Wednesday, April 15, 2009

berhati hati wang palsu dari mesin ATM ori.dunia oh dunia!!

mesin keluar duit original pun kena tipu.mesin adalah mesin kerana ia bekerja diatas apa yang diprogramkan.mesin bertindak atas arahan yang diberitahu terdahulu kepadanya.sekiranya duit yang masuk melaluinya mempunyai ciri ciri yang di beri tahu,ia bermakna itu adalah gengnya walaupun itu wang palsu.
bila mana duit sudah terkeluar dari perut mesin atm bermakna kita adalah tuan baru kepada duit palsu tersebut.oleh itu berhati hati.jangan percaya' hundred persen'pada mesin.periksa lah wang yang keluar dari mesin atm sebagai langkah kita tidak rugi atau dituduh pulak pengedar wang palsu.
kata orang biarlah duit bekerja untuk kita.jangan kita bekerja untuk duit.lebih malang lagi bila duit palsu ini boleh menyumbat seseorang dalam penjara sedangkan yang sepatutnya duit boleh menjamin seseorang untuk keluar dari penjara.
sekeping kertas,dilukis dengan warna warna tertentu,diberi nilai sekian sekian, akhirnya kita semua berebut rebut mencarinya.berhati hati dengan wang palsu.berhati hati juga dengan duit kerana duit adalah hamba yang boleh bertukar menjadi tuan.awas! awas! awas!
(gambar-kosmo april 09)

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com