Sunday, July 12, 2009

urumqi.dimana suara kemanusiaan barat.terroristkah,pembersihan etnik kah

(diolah dari minda dan pandangan gen6kpu blogspot)
dunia memang bertalam dua muka.bila urumqi dilanda keganasan ia tidak menjadi berita kerna disana umat islam ditindas.etnik minoriti dibelasah oleh kaum majoriti dan dunia buat tak tau saja.bila kisah di bali satu dunia kamu nak heboh dengan keganasan yang bertopengkan agama.
keganasan adalah keganasan.tidak ada pilih bulu.tetapi inilah sikap barat dan sekutunya.bila ia menguntungkan isu itu akan dihebahkan dan lihatlah kami orang barat pejuang hak asasi manusia.piiirahhh!

begitu juga pembunuhan wanita muslimat mesir di german kerana tudung yang dipakainya,berita tidak ditulis.berita digelapkan kerana ini bukan cerita hak kemanusiaan agaknya.saya pun mendapat maklumat dari sumber blog saja.dah nasib kita kah.entahlah!

dunia islam juga seperti berdiam diri,tidak aktif kecuali perdana menteri turki memberi kencaman paling keras kepada negara china.
kita umat islam telah hilang rasa bersaudara.kita hilang rasa sensitiviti,yalah mungkin kita sibuk untuk mencari peluang dagang baru dengan kuasa ekonomi baru dunia.
ingatlah ketika umar berkata.kita adalah kaum yang dimuliakan oelh Allah dengan adanya islam.barang siapa mencari kemuliaan selain dari islam nescaya mereka akan dihinakan.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com