Tuesday, July 7, 2009

.doa kami -sabar dan berjuanglah wahai muslim uighurs,xinjiang

ahad lalu kejadian sedih menimpa umat islam keturunan uighurs diwilayah xinjiang ,china.seramai 140 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa pemerintah china.ratusan lagi ditangkap dan 828 lagi tercedera.sememangnya etnik muslim uighur ini telah mengalami penindasan berdekad dekad dari kerajaan china.

walaupun darah mereka sama dan genetik ada perkaitan tetapi mereka dimusuhi kerana islam yang mereka dianuti.selama ini mereka ditindas dan suara mereka dihalang .kita tidakpernah mendengar suara mereka tapi hati kita mesti merasai penderitaan mereka.

sebiji bata diambil dari bangunan bernama muslim kita mesti merasai gegaran itu.malah jika sebutir pasir dari bangunan bernama muslim di ketuk kita juga wajar merasa kesakitannya.
marilah sekurangnya berdoa kepada kesabaran dan kejayaan mereka.kita yakin mereka merancang,tetapi Allah juga merancang.seungguhnya sebaik baik perancang adalah Allah ,tuan pemilik alam dan isi kandungnya.
mereka pasti tidak mampu untuk memadam cahaya kebenaran itu dari menyinari bumi xinjiang.
saya doakan kejayaan kalian ,wahai seluruh muslim uighurs.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com