Tuesday, July 21, 2009

salam kepada melayu islam pulau pinang.apa khabar?

salam dari gen6kpu.

hari ini dari jambatan pulaupinang pemandangan segalanya kelabu.kejernihan airlaut pun terkelabu dengan wajah alam yang muram dan kelabu.hebat sungguh kesan dari jerebu yang melanda alam yang indah ini.yang terbakar hutan di indonesia tetapi yang tercemar adalah alam milik semua.
inilah wajah baru "penang bridge"
walaupun dalam sebulan dua ini laluan keluar dan masuk sepanjang jambatan pulau pinang sudah menjadi tiga lorong dan semakin rancak laluan trafiknya tetapi dunia kecil orang melayu islam pulau pinang tidak banyak berubah.

laluan kehidupan dan perjuangan mencari rezeki orang melayu islam pulau pinang menjadi semakin sempit dari kesan ekonomi global.sektor perkilangan yang merudum bisnes nya melihat satu suasana merudumnya majorit pekerja kilang iaitu orang melayu islam pulau pinang.
seseolah laluan tiga lorong sepanjang jambatan pulau pinang bagaikan memudahkan orang melayu islam pulau pinang meninggalkan tanah pulau untuk mencari tempat dan sumber rezeki baru ditanah besar semenanjung.ada yang mula mencari sesuatu disungai petani.ada yang pulang kekampung di baling,selama.parit buntar,sik dan sebagainya.

sepanjang berada diatas jambatan pulau pinang,saya terfikir sendirian.
kalaulah dulu kawasan industri ini bermula diseberang perai secara aktifnya.biarkan saja pulau pinang menjadi pulau pelancongan seperti pulau hawai.tentu tidak perlu wang yang banyak untuk membina jambatan pulau pinang ini.wang sebanyak puluhan bilion itu hendaklah dimulakan dari seberang perai.biar melimpah ke kulim.biar melimpah kebaling .pembangunan dan kilang tentu dah cepat sampai keselama dan parit buntar.biar sik ada kawasan industrinya sendiri.biar sungai petani sudah seperti george town.

kalaulah ini berlaku sejak dulu,nasib orang melayu islam pulau pinang dan kawasan sekitarnya tentulah tidak sedaif hari ini.apabila kita tidak pandai merancang bermakna kita hanya pandai untuk berangan angan .inilah wajah kita hari ini dibentuk oleh salah laku orang orang dulu.
inilah dilemma orang kita!

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com