Friday, August 21, 2009

perjalanan seorang pejuang-dari yaman ke jerman dan pulangnya seorang pejuang dari penjara new york ke sanea airport

syeikh al- moayyad adalah nama yang pertama kali saya dengar dan kenali.seorang pejuang yaman yang 6 tahun dizalimi amerika.
memiliki kilang roti di yaman yang beroperasi secara kebajikan membantu orang orang miskin dan sekolah agama.
pada 10 januari 2003 syeikh moayyad ditahan dalam satu perancangan kotor dan jahat yang diatur oleh menusia pengkhianat mohammed al -anisi.

beliau diperdaya ,dibawa ke jerman atas tujuan perubatan.dilapangan terbang frakfurt beliau dan pembantunya ditahan dan diakstardisikan ke amerika.
dipenjara dan menerima layanan buruk seperti guanatamo.56000 jam berada dalam kepayahan dan disusahkan untuk mengerjakan solat.dituduh terlibat dengan aktiviti keganasan.

menceritakan ketika dalam penjara,beliau satu hari menyedari bahawa hari itu hari raya aidilfitri.saya bersalam dengan tangan kanan berjabat dengan tangan kiri,lalu mengucapkan selamat aidilfitri al- mubarak.

setelah 6 tahun tiada bukti pensabitan,beliau akhirnya dibebaskan.kepulangannya pada 11 ogos 2009 disambut beribu rakyat yaman.selamat pulang wahai pejuang.

agen kerjasama dengan FBI,mohammed al-anisi akhirnya membakar diri sendiri dihadapan white house kernan dikatakan gagal memperolehi upah lumayan dari kerja risikan dan maklumatnya.
inilah wajah manusia yang merasakan duit lebih besar dari tuhan yang menguasai segala kekayaan.

ends-gen6kpu

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com