Saturday, June 13, 2009

membina power rangers dalam diri sendiri supaya mampu merubah dunia kepada lebih baik.


ketika aku kecil aku ingin merubah dunia ini,akulah superman akulah power rangers yang akan memusnahkan kuasa jahat didunia ini.hehe

ketika remaja aku ingin merubah negara ini,aku ingin menjadi perdana menteri atau presiden sebuah negara.

ketika dewasa aku ingin merubah keluarga .aku ingin membina keluarga bahagia.anak anak yang mendengar kata.ada jiran jiran jiran yang baik dan isteri isteri yang cantik jelita.hehe

tetapi hari ini ,aku mahu merubah diri sendiri menjadi orang yang baik dan bermakna kepada orang lain.

kerana aku percaya orang yang baik mampu membina keluarga yang baik,mennyumbang kepada negara dan dunia yang lebih baik.
oleh itu mulalah menjadi manusia yang baik.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com