Tuesday, June 23, 2009

pesanan untuk diri sendiri.mau untung ka! mau rugi! atau...

bisnes sebagai hamba Allah

jika hari ini lebih baik dari semalam itu sudah untung.untung keci atau untung besar sendiri yang boleh jangkakan.mahu untung lebih buat kerja lebih.mahu untung lebih mesti pandai pilih yang mana lebih utama atau aula.mahu untung lebih mesti cari yang paling ikhlas.itu sebahagiannya.

jika hari ini masih sama seperti semalam itu rugi namanya.rugi kerana tidak ada anjakan.rugi kerana tiada peningkatan.rugi kerana masih ditahap sama sedangkan dunia melahirkan orang baru setiap hari.rugi kerana setiap hari meninggalkan hari semalam itu menjadikan umur disusutkan selama 1440 minit

jika hari ini lebih teruk dari semalam itu ditafsirkan celaka.bermakna potensi insan dalam bahaya.tidak memberi manafaat pada diri sendiri .juga tidak membantu diri orang lain.
adakah hidup kita sekadar menyemakan dunia.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com