAYA

sentiasa mahu belajar
untuk maju kedepan kita sentiasa perlu belajar
belajar itu banyak elemennya,banyak caranya
belajar dari kesilapan.betulkan
belajar dari pengalaman.adunkan
belajar dari kursus.amat amatikan
belajar dari meeting.aktifkan diri sendiri
belajar dari upline,belajar dari buku,belajar dari pemerhatian,belajarlah dari sesiapa saja.
jangan rasa jemu belajar

sentiasa bersedia
sediakan mental.berfikiran luas dan terbuka
sediakan fizikal.bersemangat dan sentiasa sihat dan rasa sihat
sediakan IQ,EQ dan SQ.mental perlu berfikir positif dan bersabar dengan segala rintanagan yang bakal dihadapi.

memiliki imaginasi luar biasa
imaginasi lebih penting dari pengetahuan-kata albert einstein.kerana setiap kerja bermula dengan imaginasi.imaginasi yang hebat hebat dan dalam jangkauan.
orang berjaya dulu adalah pernah berimaginasi jadi orang berjaya.

sentiasa ingin berkongsi
perniagan networking adalah memerlukan berkongsi dari segala segi
berkongsi kebaikan produk
berkongsi peluang mennambah pendapatan
berkongsi ilmu pengetahuan
berkongsi tenaga
berkongsi kejayaan
ok itu sebahagian tips yang saya olah dari buku jutawan mlm.selamat mencuba untuk diri sendiri.

Tuesday, May 5, 2009

tanah liat putih-penawar racun,rawatan ketagihan dadah,menurun suhu badan dan BERTAYAMUM



DARI BLOG PU HPA

Tanah Liat putih.
Kini satu lagi produk HPA masuk ke pasaran MLM iaitu tanah liat putih dalam bentuk debu halus.
Tanah ini digunakan untuk pelbagai kegunaan dan ia tidak beracun malah menjadi bahan untuk mengeluarkan racun dalam badan. Jika debu ini dimasukkan sedikit ke dalam tepung untuk menggoreng pisang ia akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Perawatan untuk cirit-birit, santau (keracunan makanan) atau orang yang muntah darah tiba-tiba, diberikan air tanah liat putih ini.
Begitu juga boleh digunakan untuk tujuan rawatan ketagihan dadah. Banyak lagi kegunaannya yang saya tulis dalam jawimedherb.
Dalam HPA produk dari tanah liat terdapat dalam tiga bentuk iaitu : body scrub, sabun clay dan serbuk tanah liat halus.
Produk yang baru ialah dari debu tanah tanah liat dengan pakaging seperti harga dibawah;
harga ahli RM6 dan NM2.
Ini akan membolehkan setiap rumah menyimpan produk ini untuk perubatan.

pusat rawatan muslimah-satu pilihan kepada muslim untuk sokong perniagaan orang kita,juga satu pilihan untuk motivasikan upline




tahniah kepada pjs nurwanda dan pjs muzafar untuk rangkaian bisnes anda.MOGA SUKSES



ok hari ini.saya bawa wife saya mengunjungi dwanda salon rambut,pusat rawatan muslimah.bagi sokongan moral pada bisnes upline.perniagaan adalah motivasi untuk orang yang bercita cita untuk berjaya.
bisnes perlu ada rasa seronok ,perlu ada rasa cinta untuk lakukan.kerana untuk berhadapan dengan cabaran bisnes dan pahit manis perniagaan,minat adalah ubat terbaik.
orang melayu tidak banyak yang dibesarkan dalam trek perniagaan,jadi kita adalah "less" pengalaman dan seni berniaga.
seni ini kena bertahun tahun melaluinya dan perlu pandai mengolah jika nak berjaya dalam bisnes.
itu sikit nak habaq pasai bisnes.nasihat untuk diri sendiri dan sapa yang sudi ambil sebagai tips tips.
selebihnya,mulakan bisnes
kerana kalau anda tak pernah memulakan bisnes hari ini,anda takkan berjumpa hari lain yang lebih baik untuk nak berniaga.
nota:
kalau ke guar cempedak,kedah singgahlah kesalon dwanda,buat temujanji dan dapatkan rawatan dari hujung rambut sampai kehujung kaki.
kecantikan adalah gabungan rawatan luar dan dalaman,di dwanda , anda juga ada pilihan untuk dainogsis saraf tapak tangan dan pilihan ubatan herba HPA.
apapun,cuba dan anda nilailah sendiri.

