Sunday, June 21, 2009

hebatnya bila dengar orang sembang pasal berfikir positif.inilah 'kuasa besar 'dunia fikiran.(kisah 1)

memang hebat.bila mendengar mereka mereka ini bersembang pasai "kuasa besar "iaitu berfikir positif.
orang biasa tetapi berbicara pasal berfikir positif memang idea luarbiasa.saya sendiri teruja.
jom kita dengar apa yang mereka ceritakan dan kita ambil cas cas positif itu.

bagaimana nak semai dan dan penuhi diri dengan sifat positif
1-bacalah sumber positif yang paling hebat iaitu alquran.
memang hebat alquran ni.
mendengar orang lain membaca pun mampu memberi yang positf positif dalam hidup seharian kita.kalau saidina umar mampu menukar dari jahiliyah kepada islam hanya kerana mendengar adiknya sendiri membaca al quran.tentulah hebat ayat ayat positif dalam al quran.cari carilah!
umar menjadi khalifah islam yang hebat kerana sering membaca alquran sehinggakan adakalanya beliau menangis ketika menghayati bacaan alquran.

cat steven menukar corak hidupnya dari seorang pemuzik hebat kepada pendakwah hebat sesudah membaca buku motivasi terbaik ini iaitu alquran.
jadi siapa meninggalkan alquran tidak akan temui yang positif sebenar.

2- berkawanlah dengan orang orang yang positif
dunia fikir positif ini sebenarnya berkait.umpama jaringan multimedia yang hebat.untuk jadi lebih positif kita perlu berada dalam wilayah" line " positif.kalau kita berada dalam kawasan tiada "line"kita tak akan dapat menghubungi sesiapa untuk mencari sokongan atau bantuan.
dikala mana otak bersusah hati( otak ada hati ker.hehe)kalau pun ada peralatan secanggih mana kalau "line" takdo.takder maknanya.

saidina umar menjadi lebih positif dan mengekalkan minda positif setelah selalu berada bersama rasullallah S.A.W.

3-setiap ketika perbaharui mindset untuk yang positif
mulakan bangun pagi .positif-ucap syukur masih panjang umur
sesudah solat-syukur.positif lagi.jiwa dah diberi makanan.
ingat anak anak .syukur.positif lagi.dah membesar dan sihat dan sebagainya.
fuuh.semuanya menjadi positif.alangkah indahnya dunia ini dengan bunga bunga positif.barulah hidup ada semangat.barulah boleh senyum untuk perjalanan seterusnya.

saya percaya dan yakin rasulallah S.A.W adalah manusia yang berfikir positif paling hebat.bahkan baginda , percakapannya mempositifkan orang lain ,sikapnya mempositifkan orang lain.yang hebatnya walaupun beliau dah 1400 tahun tidak pernah bersama kita sejumlah penduduk dunia terpositif dengan apa saja yang beliau tinggalkan kepada kita.

sewaktu ditaif.ketika gigi beliau patah dan mulut dan mukanya berdarah sehingga darah mengalir dan membasahi kaki baginda kerana dibaling oleh penduduk taif,jibrail datang dan menawarkan pertolongan untuk menghancurkan bumi taif.nabi ternyata amat positif ,menolak tawaran itu .dan hari ini..lihatlah cahaya agama ada dibumi taif.
jom positif positifkan diri sendiri.itulah cara nabi

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com