Thursday, June 25, 2009

mari bercerita.ayam dalam seekor helang!.motivasi untuk manusia

kisah kecil ini ada pengajaran besar
dikisahkan seekor ibu ayam telah mengeram sebiji telur burung helang bersama telur telur ayam yang lain.sampai waktunya maka telur pun menetas dan lahirlah seekor anak helang membesar bersama anak anak ayam.
bagi seekor anak helang itulah ibunya dan anak anak ayam itulah saudara saudara sepermainannya.hiduplah mereka bersama belajar dan mencipta pengalaman baru.

suatu hari seekor helang terbang diruang udara dikawasan lingkungan hidup mereka.ibu ayam memberi signal berjaga jaga dan bahaya kepada anak anaknya termasuklah anak sihelang yang seekor itu.lalu bersoallah sianak helang itu mengapakah sihelang yang sedang terbang itu berwajah mirip seperti wajahnya dan mampu terbang bergaya diudara.

ibu ayam menyuruh anaknya bernama sihelang itu diam dan jangan banyak soal kerana awak itu ayam.ayam tetap ayam ,maka jangan dok berangan nak jadi sang helang.begitulah juga nasihat dari saudara sepengeramannya.nasihat dari kawan kawan sepermainannya juga sama hargailah dirinya sebagai seekor ayam maka silalah punya jati diri sebagai ayam.
mencakarlah seperti ayam.belajarlah berkokok seperti ayam.segala galanya ayam dan ayam

itulah tarbiah diterima setiap hari.itulah yang diprogram setiap hari dalam minda seekor anak helang .hasilnya walaupun anak helang ini mempunyai potensi untuk menjadi helang yang boleh bergaya terbang diudara tetapi kerana desakan demi desakan dan program demi program yang menyatakan dirinya adalah ayam maka jadilah sihelang ini seperti seekor ayam.

pesanan saya jangan jadi seekor helang yang terperangkap dalam dunia seekor ayam.
potensi diri yang hebat janganlah disia sia kan.
serlahkan wajah sebenar anda.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com