



HARI ini saya nak berkisah tentang "mereka"yang tiada suami disisi.
kebetulan dalam perjalanan radio ikim membicarakan topik ini.kajian menunjukkan di malaysia ini setakat terkini terdapat lebih dari 1.25 juta orang yang senasib begini.
namakan mereka sebagai ibu tunggal atau andartu atau janda atau apa saja,
sebenarnya mereka sedang mengharungi hidup ini sendirian tanpa suami disisi.saya mungkin tidak memahami mereka,anda juga mungkin tak memahami mereka.
tetapi andai kita tak mampu menyumbang,andai tak mampu memberi,marilah kita memberi mereka peluang.
terusik hati saya bila lihat aktiviti dirumah nur ini,memberi peluang kepada mereka untuk belajar sesuatu supaya ada kemahiran agar mereka boleh berdaya saing dalam masyarakat.
dan syukur ada yang berjaya mencipta pendapatan dan mereka mampu tersenyum.
kebanyakan mereka warna kulit sama dengan saya,darahnya merah seperti saya tetapi ketabahan mereka,kecekalan mereka ,saya tabik.
pada lelaki diluar sana hargailah wanita kerana anda datang dari seorang wanita.
pada wanita diluar sana,jika anda terlalu kedekut untuk berkongsi kasih dan sayang dengan wanita,ingatlah anda juga wanita.
kesudahannya nanti kita akan meninggalkan dunia lelaki dan wanita kita untuk bertemu dengan tuhan.
jadi buatlah kebaikan sesama makhluk ciptaan tuhan.
No comments:
Post a Comment
http://gen6kpu.blogspot.com