Monday, June 15, 2009

bagaimana untuk meng"emas"kan masa.

masa itu lebih berharga dari emas.sebab itu tiada kedai yang menjual masa.kalau lah dapat dibeli masa,saya nak beli semula masa riang kanak kanak.saya juga nak beli masa berani dan ingin tahu remaja.masalahnya tiada usahawan masa setakat hari ini.
dalam buku 55 petua orang berjaya,manusia dan masa seumpama sebuah ladang yang sedang diteroka.ada yang memberi nilai pada masanya sekadar menanam pokok pokok diatas permukaan tanahnya.harga masa bagi dirinya mungkin seperti sekilo sayuran.
orang hebat perlu meneroka jauh kedalam tanah dan mencari emas.barulah masa nya akan senilai dengan logam emas.
itulah tamsilan memberi harga pada masa.
setiap orang akan memberi harga berlainan pada masanya.tapi ingatlah kata Allah"demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....kita kena cari siapakah yang tidak rugi.
cari carilah

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com