Saturday, July 11, 2009

saya baca buku petua orang cemerlang.jom kongsi

(diolah dari minda dan pandangan gen6kpu.blogspot)

antara yang menarik ialah

1-orang cemerlang sentiasa mencari emas dalam dirinya.tuhan menciptakan manusia dengan memberi harga yang mahal,tetapi kebanyakan manusia tidak memberi harga sewajarnya pada diri sendiri.
pesan saya ,carilah emas dalam diri sendiri walaupun mungkin tak punya emas penuh di lengan kerna harganya jauh lebih mahal.

2-orang cemerlang sentiasa berpegang pada prinsip untuk berjaya lebih mudah daripada untuk gagal.sebenarnya memang senang untuk senang.
pesan saya jika untuk gagal pun susah.lebih baik kita bersusah susah untuk senang.itu lebih rasa nikmat bila dipenghujung kehidupan.

3-orang cemerlang sentiasa mencari hakikat kehidupan.cuba cari jawapan kepada persoalan mengapa tuhan menciptakan kita.
khalifah.
hamba.
dai.
pesan saya,tuhan tidak datangkan kita didunia ini sekadar nak penuhkan kuota penduduk mukabumi ini.pasai pa kita hidup ni?

4-orang cemerlang sentiasa memprogram minda setiap hari.menggambarkan fikiran positif,bisikan positif dan gambaran mental yang jelas.gambaran mental yang jelas lebih berkesan daripada azam yang kuat.
pesan saya fokus fokus bagi jelas.lepas tu langkahlah.

5-orang cemerlang sentiasa mempunyai guru,mentor ataupun pakar rujuk yang dapat dijadikan tempat meminta nasihat dan bimbingan.
pesan saya kita lahir otak yang hebat tapi perlu buku panduan untuk mencari kehebatan itu.rujuk rujuklah.

6-orang cemerlang sentiasa bertindak berdasarkan FUGUWAI iaitu amar makruf nahi mungkar dan KAIZEN iaitu pembaikan diri yang berterusan.
pesan saya,kena cuba buat sebab kita ini manusia.

7-orang cemerlang sentiasa berusaha memahami erti kegagalan. orang yang tidak faham mengenai kegagalan akan rasa sukar memahami erti kejayaan sebenar.
pesan saya.apapun yang dinamakan kegagalan buats semula dengan wajah kejayaan.

8-orang cemerlang sentiasa berusaha dengan gigih bagi menjadikan dirinya magnet positif yang menarik segala yang baik pada dirinya.
pesan saya,alam ini adalah magnet yang hebat.aktifkan diri anda

9-orang cemerlang sentiasa tekun membentuk jurnal kejayaan.catatkan dalam diari ataupun buku atau apa saja setiap perkara yang positif yang sudah kita lakukan ataupun capai.
pesan saya.saya berdoa untuk dari saya dan anda yang sedang membaca,semoga ALLAH jadikan kita sebahagian dari orang yang berjaya didunia dan diakhirat.
ameen.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com