Friday, July 3, 2009

motivasi perniagaan..apa yang membeza anak melayu dan anak cina bermain ombak?

orang selalu bertanya berapa lamakah masa diambil untuk kita jadi orang berjaya.berapakah pula jarak dari titik mula berniaga sehingga menjadi titik orang berjaya.di usia berapakah saya mampu melihat diri saya duduk bersama orang yang berjaya.

akhir sekali kita menjadi orang yang lebih sibuk bertanya soalan itu dan ini tentang bagaimana untuk “short cut”menjadi orang berjaya.sedangkan ramai orang yang berjaya itu melalui perjalanan yang panjang dan membina jiwa yang kuat disepanjang perjalanan menuju kejayaan itu.inilah rahsia mengapa kita perlu melalui jalan yang agak panjang untuk menemui sebuah kejayaan.

kerana kejayaan itu besar maknanya, maka orang yang ingin menemui kejayaan mestilah besar jiwanya.kalau tidak dibina disepanjang perjalanan itu ,jiwa dan raganya samada oleh ilmu atau pengalaman ,percayalah kejayaan itu akan bersifat sementara dan tidak membawa kebahagiaan kepada pemiliknya.akhirnya apa yang ditemui lebih memeranakan dirinya.

terbaru kisah michael jackson tentu boleh menjadi pengajaran dan inspirasi positif kepada kita.kematian nya penuh tragis dan persoalan.apabila dibedah siasat dibuat selepas kematiannya ,lebih banyak pil pil dari makanan lain yang ditemui.sanggupkah kita hanya disuapkan dengan pil pil derita dan dadah dadah sengsara sengsara untuk mencipta sebuah kejayaan.

saya suka mengandai kisah kejayaan dalam perniagaan ini seperti ombak.perhatikan ombak dilautan.ombak pasti ada naik dan turun.itulah sifat ombak supaya ia mampu bergerak dan memukul pantai dengan pergerakan naik dan turun.kalau anda bayangkan air laut itu sekata sifatnya ia adalah air tenang.tentu tidak menarik untuk berehat dipantai tanpa ada suara ombak.kaku dan tidak indah.

seperti dunia perniagaan semasa berada pada ombak menaik semua orang akan terasa hebat dan tinggi tahap motivasinya.bisnes bagus adalah menunjukkan ombak menaik.tetapi bila bisnes menurun ramai orang pula akan menurun tahap motivasi nya.pada tahap ini ramai yang kecewa dengan dunia perniagaan.pada tahap ini bermakna ahli perniagaan mlm tidak ada penajaan baru.pada tahap ini bermakna jualan menurun.bersama menurunnya prestasi perniagaan lebih malang lagi tahap prestasi motivasi dan daya juang juga turun.

sedangkan sebenarnya, tidakkah mereka ketahui bahawa sifat ombak itu selepas menurun ia akan menaik kembali.jadi nasihat saya jangan berputus asa teruskan perjalanan supaya kita berada dalam ombak menaik yang seterusnya.kalau kita berhenti ketika mana ombak itu menurun ,percayalah kita pasti akan berjumpa sifat ombak kejayaan yang sama walau dimana pun kita berada.ada turun dan ada menaik.

apakah kita hanya ingin kepenatan bersama ombak diwaktu puncak tingginya dan berhenti berjuang ketika ombak menjadi rendah.sedarlah ombak akan melalui tinggi seterusnya untuk terus menuju kepantai kejayaan.

lihatlah mereka mereka yang berjaya hampir setiap masa melihat turun dan naik ombak kehidupan ini tanpa rasa jemu dan putus asa.dikisahkan seorang anak cina dari kecil melihat ibu dan ayahnya atau bapa saudaranya atau jiran jiran mereka membina perniagaan dalam ombak jatuh dan bangun tanpa berputus asa mencuba dan mencuba.lalu anak cina itu membesar dengan pegangan bahawa inilah perniagaan.kalau nak berjaya dalam perniagaan kena alami ombak jatuh dan naik kerana itulah makna perniagaan sebelum menjadi tauke segala perniagaan.

sedangkan ramai anak melayu mempunyai pegangan yang salah tentang perniagaan.perniagaan itu mesti berjaya dan beroleh kekayaan.sedangkan jalan untuk menuju kejayaan perniagaan itu tidak dipelajari kerana tidak ada contoh dari orang terdahulu samada ibu atau ayah atau jiran jiran.kita tidak mempunyai falsafah bahawa perniagaan itu ada ombak yang harus dilalui naik dan turunya sebelum sampai kepada destinasi kejayaan.kita hilang daya juang dimedan perniagaan.kita hilang istiqamah dalam memburu kejayaan.

ajarlah ilmu bermain ombak ini pada anak anak anda supaya mereka menjadi pedagang yang hebat.sekian
sumber http://hijarkahar.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com