Monday, June 29, 2009

jika jatuh,bangun dan langkah terus

saya membaca buku 7 formula individu cemerlang karangan doktor daniel.
mengikut satu kajian,kalimat gagap tidak pernah wujud dalam kamus golongan red indian.justeru itu mereka tidak pernah gagap.

lalu saya belajar bahawa bila mereka tidak kenal apa itu gagap,mereka menjadi bangsa yang tidak gagap.kita patut belajar untuk tidak kenal gagal,barulah kita akan jadi bangsa yang tidak akan gagal.

gagal hendaklah di fahami sebagai cabaran.gagal hendaklah difahami sebagai ujian.jika jatuh .bangunlah dan berjalan semula.bukankah Allah memberi pengajaran kepada kita melalui budak kecil yang sedang belajar berjalan.perhatikan semangat dan kuatnya mereka hadapi cabaran.berjalan ,jatuh, bangun semula dan berjuang semula diesok hari.

sesudah dewasa kita mungkin lupa pelajaran itu walaupun dulu kita pernah menjadi budak kecil yang belajar,jatuh , bangun dan berjalan terus.mungkin kita sibuk memikirkan keuntungan segera menyebabkan kita mmempunyai jiwa yang rapuh dan mudah luntur dengan segera.
fikir fikirkan..

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com