Sunday, July 5, 2009

orang jujur tidak menipu anda.3 sebab kenapa perlu kenali pengusaha produk yang amanah?

1-sebelum saya kenali hpa,saya adalah penggemar kopi dan sering berkunjung kekedai kopi.sambil menolong bisnes pengusaha kedai kopi,saya tentu gembira untuk membayar harga kopi radix "mai secawan".bila saya mulai kenal hpa,saya sudah boleh membezakan antara kopi radix tulin dan kopi radix ciplak.saya mula tinggalkan tabiat untuk minum kopi radix dikedai kopi kerana masalah kopi radix ciplak

inilah ilmu yang saya belajar.
pengusaha yang jujur iaitu hpa memasarkan kopi radix , tujuh herbanya untuk membantu masyarakat mengamalkan herba dalam minuman seharian supaya kesihatan terpelihara.

pengusaha "keparat" menciplakkan kopi radix tiruan ,menjual dengan harga murah sedangkan bahan bahan dalam kopi tiruan memudaratkan kesihatan.malangnya ramai tauke kedai kopi tertarik dengan harga kopi ciplak murah untuk untung yang lebih.mereka menolong pengusaha keparat dan menipu anak bangsa seagama sendiri.berbaloikah keuntungan kalau menolong indusri pengusaha keparat ini dan menggadaikan kesihatan umat seagama dan sebangsa.

2-saya pasti akan melalui dihadapan beberapa buah sekolah disepanjang perjalanan dimana mana dimukabumi malaya.sedih melihat anak anak bangsa begitu lahap sekali membeli makanan ringan dan segala aneka keropok yang kaya dengan MSG.pilu melihat anak anak orang islam sedang menumpulkan akal dan fikiran dengan pelbagai jenama makanan ringan.didalam kelas cikgu begitu gigih menajamkan akal anak anak ini,sedangkan diluar MSG sedang menumpulkan semula akal .
siapakah pengusaha durjana yang mengusahakan kilang kilang makanan ringan ini.mereka dan berpuluh tahun membina kekayaan atas kemiskinan akal anak anak bangsa sendiri.tidakkah kita ada hati untuk merasa.atau akal kita juga sudah sekian lama ditumpulkan kerana sejak dari dulu kita juga dihidang oleh MSG yang sama oleh ayah ayah dan ibu ibu kita.
bilakah kita boleh berubah.

3-bermula dari depan rumah ke ruang tamu ke bilik bilik air,ke dapur dapur carilah apa produk umat islam yang ada didalam rumah kita.jika kita tidak mampu untuk menghasilkan walau seurat bihun,masihkah kita berbangga dengan gambar gambar masjid yang dijadikan cap cap dagang bihun keluaran mereka.masihkah kita berasa bangga dengan teh cap kopiah jika pengusahanya masih mencampurkan segala pewarna berbahaya dalam produk jualan mereka.
sebutlah semua barangan keperluan harian kita,ternyata kita hanya seronok untuk mengguna tetapi kita tidak dapat nak hasilkan.
sampai bila?
saya tinggalkan jawapan ini untuk dijawab oleh hati sendiri..

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com