Friday, April 24, 2009

pesanan tuan haji ismail untuk hilangkan stress-fokus dan.senyum senyumlah dipagi jumaat ini







Tidak Fokus punca stress
Ketegangan berlaku apabila fikiran tidak focus kepada persiapan bertemu dengan Allah sebaliknya paling sibuk memikirkan tentang dunia yang sementara.

Dari sini ketenangan akan hilang dari dalam tubuh seperti hilangnya cahaya apabila masuknya kegelapan.
Kegelapan itu akan menghadkan pada akal untuk keluar dari belitan kehendak dan nafsu miskipun dia sedar bahawa hidup ini merupakan perjalanan yang pendek dalam detik yang sangat terbatas.

Kegelisahan ini terkumpul dan akhirnya sukar dikeluarkan dengan apa jua jalan pengubatan.Lebih-lebih lagi jika pengubatan itu hanya bertumpu pada sehat fizikal sahaja.

Bagaimana tekanan boleh dihilangkan?
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan ketenangan tetapi bukan kebaikan yang dicapai malah tubuh semakin lelah dan aqidah semakin punggah.
Hanya ada satu jalan sahaja....bukan dua dan bukan tiga.
Firman Allah
”Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan menjadi tenang”
Mengingati disini bukanya duduk berzikir 24 jam diatas sejadah tetapi menjadikan semua urusan hidup bermatlamatkan kerezaan Allah.
Di posisi mana kita berada kiblatnya ialah kerezaan Allah.
Sakit dan sehat kedua-duanya perlu diusahakan agar mendapat kerezaan Allah.Contuhnya ialah Rasullullah saw ,para sahabat dan orang-orang yang telah mewakafkan seluruh hidup dan matinya untuk Allah.
Jika anda masih belum lagi sohih samada berada diatas jalan yang benar atau tidak segerakanlah berdoa agar Allah membuka pintu hidayah bagi mendapat pilihan .yang satu lagi yakin .
Pilihan ini akan menentukan anda akan stress atau tidak,bahagia atau derita.
(sumber blog jawimedherb.blogspot)

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com