Monday, July 13, 2009

beras organik HPA.transformasi kepada hidangan sihat


dari gen6kpu.blogspot
beras ooo beras.
inilah makanan asasi dan paling enak untuk hidangan sehari hari rakyat malaysia.dari beras menjadi nasi dan membina otot otot kita sekelian lama.
permintaan kepada beras semakin bertambah menyebabkan pengusaha beras memikirkan kaedah paling cepat dan terbanyak untuk meningkatkan pengeluaran.
saya pernah terbaca dari rencana persatuan pengguna pulau pinang ,bagaimana tidak beberapa selamatnya untuk setiap hari bersama gizi makanan nombor satu rakyat malaysia.
beras tetap beras,
bermula dari padi yang disemai ,membesar dan membesar dan akhirnya dituai dan diproses menjadi beras.mari kita ikuti kisah kisahnya yang menyebabkan beras menjadi semakin bermasalah dan menyumbangkan kepada masalah kesihatan kepada hidangan istimewa ini.
tekonologi ooo teknologi
teknologi ginetik telah merubah proses manusia memilih biji benih.tidak diketahui dan didedahkan gen dari benih padi ini dicampur dengan gen apa untuk menghasilkan padi yang tahan kepada serangan penyakit dan kebal dengan perubahan cuaca.
petani akan memilih benih genetik ini untuk menghasilkan produk padi terbanyak .ini hukum pengeluaran.hasil yang baik bermakna duit masuk juga banyak.
benih ooo benih
ok biji benih padi sudah bermasalah iaitu hasil percampuran genetik yang akan menghasilkan konflik identiti padi dan boleh merangsang mencipta bakteria baru yang kebal dan kebal.
semasa dalam pembesaran segala macam racun dan baja di santap oleh pokok padi istimewa ini.
oleh kerana namanya terlau banyak anda perlu bersama dunia petani untuk kenal dan lihat segala makanan tambahan pokok padi ini.
padi ooo padi
padi yang sudah dituai ini perlu melalui proses seterusnya untuk tahan lama dan dipisahkan berdasarkan gred.dikilang terutamanya di thailand satu bekas khas diperlukan untuk tempat simpanan beras ini.kimia akan disemburkan supaya beras menjadi tahan lama dan tidak diserang musuh beras.proses pemutihan beras juga melalui proses percampuran kimia.
fuuh banyak lagi cerita dari sebiji beras sebelum sampai kerumah kita.ada pewangi tiruan disembur untuk menjadikan beras itu wangi.itulah serba sedikit cerita tentang padi,beras dan nasi.banyak lagi kisah tersembunyinya.
inilah pilihan yang dicari,
adanya beras organik HPA dalam pasaran adalah pilihan wajar untuk sesiapa yang tahu menilai ertinya kesihatan.ia adalah beras pilihan masa depan diwaktu orang tidak percaya lagi kepada pengusaha yang tidak amanah.
tentu tidak rugi untuk bersama HPA.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com