Thursday, July 16, 2009

dilemma melayu.jihad untuk bebas dari "generasi MSG "dan makanan tidak berkhasiat.

dari gen6kpu

apa yang disemai ,itulah yang akan dituai.satu pesanan menarik untuk difikirkan.mari kita lihat bersama dunia realiti hari ini.dilemma melayu islam dan generasi MSG
andai setiap hari semasa kanak kanak makanan kegemaran adalah keropok MSG dan minuman berperisa tiruan dan berkarbonat,percayalah hari hari dewasa seseorang itu ialah masalah kesihatan dan kekeliruan fikiran.paling ditakuti ialah kecelaruan iman dalam berjuang menjadi seorang mukmin.

saya melihat masalah besar tentang generasi MSG ini sebagaimana tindakan tentera yahudi laknatullah mengedar gula gula perangsang seks dikalangan masyarakat palastine.tujuan tersembunyi yahudi adalah untuk melihat kemusnahan sosial masyarakat palastine.semoga dipelihara oleh Allah.masyarakat malaysia amnya dan masyarakat melayu islam khasnya telah berpuluh tahun disogokan dengan keropok MSG dan minuman berperisa tiruan ini.hari ini sebahagian mereka menjadi orang dewasa yang ada seribu satu masalah kesihatan ,menjadi mereka yang tumpul akal dan fikiran dengan falsafah hidup semuanya nak mudah dan segera.

bukan itu saja kesannya tapi adalah malang jika kita musnahkan kesihatan dan sosial anak generasi kita sedangkan mereka memperolehi keuntungan besar hasil dari jualan industri keropok MSG dan segala minuman tak berkhasiat tersebut.kebanyakan pengusaha dan anak cucu mereka tidak akan makan apa yang mereka hasilkan kerana mereka juga inginkan kesihatan yang baik.sebenarnya matlamat besar mereka ialah mahu wang yang banyak ,biarpun oleh lain menderita.

penulis merasakan usaha bisnes HPA yang cuba membawa masyarakat untuk lari dari terperangkap dalam dunia keropok MSG dan segala minuman tak berkhasiat ini amat terpuji dan harus disokong.kalau tidak selamanya kita akan berada dalam perangkap krisis ekonomi ,kesihatan dan jerangkap samar runtuhnya istimewa akal dan fikiran.sampai bila kita akan begini?.
urut dada,tanyalah iman.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com