Saturday, July 4, 2009

7 sebab apa ertinya saya guna produk muslim.

1-saya dan orang islam adalah saudara kerana ikatan muslim itu mengatasi apa jua ikatan sama da bangsa ,keturunan dan genetik.seorang melayu atau cina atau india tidak boleh memilih bangsa yang disukainya sebagaimana tidak diketahui bagaimana seseorang itu memilih ibu dan ayah untuk disemaikan benih.seorang saudara muslim wajar menolong menggunakan produk saudara muslimnya kerana ikatan saudara seagama itu.dan islam tidak pernah mengajar untuk menzalimi orang lain.kedua duanya jelas.

2-saya berkewajipan untuk membina hati sebagai seorang muslim supaya saya ada semangat dan keupayaan untuk melakukan tuntutan agama secara berterusan dan istiqamah.kalaulah produk itu makanan,maka hati juga dibina dari apa yang dimakan.saya guna produk makanan muslim yang berwibawa untuk membina hati yang cantik.peribadi yang baik akan membawa makna bahagia pada dunia dan segala isi bumi.

3-saya berkewajipan untuk menjaga kepentingan zuriat keturunan saya supaya menjadi manusia beriman kepada Allah.apa yang saya suapkan kepada isteri dan anak anak saya akan membentuk diri mereka dimasa depan.selagi saya yakini bahawa produk ini tidak mempunyai masalah kepada hati dan jiwa isteri dan anak anak saya maka saya berkewajipan membenarkan ia berada dalam rumah saya.

4-saya adalah sahabat kepada alam yang dicipta oleh Allah.selagi mana produk itu tidak melalui proses demi proses yang memudaratkan alam dan segala isi ciptaan Allah maka saya akan terima sebagai sebahagian dari hidup saya.sekiranya itu adalah produk keluaran muslim,tentulah saya akan hulurkan kedua dua tangan untuk mengambilnya,melainkan jika saya tiada banyak pilihan.

5-saya sebagai muslim amat menghargai erti sihat.nikmat yang dikehendaki sejak dari dulu sampai kehari ini.sihat bermakna saya mesti mengetahui apa yang saya perlu makan dan tidak.secara mudahnya segala tumbuhan yang dicipta tuhan ,jika melalui proses yang normal ia memberi input sihat untuk manusia.tetapi jika yang datang membawa kepada saya adalah saudara saya tentulah hati saya bertambah riang dan gembira untuk dimakan.

6-didunia ini umur saya tidaklah sepanjang mana.setelah itu akan berlaku kematian.setelah itu ada kehidupan kedua yang kekal dan selamanya.saya akan bersama saudara seislam saya untuk menikmati syurga Allah.jika untuk hari depan yang bernama syurga akhirat saya akan bersama saudara muslim saya tentulah hari ini yang bernama syurga dunia saya juga seharusnya bersama saudara muslim saya.bukankah dengan membeli produk saudara muslim yang berwibawa adalah satu nilai kebersamaan.

7-saya menyaksikan sejarah bahawa manusia jujur adalah manusia yang kuat amalan agamanya.sejarah muslim menunjukkan bahawa ramai orang orang islam terdahulu telah memakmurkan alam dunia ini dengan kejujuran dan amanah mereka.dunia hari ini juga memerlukan manusia jujur dan amanah untuk mentadbirkan dunia ini dan menyediakan sajian untuk penduduk dunia.saya akan berterusan untuk menyokong manusia jujur ini walaupun cuma darinya saya perolehi sebiji gandum atau sebutir beras.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com