Wednesday, August 12, 2009

please, please kamu jangan nakal

please, please, kamu jangan nakal
nanti saya datang, bawa yang kamu pesan,

please, please kamu jangan marah
nanti saya bawa pulang apa kamu mahu

seorang anak mungkin menunggu seorang ibu,
seorang anak mungkin menunggu seorang ayah,
seorang isteri mungkin menunggu seorang suami
seorang kekasih mungkin sedang menunggu hari bahagianya.

saya mengajak,
marilah kita menilai semula kasih dan sayang kita.
kalau berkasih biarlah sampai kepintu syurga.
kalau berkasih jangan tersungkur dipintu neraka.

lalu bagaimana caranya.

perhatikan apa yang kamu bawa pulang untuk anak anak kamu
biarlah berbaloi untuk masa depanya
pastikan apa yang kamu bawa pulang pada isterimu
biar membentuk diri dan jiwanya
pastikan apa yang kamu mahu bina bersama kekasih hatimu
biarlah membimbing ke mahligai syurga dunia dan syurga akhirat.

sekadar berkongsi-gen6kpu.blogspot

No comments:

Post a Comment

http://gen6kpu.blogspot.com