Monday, April 13, 2009

dollar,paun sterling, ringgit kesyoorga vs matawang akhirat

Hariini umat islam sedang terbakar.tugas kita ,mainlah peranan masing masing untuk memadamkan kebakaran tersebut.
sekalipun menjadi burung burung kecil yang mengguna paruh membawa setitik demi setitik air untuk buat kerja padamkan api yang sedang membakar ummah.
jangan jadi orang yang melihat saja kebakaran itu dengan andaian bahawa dah ada orang lain yang akan menyirami air untuk padamkan api itu atau anggap itu tugas bomba .inilah nasihat engineer ahmad jais,ikim fm.
saya cuba lakukan dengan membentuk rangkaian pengedar HPA atas usaha mencari yang halal tanggungjawab bersama dengan matlamat untuk membakar segala produk tidak halal dan membakarmusnahkan produk zionis israel.
percayalah ,kerja kecil ini mungkin besar pada pandangan tuhan yang akan mendatangkan rahmat atau matawang akhirat yang diperlukan diketika mana semua matawang dunia tidak lagi bernilai.
dollar, paun sterling, ringgit malaysia adalah untuk membeli syurga dunia.kita perlu mencari satu lagi matawang untuk menukar dengan syurga Allah.cari carilah..

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com