Wednesday, July 8, 2009

"from mek wook kundur with love" .hargailah erti hidup

gambar dari mymetro  memberikan makna tersendiri dalam hidup dan dunia kasih sayang.mek wook kundur mungkin sudah tua dan berusia lebih 106 tahun .tapi kasih dan sayang insan ini sentiasa muda.mat noor che musa 37 tahun adalah suaminya dan seorang anak muda yang terlanjur dengan najis dadah.
ujian melanda rumahtangga mereka.suami mek wook ditahan agensi anti dadah kebangsaan(AADK) selepas didapati positif dadah jenis heroin.sebak wajah mek wook melepaskan suaminya mat noor untuk menjalani rawatan pemulihan dengan harapan mat noor akan kembali dengan wajah baru untuk melayari bahtera rumah tangga mereka.

marilah kita belajar.
belajar dari mek wook untuk menghargai kasih sayang.
belajar dari mek wook untuk memberi peluang insan lain membetulkan kesilapan.
belajar dari mek wook untuk bersabar dengan cubaan dan segala ujian.
belajar dari meek wook untuk sentiasa muda dengan sifat sifat positif.
belajar dari meek wood untuk terus berjuang dan berjuang selagi ada nyawa dibadan.

wahai anak muda!
hargailah cinta,
hargailah insan lain,
hargailah hidup anda

1 comment:

  1. agk lambat untuk memberi komen..
    kalo mek wook pandai menghargai kasih sayang n mcm2 lg spt yg tn katakan..tidak lah mek wook kawin byk kali...mudahnye kasih syg berpindah dr satu hati ke hati yg lain...sekadar pandangan

    ReplyDelete

http://gen6kpu.blogspot.com