Thursday, June 18, 2009

mudah,jangan payahkan.khabarkan berita gembira dan jangan berita burukkan

dalam satu soalan ketua menteri bukan islam kepada seorang doktor muslim.kenapa islam ,kalau wanita tak pakai tudung akan dihukum begini begini dan begitu begitu.

ada satu jawapan yang cantik:
masalah ini ,bukan masalah islam kerana islam tidak pernah menilai seseorang itu hanya pada tudungnya semata mata.
tetapi kalau seseorang itu tidak pakai tudung ia adalah jelas satu kelemahan dan dosa kerana memakai tudung adalah salah satu suruhan islam dan kewajipan.

yang memakai tudung telah melakukan satu suruhan agama tetapi tidak bermakna tidak ada satu pun kelemahan kelemahan sikap dan peribadinya.
yang tidak bertudung telah melakukan satu kelemahan iaitu dosa meninggalkan kewajipan keatas dirinya dan tidak kita nafikan ada kebaikan kebaikan sikap dan peribadinya.

adakah yang tidak menutup aurat itu akan berada dineraka.
jawapannya tidak diketahui kerana tidak tertulis didahi atau dimana mana menunjukkan beliau ahli neraka.
tetapi alquran menyebut bahawa memakai tudung dan menutup aurat itu adalah kewajipan .meninggalkannya bermakna adalah sentiasa mengumpulkan dosa.

dosa akan ditimbang dengan pahala.
Al quran memberitahu sesiapa yang berat pahalanya akan mendapat kebahagiaan.bermakna sesiapa yang berat dosanya akan keneraka.
tetapi tidak pula pernah diberitahu sesiapa yang melakukan dosa tidak akan kesyurga.

jadi ,ambil calculator buat kiraan amal dan jumlahkan kebaikan dan dosa.buatlah metamatik bijak sebelum kiraan sebenar dibuat setelah akaun dosa dan pahala ditutup.
sekadar renungan bersama.ambillah yang baik.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com