Monday, June 29, 2009

hidup ini umpama roda.gerakan terus supaya bisa sampai..

dulu sewaktu disebuah sekolah menengah berasrama penuh diwilayah utara tanahair saya pernah dihiburkan oleh lawak dari seorang rakan sekelas juga rakan seasrama tentang teori hidup ini umpama roda.
setelah beberapa kali ditangkap kerana amat lambat kesekolah rakan saya ini dikehendaki memberi alasan paling wajar mengapa beliau selalu ketinggalan "keretapi awal" untuk kekelas setiap pagi.
satu pagi diperhimpunan sekolah surat jawapan ini dibaca untuk pengetahuan umum dan mungkin menjadi teladan.

anda tahu apa jawapannya.jeng jeng jeng..
ringkas saja jawapannya-hidup ini umpama pusingan roda,kadang kadang keatas kadang kadang kebawah.kata kawan saya,masa saya ini selalu berada pada roda dibahagian bawah sebab itu saya selalu lambat bangun pagi dan lambat kedewan makan dan lambat kekelas.tetapi sekurangnya saya adalah sebahagian dari yang membuat roda itu berpusing.
fuuh apalagi seluruh perhimpunan pagi itu tergelak besar.
saya tak pula ketahui apa terjadi kepada kawan saya selepas itu.tetapi oleh kerana beliau ada jawapan glamer,beliau menjadi glamer dan dikenali dan surat itu mengubah perangai beliau yang suka lewat dan serba lambat.

oleh itu gerakan terus roda hidup anda supaya boleh sampai kepada matlamat dan destinasi impian.tak kisahlah dimana kedudukan anda,sebenarnya pusingan roda itu akan membawa anda kadang kadang ke atas dan kadang kadang ke bawah.ini adalah lumrah supaya roda kehidupan ini boleh terus berpusing.
hargailah diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com