Sunday, July 31, 2011

menuju ke sekolah ramadhan

"Belajarlah di universiti ramadhan seseolah ini adalah konvokesyen aidilfitri terakhir buatmu" begitulah pesanan seorang yang prihatin.


"jika dari dahulu setahun sekali tuhan tidak ada ramadhan, dua kerugian besar yang terjadi dalam sejarah hidup manusia-manusia kehilangan diet jiwa dan kehilangan diet fizikal." pesan seorang lagi.



Aku cuba cuba mencari jawapan. diet jiwa -mungkin beerti sabar dan memahami erti susah dan miskin.

diet fizikal pula-rawatan semulajadi untuk meningkat stamina badan,
servis tahunan untuk perut dan mesin mesin prosesnya.
pendek kata shutdown tahunan untuk usus besar dan usus kecil.

Jika ke kuliah ustaz you tube- ada pesanannya. Tuhan mempelbagaikan ibadat kepadan insan supaya manusia boleh lebih memilih, melihat di mana kekuatannya untuk melakukan. ada yang kuat puasanya,ada yang kuat sedekahnya dan ada yang kuat solat solat sunatnya.

Tuesday, July 26, 2011

honlulu 2.0- kelazatang haruang dan beras cap rambutang

Sang haruan sungai menggelegak di dalam periuk bersama ramuan simple - kunyit hidup, serai asam keping,bawang putih dan merah,sebiji dua cabai melaka,daun kesum, garam dan belacan.

"resepi mudah tapi ada rasa istimewa malah sesuai untuk ibu selepas bersalin dan bakal bapa selepas masuk jawi"gesa ibu satu waktu dulu yang aku masih hafal sampai sekarang.

Nasi panas kosong, musim genuak dan ikan sungai yang tidak tercemar mungkin pilihan terbaik di zaman moden ini bilamana semua makanan dunia di reka dengan perasa tiruan dan dikatakan menjadi punca pencipta penyakit baru.

"jadilah makananmu itu ubat dan jadilah ubat itu makananmu" gesa seorang herbalis ketika memberi tips untuk bahagia sepanjang perjalanan hidup ini.

Pulang ke daerah hulu paling hulu, untuk upgrade/menaiktaraf sedikit kehuluannya maka aku senang memanggil honlulu selama, seumpama mencari vitamin dan zat zat yang semakin pupus di mukabumi ini.

alangkah enaknya telur ikan lampan yang baru bunting pertama kalinya, lalu dibakar pada bara api dalam bungkusan daun pisang, alangkah sedapnya anak anak ikan sungai dan sawah bendang yang di masak cetum.

satu satunya yang telah hilang ialah kewangian beras kampung yang tidak mengalami proses pemutihan beracun.

yang ada di dapur ibu cuma beras dari negeri antah berantah cap rambutan. beras yang perlu mengalami proses permandian berhadas, itu yang aku agak


daerah hulu yang paling hulu (honlulu )selama, perak-2011/07/23

"aku pulang ke kampung ku semalam"

lagu sohaimi mior hassan itu kunyanyikan sepanjang perjalanan, ketika kedua tangan sibuk memusingkan stering untuk menggerakkan tayar supaya seiring dengan jalan batu yang nama berdaftarnya ialah jalan sungai ular.

"Patutlah, jalan sebegini bengkang dan bengkok, mungkin jurutera JKR yang dulu makan gaji separuh buta dan separuh celik, semasa merangka jalan raya ini pun mendapat ilham dari sungai ular bersebelahan yang lebih seribu kali bengkok, mudah banyaklah kalau kerja tidak mahu innovatif macam ni" hatiku cuba mewajarkannnya.

"atau otakku yang jahat memikirkan bukan bukan". Ini sangkaan yang tidak positif Brader. Sangkaan sebegini kalau dibiarkan terus terusan boleh menjadi habit yang merosakkan pemikiran.

kereta terus meluncur laju, membelah di antara celahan daun daun kelapa sawit yang berjuntai menaungi jalan. pokok kelapa sawit penakluk alam dan tidak ingin bersahabat dengan lain lain komuniti, sehinggakan setiap ada sahaja ladang kelapa sawit, di lantai tanahnya, rumput dan pokok kecil sentiasa bewarna perang akibat dari diserang racun pemati.

"Boleh blahlah engkau, wahai sawit perosak ekosistem" hatiku sekali lagi memberontak.

"semuanya kerana duit duit"

" semuanya kerana kapitalis. dasar kaum pemodal yang menyerapkan fikiran salah".

"Dumm".Hentakan bercampur kegeraman.

Pintu kereta kututup. Beg duit kucapai dan tiba masa untuk shopping sambil menolong bisnes warga desa. kukira langkahku satu persatu. lapan puluh tujuh langkah aku berhenti pada pakcik/abang banjar.

"sekilo duabelas" dia menawarkan

" ok saya setuju"

Satu persatu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.

"sekilo seratus. Bagi tiga belas sudah" wajarnya

"Ok, boleh". saya atau aku pun mengiyakan.

kulihat tangannya jujur sekali menambah dua ekor si anak haruan yang masih melompat lompat.

" Ini sedekah saya"

"terimakasih abang"

aku menemui sesuatu yang telah lama hilang pada pakcik ini, perniagaan dan sedekah. tiga puluh lima tahun dulu, jual dan ada sedikit untuk disedekah adalah lumrah untuk komuniti kami.
hari ini aku temui sisa sisanya pada pakcik tua ini.

diam diam aku berdoa " semoga sedekah pakcik ini akan menjadi seperti dari sebiji gandum yang disedekah lalu membesar menjadi sepuluh tangkai gandum yang lebih baik".

aku menoleh kepada pakcik banjar kembali sewaktu sampai pada gerai nombor tujuh, si penjual pisau dari besi rel keretapi.

dia juga sedang berdoa padaku sambil mencium wang yang tadi kubeli ikan ikan segarnya.

Agaknya beginilah doanya

"wahai Tuhan yang menaburkan rezeki dari lautan dan daratan, terimakasih atas pemberianMu.
Aku doakan agar anak muda tadi, engkau lapangkan rezekinya, lapangkan waktunya,biar dia mampu datang lagi untuk membeli ikanku.

Kini pisau dan duit pun bertukar tangan.