Sunday, July 5, 2009

azam. bila perlu dibarukan?.dapatkan tips, baru azam..buru kejayaan..

tidak ada peraturan yang perlu dipatuhi bila azam perlu di perbaharui.tetapi bijak pandai dan orang yang telah berjaya memberi tips bahawa azam perlu diperbaharui setiap hari untuk mendapatkan apa yang kita hajati.ada saranan bermula setiap pagi mulakan azam baru untuk 24 jam yang akan ditempuhi nanti.selepas itu pastikan setiap 60 minit azam azam itu dikemaskinikan supaya ia menjadi relevan dengan aktiviti yang sedang kita lakukan.

azam selalunya dikaitkan pada perkara positif.bila seseorang itu berazam sebenarnya ada semangat baru sedang dialirkan pada diri sendiri untuk menjadi motivasi bergerak kedepan untuk mendepani segala bentuk perjuangan .ia tentu selari dengan ajaran islam yang berkehendakkan supaya setiap minit seorang muslim itu diisikan dengan sangkaan baik.Muhammad s.a.w mengajar setiap muslim bahawa Allah menurut sangkaan hambanya.berazam.berpositif adalah ciri sangkaan baik yang akan membantu urusan seorang muslim mencapai tahap berjaya sebagai khalifah Allah diatas mukabumi ini.

bagaimana mahu update kan azam?.azam perlu ditulis.azam perlu ada follow up.azam perlu ada istiqamah.azam perlu ada dateline.azam perlu ada ilmu.azam perlu ada kerja dilakukan.
setelah itu bertawakkallah.bermula baharukan azam dalam perkara yang kecil kecil.mula memperbaharui azam dalam perkara remeh temeh.ingat satu kumpulan perkara kecil akan menjadi perkara besar.bila mampu selesaikan kumpulan perkara kecil kecil bermakna telah selesaikan satu kerja besar.

jadi pesanan untuk diri sendiri.
tolong barukan azam setiap hari dalam apa jua bidang samada perniagaan,ibadat dan hubungan sosial supaya hidup menjadi lebih bercahaya dan bermakna.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com