Wednesday, August 19, 2009

(satu hari jalan jalan disini)- bila saat saat ketenangan diperlukan..radix koko menjadi pilihan

melalui sepanjang lebuh campbell,penang island penuh dengan kedai kedai batu yang hebat hebat dan besar besar.sukar nak temui kedai milik orang melayu islam kecuali sikit berbangga bertemu dengan restoren ahmadiyyah.
memang terangkat jugak kari mamak muslim ini.

sepanjang lebuh campbell memang penuh dengan kedai pemborong pakaian milik "mereka".jadi dapat la sikit sebanyak "orang kita "dapat menumpang tuah.beli pada harga borong dan pasarkan kepada kawan kawan serumpun.sungguh besar rupanya pasaran yang datang dari umat melayu islam.

dari lebuh campbell teruskan kedepan anda akan memasuki lebuh buckingham.sepanjang lebuh buckingham rupa mukabumi masih sama.masih lagi gedung gedung batu milik mereka.mungkin inilah hadiah buat mereka yang gigih berusaha tanpa rasa jemu.
sesampai dihujung jalan buckingham barulah ketemui masjid besar dan indah iaitu masjid kapitan keling.masjid yang berjasa besar mengembangkan dakwah kepada yang mencari jalan kembali kepada tuhannya.

agak seronok dan tenang disini.lebih tenang rasanya sambil pekena koko radix diperkarangan masjid yang indah senibinanya .sebelah depannya bangunan mara menandakan masih wujud perniagaan orang melayu islam disini.sebelah kirinya pulah berderet kedai emas milik orang india muslim.mailah singgah disini kalau nak merasai nasi beratur.

berhampiran dengan kawasan ini anda berjalanlah disepanjang penang road.ada lebuh king dan lebuh queen.tapi satu pesanan ,hidup disini, "king" dan "queen "adalah matawang yang sentiasa mengalir dari poket ke poket.sibuk dan susah untuk mencari saat saat ketenangan.

semasa ini ,iklan radix koko sedang menghiasi ruang "laptop" ini dan bakal disiarkan tv9.menandakan satu lagi kejayan perjuangan umat islam dalam dunia perniagaan.
saya amat menghargainya

hidup HPA-gen6kpu

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com