Wednesday, June 24, 2009

life begin at 40.penyakit dah mula disemai sejak dari bayi lagi

saya membaca tulisan di blog jamalmajlis blogspot tentang usia 40 yang dikatakan usia sedang meniti puncak kejayaan dan sedang bergelut dengan kesihatan yang serba tidak kena.
sesuatu yang menarik untuk diperkatakan.
memang benar usia 40 adalah masa untuk melihat hasil maksima dan separa maksima dalam kerja dan usaha yang kita lakukan selama ini.

kalau yang hensem dikala ini inilah inilah ketika hensem peringkat maksima dan ramai yang memandang anda dengan dua mata terbuka.sebelah kanan "kehensemnan" anda dan sebelah kiri pula pulus yang menimbun dalam poket anda.ehem ehem
pastikan poket anda terjaga rapi dari bocor atau dicopet oleh janda berhias yang" selero tajam" atau anak dara yang berwawasan mudah untuk menumpang tuah.

kalau yang berkerjaya atau berbisnes,peringkat 40an adalah penanda dan aras yang harus diteruskan apa yang telah anda buat selama ini.kalau dah selesa dengan kedai gunting rambut,teruslah dengan bisnes gunting rambut.cuma yang boleh diubah ialah mahu jadi salon rambut atau mahu dibuka cawangan baru.
amat tidak sesuai untuk terjun dibidang IT dikala ini melainkan anda buka cybercafe sambil rambut pelanggan digunting dan akses internet.

sebenarnya saya amat tertarik untuk beperihal tentang bergelut dengan masalah kesihatan dikala mencecah usia 40 tahun. apa yang disemai dulu akan dituai hari ini.sesiapa menyemai angin akan menuai badai.fuuh mendalam tu!
corak pemakanan dulu akan menentukan kesihatan pada usia ini.
selain dari mewarisi pusaka harta benda dari orang terdahulu kita juga mewarisi apa yang ibu dan ayah kita suapkan semasa perjalanan dari bayi menjadi kanak kanak dan dikala remaja.
sebagaimana kita hari ini menyuapkan apa saja kemulut kita juga sedang menjadi "bukit nenas "kedua tempat simpanan segala macam stok toksid dan bahan berbahaya.

adalah tidak mengejutkan hari ini dek kerana selalu melihat rakan rakan dan kawan kawan kita sorang demi sorang rebah kerna strok atau masalah jantung.sepatutnya usia 40 tahun kehidupan baru bermula tetapi kini sudah bertukar kesengsaraan sudah mula datang.adakah slogan tak rasmi itu kini sudah bertukar penyakit bermula dikala usia 40.diri sendiri mahu ingat dan diri sendirilah mahu fikirkan
tanpa amaran,tanpa petanda,tanpa simpton tiba tiba tekanan darah menjadi tinggi.mudah saja kalau aliran tergendala ke jantung dinamakan lemah jantung dan kalau aliran keotak tersumbat dinamakan strok.

yang berusia 30an pun ramai yang kena apatah lagi yang mula mencecah 40 tahun.dek kerana tak buat pilihan yang betul apa yang nak dimakan kita juga mengulangi sejarah yang sama untuk anak anak yang kita sayangi.apa ker tidaknya makanan sekeluarga dirumah ialah ayam cucuk,sayur beracun dan segala jenama makanan berpengawet kimia dan perperisa dari makmal.

saya amat berterimaksih kerna berkenalan dengan dunia herba perubatan jawi HPA.baru setahun lebih mula memakan herba herba hutan dan herba dari pergunungan yang ada teori dan bukti kuat sedang memusnahkan stok stok toksid dalam badan sendiri.
kalau sayang kepada usia 40 tahun mulakan sebelumnya.
sekadar perkongsian bersama.
jadilah ubat makananmu dan jadikan makananmu ubat.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com