Friday, August 21, 2009

jutawan ramadhan.selamat datang wahai bulan yang penuh special offer

inilah ramadhan yang penuh dengan tawaran menarik.
beberapa jam lagi akan tiba.bulan dimana diturunkan al quran yang menjadi buku panduan terbaik untuk manusia.

1)inilah kitab alquran. 2)tidak ada keraguan padanya.
saya pernah terbaca bahawa melalui dua ayat ini pernah memberi hidayat kepada seorang sarjana inggeris untuk memeluk islam.katanya inilah satu satunya buku yang pengarangnya mengistiharkan tidak ada keraguan pada isinya.sedangkan sepanjang pembacaanya beliau tidak pernah jumpa seorang pengarang yang begitu berani mengatakan bukunya adalah benar dan anda tak perlu ragu.
beliau akhirnya mencari pengarang yang hebat itu.beliau berjumpa dengan kebesaran Allah tuhan yang menurunkan alquran.

perkara yang paling mahal dalam hidup seorang manusia ialah islam yang dianugerahi.selepas kematian tidak ada nilainya sebanyak manapun isi dunia kerana yang diambil kira ialah amalan seorang mukmin.berat amalan kebajikannya beerti syurga yang penuh nikmat.

marilah sambut tawaran hebat ramadhan terutamanya special offer nya tentang kehebatan ibadat yang terlebih baik dari ibadat seribu bulan.saya berdoa untuk diri sendiri dan untuk semua umat islam agar kita termasuk orang yang menerima offer hebat ini.

ends-gen6kpu

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com