Tuesday, April 7, 2009

cina muslim mengajar melayu berniaga hebat.

Jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.saya suka sebut;jika kita gagal untuk mempunyai matlamat bermakna kita bermatlamat untuk gagal.
samada single level atau multilevel,perniagaan mesti ada rancangan,mesti punya matlamat,ada hala tuju,ada impian,ada cita cita.
bisnes adalah ilmu dan seni yang kena lalui.ilmu dan seni perniagaan inilah yang orang kita tak jenuh dalam pemikiran dan tindakan.
minda berniaga,bisnes mindset ke...jiwa berniaga ke...individu berniaga ke....keluarga berniaga ke.... jiran berniaga ke...satu taman berniaga ke...satu daerah berniaga ke...puluhan ribu berniaga.
dalam buku rahsia perniagaan orang cina karangan ann wann seng(cina muslim),memberitahu kejayaan orang cina dalam perniagaan adalah kerana jiwa meniaga mereka.
dari kecil si anak melihat ibu dan ayahnya berniaga,si anak bukan saja melihat kejayaan bapa mereka tetapi si anak juga melihat proses kejayaan bapa mereka.berniaga, rugi,untung , jatuh dan bangun semula semuanya hampir dilihat oleh anak seorang cina dalam proses membesar mereka.
lalu mereka ada jiwa yang besar untuk menerima kerugian dalam meniaga.yang penting terus harus cuba kerana didepan sana sudah hampir dengan tempat kejayaan.
cubaan demi cubaan inilah membentuk keindahan dalam dunia perniagaan mereka.seperti laut hanya akan indah dengan ada ombak yang bersifat turun dan naik.
perniagaan juga adalah skill perhubungan awam.dari kecil mereka lihat dan belajar bagaimana untuk berhubung dengan pelanggan,bagaimana nak tackle customer.kita orang melayu memang kaya budi bahasa tetapi kita miskin budi dan bahasa perniagaan.
pada pandangan orang cina,orang berniaga ini berada pada taraf yang dihormati dalam masyarakat,walaupun bermula dengan perniagaan kecil ditepi jalan.antaranya kerana orang berniaga ini ini mempunyai daya usaha sendiri untuk mengubah hidup tanpa bergantung pada orang lain untuk membayar upah.
pandangan ini menyeluruh meresapi fikiran dan budaya orang cina.malangnya pandangan ini hanya meresapi sebahagian kecil umat melayu islam.bukankah nabi sudah memberitahu kita lebih seribu tahun dahulu sembilan dari sepuluh rezeki berada di wilayah perniagaan.
mengapakah masih sibuk di satu wilayah saja. mulakan langkah anda bersama HPA

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com