Thursday, August 12, 2010

setelah 27 jam mengenal ramadhan 2010

Alhamdulillah kerana sempat merasai nikmat ramadhan 2010.
jika kematian tidak memilih usia bermakna setiap insan perlu ada kerisauan sempatkah dia merasai ramadhan 2011.
sempatkah melihat orang orang tersayang berbaju raya? sempatkah menghabiskan sekolah ramadhan 2010 ini?
semua itu tentulah Allah lebih mengetahui.
kerja insan ialah mengingati tarikh kematiannya kerana pesan nabi Muhammad saw orang bijak ialah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.

hmmm itulah diantaranya kisah untuk menjadi orang bijak

dikala perut perut diikat dengan kelaparan, maka fungsi hati fizikal boleh rileks rileks tanpa perlu bekerja lebih lebih untuk memproses dan menyerap khasiat makanan, otak pun semakin menjadi terang. kekadang saya terfikir alangkah nikmatnya tuhan mengurniakan kedatangan ramadhan.

dikala kebanyakan penyakit bermula dari makanan yang kita suap, Allah datangkan ramadhan untuk insan sebagai ubat dan terapi semulajadi. maka bergembiralah usus dan segala kejiranan isi perut kerana "shutdown"selama sebulan ini seseolah "overhaul" terbaik untuk menyahkan segala kecederaan dan kesakitan beroperasi selama sebelas bulan.

Ramadhan mengilhamkan diet terbaik ialah bermula dari rasa nikmat dari berpuasa. bergembira dengan nikmat ibadat ini dan sekaligus mendapat nikmat yang berupa bayaran "cash" dari Allah.

apakah bentuk bayaran tunai dari Allah itu?

1) rasa lebih sihat - lihatlah testimoni dari dahulu, ramai yang menikmati kesihatan yang lebih baik setelah istiqamah berpuasa. kalau mahu mencari keyakinan, berpuasalah.

2) rasa lebih bersyukur - alangkah hebatnya alam sekeliling kita yang kaya dengan makanan berbanding dengan sengsara bumi somalia atau gaza yang sedang berebut sumber makanan. lalu pada ramadhan inilah kita mampu melihat pelbagai variasi makanan yang di gubah dari sumber alam ini.
sebutlah Alhamdulliah...

3)rasa nak jadi orang baik baik - disekeliling kini dipenuhi orang baik baik, yang suka bersedekah, yang suka beribadat. sedikit sebanyak inilah kehebatan ramadhan sebab itulah ramai orang bijak mengalir air mata kegembiraan menyambut ramadhan dan ramai yang pula yang menangisi bila dipenghujungnya.

4) yang lain lain ,sila pandanglah disekeliling, lihatlah terlalu banyak kehebatan yang Allah bayar kepada kita sempena kedatangan ramadhan - pasar ramadhan, bazar ramadhan, umrah ramadhan,sale ramadhan,more ramadhan,cinta ramadhan, buffet ramadhan,gaza ramadhan dan seribu kisah ramadhan.

alangkah hebatnya! ternyata ramadhan membentuk pesonaliti dan wajah masyarakat.jika tiada ramadhan tiadalah offer menarik ini, beribadat hanya beberapa jam tetapi akan dimasukkan ke dalam akaun matawang akhirat yang berupa gandaan upah berkerja seribu bulan.
lalu carilah dalam lipatan sejarah" siapakah yang mampu menjadi majikan terbaik yang memberi upah sebegitu mahal kecuali Allah yang maha kaya dan maha pemurah"

alangkah nikmatnya menjadi seorang muslim.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com