Monday, April 13, 2009

jangan jadi ayah derhaka supaya tidak berbenihkan anak derhaka

Saidina Umar pernah melalui pengalaman perdebatan antara seorang ayah dan seorang anak tentang penderhakaan.kemuncak dari perdebatan itu ,saidina Umar mengistiharkan si bapa adalah penderhaka pertama yang melahirkan penderhaka kedua iaitu anaknya.
tiga sebab mengapa seorang bapa menjadi bapa derhaka
1-tidak memilih ibu yang baik kepada anaknya
2-tidak memberi nama yang bermaksud baik kepada anaknya
3-tidak mengajar anaknya alquran dan sunnah Muhammad s.a. w.
saya menyeru pada diri sendiri supaya tidak menjadi dan dijauhkan dari jadi bapa derhaka apatah lagi anak derhaka.
setelah memilih ibu yang baik dan memberi nama yang baik pada anak anak,adalah amat tidak patut bila susu bayi formula pertama menjadi suapan pada anak ialah susu formula yang ada wei, dari lemak binatang atau lemak babi.
sila rujuk buku halal haram keluaran "CAP".
Setiap hari berapa ribukah kita menjadi bapa bapa derhaka??urutlah dada, tanyalah iman masing masing.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com