Thursday, August 27, 2009

sesudah berbuka dan menonton kehidupan sendiri

sesudah berbuka .
seronok rasa.
bila berjaya berlapar sepanjang hari.
kerana dalam dahaga ada kasih tuhan mengalir kehati kami.



sesudah berbuka
rileks rileks sambil membaca kisah kartika.
yang tidak ada tukang sebat terlatih.
untuk menebus dosanya.
lalu kuangkat kedua tangan
berdoa kepada tuhan.
ampunlah segala dosaku.



sesudah berbuka.
duduk di sofa empuk.
sambil memerhati post morten terkini.
mengapa barisan nasional tewas kepada pakatan rakyat.
lalu kita belajar.
tidak selamanya yang diatas akan selalu menang.



sesudah berbuka.
duduk bersenang didepan laptop.
menghitung dunia dihujung jari.
sambil mencari.
erti hidupku ini.

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com