Thursday, July 2, 2009

sedikit nasihat dari blog hpa online yang besar maknanya

Sedikit info apa yang berlaku dalam MLM pada masa ini.
Ini berlaku dalam semua syarikat MLM, tidak terkecuali juga HPA yg berteraskan syariah. Kepentingan diri sendiri dlm industri MLM, ramai yg ditemui lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan org lain.

Akibatnya ramai yang gagal berbanding yang berjaya di dalam industri MLM. Ramai juga yang hanya berlakon sebagai usahawan MLM yang berjaya, hakikatnya jauh sekali dari kejayaan.
Ini kerana mementingkan diri sendiri adalah dilarang sama sekali dalam Industri MLM. Bahagian kita, kejayaan kita memang telah tersedia dan tak perlu dirisaukan selagi kita mengutamakan kepentingan orang lain.

Bantu tajaan-tajaan di dalam kumpulan anda menikmati kejayaan terlebih dahulu, kejayaan anda akan terjamin, datang secara natural dan berpanjangan. Sebaliknya, jika hanya memikirkan kejayaan diri sendiri tanpa mempedulikan kejayaan mereka yang berada di dalam kumpulan anda pasti sekali anda akan hanya beroleh kegagalan dan berada di dalam dunia lakonan MLM.

Akhir sekali orang yang mementingkan diri sendiri tempatnya di pulau terpencil bukan di dalam industri MLM. Jika ada undang-undang yang menghalang mereka ini mesti dihalang dari menyertai Industri MLM selama-lamanya kerana mereka adalah sebahagian dari makhluk PEROSAK Industri MLM.

Umumnya perniagaan MLM adalah suatu sistem pemasaran yg lebih menekankan kepada ‘PENGKADERAN’ daripada penjualan produk. Ia lebih banyak menjual ‘HARAPAN’ dan menjanjikan kekayaan dan kebebasan kewangan. Jangan mengikut sistem kapitalis yg menindas. Ekonomi islam benteng penyelamat kpd ekonomi kapitalis.
Pengguna Dan Usahawan Islam HPA Harus Bijak jangan sekadar DIKADERKAN oleh PENAJA YG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.
(sumber hpa online)

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com