Monday, May 4, 2009

kelab pemimpin utara-mencari motivasi dan mengasah bakat kepimpinan











program latihan dan kepimpinan ,kelab kepimpinan utara berlangsung di sg petani inn pada 3 mei 2009.
bermula 8 pagi ,pendaftaran peserta,aktiviti latihan dalam kumpulan,ceramah bahan kimia dalam pemakanan oleh dr afidah bt abd rahim dari usm ,taklimat zakat perniagaan oleh ustaz ku md ali bin hj ku ramli.

diakhiri dengan diskusi buku menjadi jutawan mlm oleh tujuh orang pjs terpilih.majlis dipengerusikan oleh ustaz zahir berakhir pada jam 6 petang.
terimakasih pada yang menyumbang.
seperti kata iman alghazali,semakin bertambah ilmu ku,semakin rasa rasa banyak yang tak ku ketahui.
saya suka perkataan ini,semakin banyak program motivasi dihadiri ,semakin banyak pulak motivasi diperlukan untuk semarakan perjuangan bersama HPA.
saya tertatarik dengan beberapa idea dari pendiskusi keenam iaitu pjs zainuddin bin abdul.
katanya kalau kita menganggap orang disekeliling kita penting,maka sebenarnya kita adalah orang yang penting.
tambah beliau lagi,seorang guru tetap akan mengajar walaupun seorang anak murid kerana anda bukan seorang guru jika tiada seorang anak murid.fuuh!!jadilah guru yang baik,kerana guru yang baik akan melahirkan beribu downline yang lebih baik.cayalah
saya juga tertarik dengan teori dengan teori 5 ketul aisnya,5 bungkah aisnya.jadikan minuman harian.
Amanah-Ikhlas-Sihat
Amal-Ikhtiar-Silaturahim
Akhlak-Ilmu-Sungguh sungguh
Ajak-Istiqamah-Seronok
Asuh-Iltizam-Sabar

Friday, May 1, 2009

suatu hari bernama 1 mei 2009,jalan jalan di sungai petani dan kenali HPA

sesekali berkunjung kesini.lihat kejayaan HPA,suntikan untuk motivasi diri.
masih lagi top up top up,namun begitu ia sudah indah dipandangan mata-azzahra

woow,ikan kelemasan dalam kesedapan,mungkin boleh dicuba direstoren cina HPA


roc,gabungan mukabumi malaya dan selera tanah besar cina




kunjugilah sesekali untuk cari kelainan.cari selera baru.cari input baru.atau apa apa saja!




indah dimata,indah dikhabarkan,mai mailah nikmatinya






sambil menunggu order sampai,tazkirah pada diri sendiri,ini adalah sebahagian nikmat dunia yang bersifat sementara,ada satu lagi nikmat yang kekal dan bersifat selamanya,nikmat berada disyurga Allah.nikmat yang kekal itu seharusnya lebih hebat diperjuangkan.





hidup perlu dirancang dan disusun cantik,supaya elok kesudahannya.pasangan kepada hidup ialah mati sekejap dan hidup kembali.umpama garpu dan sudu,jangan dipisahkan supaya acara makan menjadi sempurna.hidup,kematian dan hidup semula janganlah dipisahkan supaya matlamat hidup insan itu boleh disempurnakan.






sesudah perut kenyang,eloklah mendapat sikit input minda,kunjungi pusat stokis daerah ustaz zahir.ada maklumat ,sesuatu tentang HPA disajikan dalam bentuk berita bergambar.cari carilah motivasi diantara celahan gambar dan cerita.







lihatlah dengan mata hati,supaya apa yang tersurat mampu disiratkan,supaya apa yang dilihat boleh dijadi teladan atau impian.impian dan usaha insyaAllah akan membuah kejayaan.










HPA adalah payung kepada ekonomi ummat.berdagang produk halal adalah tanggungjawab bersama.marilah bersama kita ikut resmi payung,taktala panas,ia mampu meneduhkan,taktala hujan ia mampu melindungi dari basah,taktala dikembangkan ia adalah perisai dan dikala dikuncupkan ia berguna sebagai senjata.









tiada kesangsian lagi,gambar dan cerita dihadapan dah dibaca.lajak lajaklah kekaunter pembelian,belilah produk HPA,jadilah ahli HPA dan berjuanglah...











metro HPA.pasaran halal tanggungjawab bersama.dapatkan senaskah untuk mengubah had laju perjuangan.

metro HPA edisi 9- april2009 memaparkan wajah wajah leader yang akan berkongsi kejayaan dan kisah perjuangan.
pelbagai maklumat untuk dibaca.mungkin motivasi yang dicari akan anda temui didalam majalah ini.baca tulisan pengarah urusan,tuan haji ismail-siapakah usahawan HPA yang paling awal untuk sampaikan amanah ini dipelusuk kampung yang jauh.
kalau pak habib daripada batam mengembara di rumah panjang sarawak untuk menyampaikan usaha dakwah ini,kenapa kita tidak boleh mengubah had laju perjuangan.
jangan biarkan ada perniagaan lain yang berjaya memintas kelajuan kita selama ini.
teruskan membaca!

salam "labour day" kepada pekerja pekerja HPA and the groups


salam kepada pekerja kilang HPA di napoh
salam kepada abang security dikilang kopi radix
salam kepada gadis gadis anggun di kaunter order RFC
salam kepada abang abang driver lori HPA
salam kepada pekerja pekerja cawangan HPA
salam kepada pekerja pekerja di hq HPA
salam kepada pekerja pekerja diladang HPA
salam kepada mis HPA
salam kepada semua

terimakasih
kerana tanpa anda semua
tiada produk hebat HPA
disisi kami hari ini.